Sunday, September 21, 2014

Tip Urus Baju untuk Wanita Sibuk

Adakah mengurus pakaian sering merunsingkan anda?



Tip urus baju untuk Wanita sibuk? Wanita berkerjaya? Suri rumahtangga (CEO Rumahtangga)? Semua wanita rasanya adalah sibuk dengan urusan mereka yang tersendiri.


Mengurus baju/pakaian adalah salah satu perkara yang sering menjadi “kepeningan” kebanyakan wanita. Ada yang tidak kisah, namun, ada juga yang kisah dan merunsingkan kepala andai melihat baju yang bertimbun di dalam bakul atau mungkin juga diatas katil. Sehingga satu tahap satu keluarga terpaksa menjadi ibarat “kucing  menggali tanah” kerana mencari-cari baju yang ingin dipakai tidak ditemui.


Anda mungkin dikalangan mereka yang sibuk ini juga. Biasanya wanita akan menguruskan pakaian suami dan anak-anak dalam pelbagai cara, antaranya:

1) Kumpul (biarkan semua baju,  basuh (BEBERAPA ROUND) dan kemudian proses melipat SENDIRI dihujung minggu.

2) Kumpul (biarkan semua baju) dan basuh sendiri dihujung minggu kemudian MENGUPAH ORANG untuk melipat.

3) Kumpul (biarkan semua baju) basuh SENDIRI dan biarkan sahaja di dalam bakul (kerana nanti baju tersebut akan dipakai juga) :) . Senang cerita :) 

4) Pembantu Rumah sepenuhnya

5) Membasuh SENDIRI dan menggunakan SERVIS LIPAT KAIN

6) Dobi

Baik, apapun cara yang digunakan, mungkin cara atau tip dibawah sudah biasa anda amalkan ataupun belum dibuat. Untuk mereka yang “terpaksa” melakukannya seorang diri atau dengan bantuan ahli keluarga (suami ). 

Dalam isu ini, pepatah "sikit-sikit lama-lama jadi bukit" sangatlah tidak sesuai.. :) Lama-lama kepala sakit! :)

Dengan mengikuti tip ini, insyaAllah, anda tidak perlu lagi runsing dengan baju yang bertimbun di dalam bakul dan pada masa yang sama boleh menjimatkan kos (cuba kira berapa kos yang diperlukan untuk mengupah untuk seminggu, sebulan, setahun) :)

 Tip Super Woman: Tip Urus Baju untuk wanita sibuk:

  1. Basuh setiap hari, elakkan simpan
-          Samada basuh pada malam hari dan disidai (dibawah tempat yang berbumbung).

-          Di awal pagi sebelum ketempat kerja. Jadikan rutin untuk bangun sebelum subuh sebagai kebiasaan, insyaAllah ia akan dipenuhi keberkatan dan hari yang dimulakan dengan solat sunat amat berbeza dengan hari yang tidak. Sebelum subuh, sebelum anda membersihkan diri dan solat sunat tahajud/apa-apa solat sunat, putarkan mesin basuh. Sebaik anda selesai, baju juga sudah siap untuk disidai. 


(mungkin idea untuk dibuat ampaian yang transparen sangat praktikal, kerana boleh disidai pada bila-bila masa, tak perlu keluar rumah, tidak perlu memakai tudung @ menutup aurat dan tidak perlu risau waktu hujan :) )

-          Biasanya baju ini untuk sekali putaran tidak mempunyai terlalu banyak baju jika dibandingkan dengan baju yang disimpan selama 2-3 hari atau seminggu.

  1. Lipat terus, usah dibiarkan
Baik, baju yang dibasuh sekali putaran tadi, apabila anda balik dari tempat kerja, insyaAllah sudah kering. Anda hanya perlukan masa lebih kurang dalam 5-15 minit sahaja untuk terus melipatnya. Mungkin sebelum anda masuk tidur.

  1. Gantung baju yang perlu diseterika
-          Baju yang dibasuh tadi juga jika mengandungi pakaian yang perlu diseterika, gantungkan sahaja didalam almari tanpa diseterika. Ini bagi mengelakkan kain itu berkedut jika disimpan lama didalam bakul. Anda juga tidak perlu runsing melihat baju yang “disimpan” didalam bakul.

-          Bagi yang “bermazhab” perlu seterika juga, maka bolehlah seterika terus. Tapi memandangkan kita ini adalah wanita yang sibuk, jadi, mahu mencari masa pada hari bekerja untuk “mengadap” baju yang perlu diiron itu sangat mengambil masa. Penat, memang penat! 

-     ataupun gantung sahaja baju-baju yang ada!

  1. Seterika untuk seminggu
-          Baju yang diseterika pada hujung minggu untuk dipakai pada minggu hari bekerja dapat menjimatkan masa anda pada waktu pagi. Kita akan jadi kelam kabut andai apabila bangun pagi, terkejar-kejar masa untuk membasuh dan menyidai lagi, menyeterika lagi, menyediakan breakfast lagi, menyiapkan barangan anak lagi..oh tidak! banyaknya!!! Tension kan? Jadi satu perkara sudah dapat dikurangkan pada awal pagi kerana tidak perlu menggunakan masa untuk menyeterika. Barangan anak juga disiapkan pada malam hari.

-          Jadi waktu pagi tersebut, masa telah dapat dijimatkan. Kuranglah sedikit tension. Kuranglah sedikit penat di hujung minggu.

Walau apapun, ini hanya sekadar cadangan, jika diri kita sesuai dengan cara ini, ok, namun jika diri tidak sesuai, lakukanlah apa yang anda selesa :). Kita adalah kita dan tidak perlu meletakkan diri kita di tempat orang lain, kerana situasi kita berbeza.

Semoga tip ini membantu mereka yang ingin menjimatkan kos untuk mengupah dan perlu lakukannya sendiri :)


Info Ringkasan dari buku Super Woman. Dapatkan lebih banyak tip praktikal didalam buku Super Woman atau boleh terus layari blog Super Women

1 comment:

Mrs Kamilah said...

Saya apply tips no. 3. Gantung semua baju yang ada. Yang perlu lipat cuma yang tak sesuai digantung seperti tuala, kain batik dan sebagainya.