Wednesday, July 16, 2008

Debat DS Anwar vs DA Shabery Cheek…terserlah siapa yang lebih profesional dan bijak sebenarnya..







Saya pasti ramai yang tidak mahu ketinggalan menjadi salah seorang penonton hari ini dalam sejarah Debat antara Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim vs Menteri Penerangan , Datuk Ahmad Shabery Cheek di Balai Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur melalui siaran langsung di TV9 (ASTRO Ch 119) Astro Awani (ASTRO Ch 501) Bernama.TV (ASTRO Ch 502). Tajuk yang menjadi perdebatan ialah “Hari ini membentuk kerajaan, esok turun harga minyak”.

Perdebatan tersebut bukanlah untuk menyaksikan siapa menang atau kalah, siapa pendebat terbaik atau sebaliknya tetapi ternyata kenyataan yang telah diberikan oleh Datuk Shabery pada awalnya sebelum perdebatan seolah-olah keanak-anakkan. Beliau akan melepaskan jawatan sekiranya gagal mempertahankan agenda/hujah kerajaan dalam perdebatan tersebut.


Semangat saya dan suami menonton debat antara DS Anwar vs D.Shabery. Diselang seli dengan gelak ketawa atas hujah yang dilontarkan oleh kedua-dua pihak. Seronok, menyampah, macam-macam ada. Cukup tajam dan sinis. Ada ketika seolah-olah telah mempamirkan ‘ketidakcerdikan’ “satu pihak itu” berhujah.







Yang bestnya, telah diwar-warkan awal-awal lagi bahawa kedua-dua belah pihak perlu mengikut peraturan. Tidak menggunakan medan perdebatan sebagai satu platform untuk tujuan politik. Moderator Datuk Johan Jaafar yang mengendalikan debat juga diberikan amanah untuk memastikan ia tidak ‘ lari tajuk ’ iaitu terbawa pada isu-isu politik yang tidak berkaitan dengan isu minyak serta menyentuh isu-isu peribadi. Namun apa yang berlaku, pihak ‘kerajaan’ yang diwakili Datuk Shabery Cheek terlebih dahulu menyerang peribadi DS Anwar Ibrahim. Hujah yang dilontarkan kebanyakannya menyentuh tentang penglibatan DS Anwar mengajak massa /masyarakat menentang kerajaan, penglibatannya ketika zaman mahasiswa dahulu, serta membandingkan Malaysia dengan negara-negara yang lain. Namun sebaliknya hujah yang dilontarkan oleh DS Anwar ternyata melontarkan fakta-fakta yang cukup bernas dan boleh difikirkan bersama. Sebagai contoh yang menarik minat saya. Dividen khas yang diperolehi Petronas sebanyak 6 billion, hanya ambil 1 billion sahaja untuk tampung supaya harga minyak diturunkan sebanyak RM0.50. Saya sangat bersetuju. Salahkah kalau hanya diambil 1 billion sahaja sebagai bantuan untuk rakyat. Jika nak dibandingkan dengan perbelanjaan berbilion2 untuk pembangunan disana-sini eg. koridor di S'wak, sabah, koridor utara dsb... saya bukannya anti pembangunan, tetapi berpada-padalah. Apalah keuntungan pembangunan yang terlampau banyak pada orang2 kampung, petani, peladang, nelayan dan orang biasa macam saya.



Apa pandangan anda dalam bab ini pula. Dalam rancangan Studio Awani Ch501 Astro Awani. Jam 11pm 15 Julai 2008. Live melalui talian telefon, ditanya tentang pandangan Ahli Parlimen Pulai, Datuk Jazlan mengenai debat tersebut. Pandangan yang diberikan olehnya, dia sangat berpuas hati atas keberanian D. Shabery Cheek kerana telah mematahkan hujah DS Anwar dengan hujah-hujah yang bernas…!!! Berbanding hujah DS Anwar yang tidak banyak fakta yang dikemukakan. Aduh. Tepuk dahi saya dibuatnya!.. Saya tidak pasti samada dia faham ataupun tidak perdebatan tersebut. Saya kira orang-orang Pulai tersilap memilih calon wakil mereka lah..







Antara perkara yang melucukan saya, namun amat menyedihkan saya selaku rakyat yang tidak sehebat D.Shabery. Ada perkara yang disebutkan. Walaupun harga minyak kita naik, namun kita Rakyat Malaysia cukup makan. Lebih kurang itulah maksudnya…Ya Allah…Saya tidak pasti beliau menonton ataupun tidak rancangan Bersamamu dan banyak lagi berita-berita tentang kemiskinan rakyat Malaysia. Hampir 51 tahun kita merdeka, namun masih ada lagi yang makan nasi berlaukkan garam!. Masih ada lagi anak-anak yang tidak berpendidikan!. Adakah itu sudah memadai pada mereka?.Tengok Bersamamu setiap episod Rabu malam cukuplah...


Apapun, debat sebegini sangat baik dan perlu diperbanyakkan. Biarlah rakyat yang menilai dimana Aulawiyat ( mengutamakan apa yang lebih utama) pada pihak yang bertanggungjawab..


Tulisan ini bukanlah untuk menyebelahi mana-mana pihak. Cumanya saya ingin mengajak diri sendiri serta diri kita semua selaku rakyat Malaysia yang matang menggunakan akal fikiran yang waras agar dapat menilai kredibiliti serta sejauh mana kemampuan dan pengorbanan pemimpin-pemimpin kita. Wallahu’alam.

No comments: