Tuesday, December 30, 2008

Kita mencari Kerja atau Kerja mencari Kita?

Umumnya di Malaysia, seseorang itu akan belajar, bermula dari peringkat sekolah (bermula dari tadika, sekolah rendah dan menengah, menghadapi peperiksaan besar seperti UPSR, PMR sehinggalah SPM), dan jika ada rezeki dan peluang akan memasuki universiti, belajar lagi dan seterusnya bekerja.

Saya pernah mendengar perbualan diantara pasangan kekasih:



BF: Eh, I ada nampak iklan kerja kosongla. Dia nak kelayakan SPM je. SPM u ok ke?
GF: yeke?SPM?oklah, cukup-cukup makan je.
BF: I pun kira oklah, cukup-cukup makan.
GF: Bolehlah kita try minta.

Sesekali saya terfikir, kalau sekadar kelayakan PMR ataupun SPM pada zaman sekarang, berapa sangat gaji yang akan dapat untuk menampung perbelanjaan kos sara hidup yang tinggi di tengah bandar-bandar besar? Macam mana pula jika sekiranya mereka berdua ini berkahwin dan mempunyai anak?. Zaman sekarang penuh dengan pelbagai cabaran dan persaingan yang amat sengit. Siapa yang berjaya akan maju, siapa yang gagal akan mundur. Bagaimana pula zaman anak-anak kita nanti??... Ya Allah, semoga mereka mampu menjadi dikalangan mereka yang berjaya dan cemerlang di Dunia dan Akhirat.



Teori Robert Kiyosaki

Ada benar teori Robert Kiyosaki, seorang yang kaya-raya, penulis buku yang mendapat tempat “New York Times bestseller” 'Rich Dad, Poor Dad'. Beliau menolak pernyataan, “Go to school, get a job, work hard, and save your money” (“pergi sekolah, dapatkan pekerjaan, kerja bersungguh-sungguh dan simpan duit”) untuk menjadikan seseorang itu kaya.

Di dalam teorinya juga ada menyebut, untuk menjadikan seseorang itu kaya, bukan bergantung kepada faktor kerja makan gaji. Tetapi ia bergantung kepada pelaburan ataupun aset yang dimiliki. Benar, itupun kalau kita mampu mengumpul ataupun memang mempunyai wang yang banyak. Mampu membeli pelbagai aset sendiri. Membuat pelbagai pelaburan.

Bahkan ianya benar sekiranya kita juga pandai mencari dan mengambil peluang. Namun tidak bagi kebanyakan daripada kita. Mahu tidak mahu, makan gaji juga akhirnya. Cumanya, yang akan membezakan tangga gaji kebiasaannya pada tahap pendidikan yang diterima. Lagi tinggi, tahap pendidikannya, lagi tinggilah tangga gajinya. Begitu juga, faktor tempoh lama berkhidmat. Lagi lama seseorang itu berkhidmat, maka lagi banyak gaji yang akan dapat.


Persiapan dari sekarang

Bagi pelajar yang masih bergelar seorang pelajar, samada diperingkat persekolahan ataupun dikalangan mahasiswa, letakkan target sekarang. Apa yang anda “inginkan” dalam tempoh 5-10 tahun akan datang? Ada perancangan. Bertindak dan berusaha agar perancangan terlaksana. Memang mustahil 100% akan dapat dicapai, tetapi sekurang-kurangnya masih di atas jalan yang sama. Namun, jangan sampai ibarat “hangat-hangat tahi ayam” ataupun sekadar menjadi “angan-angan mat jenin”.

Ingat bahawa orang yang gagal merancang, sebenarnya dia merancang untuk gagal di dalam hidupnya. Jangan sampai menyesal dikemudian hari! Putaran kehidupan hanya datang sekali!. Jadi, bertindak sekarang!.


Kita mencari Kerja atau Kerja mencari Kita?.

Saya tumpang gembira melihat kejayaan adik ipar saya. Pinjaman PTPTN tidak perlu dibayar, untuk sambung pengajian di peringakat MA dan PhD akan ditanggung. Malah amat mudah sekali mendapat tawaran bekerja di UIAM. Tanpa perlu bersusah payah mengisi borang, melalui proses interview yang berbagai peringakat tapisan. Interview yang dihadiri seolah-olah hanyalah untuk interview memang sudah terpilih, bukannya interview dengan erti kata pemilihan untuk dipilih. Apakan tidak, memang beliau berkelayakan. Beliau telah dinobatkan sebagai “Best Student Overall” dan ada beberapa anugerah yang telah diraih sewaktu konvokesyen UIAM tahun 2007. Fasih berbahasa Inggeris dan Arab. Sampaikan beliau dipuji oleh ustaz saya sendiri (bahawa Bahasa Arabnya bagus). (Sekadar perkongsian dan pengajaran untuk semua).

Sebab itulah saya inginkan perkara ini dikongsi bersama agar dapat menjadi pengajaran buat adik-adik pelajar diluar sana. Jika kita ingin mendapat kerja yang mudah, jadikan diri kita berkelayakan untuk bidang yang kita ceburi itu. Bukannya mencari alasan bahawa bidang kita itu tidak sesuai dengan permintaan semasa. Sebenarnya, apa yang paling utama adalah aspek kelayakan akademik kita sendiri. Sekurang-kurangnya, menjadikan diri kita adalah orang yang paling berkelayakan dikalangan mereka yang lain.

Sebaliknya jika kita melihat mereka yang mempunyai kelayakan yang sekadar “cukup-cukup makan” ini amat sukar untuknya menjadi pilihan majikan. Melainkan beliau mempunyai banyak kelebihan lain dari mereka yang lain. Kadang-kadang terpaksa menganggur untuk tempoh waktu yang lama sebelum dapat bekerja.


Ingin kerja yang susah atau senang?

Ada benar juga kata Robert Kiyosaki, “Poor people work hard”. Secara realitinya, kita dapat melihat orang yang bekerja susah dan berat adalah dikalangan mereka yang miskin. Dan mereka yang bekerja dengan cara yang mudah dan senang adalah dikalangan mereka yang kaya. Kerja sebagai bos, tanpa perlu bersusah payah dan terkejar-kejar ketempat kerja. Malah rutin harian yang cukup relaks. Namun mereka yang miskin, terpaksa bekerja siang dan malam tanpa henti demi sesuap nasi.







Perancangan

Kita perlukan suntikan untuk bertindak. Kita perlukan motivasi dan kekuatan untuk bergerak. Cari suntikan semangat tersebut dan sentiasa suburkannya agar tidak hilang. Belajar dari kesilapan dan ambil pengajaran dari pengalaman orang.

Kesimpulan saya disini khususnya buat mereka yang masih bergelar seorang pelajar:

1) Persiapkan diri dengan ilmu secukupnya sebagai persediaan menghadapi persaingan masa hadapan. Realiti dunia sekarang tidak cukup jika setakat kelayakan SPM yang ada. Sekurang-kurangnya Ijazah. Walaupun hanya untuk bekerja makan gaji, namun jadikan diri kita sebagai orang yang paling berkelayakan untuk jawatan yang dipohon.

2) Gunakan masa dengan sebaiknya ketika zaman pelajar. Jangan sampai kita sibuk dengan persatuan sampaikan tergadai akademiknya. Hapuskan sikap selesa dengan sekadar “cukup-cukup makan”.



Akhir kata dari saya, Selamat Maju Jaya!. Buatlah yang terbaik dalam
melakar sejarah perjalanan hidup sendiri!!.. :)

Laptop Oh Laptop

Alhamdulillah setelah sekian lama “bercuti” memblog, akhirnya dapat juga melepaskan rindu pada blog।



Hampir sebulan lebih ‘laptop tua’ ini masuk bengkel. Saya sedih sebenarnya sebab hard disk laptop saya rosak. Kena tukar hard disk baru dan diformat semula. Menurut mereka yang pakar, memang tak boleh nak buat back-up sebab dah rosak. Saya sedih sebab segala macam benda ada dalam tu, gambar Uways dari lahir, segala assignment berguna sejak dulu, macam-macam khazanah ada. Cuma ada satu cara sahaja, iaitu hantar kat plaza low yatt. Kosnya hampir RM1000!!!.. Aduh, kalau macam tu, kiranya saya terpaksa melupakan hasrat buat masa ni. InsyaAllah akan cuba dapatkan semula semua file tersebut.

Namun Allah maha mengetahui. Walaupun segala macam file yang saya sayang yang telah disimpan sejak sekian lama terpaksa dikorbankan buat masa ini, saya bersyukur sangat-sangat. Alhamdulillah file thesis saya ada disimpan dalam 2,3 simpanan. Alhamdulillah sangat. Saya tak dapat bayangkan kalau file tersebut juga hilang dalam sekelip mata!!.Allah..Na’uzubillah.

Banyak Hikmahnya, Alhamdulillah, saya telah siapkan chapter yang terakhir dan disemak. Kiranya thesis saya selepas ini hanya akan melalui proses correction sahaja. Alhamdulillah. Hanya ucapan syukur yang mampu dipanjatkan kepada Allah.

Itu juga dengan bantuan, Alhamdulillah satu lagi laptop Dell daripada UIA yang banyak membantu saya dalam menyiapkan kerja-kerja thesis tersebut. Terima Kasih kepada Head Department QLD PJ, Ustaz Phuzi.



( Laptop yang banyak membantu, Alhamdulillah )



p/s: Jika ada sesiapa yang boleh membaiki dan menyelamatkan file saya itu dengan kos yang lebih murah, amat saya alu-alukan॥ :)