Tuesday, August 7, 2012

Lasik Surgery: Satu Transformasi Fizikal dan Spiritual




Subhanallah, Alhamdulillah Allahuakbar! Itulah ucapan yang layak untuk diungkapkan tatkala kembali mendapat  nikmat mata yang telah diambil sedikit oleh Allah ini. Satu peralihan yang sangat menakjubkan!.

Bagi mereka yang mengalami masalah rabun yang tinggi serta mengalami masalah silau (astigmatism) pasti tahu bagaimana rasanya apabila membuka cermin mata.

Sejarah pemakaian spec

Saya mula memakai spec ketika berumur 12 tahun (1995).  Puncanya tidak lain dan tidak bukan, kerana membaca dekat, menonton tv dengan jarak yang dekat dan penyebab yang utama, kerana memakai spec kakak dan abang. Waktu itu secara diam-diam saya akan mencuri-curi memakai sambil menggayakan dihadapan cermin. Perasaan yang perasan ketika itu, “Wah, macam budak pandai!. Wah Nampak matured lah”. Walhal pandai itu bukn pada spec..(Padan muka sendiri!).

Ibu saya pula sudah berkali-kali “berleter”, “jangan tengok tv dekat, nanti kena pakai spec macam kakak dan abang”. Dalam hati, “wah, bestnya kalau dapat pakai spec”. Jauh sekejap dari tv, bila mak tiada, kembali dekat. Nah, akhirnya, memang kena pakai spec ketika darjah enam. Gembira hati tidak terkiralah waktu itu.

Hakikatnya, spec membataskan banyak perkara. Tidak jelas melihat sesuatu apabila spec ditanggalkan. Masalah juga apabila bersolat dimasjid, tidak dapat melihat melainkan dengan spec. Apabila beriadah dan mempunyai aktiviti yang melibatkan air, memang terhad.

Pemakaian Contact Lens

Saya pernah memakai contact lens, tetapi, biasalah contact lens ini banyak juga masalahnya. Malah ianya memerlukan penjagaan yang rapi. Mata terasa kering, kadang-kadang gatal dan kurang selesa.

Sampai satu tahap, saya tertidur dengan memakai contact lens. Apabila terjaga, kadang-kadang sedikit melekat dimata. Ketika itu saya rasakan, alangkah bagusnya kalau ada alat atau kanta yang boleh menjadikan kanta ini kekal….

Surgery Pisau

Saya pernah menonton dahulu (kalau tidak salah dalam rancangan nona) ada membuat liputan tentang surgery yang boleh menghilangkan rabun. Tetapi menggunakan pisau!. Sangat menakutkan dan ianya juga berisiko.

Prof Dr. Muhaya Mohd

Sebenarnya saya pernah berjumpa Prof. Dr. Muhaya pada tahun 2009. Ketika itu saya mengalami masalah sakit kepala yang amat sangat bermula dari bahagian mata. Risau juga kalau-kalau ada kaitan dengan mata. Alhamdulillah tiada masalah yang serius. Ketika beliau memeriksa juga, katanya Alhamdulillah mata ni sesuai untuk dibuat lasik. Beliau ada menceritakan serba sedikit tentang lasik dan sebagainya.

Kali kedua  ketik menemani kedua ibu ayah mertua saya mendapatkan rawatan mata. Pada ketika itu, anak saya mengalami masalah sakit mata, tetapi tidaklah sampai untuk membuat rawatan. Tetapi masyaallah, prof yang sangat baik hati secara spontan (tidak dikenakan charge, risau juga sebab kami berjumpa pakar mata untuk tujuan lain), meminta untuk dititikkan ubat khas untuk sakit mata untuk anak kecil saya ini. Ubat itu tidak dijual dimana-mana farmasi. Alhamdulillah dalam masa beberapa minit, dengan izin Allah, sakit mata itu hilang. Semoga Allah memberkatinya.

Saya juga ada mencari maklumat berkenaan lasik di Malaysia, namun tidak banyak. Saya ada terjumpa berkenaan lasik dengan kos rawatan yang lebih murah, tetapi berlainan mesin dan teknik yang digunakan, tetapi saya kurang berkeyakinan atas faktor-faktor tertentu.

Selepas prof. bercerita tentang lasik dan saya membaca sedikit sebanyak tentangnya, maka saya letakkan azam dan target untuk itu.

Niat untuk Membuat Lasik

Benarkah dakwaan yang mengatakan bahawa lasik ini untuk tujuan kecantikan? Pada saya secara peribadi, ianya bergantung pada individu itu sendiri, kalau niatnya untuk kecantikan, maka itulah yang dia dapat (mungkin hanya persepsi pada si empunya badan sahaja). Sedangkan wajah kita yang Allah jadikan inilah sejak azali lagi, beginilah wajah kita.  Contoh, kalau dah namanya Mardiana Mat Ishak (Diana Ishak), mana mungkin selepas lasik berubah menjadi Diana Danialle atau Diana Amir pulak kan…hehe..

Namun, jika sekiranya niatnya  kerana Allah, contohnya, untuk memudahkan ibadahnya, semoga menjadi hamba Allah yang lebih bersyukur,maka dapatlah pahala untuk itu. Islam itu sangat indah dan mudah. Setiap apa yang kita lakukan apabila niatnya untuk Allah, ada pahalanya untuk itu.

Persetujuan untuk membuat lasik diambil setelas berbincang dengan suami. Mengambil kira kos cermin mata (rm700 lebih) dalam tempoh mungkin sepuluh tahun. Kos contact lens untuk beberapa tahun dan sebagainya. Ini bermakna, kos lasik ini juga satu pelaburan untuk jangka masa panjang, insyaallah.  Tujuan saya membuat juga lasik ini sebenarnya kerana “jihad” di bulan Zulhijjah nanti insyaAllah. Doakan ya.. Mudah-mudahan kerana nikmat mata yang Allah kembalikan ini akan menjadikan saya seorang hamba Allah yang sentiasa menghargai nikmatnya dan manjadi dikalangan hamba Allah yang soleh, Amiin..  Alhamdulillah, sangat bersyukur dengan nikmat mata ini.. 

Bersama Prof. Dr. Muhaya Mohd selepas lasik surgery

Apa itu Lasik Surgery? (Maklumat dari Prof. Dr. Muhaya Mohd)

Untuk mereka yang ingin bebas dari kacamata untuk melihat. Kaedah tanpa pisau Visumax femtosecond laser kanta lekap menyentuh mata pesakit hanya 30 saat. Memang tidak menyakitkan. Lasik hanya untuk mata yang sihat. Umur 18 tahun hingga 67 tahun sesuai jika mata sihat. Mata malas tidak sesuai. Pesakit kencing manis atau darah tinggi kalau retina sihat juga boleh buat lasik.

Ini hanya untuk mereka yang rabun jauh atau silau atau rabun jauh dan dekat bila umur lebih 40 tahun. Power paling tinggi 1400 dan paling rendah 75 telah dirawat. Rabun silau hingga 500 telah dilakukan.

Wanita mengandung dan menyusu sebelum 6 bulan tidak sesuai. Sila sms saja hp 0122517796 atau 0163873282 ( panggilan tidak diterima) atau call 0321600332. Jika power kurang dari 800 boleh terus datang buat full screening dan plan hari apa nak buat prosidur.

Masa sms beri umur, power dan hari akan buat pemeriksaan penuh yang memakan masa 4 jam dan hari nak buat prosidur yang memakan masa 15 minit dan boleh pulang terus atau rehat selama 2 jam. Boleh memandu selepas 4 jam. MC diberi pada hari pemeriksaan dan hari prosidur.

Pemakai contact lens perlu off contact lens seminggu sebelum dtg buat pemeriksaan. Harga 6990 premium lasik kedua mata ( umur bawah 40) dan 7990 laser blended vision untuk umur 40 keatas.

Pesakit sedar dan tidak merasa sakit langsung kerana ubat bius titik di letak. Prosidur dimulakan dgn Alfatihah dan zikir terapi diri oleh Hafiz Hamidun dipasang sentiasa memang menenangkan pesakit.

Maybank credit card ada 36 month interest free dan citibank 12 months interest free lasik di prince court. EPF dan ansuran tidak boleh dilakukan

                                                                   

Proses Lasik Surgery

Baiklah, bagi mereka yang ingin mendapatkan sedikit sebanyak maklumat berkenaan proses lasik surgery ini, disini saya kongsikan sedikit. Mudah-mudahan ianya bermanfaat untuk saudara/i yang membaca dan mendapat hasil yang sama, insyaallah.. :)
 
SEBELUM
 
  1. Asas pertama untuk membuat lasik, sebagai Muslim letakkan tujuannya kerana Allah. 
  2. Buat appointment tarikh dengan Lasik Centre di Prince Court Medical Centre (03-21600332-sambungkan ke Lasik Center atau 016-3873282 atau 012-2517796). Ada sahaja mereka yang bukan dari KL, Selangor.
  3. 2 tarikh akan diminta (satu untuk assessment) dan satu lagi untuk hari surgery. Proses untuk kedua-dua hari tersebut memang boleh dikatakan seharian juga kerana menunggu giliran. Biasanya setiap hari 10 patient akan dirawat.
  4. Sewaktu assessment dibuat, lebih kurang 7 (kalau tidak salah) mesin untuk check mata. Daripada saraf-saraf dalam mata sampailah check power, dititiskan ubat mata dan berjumpa semula untuk check power , dan akhir sekali akan berjumpa prof muhaya untuk penjelasan tentang mata kita. Ada masalah atau tidak, boleh buat lasik atau tidak dan sebagainya. Patient akan dibekalkan dengan ubat titis untuk dipakai dirumah sebagai mempersiapkan mata untuk surgery keesokannya.
  5. Ketika check power, Dr. Yap, lelaki berbangsa cina ini memang pandai mengambil hati patient. Saya tidak pasti, berapa banyak modul yang terpaksa beliau fikirkan untuk menghibukan hati pesakit. Hahaha. Mungkin pusing modal yang sama kot, sebab berjumpa orang yang berlainan. Sebab saya ada tanyakan pada beliau, Dr. Yap tidak bosankah hari-hari menghadap patient dan melakukan perkara yang sama?, Beliau menjawab dengan dialect cinanya, “Saya kena  buat patient ketawa oo. Kalau tidak, saya susah hati”. Ketika sesi check power dengan beliau, perkara yang tidak boleh dilupakan adalah usia mata saya, nak tahu berapa? Umur saya 28 tahun, namun usia mata saya adalah 35 tahun!..Aduh…Allahuakbar, terkejut dibuatnya…
  6. Hari untuk surgery boleh dibuat keesokan harinya atau pada tarikh mana yang kita boleh. Saya pilih keesokan harinya kerana ingin selesaikan urusan.
KETIKA

Saya yakin dan percaya perasaan takut, risau, gementar itu pasti ada bagi mana-mana pesakit. Cuma, samada kita yang mengawal perasaan dengan menguasai keadaan persekitaran ataupun kita membiarkan keadaan persekitaran yang mempengaruhi dan mengawal kita.

Pesakit akan melalui dua mesin. Insyallah dalam masa lebih kurang 15 minit sahaja, segalanya akan berubah!.
Ketika proses berlangsung, pesakit akan ditemani alunan zikrullah. Sangat membantu menenangkan pesakit yang pastinya berada dalam kerisauan. Alhamdulillah, saya ingat pesan suami untuk berzikir dan berselawat. 

Saya sangat tersentuh dengan doa serta kata-kata positif dari prof. “…anak yang solehah, isteri yang solehah, ibu yang solehah, dikalangan orang-orang yang soleh”…Amiin…amiin..amiin… Saya yakin dan percaya, prof menggunakan pendekatan sebagaimana yang beliau sering ucapkan di radio. Seorang doktor yang bukan hanya merawat fizikal, tetapi turut merawat spiritual. Moga Allah berkati beliau serta mereka disekelilingnya..

Terharu sangat dengan doa dan ayat positif beliau sebagai seorang doktor..Terima kasih Prof!
Alhamdulillah proses laser berjalan lancar. Syukur Alhamdulillah, dengan izin Allah, rabun yang dihadapi sejak 17 tahun yang lalu, kini sudah pulih, Alhamdulillah. Sebaik selesai, prof. meminta saya melihat kepada suami yang ketika itu sedang mengambil video saya diluar. Subhanallah! Jelas kelihatan wajah mulia seoarang suami dalam jarak yang sebelum ini musathil untuk saya nampak. Saya melambai dan melemparkan senyuman pada suami. Bersyukur.


Apa yang boleh saya simpulkan, proses ini memang tidak menyakitkan. Terasa seperti hanya air sejuk yang masuk kedalam mata. Gambaran “merobek” mata seperti dalam video itu hanyalah gambar, tetapi tidak terasa. Lebih lembut dari kita membuang bulu mata yang masuk kedalam mata.

SELEPAS

Sejurus selepas proses surgery, pesakit akan diberikan cermin mata hitam (termasuk pakej rawatan). Cermin mata ini hendaklah dipakai agar mata selesa daripada sinaran cahaya diluar. Lebih kurang dalam tempoh 6 jam. Pada ketika ini, kesan ubat memang membuatkan mata berat. Terasa ingin tidur. 

Ubat titis mata diberikan untuk dibawa pulang


Memang dalam waktu selepas surgery ini penglihatan mata jelas tetapi ada sedikit kabur. Sedikit sahaja dan ianya insyaallah akan beransur-ansur baik.

Pesakit akan dibekalkan ubat titis. 2 daripadanya untuk tempoh seminggu dan satu jenis lagi untuk sebulan. Dalam tempoh ini, mata tidak boleh digosok, disentuh dan terkena air lagi kerana flap kanta itu masih belum melekat kukuh lagi.



Beberapa FAQ tentang Lasik:

  1. Boleh rabun balik?
Ini soalan lazim. Jawapan, Ya, sama seperti mata normal. Kalau tidak dijaga. Saya ingat pesanan Dr. Yap supaya biasakan dengan bercakap pada diri untuk melihat jauh. Banyak tengok jauh, dalam jarak 400meter. Pesanan Prof Muhayam apabila  melihat komputer diselang selikan dengan melihat jauh. Perlu berfikir positif, jika kita fikirkan akan rabun, ianya akan rabun, namun jika fikirkan tidak, disamping ikhtiar, insyaallah, tidak.

  1. Berapa kos?
Hmm.. Untuk sesuatu yang sngat bernilai, pasti ada harganya. Kosnya RM 6990.00 nett. Ya untuk berapa juga power. Gulp!. Saya asalnya telan air liur juga. Tapi sudah fahamlah kenapa ianya mahal, kerana pelaburan mereka untuk sesuatu yang sangat bermakna. Kalau ada yang mengatakan ianya mahal dan hanya untuk orang yang berduit sahaja, saya kira bukan masalah kaya atau tidak. Cumanya, kesungguhan dan ikhtiar untuk membuat rawatan tersebut. 

Letakkan target, simpan duit. Itupun kalau bagi mereka yang tidak ingin berhutang. Cukuplah sekadar hutang rumah dan kereta. Namun bagi mereka yang tidak kisah, bolehlah dibuat pinjaman.

  1. Takut, Sakit tak?
Jangan risau. Ianya tidak menyakitkan. Ibarat seperti “magic” insyaAllah dalam sekelip mata segalanya akan berubah!. 

  1. Nombor untuk dihubungi
Lasik Centre di Prince Court Medical Centre (03-21600332-sambungkan ke Lasik Center atau 016-3873282 atau 012-2517796). Prince Court Medical center terletak di Jalan Ka Peng Kuala Lumpur.

  1. Siapa yang layak?
Ada dua jenis, satu untuk mereka yang masih muda (bawah 40), dan satu untuk mereka yang berusia (atas 40 tahun). Jadi harganya berbeza. Seperti penjelasan dari Prof. Muahya diatas.

  1. Boleh dengar penjelasan Prof di radio Ikim. setiap Rabu jam 10-11pagi. Biasanya prof akan berkongsi tentang lasik juga.
Hasil daripada lasik surgery, samada akan hadir bersamanya satu transformasi semata-mata fizikal atau hadir bersama kesedaran spiritual yang menjadi titik perubahan pada diri seseorang untuk menjadi hamba Allah yang soleh.  Hamba yang hari ini lebih baik dari semalam. Mudah-mudahan, transformasi yang berlaku adalah kedua-duanya sekali insyaAllah...

Mudah-mudahan perkongsian ini membantu. Semoga anda juga akan mendapat hasil yang sama. Insyallah dan dapat menikmati semula nikmat Allah yang tidak ternilai ini… :)

Alhamdulillah spec yang sangat berjasa..

13 comments:

zackierra said...

assalamualaikum mar.kalau tak keberatan datanglah lawat blog saya http://zackierra82.blogspot.com/

al hafidz said...

1. Kos RM 6990 tu utk kedua2 belah mata ke?
2. Costing utk power yang 500 ke atas sama dgn pakej (6990) atau berbeza?
3. Berapa kos keseluruhan bermula dari temujanji pertama hinggalah pertemuan2 selepas pembedahan (final cost) ?

nodin said...

assalamualaikum mardiana
maaf menganggu
cuma ingin bertanya pengalaman mardiana buat lasik jika sudi berkongsi
sy berhajat juga nak buat lasik
tp kena survey dan buat research, sbb ada risiko dia
sy nak minta nasihat awak apa kabar skrg? ada komplikasi atau x especially driving malam? dan apa pendapat tentang rawatan dgn dr muhaya.
sy baca tentang pengalaman dr dlm blog
terima kasih

Anonymous said...

Assalamualaikum. .
Sorry kerana menjengah blog puan tanpa kebenaran.
Berminat nk buat lasik cuma masih breastfeeding anak.tp anak dh nk.masuk 2 thn.cuma nk tanya kos rm6990 tu termasuk eyes asessment ke?atau surgery shj?tq-azlina

nosymoza said...

as-salam. Sy agak berminat untuk melakukan lasik, tp sy agak risau jikalau ianya ada melibatkan 'gelap, keadaan sempit dan mata ditutup terlalu lama' kerana sy salah seorg penghidap claustrophobia. Agak2 ada x keadaan begini sepjg tempoh lasik? Terutamanya sewaktu kita dititik dgn ubat bius atau ubat utk numb the eyes? Jazakallah

nosymoza said...

ada x time laser,mata kte nmpk gelap?

Dexter Scofield said...

hi dina,
di mana you buat lasik? xnampak kat u punya post ler.
u pernah dengar tak lasikpro? mereka claim best lasik surgeri di malaysia

bagi i tau yeee. terima kasih!

Idah said...

TQ atas perkongsian tadi.. sy ada temujanji pemeriksaan dan lasik 2 minggu lagi dgn prof. Perkongsian ini mengurangkan ketakutan sy...tqvvm

Idah said...

TQ atas perkongsian tadi.. sy ada temujanji pemeriksaan dan lasik 2 minggu lagi dgn prof. Perkongsian ini mengurangkan ketakutan sy...tqvvm

Idah said...

sy temujanji dgn prof 2 minggu lagi utk lasik. Perkongsian blog nie hilangkan rasa takut sy.. tqvvvm

hana hadi said...

hana mencari info ni..

sekarang tengah buat kira2..:)
hana rasa sedih_seronok bila baca entri ni

Unknown said...

My friend did it on 21/11/20.. prescription was 900+,His vision is not good so far, night vision is worse with all glare, starbust andhaloes..Its really affect his life, his spouse, family, friends..Dia betul2 berpesan agar kisahnya dijadikan iktibar.MasyaAllah.Berpesan-pesanlah demi kebaikan.

Unknown said...

Sekadar info
Lasik dikategorikan sbg pembedahan plastik.
Sebab tu insurance x akan cover kalau jd ape2.