Friday, October 31, 2008

Syukran Jazilan!!..



Terima Kasih kepada semua yang telah mengucapkan Ucapan Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran. Terima Kasih atas ingatan. Samada melalui SmS, Friendster dan pelbagai jenis saluran lagi..


Doakan saya cemerlang Dunia dan Akhirat!!.. Semoga Ukhuwwah berkekalan. :)
Sama ataupun tidak?
muka yang penuh dengan bedak sejuk




Adakah masih seperti dulu? Berubah ataupun tidak? Uways nampak muka siapa?hehehe..

25 tahun yang lalu: Satu Muhasabah

31 Oktober 1983 – 31 Oktober 2008

Masuk hari ini, cukup umur dinaluzriq 25 tahun. Alhamdulillah atas nikmat umur dan kesihatan yang baik.


Sekolah? – Selesai. Tamat
Degree? – Selesai. Tamat
Kahwin? – Alhamdulillah Selesai
Anak? – Alhamdulillah, selesai. Baru seorang
Kerja? – Alhamdulillah
Rumah (sendiri)? – Belum, insyaAllah harap ada rezeki lepas ini.
MATI?????- Wallahu’alam....

Antara perkara penting di dalam hidup sudah selesai.

Ajal, Maut di tangan Tuhan

1) Kawan saya (di UIA), lelaki, meninggal dunia akibat langgar lari. Accident Motor.
(Meninggal dunia di usia 24 tahun. )

2) Adik kepada sahabat saya meninggal dunia accident motor.
(Meninggal di usia 17 tahun, tidak sempat mengambil peperiksaan SPM).

Jika manusia mengetahui bila ajal mereka, pasti setiap saat akan hampir dengan Allah. Sentiasa mengingatiNya. Sentiasa memohon keampunan dariNya. Segala urusan dunia pasti tidak akan dihiraukan. Ada hikmah. Ada sebab. Nabi Muhammad pun tidak tahu ajalnya.

Semakin meningkat umur kita, semakin dekat kita dengan kematian. Kalaulah kematian semudah boleh diukur dengan panjang meter seutas benang. Panjang benang mengikut umur kematian yang average (Nabi Muhammad wafat ketika berusia 63 tahun). Potong benang 63inci. Kita boleh nampak berapa panjang baki benang tersebut. Itulah baki umur kita. Pasti kita akan sentiasa bersedia. Mahu tidak mahu, kematian pasti akan menjemput kita.

63-25= 38 tahun lagi berbaki.

Namun jika ditakdirkan 10 tahun lagi? 10 bulan lagi? 10 minggu lagi? 10 hari lagi? 10 jam lagi? 10 minit lagi? 10 saat lagi?. Allah..Sukar dinyatakan. Anda tahu bila saya akan mati? Anda tahu bila anda akan mati?

Mati.. Mati.. Mati.. Semua orang gerun dan takut bila disebut tentang mati. Baik Cina, India dan lain-lain. “Haiya..wa talak mau loo..manyak takut..”. “Aiyoo ma..aiyoo pa..tak mau..tak mau. Itu kerja banyak lagi..”. “issyy..kalau boleh aku nak umur aku ni panjang lagi..”. Takut atau tidak, kematian pasti datang. Persoalannya, adakah kita bersedia? Adakah segala amalan kita sudah mencukupi untuk menghadapi kematian?


Tiada tempat untuk melarikan diri

Hidup ini hanyalah satu persinggahan. Persinggahan kepada perjalanan dan pusingan kehidupan manusia. Dunia sebagai ukuran serta tempat mengumpul bekalan amalan ke Akhirat sana yang kekal abadi. Satu persatu amalan kita dibentangkan oleh Allah. Amalan yana baik, Alhamdulillah. Amalan yang buruk atau jahat? Dosa dan maksiat yang kita sendiri buat. Kita sendiri yang mencari pasal. Setiap pahala dan dosa yang dilakukan pasti akan mendapat balasannya. Balasan yang baik ataupun yang buruk. Sebagaimana firman Allah:
( قُلْ إِنَّ الْمَوْتَ الَّذِي تَفِرُّونَ مِنْهُ فَإِنَّهُ مُلَاقِيكُمْ ثُمَّ تُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُوْن )

Katakanlah (wahai Muhammad), “sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu ia memberitahu kepadamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya). Al-Jumu’ah:8

( أَيْنَمَا تَكُونُوا يُدْرِككُّمُ الْمَوْتُ وَلَوْ كُنْتُمْ فِي بُرُوجٍ مُّشَيَّدَةٍ وَإِن تُصِبْهُمْ حَسَنَةٌ يَقُولُوا هَذِهِ مِنْ عِندِ اللهِ )

“Dimana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh..” an-Nisa: 78

Semoga dipanjangkan Umur..

Minta dipanjangkan umur, untuk apa? Untuk tambah dosa? Untuk tambah pahala? Untuk berofoya-foya? Untuk menambah harta? Untuk bertaubat semula? Untuk itu..untuk ini..Semoga kita semua tergolong di dalam golongan mereka yang Soleh. Golongan ahli Syurga Allah. Semoga dipanjangkan umur kita dalam beribadah kepadaNya. Menambah pahala, menghapus dosa.

Muhasabah bersama
Semoga lirik ini menjadi satu muhasabah untuk kita.

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata


Allahu’alam.
p/s: Kenapa tiba-tiba cakap pasal mati ni..errkk..

Salam Akhir Syawal

Saya terkilan kalau tidak meletakkan “tagging” yang telah dihadiahkan oleh Dena ni..Jadi nak letak jugak, tak kira.. !!..Thank You very Much my dear..






Walaupun Syawal dah berlalu, tapi boleh lagi. Saya yang kata.
5 orang bertuah kerana mendapat ucapan Selamat Hari Raya terakhir ini ialah :

Annur
Nabil Afham
Fahrul
Khalilah
Wardah
Jadi orang yang ditag ni kiranya boleh tag orang lain raya aidilfitri tahun depanlah ya.. insyaallah... :)
hmm tak pun tag lain sempena aidil adha pulak..sebab syawal dah habis.. :p

tak sempat nak update..

Dah lama saya tak update blog ni. Mintak maaf banyak-banyak jika ada yang ternanti-nanti post terbaru dinaluzriq.
Tidak sempat nak update blog.
Masa tidak cukup.
Ada banyak kerja lain.
Saya mencari ALASAN yang sesuai... :)
"Hanya orang yang sibuk sahaja mempunyai masa..!"

Wednesday, October 15, 2008

Kisah disebalik kehadiran Uways (2).- Uways: Kehadirannya setahun yang lalu

Alhamdulillah pejam celik pejam celik, hari ini 15 Oktober 2008 tahun masihi, genap usia Uways 1 tahun. Tapi kalau ikut bulan Hijriah, 3 Syawal 1429H tempohari genap usianya 1 tahun. Alhamdulillah.
Risau

Uways lahir seminggu awal. Mungkin benar telahan orang tua-tua, bayi lelaki biasanya akan lahir lebih awal samada seminggu, dua minggu. Tanyalah mana-mana ibu, pasti setiap saat yang dilalui sewaktu mengandung mengundang seribu satu kerisauan dan pengharapan. Manakan tidak, ada kes bayi meninggal di dalam perut. Meninggal sewaktu dilahirkan, masalah sewaktu kelahiran dan sebagainya. Pastinya setiap saat dan detik yang dilalui beriringan doa yang tidak putus-putus.
Macam kes saya, kerisauan yang amat sangat. Lebih-lebih lagi setelah mengetahui diri hamil sejurus membuat x-Ray. Usia kandungan 5 minggu waktu itu. Risau dan takut kalau apa-apa yang tidak diingini berlaku nanti. Tidak sempat lahir, atau tidak cukup sifat. Nau’zubillahiminzalik. Namun kuasa Allah yang menentukan segalanya. Allahuakbar!.
Tempoh 9 bulan ( 35 minggu) dilalui dengan penuh kegembiraan, penantian dan harapan serta doa. Pastinya ibu akan menjaga soal makanan Rohani (Spiritual) dan Jasmani, mudah-mudahan anak yang bakal dilahirkan menjadi seorang anak yang Soleh, pejuang Islam yang menjaga Sunnah Rasulullah SAW. Besar harapan untuk anak lelaki sulung. Sebagai contoh untuk adik-adik, insyaAllah.

Sempat raya
Saya ingat lagi. Saya selalu pesan kepada Uways (waktu tu dalam perut) , “Uways, bagila ummi sempat raya na.. ummi nak makan kuih-kuih raya, ketupat,rendang, sate etc..nanti kempunan ummi..”. :) Alhamdulillah, Uways seakan-akan memahami. Hehe. Memang melantak habis-habisan. Tahun 2007, turn raya Aidilfitri di rumah saya (Alor Setar). Seperti biasa, family gathering sebelah ibu saya akan dibuat pada hari raya kedua.

Hubby yang sakit
Masa hari raya kedua, raya di Penang. Suami saya yang macam tak ada mood nak beraya. Sakit pinggang, belakang, nak muntah, sakit tekak semuanya ada. Saya rileks saja. Makan bukan main banyak. Kesian jugak kat hubby, tapi nak buat macam mana. Ramai ibu-ibu saudara, tok saudara asyik melawak. “Hang ni diana, ntah-ntah nak beranak dah kot..”. Saya geli hati dengan usikan tu, tapi tak ambik kisah pun.
Malam kemuncak family gathering, saya melantak habis-habisan. Hubby memang tak makan. Kesian. Macam-macam ada. Nasi tomato, sate, etc.. Sambil makan asyik ketawa, sembang-sembang dengan sepupu sepapat. Tapi nak dijadikan cerita, sebaik saya menghabsikan minuman terakhir..Tup..tup..
“Eh, awat rasa basah semacam je ni?” (dalam hati). Bagi yang perempuan, pernah tak rasa macam period yang tiba-tiba keluar dengan banyak sekaligus?. Rasa macam tu. Terus saya cakap pada mak. “Eh, ayaq ketuban la tu, hang nak beranak dahla ni!!”. Saya panik, tapi ok lagi. Tapi maslahnya, saya tak rasa apa-apa pun. Sakit apa pun tak. Suasana jadi kelam kabut. Nasib baik masa tu, ada sepupu saya seorang doktor (kak Ela), check bukaan. So baru dalam 1-2cm. Hubby terus call Dr. Raofah dari Pusat Rawatan Ar-Ridzuan Ipoh Perak. Sebab kalau boleh saya nak bersalin di Ar-Ridzuan sebab doktor perempuan, tempat tu juga islamik. Di Alor Setar tak ada (setakat yang ada, doktor perempuan yang on call, tidak ada. Satu lagi ada yang tidak ada pakar). Dan check up terakhir juga ada dengan dr. Raofah. Bila telefon, dia kata if tak sakit, sempat lagi balik ke Ipoh. So memang tak sakit apa pun. Bergegas saya, hubby dan yang best, mak dan ayah saya ikut sekali ke Ipoh. Ayah yang tengah makan sate elok-elok, bawak sate masuk kereta. Kalut. Dari penang (kepala batas) pukul 10 mlm terus ke ipoh, sampai dalam 11.00 lebih. Hubby memang pecut kereta, sambil pasang lampu kecemasan. Saya? Dok tidur elok saja sepanjang perjalanan.
Sampai di Ar-Ridzuan, nurse check jarak contraction. Saya tak rasa sakit sangat. Tidur macam biasa. Hubby teman. Di ar-Ridzuan, satu bilik untuk seorang, so agak privacy. Dia tidur atas sofa je. Dalam pukul 4 lebih. Baru saya rasa jarak contraction yang dekat. Sakitnya Allah saja yang tahu!!. Nak kata sakit perut, tak macam sakit perut biasa. Sakit ni, bukan sakit saat nak bersalin lagi. Dalam pukul 5.30 pagi, baru saya tahu rasa sakit nak bersalin macam mana. Rasa sakit macam tak dapat tahan buang air besar pun ada. Tapi tak sama. Kena alami sendiri baru boleh tahu. So 5.30 pagi, saya dimasukkan ke labor room. Dan 5.44 pagi, sewaktu azan subuh, Alhamdulillah Uways lahir. Hubby teman masuk sekali, bagi semangat.

Saat yang menggembirakan

Apa yang paling menggembirakan. Mak, ayah saya dan mertua turut ada. So mak dan ayah tidur di rumah mereka. Doa saya untuk mak dan ayah ada sekali termakbul. Alhamdulillah. Besar doa dan harapan untuk anak yang dilahirkan. Moga menjadi seorang insan anak dan hamba yang soleh, berguna kepada Agama, Bangsa, dan Negara. Uways permata hati sulung kami..

lepas balik sembahyang raya



Syawal ketiga beraya bertiga- 1429H

Perkara yang tak dapat saya lupakan. Mak saya kata, “Raya tahun sudah (2006), waktu yang sama (family gathering di Penang) dok kalut depa accident, tahun ni (2007) kalut nak beranak pulak..”. Dan Alhamdulillah Syawal ketiga ini lebih bermakna dengan kehadiran Uways. Dah boleh berjalan. Alhamdulillah tidak ada apa-apa insiden lagi. Harapnya sampai bila-bila. InsyaAllah..