Monday, February 13, 2012

Konflik Ibu Menyusu : Yakinlah dengan “HAULAINI KAAMILAIN”

Nekad 4 Bulan yang lalu

Bulan November 2011 saya sudah give-up. Badan terasa sangat letih dan penat. Masakan tidak, Umayr yang asyik ingin berkepit, “Ummi, nak halib (Ummi, nak susu)”. Keadaan semakin stress apabila ianya berlaku setiap kali saya ingin melakukan kerja-kerja rumah terutamanya waktu memasak selepas pulang dari bekerja. Memang sangat memenatkan.

Hujung minggu itu, saya nekad. Kedai Manjaku di Sri Gombak telah saya pergi. Setelah mendapatkan drypers, deretan susu formula pula menarik perhatian saya. Tangan ingin mencapai pula susu formula. Mata melirik disetiap “keistimewaan” yang dimiliki oleh pelbagai jenama susu formula yang ada. Hampir 10 minit saya mencari “susu terbaik” untuk diberikan kepada Umayr.

Tiba-tiba ada suatu perasaan kecil timbul didalam hati. “Sabar diana, lagi 4 bulan sahaja untuk bertahan. Selama setahun lebih boleh bersabar menyusu, memerah, berkepit dengan Umayr, takkan lagi empat bulan ni saja sudah give-up?”, “Anak nak membesar sekali sahaja seumur hidupnya, susu ibu ini hak dia, takkan nak nafikan hak dia?”. Memang perasaan ini sering bermain-main didalam hati malah difikiran saya. Akhrinya, hanya drypers yang saya beli.



Fasa-fasa terakhir penyusuan susu ibu

Saya yakin,ramai dikalangan ibu-ibu tiada masalah untuk menyusukan bayi mereka diawal waktu kelahiran kerana ia merupakan fasa awal dimana penghasilan susu ibu memang sangat produktif (cumanya,kalau sejurus selepas bersalain dan 2-3 hari selepas bersalin.. Waktu ini kolustrum/susu awal yang sangat bagus memang sedikit kerana ia baru beroperasi-tempoh ini jangan risau dan jangan kata “tidak ada susu”. Memang macam itu, ia bermula dengan sedikit).

Begitu juga saya. Pengalaman Uways dahulu saya jadikan pengajaran dan ukuran. Semasa Umayr, sejurus bersalin, saya telah maklumkan pada nurse supaya jangan berikannya sebarang susu, bawa bayi kepada saya apabila ia lapar. Alhamdulillah saya sangat yakin, apabila kita mula memberikan susu formula kepada anak, penghasilan susu ibu akan automatic menjadi kurang produktif. Secara saintifiknya saya tidak pasti kenapa. Saya hanya mengaggap ianya sebagai satu “sumpahan keramat” sahaja. Hehehe.. :)

Alhamdulillah, 6 bulan secara eksklusif. Kemudian cukupkan setahun, seterusnya 2 tahun. Sewaktu tahun pertama penghasilan susu sangat memberangsangkan. Kadang-kadang, perahan sehingga 2 botol (4/5/6/8 0z) untuk sebelah sahaja!.Subhanallah!!.

Namun, Masalah (saya lebih suka gunakan konflik/dilema) yang timbul adalah apabila dihujung-hujung tahun (bagi mereka yang ingin menyahut saranan menyempurnakan penyusuan selama dua tahun penuh). Saya juga menghadapi cabaran yang sama. Penghasilan susu kurang produktif, tidak seperti diawal-awal tahun. Namun, maklumat yang saya dapati dari internet( seperti Kumpulan Ibu-ibu menyusukan, Susuibu.com dsb) Alhamdulillah banyak membantu.

Umayr Genap 2 tahun

(gambar dari 6 bulan -setahun)

Alhamdulillah tarikh 13 Februari 2012. Genaplah usia Umayr 2 tahun. Jika sekiranya saya tidak berjaya menyusukannya sehingga umurnya 2 tahun, saya tidak akan menulis entry ini. Saya gembira!

Sewaktu Uways, saya kurang pengetahuan tentang bagaimana untuk memastikan bekalan mencukupi sehingga 2 tahun. Ya 2 tahun satu tempoh yang sangat lama dirasakan untuk mencukupkan 2 tahun (sebenarnya sekajap sahaja 2 tahun itu berlalu). Apa yang dibuat, menyusu Uways hanya ketika dirumah dan disebabkan bekalan susu perahan yang tidak cukup di rumah pengasuh, saya terpaksa berikannya susu formula.

Namun, Saya sedih mengenangkan ada segelintir ibu yang tidak mahu menyusukan anak mereka dengan susu mereka sendiri atas alasan yang tersendiri. Tetapi ada juga yang berkeinginan tetapi kurangnya pengetahuan dan cara menyebabkan mereka telah berputus asa.

Menurut Penolong Pengarah Zat Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia, Puan Rokiah Don, kadar penyusuan ibu di kalangan ibu-ibu bekerja terutamanya di kawasan bandar menurun. Antara faktor yang mempengaruhi atau menghalang ibu-ibu untuk terus menyusui bayi adalah kecetekan pengetahuan, tiada pengalaman dan tiada sokongan. Banyak memberi alasan menyusu badan tidak praktikal, menyusahkan, letih, suami tidak dapat memainkan peranan, bimbang kesihatan diri terjejas dan tidak yakin bayi mendapat bekalan susu mencukupi. Malah ada yang bimbang buah dada akan melendur.

Malah apa yang amat menyedihkan, ada segelintir para ibu yang sewaktu mengandung telah siap memikirkan susu formula mana yang terbaik untuk bakal anak yang dilahirkan. Walhal ibu itu tidak memikirkan sebenanrnya “susu cap gantung” (minta maaf istilah ini digunakan) nya itulah yang terbaik untuk anaknya.

Yakin dan Tahu Cara akan Berjaya

Saya juga menghadapi masalah (cabaran) yang sama.

Antara perkara yang dihadapi
1-      Terasa seperti susu sudah tidak ada dan merasakan anak tidak kenyang menyusu. (sebenarnya bagi sahaja makan makanan yang lain atau produk tenusu yang lain, bukan semata-mata susu ibu). Kita pub, apabila lapar, memang akan mencari makanan, bagi anak, susu ibu itulah lebih mudah untuknya. Kenyangkan dia dengan makanan berkhasiat yang lain dahulu, ini kerana susu bukan lagi menu utamanya).  
2-      Badan sangat penat dan letih bahkan menyebabkan agak stress (Apabila stress, memang sangat sukar untuk perah. Gunalah jenama yang paling mahal untuk memerah sekalipun, memang tidak boleh).
3-      Fikiran “nak bagi susu formula” lebih mudah sering bermain-main difikiran. (ubah mind-setting minda kepada “mesti boleh” dan cari penyelesaian, bukan terus berputus asa). insyaAllah boleh.

Namun, apa yang telah saya lakukan untuk diri sendiri:

1-      Minum air dan susu lebih banyak.
2-      Makan banyak (yang berkhasiat).
3-      Buat “double-pumping” (boleh search di internet tentang ini).
4-      Doa dan Tawakkal
5-      Sabar

Yakin dengan Fitrah Ilahi


Perkara besar yang menyebabkan saya terus bersabar bersama kekuatan yang Allah berikan adalah saranan tentang penyusuan susu ibu. Secara saintifiknya seperti yang diketahui umum memang tiada susu yang terbaik melainkan SUSU IBU (boleh search di internet, banyak maklumat tentang kebaikan susu ibu untuk anak & juga ibu). Tetapi kenapakah Allah menyarankan sehingga 2 tahun penuh, kenapa tidak setahun, setahun setengah? Rahsia itulah yang saya yakin, hanya Allah yang lebih mengetahui daripada apa yang kita ketahui setakat pengetahuan kita yang terbatas ini. (insyaAllah entry yang lain kita akan bincangkan tentang ini)

Di dalam firman Allah di dalam surah AlBaqarah ayat 233 yang bermaksud:

“dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap Iaitu bagi orang Yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara Yang sepatutnya. tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan Yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu Dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) Yang kamu mahu beri itu Dengan cara Yang patut. dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua Yang kamu lakukan”.

Menurut Ibn Kathir, Ini adalah panduan dari Allah swt untuk para ibu  menyusukan anak-anak mereka dengan memberi makanan lengkap selama dua tahun kerana  tidak ada lagi penyusuan susu ibu selepas itu. Namun, disana juga tiada larangan samada untuk tidak dapat cukupkan 2 tahun, atau untuk melebihkan selepas 2 tahun.

Perkataan 2 tahun menyusu lagi:

“dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya Dengan menanggung kelemahan Demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah Dalam masa dua tahun; (dengan Yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)”.



Jadi para ibu dan bapa, usah risau. Kita cuba sedaya upaya dengan pelbagai ikhtiar dan doa, jika adanya rezeki, Alhamdulillah, tetapi janganlah bersedih kerana saranan Allah itu bukanlah satu kewajipan. Kerana itu Allah menyebut, “bagi mereka yang inginkan melengkapkan tempoh penyusuan”.



Selamat Mencuba!!! Semoga Allah memberikan kekuatan dan kesabaran kepada anda juga!!  :)



Friday, December 23, 2011

Umayr, Trip to Hatyai & Lagu Kegemarannya.. :)

 
Umayr 1thn 9bln..
Masa ni on the way nak ke Hatyai Dis 2011 baru-baru ni. Umayr excited pertama kali naik bas..Dok asyik menyanyi. Lagu ini Umayr belajar dekat sekolah dia..Bagi peluang kat si kecil ni, nnti hafal AQ pun mcm ni jg ya Umayr..insyaAllah..
Terimalah persembahan Istimewa untuk pakcik2 dan makcik2..:)
Lagu jongkang-jongket & ABC..hehe
Lirik lagu jongkang-jongket:
Jongkang-jongket
Buaian-buaian
Naik atas papan 2x
Gelonsor2x
(Ummi pula belajar dari Umayr ni..)

Monday, October 31, 2011

Umurku genap 28 tahun: Impian Bahagia sehingga ke Syurga..Ameen

Perkenalan saya dan suami bermula selepas dirisik oleh adik ipar yang juga merupakan junior saya di UIA pada tahun 2006. Saya berpegang dengan prinsip saya, “berkenalan” dengan tujuan untuk berkahwin, tiada istilah untuk bercouple, dan tidak untuk tempoh jangka masa yang lama. “Berkenalan” apabila diri bersedia untuk memberikan cinta hanya untuk seorang lelaki yang bakal bergelar suami, insyaAllah dunia dan akhirat. Ketika dirisik sebenarnya pada masa yang sama ada beberapa calon yang lain yang perlu dipertimbangkan juga. Setelah melakukan Solat Istikharah, Alhamdulillah hati terbuka untuk menerimanya.

(Ketika Konvo PhD beliau baru-baru ini)

Suami saya memiliki beberapa perkara yang saya yakini. Cukuplah syaratnya, seorang lelaki yang tidak merokok, saya yakin dengan agama dan akhlaknya, malah yang boleh menjadi bapa contoh untuk bakal anak-anak saya nanti. Hadis Rasulullah saw yang ada mengatakan bahawa jika ada lamaran dari seorang lelaki soleh, yang diyakini agamanya, maka terimalah jika tidak akan berlaku kerosakan dimuka bumi, menguatkan lagi tentang pilihan hati ini. Sepanjang perkenalan kami, tidak pernah keluar berdua, tetapi sebaliknya ditemani oleh ahli keluarganya dan rakan saya. Bahkan keluar itu juga dengan tujuan dan urusan penting. Untuk menjaga dalam tempoh sebelum berkahwin inilah yang menjadi cabaran yang begitu kuat.

Memang perasaan untuk keluar bersama, makan berdua bersama, bersembang-sembang santai, berjumpa selalu itu ada. Itulah fitrah. Namun, samada fitrah bertukar fitnah atau fitrah membentuk mawaddah wa rahmah, pilihan itu terletak pada kita. Wanita terutamanya, perlu bertegas. Tidak ada seorang lelakipun yang berhak dan layak untuk kita selagi belum berlangsungnya sebuah akad yang sah. Yakinlah bahawa jika ia dijaga dengan sebaiknya sebelum berlangsungnya sebuah pernikahan, insyaAllah kita akan nampak keberkatan selepas perkahwinan. Untuk tidak menjaga dan menangguk dosa sebelum berkahwin itu memang sangat mudah, tetapi akan menjadi parah dan susah selepas bernikah. Untuk menjaga sebelum berkahwin itu sekejap sahaja sebenarnya, bersabarlah, tiada sedikit rugipun sebenarnya, walau sebesar zarah. Kerana dirinya akan menjadi milik kita insyaAllah untuk selamanya selepas itu.

Saya yakin dan percaya, Alhamdulillah Allah telah memberikan seorang suami yang terbaik untuk saya. Melalui perkahwinan dengannya saya mempelajari banyak perkara. Melalui pelbagai peristiwa dan cabaran sepanjang kehidupan kami, saya juga belajar untuk memaafkan, mengasihi, menyayangi dan berubah diri untuk menjadi seorang insan dan hamba yang lebih baik. Perbezaan itulah pelengkap untuk sebuah kehidupan. Kekurangan saya, suamilah menjadi pelengkapnya. Suami telah membuatkan saya untuk belajar bagaimana untuk menjadi seorang isteri yang bijak, ibu yang bijak, pembantu yang setia, kekasih yang saling mengasihi kerana Allah.

Bahkan suami saya banyak membantu dalam memudahkan terealisasinya impian CINTA dan CITA-CITA (saluran @ wasilah yang Allah berikan). Suami Soleh yang mengikut sunnah Nabi junjungan mulia, Muhammad saw dalam membantu isterinya di dalam urusan rumahtangga dan sebagainya. “Ya Allah, hambaMu ini menyayangi dan mengasihi lelaki ini yang telah engkau anugerahkan kepadaku keranaMU”..


(Apsal Umayr nganga??..Dia terkedu naik bot.. :) )

Harapan saya dengan doa agar kehidupan kami sekeluarga sentiasa diberkatinya dan dibawah rahmat kasih sayangNya. Ya Allah, himpunkan zuriat keturunan kami di dalam syurgaMu, Amiin..

Alhamdulillah diatas nikmat Iman dan Islam selama 28 tahun menjadi hamba Allah..
Terima Kasih atas ingatan kalian buat sahabat-sahabat..


* Mardiana Mat Ishak, Batu Caves, Selangor, 31 Oktober 2011.

Friday, September 30, 2011

“Manisnya Hempedu, Pahitnya Madu”…

Imbasan

“Sayang ingat tak ******(Nama)student UIA dulu tu”, tanya suami keesokan hari selepas menghadiri Programbersama Dr. Abdullah al-Qarni malam Khamis minggu lepas (22/9/2011).

“Ha’ah ingat”, jawab saya ringkas.

“Tau tak, dia dah kahwin duarupanya”. Sambung suami. (Terdetik juga dihati, “Issyy kenapa tiba-tiba sajani. InsyaAllah tidak". Sekadar memaklumkan perkembangan kenalan).

Terkejut saya mendengarnya.Bagaikan tidak percaya. Bukan menyalahkan mana-mana pihak. Apatah lagi sebagaiorang luar yang langsung tiada kena mengena dengan mereka untuk membuatpelbagai andaian, apatah lagi memberi hukuman. Bukannya buat salah.

Dengan serta merta ingatan sayakembali mengimbau saat kehidupan di awal perkahwinan mereka ketika bergelar pasanganpelajar. Susah senang mereka bersama. Apa yanglebih menyentuh jiwa dan rasa, motosikal kapcai menjadi kenderaan rasmi merekaberulang-alik dari UIA ke rumah sewa yang terletak di atas bukit Sungai Pusu,di belakang UIA. Apa yang lebih meruntun jiwa, diri si isteri yang berbadan duasudah terbiasa meredah bersama si suami melalui jalan yang terhentak-hentaktidak rata itu.

Yang kedua datang setelah sisuami “steady”. Bukan ingin menyalahkan yang kedua, mungkin ada sebab utamamereka.

Ingin saya tekankan, persoalanberkahwin ketika belajar tiada kena mengena dengan isu pologami ya. Justeruusah mengatakan itu adalah punca dan alasannya.

Saya teringat satu survey yangtelah dilakukan keatas lelaki yang berpoligami (minta maaf saya tidak ingat siapadan bila ia dibuat, maka usah dijadikan hujah), tetapi apa yang saya yakin danpasti, survey itu mendapati peratusan tertinggi daripada mereka mengatakanbahawa tidak gembira dan bahagia seperti yang disangka selepas berkahwin lagi.Lebih bertambah “bala” dan sengsara lagi. Paralelaki jangan marah, para wanita jangan terlalu gembira ya..

Kenyataan Survey itu dikuatkanlagi dengan beberapa kes rakan suami yang turut berhadapan dengan situasi yang sama. Seronok hanya sebelumdan di awal-awalnya sahaja. Selepas itu, berserabut otak kepala. Hmm tapi sayayakin dan pasti, disana juga masih terdapat mereka yang bahagia dan gembiradengan berpoligami. Tapi dipihak mana? Apakah sudah semestinya bahagia dangembira atau perlu berpura-pura menyimpan rasa? Harapnya memang betul bahagiadan gembira.

(Lebah: "Manis ke Pahit nih..")

Keinginan untuk berkahwinlebih pasti menjadi keinginan setiaplelaki (apatah lagi tiada halangan didalam Islam). Namun, percaya atau tidak, wanita juga ada yangberperasaan begitu. Itulah sebabnya terdapat kisah isteri yang curang. Na’uzubillahiminalik.Islam tidak benarkan wanita berkahwin lebih daripada satu atas faktor nasabketurunan. Hanya wanita yang boleh melahirkan. Sudah pastinya masyarakat akanmenjadi “caca-merba” dek ketidakpastian anak siapakah dia.

Namun, bagi lelaki yang rasional, apabiladifikirkan kembali tanggungjawab dan beban yang akan berganda malah berkekalanpula, berbanding seronoknya “berkahwin lagi” yang hanya bersifat sementara,menjadikan banyak juga lelaki lebih bahagia dan gembira dengan hanya seorangbidadari syurga dunianya. Gaji yang asalnya sudah cukup dan selesa terpaksadihimpit kembali dengan “cawangan baru”. Stress pula berganda. (Marah orangyang berpoligami pada saya dengan kenyataan ini)..

Seronok dan exciteduntuk berkahwin baru ibarat seronok dan excited untuk berkahwin buatpertama kalinya suatu ketika dahulu. Namun dari semasa ke semasa perasaanbiasa-biasa sahaja atau “suam-suam kuku” bersilih ganti. Itulah lumrah alamyang Allah ciptakan untuk semua perkara dunia.

Sewaktu kita inginkan gadjetyang terbaru, ketika fasa-fasa awal bersamanya, itulah yang paling istimewa.Kemudian akhirnya, biasa sahaja. Mencari pula yang terbaru.

Anak kecil apabila mendapatmainan baharu, ketika fasa-fasa awal bermain bersama mainan tersebut, itulahyang sukar dilepaskannya. Kemudian akhirnya, biasa sahaja. Inginkan pula yanglain.

(( اعْلَمُواأَنَّمَاالْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِوَالْأَوْلَادِ كَمَثَلِ غَيْثٍأَعْجَبَالْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَامًا وَفِي الْآخِرَةِ عَذَابٌشَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِّنَاللَّهِوَرِضْوَانٌ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ))-الحديد: 20

“Ketahuilah, bahwa sesungguhnyakehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan danbermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dananak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudiantanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadihancur. Dan di akhirat (nanti)ada azab yang keras dan keampunan dari Allah serta keredhaan-Nya. Dankehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu”. (QS, 57:20)

Itulah fitrah yang Allahciptakan bagi nikmat dunia yang hanya bersifat sementara ini. Yang akanditanggung adalah pahala atau dosa yang samada akan meringankan ataumemberatkan mizan (neraca timbangan).

Justeru, hargailah si dia yangsetia disisi. Susah senang bersama sanggup dilalui. Saya bersimpati pada si ukhti. Derita ataubahagia hanya si dia yang merasai. Saya berdoa agar Allah menjauhkan diri daridiuji dengan ujian berat sebegini.

Dalam menjalin bahagia bersama, ia bukan hanyasekadar berhenti selepas diijabkabulkan sahaja. Tetapi sebaliknya rasa inginterus mengenali dan mencintai pasangan seadanya. Mudah-mudahan kehidupanberkeluarga yang dilalui itu diredhai olehNya bahkan akan berkumpul pula di Syurgasana.

Dr. Les Parrott di dalambukunya “saving your marriage before it starts”, ada mengatakan “dua pasangan yang berdikari mampu untukmembentuk dan menjalani satu kehidupan bersama walaupun terpaksa mengharungisegala kesusahan dan perlu untuk belajar cara menyesuaikan diri antara satusama lain. Segala kesusahan serta kesungguhan dalam melalui satu fasa baru bagisetiap pasangan adalah berbeza namun mereka tetap akan menghadapi kesusahantersebut. Dalam peringkat ini pasangan perlu bersedia untuk mengatakan “ya” danmenerima hakikat bahawa saya redha untuk menerima pasangan yang tidak sempurnadan percintaan dengan seseorang yang sempurna hanyalah satu khayalansemata-mata. Walaubagaimanapun saya tetap terpikat dan terpesona dengan“misteri” serta “rahsia” siapa awak dan saya bersedia untuk terus menyintaiawak serta menjalani kehidupan bersama demi sebuah “cinta” yang lebihbermakna”..

Mardiana Mat Ishak
Batu Caves,2011.

Monday, September 12, 2011

Musibah Syawal


Kami gembira kerana Syawal kali ini tiba bersamaan tarikh ulangtahun perkahwinan kami yang ke-5. Alhamdulillah. Namun, dalam kegembiraan tersebut juga, ada musibah yang telah menimpa.

Musibah Pagi 1 Syawal

Selepas selesai menunaikan solat sunat hariraya Aidilfitri di Masjid Sultanah Bahiyah Alor Setar, sambil mendengar khutbah hariraya. Umayr bermain dengan beberapa kanak-kanak yang lain. Main lari-lari. Tiba-tiba dia ke bahagian hadapan yang dipenuhi jemaah lelaki, di bahagian kiri koridor masjid. Dia nampak tangga dan kasut yang banyak agaknya,terus menuruni anak tangga tersebut. Memikirkan bahaya kalau dibiarkan takut Umayr lari ke jalan pula saya terus mendapatkannya. Tetapi terjatuh pula di tepi longkang. Ada calar sedikit di bahagian kiri kepalanya.

 selepas Solat Sunat Hariraya Aidilfitri 1432H


Musibah Petang 1 Syawal

Kami beraya di rumah tok saya, di Pokok Sena Kedah. Umayr teruja melihat kawasan lapang yang membolehkannya untuk bebas bergerak, bermain dan berlari. Peghak (bahasa kedah-kagum dan teruja seolah-olah tidak pernah lihat) tengok burung dalam sangkar. Siap nak pergi ke kawasan semut api.

(gambar: luka selepas 4 hari) Bertukar syif, Abi memantau Umayr pula. Tetapi malang tidak berbau, ketika Umayr ingin melangkah satu longkang kecil, Abi tidak sempat sambut, kepala Umayr terhantuk di atas tepi tiles. Agak tajam. Apa lagi, darah tak henti-henti keluar. Baju abi terkena darah, saya terus menerpa mendapatkannya. Tudung saya juga ada sedikit kesan darah. Menyirap darah saya melihat luka (yang pada saya agak dalam sehingga menampakkan isi). Apatah lagi dengan darah yang tak henti-henti. Semua orang menjadi kelam kabut.  Yang Umayr pula, sambil menangis (tidak pula meraung), menangis manja sambil memegang kepalanya dan menyebut, “ayi…ayi..” (lari…lari). Ingatkan nak sebut sakit. Umayr..Umayr.. 

Dari Pokok Sena, kami terus ke KMC (Kedah Medical Centre). Kami risau kalau jahitan pada luka diperlukan. Ya, pastinya kalau jahitan pada kulit, kesannya parut yang tidak akan hilanglah jawabnya. Habislah muka anak ummi ni.. na’uzubillah..

Alhamdulillah, doktor kata hanya diletakkan gam pada kulit untuk mencantumkan semula kulit yang terkoyak. Umayr ni pula kira nak tarik plaster kecil yang dilekatkan. Ada pernah satu malam (semasa menonton filem Nur Kasih), Umayr sedang menyusu, tiba-tiba dia tarik dan mungkin terkena pada jari tangan, luka berdarah kembali. Apa lagi, saya yang sangat risau terus mengajak suami untuk ke KMC untuk ditampal semula luka. Alhamdulillah tiada bayaran lebih dikenakan. Saya minta jururawat letakkan plaster yang lebih kuat dan lebih besar. Jadi, agak susah Umayr tarik. Perlu dibiarkan selama 4 hari, kepala juga jangan dibasahkan. Apabila dipesan agar jangan tarik, memang mengangguk sakan kawan kita nih. Tapi..banyak cubaan untuk melakukannya.. memang kami tambahkan lagi plaster dengan menyilang. Memang agak sukar Umayr menarik. Hehehe..

Selalunya orang kata, kalau tidak ada luka sini sana, bukan budaklah namanya. Hero pula...  Sementara menanti membesar dan faham bahasa seperti abang Uways ni, macam-macamlah lagi.. Hhhmmm


KPI rumah tangga bina perkahwinan bahagia (versi editor)

KPI rumah tangga bina perkahwinan bahagia
 (versi editor)

Berita Harian, 8 September 2011

LAPORAN akhbar baru-baru ini (Berita Harian 6 September) menyatakan lebih 200,000 pasangan mendaftar cerai. Kebanyakan laporan diterima membabitkan usia perkahwinan yang kurang daripada enam tahun. Perkara ini sangat merisaukan bahkan akan turut memberi kesan kepada institusi kekeluargaan seterusnya aspek pembinaan modal insan yang cemerlang.

Sama ada berkahwin atas faktor suka sama suka atau dicadangkan orang ketiga ia akan bertemu satu titik persamaan, iaitu membina cinta. Apakah pasangan yang berkahwin didasari cinta bersama akan berhenti sekadar menjadi pasangan dengan ikatan perkahwinan? Apakah pasangan diatur pihak ketiga akan berhenti sekadar menjadi pasangan yang berkahwin selepas diijabkabulkan? Tidak. Cinta itu bermula dengan tindakan dan perbuatan. Cinta dan perasaan belas kasihan perlu ada. Maka atas dasar itulah Allah meletakkan ‘mawaddah warahmah’ yang perlu menjadi dasar dalam sebuah perkahwinan. Mawaddah (cinta) itu seperkara dan disusuli rahmah (belas kasihan). Di saat sinar kebahagiaan muncul di dalam jiwa, cinta itu menjadi paksinya, dan pada saat marah, belas kasihan pula perlu menjadi paksi serta sabar.
Masalah tidak mempunyai keinginan terhadap pasangan atau wanita menurut seorang pensyarah bidang al-Quran dan hadis disebabkan tiga faktor utama iaitu, sama ada pernah melakukan zina sebelum berkahwin, atau seorang homoseksual atau memang mempunyai masalah kesihatan. Di dalam masalah kesihatan, tidak perlu dipersalahkan mana-mana pihak jika sekiranya masing-masing tidak mengetahuinya sebelum berkahwin.
Apa yang menjadi kesalahan adalah diteruskan perkahwinan jika sekadar menutup mulut orang mengenai persoalan masih belum berkahwin. Saya ingin mencadangkan dua perkara mudah-mudahan ia membantu pasangan yang berumah tangga untuk terus membina bahagia bersama.

Pertama, pastikan hubungan sebelum perkahwinan itu dijaga dengan sebaik-baiknya dengan mengikuti apa yang Islam sarankan seperti tidak keluar berdua-duaan sebelum berkahwin, bersentuhan melakukan perkara ringan serta adengan boleh membawa kepada zina. Kedua, sebaik-baiknya diadakan KPI rumah tangga (penunjuk aras) agar ia sentiasa menjadi audit dalaman untuk memberikan yang terbaik buat pasangan. Dalami ilmu agama dan ilmu rumah tangga serta kekeluargaan secara berterusan. Sentiasa jadikan diri untuk memberi yang terbaik, daripada ingin menerima yang terbaik. KPI ini seelok-elokknya dibuat pada saat pasangan masih di dalam proses untuk berkahwin atau tempoh perkahwinan yang masih baru.

Jadikan KPI ini sebagai satu muhasabah bersama dengan meletakkan apa yang diharapkan dapat dilakukan dan perkara yang perlu dielakkan dalam membina kebahagiaan. Mudah-mudahan ia membantu kita untuk terus memburu kebahagiaan yang abadi.

MARDIANA MAT ISHAK,
Pensyarah dan Penulis Buku. 


 http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KPIrumahtanggabinaperkahwinanbahagia/Article

Jalan-jalan Cari Makan (JJCM) TV3.. Alkisahnya…

Kelakar apabila melihat wahaj sendiri dalam  rancangan JJCM episode 14 tempohari (Ahad, 4 September 2011- 12 tgh). Ia berlaku secara kebetulan. Alkisahnya…

Selepas maghrib, kami bersiap-siap untuk ke dePalma Hotel Ampang kerana saya perlu menghadiri workshop silibus buku baharu Bahasa Arab selama tiga hari berturut-turut (29-31  Julai 2011). Setelah berbincang dengan encik suami petang itu, pilihan untuk makan diluar sahaja memandangkan stok bahan mentah telah dihabiskan kerana tiga hari tiada dirumah dan sebelum memasuki fasa Ramadhan minggu hadapan. 

Selepas maghrib, dalam mencari tempat yang sesuai dan memenuhi keperluan perut yang berbunyi, saya mencadangkan mencuba kedai Spring Potato. Kedai ini telah dilihat lama kerana untuk kerumah saya, pasti melalui Sri Gombak. Dari jauh kedainya nampak agak menarik sekalipun berada dikawasan deretan kedai yang kurang menarik. Kedai yang selesa, bersih dan kemas dan yang lebih penting adalah tokeynya adalah Islam dan bumiputera. 



Sewaktu kami sampai, telah ada 4 meja makan yang telah selesai makan. Kami sahaja pelanggan yang baru sampai. Kami mencuba makanan Korea Bul-go-gi dan Spring Potato. Semasa menunggu order, kami perasan ada 4 orang krew tv selesai menikmati makanan mereka. Ingatkan telah selesai pengambaran, dan tidak sangka pula mereka adalah krew JJCM. Hanya mereka berempat, pengacara JJCM Qi dan Amy Mastura tiada. Saya rasa, pengambaran bersama pengacara dan artis jemputan dibuat lebih awal dan sesi kedua hanya untuk mendapatkan pandangan pelanggan sahaja. Kerana plak JJCM telah sedia ada diatas meja kaunter.

Kami adalah orang terakhir yang ditemuramah. Sewaktu menjamah hidangan yang memang sedap itu, kami disapa, “Abang, kakak, boleh kami temuramah sikit untuk JJCM?”. Saya dan suami ketawa dan bersetuju. “Siapa yang akan cakap? Abang ke akak?”. Dengan selamba, suami kata, “bagi akaklah..”.. Alamak..oklah, ok ja… “Akak cakap panjang-panjang sikit ok..”. Ok, boleh je.. Adik tu tanya beberapa soalan, “bagaimana rasa makanan yang kami makan tu, fresh ataupun tidak”, “apa pandangan tentang kedai tersebut” dan beberapa soalan lagi. Dia kata akan keluar tv insyaAllah selepas raya. 

Ketika menghabiskan cuti hariraya di rumah abang saya di Penang, adik saya perasan ada iklan JJCM untuk 4 September 2011 di tv3.  “Eh Nampak macam muka abang Nizamla kat iklan JJCM, hampa pi kedai Spring Potato ka”. Kalau iklan Spring Potato dan muka en. Suami, memang sahlah. Tak sangka pula sejurus selepas raya. 


(promo iklan JJCM Ahad, 4 September tv3)


Hari Ahad jam 12 memang kami tunggu untuk tengok betul atau tidak. Kami di Ipoh. Memang kelakar tengok muka sendiri dan diusik juga oleh abang saya sebagai kuat makan dan perut stokin. Hmm..memang saya boleh habiskan 2-3 kali tambah. Nak buat macam mana, sebab lapar dan mungkin kerana masih menyusu penuh adik Umayr. Kata en. suami, tak apa selagi berselera dan Allah bagi nikmat makan.. Alhamdulillah..

Kalau nak tengok JJCM episode 14 temohari, boleh lihat di tonton.tv3…


Thursday, September 08, 2011

"Perkahwinan bukan satu Persinggahan"- versi asal

Senario yang sering berlaku..

“saya tidak cintakan dia”

“kami tidak serasi”

“dia tidak bertanggungjawab”

“dia curang”

Ini adalah antara beberapa perkara yang sering menjadi punca pergolakan rumahtangga. Laporan akhbar baru-baru ini (BH- 6 September 2011) yang menyatakan bahawa lebih 200,000 pasangan mendaftar cerai. Kebanyakan laporan yang diterima adalah usia perkahwinan yang kurang dari 6 tahun. Perkara ini sangat merisaukan bahkan akan akan turut memberi kesan kepada institusi kekeluargaan seterusnya aspek pembinaan modal insan yang cemerlang.

Cinta Rela dan Cinta Dipaksa

Samada berkahwin atas faktor suka sama suka atau dicadangkan oleh orang ketiga ia akan bertemu satu titik persamaan, iaitu membina cinta. Apakah pasangan yang berkahwin didasari cinta bersama akan berhenti sekadar menjadi pasangan dengan ikatan perkahwinan? Apakah pasangan yang diatur pihak ketiga akan berhenti sekadar menjadi psangan yang berkahwin setelah diijabkabulkan? Tidak. Cinta itu bermula dengan tindakan dan perbuatan. Cinta dan perasaan belas kasihan perlu ada. Maka atas dasar itulah Allah meletakkan “mawaddah warahmah” yang perlu menjadi dasar dalam sebuah perkahwinan. Mawaddah (Cinta) itu seperkara dan disusuli rahmah (belas kasihan). Disaat sinar kebahagiaan muncul didalam jiwa, cinta itu menjadi paksinya, dan disaat api kemarahan membara dijiwa, belas kasihan pula perlu menjadi paksinya bahkan ia menuntut satu kesabaran. Marah itu adalah satu perkara yang normal bagi manusia, namun apakah dengan api kemarahan itu akan terus dibiarkan membakar dan marak seterusnya meranapkan sebuah rumahtangga? Rasulullah SAW telah memberikan solusinya. Jadikan rumahtangga baginda sebagai model ikutan kita semua dalam membina bahagia dalam kehidupan.

Bagi mereka yang berkahwin dengan cadangan pihak ketiga, alasan “saya dipaksa berkahwin” atau “tidak ada cinta” dijadikan sebab setelah berlakunya aqad yang sah adalah sesuatu yang tidak rasional. Pilihan untuk berkahwin atau tidak itu terletak pada tangan diri sendiri. Ia boleh sahaja diterima atau ditolak secara baik selagi belum berlakunya proses ijab dan kabul. Apatah lagi jika sebab tidak cintakan pasangan malah dikatakan dipaksa pula dijadikan hujah untuk menamatkan sebuah perkahwinan. Lebih-lebih lagi setelah kemeriahan perkahwinan yang diraikan telah berlaku.

Perkahwinan bukan satu persinggahan. Contohnya, ketika zaman persekolahan dan memasuki gerbang institusi pengajian tinggi. Apabila dirasakan tidak serasi, terus bertukar tempat dan melarikan diri. Jika ini yang berlaku didalam sebuah institusi perkahwinan, ia bukanlah datang dari mereka yang matang dan bijak berfikir tentang kehidupan. Keserasian itu perlu dibina dan dicarigali secara berterusan. Malah setiap hari yang dilalui bersama itulah pelajaran yang cukup berharga untuk membina keserasian. Sememangnya gabungan dua cara kehidupan yang berbeza itu perlu dicari titik persamaan dalam membina sebuah kehidupan berkeluarga yang menuju redhaNya.

Punca

Daripada laporan yang diterima peratusan daripada tidak bertanggungjawab sehinggalah kepada masalah seksual atau masalah kesihatan. Masalah tidak mempunyai keinginan terhadap pasangan atau wanita menurut salah seorang pensyarah bidang al-Quran dan Hadith adalah disebakan tiga faktor utama iaitu, samada pernah melakukan zina sebelum berkahwin, atau seorang homoseksual atau memang mempunyai masalah kesihatan. Na’uzubillahiminzalik. Saya pernah mendengar antara sebab penceraian yang dilakukan kajian oleh Timbalan Pengarah IKIM yang sekarang merupakan rektor baru UIAM, Prof. Dato’ Dr. Zaleha Kamaruddin, didalam slot Mahligai Kasih di IKIM.fm tentang masalah seksual ini. Pelbagai jenis ubat kuat yang ditampal iklan itu sebenarnya telah membuka keaiban dan menunjukkan kelemahan pihak lelaki. Menurutnya, biasanya ego pihak lelaki sukar untuk menerima punca ini dan simpati dan malu pihak isteri pula sukar untuk melaporkan seterusnya cuba membantu untuk membuat rawatan. Apatah lagi masalah kesihatan ini diketahui setelah berlakunya ijab dan kabul. Akhirnya, pasangannya terpaksa menjadi mangsa keadaan. Di dalam masalah ini, tidak perlu dipersalahkan mana-mana pihak jika sekiranya masing-masing tidak mengetahuinya sebelum berlakunya perkahwinan. Apa yang menjadi kesalahan adalah diteruskan perkahwinan jika diketahui sedari awal untuk menutup mulut orang tentang persoalan, “kenapa masih belum berkahwin”. Berkahwin dan kemudian memutuskan perkahwinan telah menjadi pilihan penyelesaian yang terbaik. Malah, mencanang pelbagai kesalahan pasangan untuk menutup keaiban diri. Lebih memburukkan keadaan, jika orang lain yang tiada kena mengena turut sama campur tangan dan memberi komen itu dan ini.

Cinta Terpelihara dan K.P.I Rumahtangga

Saya ingin mencadangkan dua perkara ini, mudah-mudahan ia membantu pasangan yang berumahtangga untuk terus membina bahagia bersama. Pertama pastikan hubungan sebelum perkahwinan itu dijaga dengan sebaik-baiknya dengan mengikuti apa yang Islam sarankan seperti tidak keluar berdua-duaan sebelum berkahwin, bersentuhan melakukan perkara-perkara ringan, apatah lagi adegan-adegan ringan yang boleh membawa kepada penzinaan. Kemungkinan besar kebahagiaan dan ketenangan yang dirasai sebelum berkahwin akan bertukar menjadi kesengsaraan dan keperitan setelah berkahwin sebagai balasan dari Allah. Kebahagiaan sebelum berkahwin telah dihiasi oleh panahan syaitan. Kerana itu kenikmatan dunia adalah syurga bagi mereka yang melakukan maksiat dan neraka bagi mereka yang bertaqwa. Namun, pastinya kenikmatan akhirat adalah syurga bagi mereka yang bertaqwa dan neraka bagi mereka yang melakukan maksiat.

Kedua, sebaik-baiknya diadakan K.P.I (Key Personal Indicator) Rumahtangga (pununjuk aras) agar ia sentiasa menjadi audit dalaman untuk memberikan yang terbaik buat pasangan. Dalami ilmu agama dan ilmu rumahtangga serta kekeluargaan secara berterusan. Sentiasa jadikan diri untuk memberi yang terbaik, daripada ingin menerima yang terbaik. K.P.I ini seelok-elokknya dibuat disaat pasangan masih didalam proses untuk berkahwin atau tempoh perkahwinan yang masih baharu. Ini kerana, tempoh ini yang dikatakan sebagai Musim Cinta Sayang, pasangan masih lagi teruja untuk membina kebahagiaan bersama. Baik dan buruk pasangan masih lagi boleh diterima. Jadikan KPI ini sebagai satu muhasabah bersama dengan meletakkan apa yang diharapkan dapat dilakukan dan perkara yang perlu dielakkan dalam membina kebahagiaan. Mudah-mudahan ia membantu kita untuk terus memburu kebahagiaan yang abadi.

Mardiana Mat Ishak,

Pensyarah dan Penulis Buku “Bahagianya menjadi Pengantin Sepanjang Masa” (PTS-2011)

Friday, August 26, 2011

Syawal yang sangat Istimewa dan Bermakna



30 Ogos dan 31 Ogos 2011 kali ini kita bakal bergembira untuk menyambut 2 KEMERDEKAAN di bulan Syawal yang mulia. Tetapi saya, insyaAllah akan menyambut 3 kemerdekaan serentak.. :)
Kemerdekaan kita sebagai rakyat Malaysia untuk Negara tercinta yang ke-54! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!. Semangat merdeka dan berbangga sebaga rakyat Malaysia perlu ada sekalipun ia sedikit sebanyak telah terkena tempias kurang diberi perhatian dek Raya Aidilfitri yang bakal menjelang. Hayati dan fahami erti kemerdekaan sebenar Negara dan jasa serta pengorbanan para pejuang kita.


Kemerdekaan kita sebagai umat Islam setelah berjaya bertarung dengan hawa nafsu dalam memenuhi tuntutan agama. ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! WALILLAHILHAMD. Betapa beruntung bagi mereka yang telah berjaya dan merdeka dalam mengerjakan Ibadah Puasa. Betapa ruginya bagi insan yang masih leka dibuai mimpi indah dalam kehidupan dunia yang hanya sementara. Ramai dikalangan umat Islam (yang tertera Islam di dalam Mykad) masih tidak berpuasa, masih tidak bersolat, masih membuat maksiat dan terus melupakan pahala sebagai point untuk Akhirat. Na’uzubillahiminzalik. Allah, semoga Allah memberi hidayah buat kita dan mereka. Doakanlah mudah-mudahan kita tergolong dikalangan hamba-hamba Allah yang Soleh dan Bertaqwa seterusnya melayakkan kita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW dan melihat wajah Allah, pemilik segalanya…
Apa yang paling menggembirakan saya dan suami, insyaAllah 30 Ogos dan 31 Ogos 2011 kali ini merupakan anniversary perkahwinan kami yang ke – 5!!.. ALHAMDULILLAH! ALHAMDULILLAH! ALHAMDULILLAH!. Alhamdulillah, syukur di atas nikmat Allah. Usia Perkahwinan yang masih bertatih selama 5 tahun ini kami telah direzekikan dengan 2 hero, Uways ( bakal 4 tahun), Umayr (1 tahun 6 bulan). Semoga Allah terus memberikan kami kekuatan untuk menjalankan amanah sebagai Suami dan Isteri serta amanah sebagai ibubapa untuk mendidik dan melahirkan generasi umat Islam yang Soleh dan Bertaqwa. Himpunkan kami untuk terus kekal Bahagia sehingga ke SyurgaMu..Amiin, insyaAllah..

Ramadhan ditangisi, Syawal dinanti.. :( (Ramadhan Kami)

<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-US X-NONE AR-SA MicrosoftInternetExplorer4

Sedih rasanya untuk meniggalkan bulan yang penuh keberkatan dan rahmat ini.. Bulan untuk melatih diri untuk menjadi “hari ini lebih baik dari semalam”… Semoga kita diberi peluang oleh Allah lagi untuk bertemu dengan Ramadhan pada tahun hadapan..

Biasanya kami sekeluarga akan bersolat tarawikh di Masjid UIA. Itupun kalau Abi tidak ada kuliah. Kalau tidak, Uways dan Umayr lah ahli jemaah tetap Ummi (yang akan “membuat onar” di dalam bilik…hehe)

Sebelum ke Masjid (malam pertama tarawikh-sangat excited 2 hero ni)


Sepanjang Ramadhan kali ini, 2 kali saya ke Bazar Ramadhan, itupun hanya sekadar membeli Vadee & Masalodeh kegemaran Abi (yang dekat Greenwood). Kurang berselera untuk membeli juadah yang lain. Lebih baik menyediakan juadah iftar sendiri. Walaupun yang simple-simple sahaja. Takut (ragu-ragu) juga apabila melihat cara orang yang menjual. Berhati-hatilah kita dalam membeli “santapan fizikal” kerana ia mempengaruhi “santapan rohani”. Seperti nasihat Prof. Muhaya dan Bak kata Abi, “takut kalau makanan yang dibeli itu disediakan oleh mereka yang tidak bersolat dan menutup aurat”. Tetapi saya yakin dan percaya, dari penampilan dan kebersihan si penjual itu, kita (saya dan saudara yang membaca ini) sebagai manusia biasa yang serba kekurangan, tidak mampu menilai manusia,namun boleh berfikir secara waras dalam aspek ini..

Followers

Total Views

Powered by Blogger.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons