Monday, July 25, 2005

talk lagi..

Jemput datang ke talk :"HOW TO BE A CHARISMATIC LEADER?"
"Leaders As A Source of Excellence"

27 July 2005

8.00 pm - 11.00 pm

Mini Auditorium (ITD), IIUM

Speaker : Br. Ahmad Naim Jaafar

- Founder of Center for Leadership Development (CLD) in Malaysia
- Consultant and Speaker for Program Bina Insan Negeri Selangor
- Trainer for Charismatic Leadership Course in Universiti Malaya
-Recipient of Tun Razak Youth Leadership Awarad by MIM in 2004
- Author of Charismatic Books, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Organized by : Public Relations Secretariat,
Arabic Language & Literature Association (ALA), IIUM.

**********Semua dijemput hadir. Program akan berlangsung dalam bahasa Inggeris. Masuk adalah percuma. Datanglah beramai-ramai.**********

**Sebarang pertanyaan, sila hubungi : Hafizah Mokhtar (Assistant Program Manager - "How To Be A Charismatic Leader?" Talk),
019-2488900, IIUM.

Thursday, July 21, 2005

Seminar On Fiqh II


Assalamualaikum warahmatulLahi wabarakatuh.

Sahabat dan sahabiah yang dirahmati Allah, di sini ada sedikit pengumuman berkenaan dengan program di kampus UIA Gombak.

NAMA PROGRAM:
SEMINAR FIQH II
FIQH SEMASA; ISU DAN PENYELESAIAN

TEMA : "KE ARAH MEMBUDAYAKAN SEMANGAT CINTAKAN ILMU"

TARIKH : 6 OGOS 2005

MASA: 8.00 PAGI- 5.30 PETANG

TEMPAT: MAIN AUDITORIUM, UIAM

SASARAN: PELAJAR IPTA/S,
BADAN-BADAN BUKAN KERAJAAN (NGOs)
MASYARAKAT SEKITAR SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

DIANJURKAN OLEH: PERSATUAN PELAJAR KULLIYYAH ILMU WAHYU DAN WARISAN ISLAM, UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA.

PEMBENTANGAN KERTAS KERJA I :
" FIQH SEMASA: DEFINISI DAN APLIKASINYA"
OLEH
: Y. BHG. DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKIR (PENSYARAH KOLEJ UNITI).

PEMBENTANGAN KERTAS KERJA II:
" BIOTEKNOLOGI: TEKNOLOGI PERUBATAN DAN PANDANGAN ISLAM"
OLEH: Y. BHG. DR. BASRI BIN IBRAHIM ( PENSYARAH JABATAN SYARIAH, KUSZA)

PEMBENTANGAN KERTAS KERJA III:
" ISLAM DAN PERSOALAN EKONOMI SEMASA; MULTI-LEVEL MARKETING INSURANS, DAN TAKAFUL"
OLEH: Y. BHG. PROF. MADYA DR. HAILAMI BIN MUJI ( PENSYARAH JABATAN SYARIAH, UKM)

MODERATOR: USTAZ ZAMRI BIN ZAINAL ABIDIN (IKIM)

YURAN PENDAFTARAN: RM 40 (UMUM)
RM 20 (PELAJAR)
(Bayaran yuran adalah termasuk bahan seminar, sijil dan makanan)

Sebarang kemusykilan dan maklumat lanjut, sahabat dan sahabiah boleh hubungi
- Norkhairani Tajudin 012 9406890

- Surat menyurat:
Urusetia Seminar on Fiqh II (SOF II)
Persatuan Pelajar Ilmu Wahyu dan Warisan Islam,
Tingkat 3, Bangunan IRKH,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,
53100, Gombak, Selangor

Tarikh tutup penyertaan : 29 Ogos 2005

-Towards Lifting the Spirit of Knowledge-

Wallahu A'lam

Tuesday, July 5, 2005

..unfortunately..but..

eemm.. penat2 buat tengok2 hilang..
Hari tu ingatkan boleh letakkan post berkenaan 'panduan buat para suami+isteri @ bakal suami+isteri'..
Save dlm komputer rumah. Lepas tu lebih kurang seminggu lebih komputer masuk 'workshop'. Bila siap, ingatkan semuanya ok, tapi cari2 file tak jumpa.. Alamak!..banyak juga file lain yang hilang.. kichiwanya..!! :(
Oleh yang demikian, tak taulah bila pulak boleh siapkan.. insyaAllah kalau ada rezeki..kalau tak, kita belajar "behind the screen" la no..
Anyway, msg to salsabila:
"Akak, Alhamdulillah..'humaira' sudah muncul! Syukur bila dpt tengok hasil depan mata.. Puas hati!..tp tak taulah akak suka ke tak..harap suka la yee..( suka tak suka pun kena bagi suka jugak!..)" ;)

Sunday, July 3, 2005

“Membongkar Semula Misteri dan Rahsia dari Al-Quran dan Hadith”

"Membongkar Semula Misteri dan Rahsia dari Al-Quran dan Hadith”


(Penawar yang disebut didalam Al-Quran dan Al-Hadith)
.. Apa tue??..

Keistimewaan lebah telah diabadikan oleh Allah SWT, didalam Al-Quran yang bermaksud:

“Daripada perut Lebah itu kelurlah minuman (MADU) yang bermacam-macam warnanya sebagai penawar (ubat) bagi manusia” – An-Nahl :69

Manakala tentang HABBATUS SAWDA’ pula Rasulullah SAW pernah bersabda maksudnya:

“Tetaplah kamu berubat dengan Al-Habbtus Al-Sawda’ ini, kerana sesungguhnya ia mengandungi bahan penyembuh bagi setiap jenis penyakit,kecuali mati” ( HR A-BUKHARI)
ANALISIS PAKAR PERUBATAN MODEN MENUNJUKKAN MADU DAN HABBTUS SAWDA’ MEMPUNYAI KEKUATAN PENYEMBUH YANG MENAKJUBKAN. ADALAH TIDAK MEMERANJATKAN BAHAWA MADU SAWDA’ BANYAK MEMBERI PERTOLONGAN UNTUK MERAWAT, MERINGANKAN, MEMPERBAIKI ATAU MENYEMBUH PELBAGAI JENIS PENYAKIT :-

- ANGINA (sakit pada hati/ jantung)- kesakitan yang perit dan menyucuk-nyucuk pada dada, selalunya disebabkan oleh ketidak cukupan bekalan oksigen yang dibekalkan pada otot jantung.
- MASALAH PEREDARAN DARAH – anemia, arteroskloerosis, tekanan darah tinggi,tekanan darah redah, masalah jantung, varikosvein dan strok.
- MASALAH PERNAFASAN- asma, pneumonia, bronchitis dan batuk berkahak
- MASALAH SAKIT PUAN- fibroid, menopause,gangguan peredaran darah haid, jangkitan kulat/ keputihan, masalah ketika hamil, ketidaksuburan dan alahan.
- MASALAH BUAH PINGGANG- batu karang, bengkak buah pinggang, jangkitan pundi kencing dan kegagalan fungsi buah pinggang.
- MASALAH SEKSUAL- kelemahan fungsi seksual, mati pucuk, dan kurang ransangan
- MASALAH KULIT- insomnia, gangguan selera makan, tekanan dan ketegangan.
- MASALAH TULANG / SENDI- gout, arthritis dan reumatima
- MASALAH PENGHADAMAN- sembelit,direa, ulser, ketidakhadaaman dan gastik
- MASALAH MENTAL- meningkatkan/ meransangkan prestasi mental, membekalkan nutrien dan sebatian bagi menyempurnakan perjalanan fungsi otak dan kecergasan minda.
- MASALAH UMUM- kencing manis, alergi, migraine, kelesuan, sinus atau resdung, buasir dll.
- MASALAH PEROKOK- menghindarkan penyakit barah yang disebabkan oleh NIKOTIN yang mrngganggu peredaran darah dan debaran jantung.
- BRONKITIS- radang paru-paru, bengkak pada tiub udara di kerongkong.

"Tidaklah Allah menurunkan sesuatu penyakit melainkan dia menurunkan ubat baginya” (ibnu majah)

Kebesaran wahyu Ilahi telah terbukti apabila para ahli sains dari pelbagai negara termasuk dari AMERIKA yang berkupul di World Apiculture Conference yang diadakan pada 20-26 september 1993 di China mengakui bahawa Madu Lebah mengandungi Glukosa dan Fraktosa yang mudah dihadam. Apabila dicampur dengan air, ia menyerap masuk ke dalam darah di dalam masa 7 minit dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh otak. Di persidangan yang sama, para ahli sains telah memberitahu para perwakilan bahawa :

Madu Lebah juga mengandungi vitamin B1, B2, B3, B5 dan vitamin C disamping pelbagai zat logam seperti magnesium, potaasium, kalsium, soium, klorin, blerang, dan zat besi. Para saintis dan pakar-pakar dari Poland telah memberitahu persidangan trsebut berhubung keberkesanan Madu Lebah di dalam merawat Penyakit Buasir, Penyakit Kulit dan Sakit Puan.

AL-HABBATUS SAWDA’
Menurut Bukhari-Muslim, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Al-Habbah Al-Sawda’ mempunyai ubat bagi segalapenyakit kecuali mati”.

Kajian perubatan moden yang dilakukan oleh Dr. Peter Schleicher, seorang pakar di dalam bidang imunologi di Munich mendapati bahawa minyak yang terdapat pada Al-Habbah Al-Sawda boleh digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit.

Dr. Micheal Tierra, penulis buku “Planetary Herbalogy” mendapati Al-Habbah Al-Sawda’ mengandungi BETASITOSTEROL. Ia adalah bahan untuk ANTI KANSER yang berkesan.

The Journal of American Scientist melaporkan, al- Habbah al-Sawda’ bermanfaat untuk banyak penyakit kerana ia mengandungi antihistamine (pencegah alahan), antioxidant (pencegah kerosakan sel), antibiotic (pembunuh kuman), antimycotic (antikulT) DAN bancho-dilating effect (pengembang) saluran pernafasan.

Al-Allamah al-Imam Syamsudin Abu Abdullah bin Abu Bakar al-Dimisgiy yang lebih terkenal dengan panggilan Ibnu Qayyim al-Jawziyah (691-751) menulis dalam kitabnya yng cukup terkenal “ZAD AL-MI’AD FI HUDA KHAYRI AL-IBAD”. Jika al-Habbah al-Sawda dihancurkan dan dicampurkan dengan madu, kemudian diminum dengan air panas, ia dapat menghancurkan batu karang yang terdapat dalam buah pinggang dan tempat berkumpulnya air kencing. Memeperlancarkan keluarnya kencing, darah haid, dan susu ibu. Orang yang lumpuh sebelah badan maka dianjurkan supaya menyapu minyak al-habbah al-sawda’ ke atas anggota badan. , insyaallah akan sembuh dari lumpuh.

Doktor Abu Ali al-Husain bin Abdullah bin Sina yang lebih terkenal dengan Ibnu Sina dalam kitab besarnya, : “Al-Qanun fi al-Tibb” sebagai berikut : Al-Habbah al-Sawda’ boleh melancarkan keluarnya darah haid wanita yang bermasalah dalam hal ini ia juga bertindak seperti bom untuk menghancurkan batu karang yang ada pada buah pinggang dan tempat berkumpulnya air kencing, caranya ialah al-Habbah al-Sawda’ dicampur dengan madu dan air panas lalu diminum untuk beberapa hari”

Kamus kedoktoran “Larousse” menjelaskan bahawa al-Habbah al-sawda’ mengeluarkan angin dari perut, menambahkan ghairah seks, dan melancarkan darah haid.
---------------------------------

Kini kekuatan dan penyembuh yang disebut dalam Al-Quran dan al-Hadith serta pengiktirafan dari pakar-pakar perubatan dari pelbagai Negara di seluruh dunia telah dijadikan produk kesihatan yang merupakan satu kejutan dalam bidang perubatan moden, iaitu MADU SAWDA’ atau MASAD yang berfungsi :

- sebagai ubat bagi manusia
- sebagai makanan kesihatan yang bernilai tinggi
- sebagai minuman kesihatan yang berkhasiat
- sebagai penawar ksihatan bagi segala penyakit
- sebagai kuasa penyembuh yang menakjubkan

-------------------------------------

Kita tidak menafikan pelbagai jenis “supplement” yang dijual dan digunakan oleh kebanyakan orang. Ada yang berkesan dan ada juga yang tidak memberikan sebarang kesan. Sekadar ingin mengajukan persoalan: “ Apakah kita tidak mempercayai ‘supplement’ yang disebut oleh Allah dan Rasulullah ini??”…Tepuk dada, Tanya Iman..

Ada orang menyebut, “Produk madu macam ni, boleh bertahan lama ka..”..(maksudnya,adakah tidak akan habis...)

- kalau soalan macam ni, nak tanya balik, “Susu tepung keluaran New Zealand tu habis tak? Pernah dengar tak ada laporan kes, kanak-kanak atau keperluan susu tepung dunia kehabisan…
- Fikir renungkanlah bersama…kalau susu lembu yang Allah tidak sebut secara terus di dalam al-Quran pun tidak pernah kering, inikan pula madu lebah yang disebut oleh Allah malah terbukti keberkesanannya ..
- Percaya Al-Quran?..percaya Hadis?..So??! .... Hhmmm kalau tak jugak, doa-doalah semoga Allah tidak matikan lebah-lebah tu yee.. (Ppsstt… lebah sekor dua ka.?..;p )

Sekiranya diteliti kajian-kajian yang telah dilakukan sekarang semuanya telah terbukti apa yang Allah SWT dan Rasulullah SAW sebut. Kajian tersebut juga telah dijalankan oleh pakar-pakar perubatan Islam silam. Teori yang dinyatakan mereka telah terbukti keberkesanannya. Cuma sekarang, perlu di bongkarkan semula sahaja!!...

Nah! Bayangkan..rahsia dan misteri kehebatan gabungan MADU dan HABBATUS SAWDA' ini..! Perkara yang Allah dan Rasulullah sudah janji.. Kuasa Allah, sememangnya manusia tidak mengetahui. Yakinlah padaNya.


Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web syarikat MENJARO (MENtal , JAsad, ROhani):
http://www.menjaro.com.my (Laman web masih di ‘upgrade’ lagi)-sila lawati selalu..).

So saya nak memperkenalkan Produk yang mempunyai kuasa penyembuh yang ‘sukar dijelaskan’ bagi segala penyakit .. Segala penyakit? Ya, segala penyakit..kenapa??..tak pecaya??!.. Lemah jantung, darah tinggi, kanser, lelah/ athma, diabetes, mati pucuk dan lain-lain lagi..

So kalau sesiapa yang nak cuba dahulu (samada untuk diri sendiri, diberikan kepada ibu bapa atau saudara mara yang mempunyai masalah kesihatan, malah yang sihat sekalipun), untuk mendapatkan produk secara terus, atau mengetahui keistimewaan menjadi ahli, bagi yang berada di UIAM atau disekitarnya, boleh hubungi no ni : 019-4270694

atau ingin mendapatkan maklumat secara detail berhubung produk atau ‘bagaimana menjana pendapatan’ bersama MENJARO boleh hubungi :
Mat Ishak : 012-4085540
Marhaizan : 012-4090985

Satu lagi keluaran “Muslim Product”!

MASAD :
West Malaysia : RM49.60 (AHLI : RM 37.20)
East Malaysia : RM53.60


MAHER :
West Malaysia : RM53.00 (AHLI : RM 39.75)
East Malaysia : RM57.00


MAS-Cafe:
West Malaysia : RM 18.00 (AHLI : (RM 14.40)
East Malaysia : RM 21.00


Sabda Rasulullah SAW, “Sembilan persepuluh dari setiap rezeki Allah itu terdapat dalam perniagaan”.

p/s: Rasanya akan ada yang kata, : “Ni nak promote barang dalam blog dialah ni..”..Emm..mungkin juga, sebab ini adalah salah satu usaha kita..yang nak bagi rezeki adalah Allah..tapi that’s not the subject matter..apa yang penting, ‘kita membantu orang lain supaya Allah membantu kita’. Ramai pesakit yang sembuh dengan mengamalkan produk ni malah masih terus mengamalkannya..Alhamdulillah.. Jadi, terpulang kepada anda..

Antara lain, seperti yang disebut oleh Rasulullah “Ballighu ‘anni walau ayah”- Sampaikanlah daripadaku walau sepotong ayat. So, secara tidak langsung, ayat Allah kita bacakan dan Hadis Rasulullah kita sebarkan…

Disamping menginsafi hakikat kejadian diri kita yang serba lemah berbanding Khaliq yang Agung..

setuju dengan PUTERA kalau..

Putera : Menghayati Sejarah Perjuangan UMNO atau Sejarah Perjungan ISLAM?


Berita Harian, 21 jun 2004:

“PELANCARAN Putera Umno kelmarin, iaitu sayap Pergerakan Pemuda parti itu membuka era baru dalam politik tanah air dengan tumpuan diberikan kepada remaja dan belia lelaki berusia 18 hingga 25 tahun. Mereka ini diharap akan mampu mendekati generasi lebih muda iaitu yang berusia di bawah lingkungan 15 tahun. Selain berusaha mengajak generasi muda ini menghayati sejarah perjuangan Umno, sayap itu juga akan merangka kegiatan menepati cita rasa golongan berkenaan sambil membina budaya serta nilai murni yang unggul. Dengan lebih separuh daripada 26 juta rakyat Malaysia berusia muda dan bakal menerajui negara pada masa depan, kita tentunya mahu melahirkan generasi bertanggungjawab, bebas daripada gejala sosial yang meracuni sesetengah kumpulan belia hari ini.”


Apabila menyebut tentang penubuhan Putera yang menjadi sayap pergerakan pemuda UMNO ni, banyak sangat persoalan yang berlegar-legar di minda. Nak halang dan membantah, memang tiada guna. Buang air liur sahaja. Perkara memang sudah dirancang, malah telah pun dilancarkan dan dilaksanakan. Macam mana pun, Putera akan tetap terus terbang tinggi umpama sang Rajawali bebas bergerak di angkasa raya.

Dinaluzriq memuji ‘usaha murni’ pemuda umno untuk membenteras kegiatan sosial dikalangan remaja. Sasarannya adalah golongan pelapis muda. Anak-anak belia remaja. Demi memastikan golongan muda ini tidak terjebak dengan gejala sosial yang tidak bermoral.

Tetapi kalau SEMUA KEGIATAN akan menepati CITA RASA golongan berkenaan, budaya serta nilai murni yang unggul pasti akan terbina kah?.. Bukannya apa..

Apa yang kita dapat lihat, aktiviti dan program yang dijalankan biasanya pasti akan melibatkan para artis. MESTI. Kerana itu yang menjadi citarasa muda-mudi masa kini. Bukan nak kata dinaluzriq ni anti-artis (sure sapa-sapa yang baca ni akan kata cam tu). Tengok sajalah masa pelancaran putera hari tu, siapa artis yang dijemput untuk menghiburkan generasi pelapis tu?..Hhmm..ntahlah..susah nak cakap macam mana..kalau itu yang disajikan, kalau itu yang dipupuk, alamatnya, generasi pelapis tu nanti ….

Apapun, Dinaluzriq memang memuji niat dan usaha murni itu, tetapi dinaluzriq ingin mencadangkan sesuatu kepada Putera. Kepada sesiapa yang terlibat samada secara langsung ataupun tidak.

Banyak aktiviti yang diaturkan untuk mereka ini. Aktiviti dan program yang akan dilaksanakan tu memang bagus dan mantap. Ada silat, ada sukan X-Games, dan macam-macam lagi. Semuanya mampu menguji ketahanan fizikal dan mental. Hhmm, saya pun suka aktiviti-aktiviti yang semacam tue..

Namun , apa yang perlu dipastikan, setiap module atau aktiviti yang dijalankan itu akan sentiasa dikaitkan dengan sejarah perjuangan Islam. Terutamanya yang melibatkan pemuda-pemuda Islam dahulu. Contohnya, bagaimana pada tahun 1453 M, Muhammad al-Fatih telah berjaya menakluki kota Konstantinople, yang ketika itu hanya berusia 21 tahun. Persoalan dan perbandingan perlu dibangkitkan untuk difikir-fikirkan. Kesedaran perlu diwujudkan. Supaya mereka dapat mencari dan memilih ‘model’ yang sebenarnya .

Kemudian, menggerak gempurkan generasi pelapis ini supaya ‘memeriahkan’ masjid- masjid. Bukan hanya pada waktu dan sambutan tertentu sahaja. Maksudnya, setiap kali azan atau tiba waktu solat, galakkan mereka supaya segera ke masjid atau surau-surau disekitarnya. Solat dulu, lepas tu sambung balik. Nak lepak ka..nak borak ka..,nak buat aktiviti apa pun bila tima azan, ajak semua geng-geng pergi sembahyang dulu. Lepas tu sambungla balik. Tak lama pun..kejap jer..

Apa yang nak diterapkan disini supaya hati mereka ini sentiasa terikat dengan rumah Allah. Supaya mereka menjadi sebahagian dari golongan yang akan dinaungi oleh Allah pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah.

Di dalam Hadis Rasulullah SAW, baginda menyebut mengenai golongan-golongan tersebut iaitu; pemerintah yang adil; pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadat kepada tuhannya; orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid; dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah; orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu dia menolak dengan berkata: “ Aku takut kepada Allah!”; orang yang bersedekah secara bersembunyi hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya serta orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah…

Ingat, hanya penghayatan dan ikutan terhadap agama sahaja yang akan menyelesaikan segala-galanya. Mungkin kesannya tidak akan dapat dilihat secara drastik, tetapi sedikit demi sedikit.

Saya yakin, sekiranya ini dapat diterapkan, kita akan melahirkan generasi yang sentiasa memahami peri pentingnya menjaga Agama, Bangsa dan Negara. Bukan atas sebab nyanyian dan lagu dapat kita pamerkan semangat perjuangan kita. Tetapi atas dasar kesedaran yang timbul daripada keinsafan dalaman diri sendiri.

Rasanya kalau perkara ini dapat dilaksanakan, kita bukan sahaja akan melahirkan generasi yang berdisiplin, malah generasi yang mempunyai jati diri, nilai murni dan semangat juang yang tinggi. Kerana segalanya berjalan atas didikan cara Islam. Disiplin terhadap diri sendiri dan orang lain terjaga kerana diri sentiasa menjaga disiplin terhadap agama. Wallahua’alam.

Tapi masalahnya, bila sebut pasal Islam sikit mesti nak dikaitkan dengan parti pembangkang. “Ini bukan Parti Islam la..”.. “Ini bukan khemah ibadah la..”. Mungkin ini statement yang akan dikata. Ya, betul. Tetapi sekiranya diterapkan dan diselitkan supaya mereka memahami dan menghayati ‘sejarah perjuangan islam yang sebenar’ ini, bukan sahaja agama akan terbela, malah bangsa mana sekalipun akan terjaga. Kerana Islam diturunkan bukan untuk bangsa melayu sahaja. Tetapi Islam itu untuk semua,; Cina, India, Portugese, Baba Nyonya, Orang Asli, Jawa dan sebagainya…


Dlm hati : Tetapi kalau lah diaorang ni betul-betul menghayati “sejarah perjuangan Islam” ni, apakah “sejarah perjuangan” yang dipupuk ‘itu’ akan terus didokong sepanjang hayat mereka?..


- kalau module yang berbentuk Islamik ini dapat diterapkan, pastinya Putera ini memang sayap yang mendokong perjuangan Islam Hadhari kini…

- EEmm, sebut pasal Islam Hadhari ni, Dinaluzriq ada terima sms. Masa baca ni memang geli hati dan senyum sendiri. Mungkin saya boleh kongsi (ataupun mungkin anda pun ada terima jugak)..
( mintak mahap ye pak..nak cuit sikit jer..ala..gurau-gurau..tak kan tak boleh kot..;p )

“Islam Hadhari..
Kuliah maghrib tidak dipeduli,
Dikir barat sampai ke pagi
Sure heboh tiap-tiap negeri
Mufti menegur terus dimaki
Kes bunuh hari-hari
Rompak dan ragut makin menjadi
Aurat dah tak dipeduli
Termasuklah bini para menteri
Hukum hudud selalu dicaci
Perlembagaan penjajah dijunjung tinggi
Pejuang Islam ditangkap digari
Bapak rasuah pula dipuji
Inilah dia Islam Hadhari
Islam tajaan Pak Lah Badawi
Al-Ghazali Syafie yang dicari
Tapi Siti Nurhaliza yang ditemui..”


entah siapa la yang buat ni...

Saturday, July 2, 2005

when the story ends..the memory begins.. ( part 2)

Part 2:

Meniti usia remaja..

Alma’hadil mahmud @ (Maktab Mahmud Alor Setar)..

Sekolah yang amat disayangi dan disanjungi selepas Sekolah Rendah Islam SRI Abim. Banyak mutiara berharga yang dipelajari..dan sudah tentu banyak pengalaman dan kenangan yang diperolehi..

5 serangkai..5 anak dara..(wazni yani, ct sakinah, fadiah nadwa, nabilah and me myself..)..dari sekolah rendah sampai la ke sekolah menengah. Bermula dari sekolah rendah, sebagai musuh, bertukar menjadi satu ikatan persahabatan yang kukuh, insyaallah..iaitu semenjak masuk ke sekolah menengah..

Walaupun menjadi ‘tok ketua’ dalam kelas waktu tu, tapi sebab ada geng-geng kami nila yang menjadikan kelas ‘terlebih hidup’…penin..penin..Serba salah..Antara sahabat dan tanggungjawab..hehehe..tapi diaorang ni cool..and sporting..kira everything sentiasa cemerlang..study ka..club ka ..’manchester united’ ka..apa ka..

Namun, segalanya tidak selamanya begitu.. Perpisahan berlaku sementara, selepas PMR. Alhamdulilah kami mendapat keputusan yang cemerlang. Wazni memilih untuk menyambung pengajiannya dalam aliran sains tulen di maktab mahmud putera, nabilah di sekolah menengah sians pokok sena kedah, fadiah di Kolej Islam Klang, dan me and sakinah untuk terus berada di aliran ekonomi dan pengajian islam di puteri.…

Walaupun begitu, ada saja sesi pertemuan yang diatur. Biasanya sewaktu cuti sekolah,untuk bertukar-tukar cerita..Antara port kami adalah perpustakaan awam kedah dan KFC atau McD,dak pun area Pekan Rabu....still remember that ??..J

Betul kata pujangga, “Apabila dua individu yang bukan sahabat bertemu, tiada pertemuan yang tercipta, dan apabila dua sahabat berpisah, tiada perpisahan yang terjadi.”

Betul perpisahan hanya sementara. Kerana persahabatan kami bersambung semula apabila masing2 kembali meneruskan pengajian di UIAM. Nabilah (medic kuantan), sakinah dan fadiah (Law, uiam), Cuma wazni di Uitm Shah Alam .Semoga persahabatan akan terus berkekalan..InsyaAllah, semoga masa depan kerjaya mereka kelak akan terus cerah dan cemerlang..hanya itulah doa dari seorang sahabat..Fadiah: ‘for sure tak jadi masalah, sebab satu dunia kenai dia’..hehehe..congrats!!..

***********
Allah menemukan diri dengan insan yang banyak memberi sokongan dan dorongan untuk terus maju dan cemerlang di dalam pelajaran dan persatuan. Bagaimana mengimbangi antara kedua-duanya. Itu yang penting demi masa depan Islam…

Yuzihasra Ibrahim. Nama yang akan sentiasa terpahat kukuh di dalam hati. Shukran jazilan. “kerja-kerja juga tapi buku pelajaran jangan dilupa”.Ayat ini akan sentiasa disebut dan ditulis olehnya..Dan setiap kata-katanya pasti penuh hikmah malah sentiasa menjadi peransang dan dorongan buat diri..

“Hidup ibarat sebutir bawang, kita kupas selapis demi selapis dan sesekali kita akan mengesat air mata”..:

************
Banyak yang dipelajari apabila dilantik menjadi ketua kelas dua tahun berturut-turut kemudian terpilih untuk menjadi ‘lanun kepala biru’ ( ;) ..antara gelaran yang diberikan kepada anggota pengawas puteri)..

Allah memilih diri untuk mengemudi anggota pengawas puteri pada tahun 2000. Banyak pengalaman dan pengajaran yang diperoleh. Seandainya waktu boleh dikembalikan, ingin sahaja dinaluzriq perbetulkan segala yang salah dan laksanakan segala apa yang perlu…Namun itu adalah mustahil…

Kadang-kadang kita tidak sedar dan kadang-kadang kita terlupa. Sebenarnya kita perlu menghargai orang di sekeliling kita. Walau sekadar ucapan atau pemberian yang sedikit. Itu yang lebih bermakna. Itulah yang dinaluzriq kesali dulu…Harapnya ‘perkara tersebut’ tidak akan diulangi..

Dan nasihat saya kepada anda juga..Hargai orang di sekeliling kita..dan fikirkan segala yang positif mengenai diri orang lain, supaya orang lain akan berbuat begitu pada kita..Betul kata Scorpion, “What you give, you get back”....

Seperti yang dinyatakan oleh John C. Maxwell di dalam bukunya The 21 Indispensable Qualities of A Leader, “Put a ‘10’ on Every Person’s Head”. Kita meletakkan segala apa yang baik pada orang. Paling kurang 10 perkara. Ia bukan sahaja boleh membantu diri mereka supaya lebih berfikir tentang diri mereka sendiri malah pada masa yang sama turut membantu diri kita untuk memahami dan menghargai diri orang lain.


**********
‘kebencian’ dan ‘peperangan’ antara budak putera dan puteri (panggilan untuk pelajar lelaki dan perempuan di Maktab Mahmud) menjadi satu lumrah alam. Menyampah dan meluat sesama pelajar sekolah, terutamanya antara lelaki dan perempuan. Tapi ada juga yang dari benci menjadi sayang dan sebaliknya. Apapun moga berkekalan hendaknya ye...ini do’a dari seorang sahabat ni..

Ada juga sesetengah budak puteri menjadi ‘bahan untuk di‘test’ atau ‘ujikaji’ dalam ‘beberapa perkara’ dikalangan budak putera. Ooo..hampa dulu dalam bab mengayat budak puteri cukup terer no!! :) ....(just kidding..)..

Namun ada juga yang terlalu ‘siqoh’.. dan masih menjaga kesiqohannya sehingga kini, malah ada juga yang langsung hilang tahap ‘kesiqohannya’, Apa-apa pun be yourself..asalkan perkara yang dibuat tidak melanggar syariatNya..Biasala..zaman remaja..

***********
Peperiksaan adalah satu kemestian. Dinaluzriq seringkali rasa kecewa kerana selalu mendapat markah yang sipi-sipi untuk cemerlang. Selalu berangan dan bercita-cita untuk naik ke pentas sewaktu ‘idul ilmi (hari anugerah pelajar). Mungkin usaha yang belum cukup. Atau mungkin juga Allah menjanjikan sesuatu yang lebih baik yang tidak dijangka dan tidak diduga…

Alhamdulillah, nampaknya Allah telah makbulkan doa’ dan hajat dinaluzriq untuk mengambil hadiah dari Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mua’dzam Shah...Dan waktu tu, Allah bagi 3 anugerah sekaligus yang cukup mengembirakan mak ayah dan dinaluzriq sendiri…Syukur Alhamdulillah.. doa dinaluzriq agar perkara yang sama akan berulang kelak.. biiznillah..insyaAllah..wallahu’alam..
-----------------

Bergelar mahasiswi matrikulasi UIAM

Disinlah bermula segalanya. Senyuman menyambut penuh kemesraan. Dengan senyuman juga ditempuhi segala rintangan dan dugaan..

Rasa berbangga walaupun agak sedikit terkilan kerana peluang untuk melanjutkan pelajaran ke timur tengah tiada. Kalau tidak silap, zaman abg. Dinaluzriq adalah tahun terakhir untuk JPA menaja pelajar-pelajar ke timur tengah, tahun 1997. Rezeki abg dinaluzriq ada lagi waktu tu.

Namun , segalanya mesti diteruskan. Pasti ada sejuta hikmah yang tersembunyi ditakdirkan dinaluzriq meneruskan pengajian di Taman Ilmu dan Budi ini...


Main Campus

Senyuman yang terukir tidak pernah putus..semoga hidup sentiasa dipenuhi senyuman..J

Pada dinaluzriq, biarlah senyum, masam, kelat, tawar atau masin sekalipun, niat untuk membantu Islam itu mesti dihidup suburkan sentiasa didalam jiwa setiap insan yang mengaku beragama Islam.Yang berpegang dan meyakini dengan Lailahaillaallah Muhammadurrasulullah.

Walau dimana sahaja kita berada, ingat,. “Unsuril Islam haithuma kunta” (Bantulah Islam dimana sahaja kamu berada).’Dimana bumi dipijak, disitu Islam dijunjung!’.. Pilihlah jalan mana yang hendak dilalui..

Waktu baru menjejakkan kaki di bumi Taman Ilmu dan Budi, kami telah diberikan satu pengalaman baru yang pertama kali dan sukar dilupakan. Kami dikehendaki menyertai demonstrasi aman di hadapan masjid dan library, yang turut mendapat kerjasama daripada pihak pentadbiran. Kalau tidak silap, “Peace for Iraq Campaign”.. Rasa marah dan menyampah meluap-luap sebenarnya. Sebab tidak faham dengan apa yang sedang berlaku dan apa yang dibuat pada waktu itu (perasaan ini yang biasanya akan berlaku kepada pelajar baru yang ‘ baru hendak hidup’ di bumi ini.), Tambahan pula bila ada speaker yang lead untuk berucap di depan library yang “ntah apa-apa ntah” dirasakan. Pelbagai kutukan dilemparkan kepadanya masa tu..

Hari demi hari, bulan demi bulan dilalui dengan penuh debaran. Apa yang akan berlaku esok apa yang akan berlaku lusa..Pelbagai kehidupan dan pengalaman baru yang ditimba. Betul kata seorang akh, Abid Abdullah, “Zaman mahasiswa merupakan medan tarbiyah dan latihan untuk masa hadapan”. Pelbagai imtihan yang ditempuhi..imtihan dalam pelajaran dan juga imtihan dalam kehidupan..Ya, hidup ini penuh dengan imtihan..

Pengalaman baru yang ditimba adalah ketika pertama kali menjadi sub-committee, iaitu di dalam SRC IIUM @ MPPUIAM tahun 2003/2004. Pengalaman yang menjadi satu kenangan yang cukup bermakna.. La..rupa-rupanya orang yang dikutuk haritu menjadi presiden kami..MPPUIAM dibawah kemudi sdr. Muhtar suhaili, dibantu oleh Abu Syariah (budak Jordan), sdr Zaki Ahmad dan k. Roshayati. Terima kasih buat abang-abang dan kakak-kakak waktu itu.. Ya.. "when the stories end, the memories begin”.. (psstt..buat kenduri nanti jangan lupa jemput pulak..!:) )

Belajar untuk menghadapi karenah birokrasi yang memerlukan kita untuk sentiasa bertoleransi. Sehingga kadang-kadang terasa merana diri sendiri. Banyak yang dipelajari daripada bab kerja dan tugasan sendiri, bab mengurus organisasi dan juga dari individu-individu di dalam MPP itu sendiri..

“Varsity education is more than just getting a degree”..


Kehidupan yang belum berakhir..

Walau apa pun yang berlaku, hidup di Taman Ilmu dan Budi ini perlu diteruskan. Belajar untuk membina jati diri sendiri, belajar untuk menghadapi cabaran globalisasi dunia hari ini dan zaman mahasiswa yang masih belum menjadi satu kenangan lama yang penuh bererti..

Namun apa yang akan berlaku dikemudian hari??..Hanya Allah yang mengetahui..Bila? Dimana? Siapa? Dan Bagaimana..?..Wallahu’alam..semoga hidup kita sentiasa dipimpin Ilahi..

“Perjalanan hidup ini baru bermula. Ia masih jauh dan terlalu lama untuk sampai ke penghujungnya. Terlalu banyak pengertian dan kesabaran yang dituntut. Tetapkan iman dan tabahkan hati agar perjalanan ini berakhir dengan sebuah senyuman”.

Wallahua’alam.