Thursday, February 24, 2005

Ma'ahadi..

Al-Ma'ahadil Mahmud..


Ku Lepaskan Resah Sepi

Maahadi,
Maafkan aku,
Kerana dahulu pernah kuketuk pintu kamarmu
Dengan wajah manis tersenyum berseri
Maahadi,
Maafkan aku
Kerana kini kembali kuketuk pintu kamar hati mu
Dengan haruman kuntum-kuntum puisi

Masihkah kau ingat Maahadi
Ketika kita bersama berkebun kasih
Menanam mesra
Sehingga lelalang, lelopak dan rimba belantara rebah
Terpana
dan kita bangunkan istana
dari lopak berpaya menjadi taman flora
dari tandus gersang menjadi ceria gemilang
dari tidak tahu menjadi pandai berilmu
dari tidak reti menjadi mahir IT

kau jugalah yang menyelak kasih, menyusun gigih
kau jugalah yang mengatur abjad, membelai harap
kau jugalah yang mengorban masa, menatang setia
kau jugalah mengubah warna, melakar gembira
bukan sesaat mengumpul cerita tetapi bertahun bersengkang mata
bukan sekadar menabur budi tetapi berlebih menabur bakti

biarpun sesekali terdengar suara kasar dibalik karang
biar pun sesekali terdengar angin liar berbisik sumbang
Misi, Visi, Kualiti, Kroni, Library, Busy, SSB, IT, Mati!
Kau tetap berdiri gagah memimpin tabah
Kau tetap bertongkat maruah memimpin rebah

Maahadi,
Siapalah kami ini untuk mengubah rasa
Sekadar anak-anak sekolah
Yang selalu dijeling salah
Yang selalu ditengking sergah
Sedang kolam rasa kami penuh bergantung pasrah
Mengharap mengerti sesuap rasa anak-anak sawah
Yang terpinggir tiada berada, tiada bermaruah

Maahadi,
Siapalah juga kami ini untuk mengubah rasa
Sekadar guru-guru amanah
Yang selalu menurut perintah
Yang tiada pernah membantah
Sedang tasik rasa kami penuh sarat dengan harapan
Mengaharap seteguk kasih secangkir bimbingan
Mendidik anak-anak bangsa menjulang kejayaan

Maahadi,
Apalah daya kami ini untuk mengubah rasa
Terpaksa mengutip madu di hujung rembulan
Terpaksa merelakan beburung terbang ke awan
Biar pun tertumpah kasih mesra bersulam janji
Biarpun melimpah bicara setia penuh mahsuri
Biar pun amanah bersama masih banyak berbakti
Kau tetap berundur melangkah pergi
Kau tetap beransur melangkah kaki
Serikkah tuan pada kami…
Rajukkah tuan kepadaa kami..

Maahadi,
Maafkan andainya puisi rasa menambahkan lagi segaris luka
Yang mencalar kedutan di kerut dahimu
Kerana kau tahu hati yang sebak pasti berombak
Kerana kutahu sungai yang mengalir pasti membanjir
Kerana kutahu air mata yang tumpah pasti melimpah

Maahadi,
Ku harap kau tentu kan bisa mengerti
Bahawa hati yang satu ini tetap berlagu sayu-merintih sepi
Ku harap kau tentu kan bisa mengerti bahawa hati yang satu ini tetap menagih pilu- melepaskan resah pergi
Ku harap kau tentu kan bisa mengerti
Bahawa hati yang satu ini harus ku simpan-sendiri-sendiri

“Maahadi…dekat disayang jauh dikenang….”



2 comments:

Anonymous said...

Sinarku kini menanti
Hadirmu solehnya lelaki
Menumpang hidupmu di jalan redha Ilahi
Bersama huluran berkat Rabbul Jalil..

- Selamat menjayakan agenda Bait al-Muslim. :-)

dinaluzriq said...

insyaAllah...:)

"Wamakaru wamakarAllah..wallahu khairul Makiriin.."