Tuesday, February 15, 2005

Yang Utamanya.. (jiwang sikit..)

Kali ni versi jiwang…dinaluzriq sebenarnya kurang sikit bab jiwang2 ni.. (geli tengkuk rasanya..) Tapi sajak dibawah ni diberi oleh seorang sahabat (mestila perempuan..) so saja dinaluzriq postkan untuk dikongsi dan dihayati bersama…;)

Yang Utamanya

Yang Utamanya..
Kiranya kesempurnaan yang kau harapakan
Lebih tinggi dari gunung yang menimbun
Aku hanyalah bukit-bukit kecil yang sering dijejak

Kiranya kelebihan yang kau impikan
Lebih dari lautan yang tidak bertepi
Aku hanya liku-liku sungai kecil
Lagi sempit….yang hanya memburukkan
Pengembaraan di musafir

Kiranya keindahan yang kau inginkan
Lebih dari mutiara yang sinarnya dipandang
Dunia…aku Cuma sebutir darinya
Yang tertanam sepi di dasar lautan

Kiranya kesenangan yang kau idamkan
Lebih dari setaman kuntuman bunga mekar
Mengharum…aku Cuma setangkai tulip putih
Yang kembangnya tiada

Yang Utamanya..
Aku ada tawa yang ingin dikongsi bersamamu
Aku juga ada duka yang tidak mahu membebankanmu
Aku ada senyuman yang amat jarang kuukirkan
Aku juga ada tangisan yang mengiringi perjalanan
Bersamaku ada setulus kasih sayang buatmu
Selagi tempatku ada dihatimu

Bersamaku bertamunya rindu yang tidak kenal jemu
Selagi diriku ada diingatanmu…
Dan..
Bersamaku ada bahagia yang ingin
Kutahtakan buatmu
Selagi kau ikhlas meniti liku-liku bersamaku

Yang Utamanya..
Bersamaku ada doa yang sentiasa digalas
Dibelakan detik mencipta usia
Hilangnya doa andai Sakaratul maut menjelma
Bersamaku ada kesetiaan…umpama
Karang yang teguh di lautan bergelora
Akan hilangnya setia andai karang diganggu
Utuhnya
Bersamaku ada kejujuran..ibarat
Langit membumbungi bumi
Hilangnya jujur saat langit dan bumi bersatu

Yang Utamanya…
Dalam aku semua itu
Telah dituliskan bertemu denganmu
Dan..dalam aku semua itu
Setiap lafazmu tertanam suci untuk impianku
Dan..antara aku dan dirimu
Hati menjadi penghulu dalam doa bersatu

Yang terutamanya…
Aku bukan seperti Ummul Mukminin Siti
Khadijah
Aku juga bukan sepintar Siti Aisyah
Bahkan bukan juga Fatimah puteri Rasulullah
Apatah lagi setabah Asiah
Akulah wanita seadanya…
Hidup di penghujung zaman
Zaman yang penuh kejijikan dan kehinaan

Sinarku kini menanti
Hadirmu solehnya lelaki
Menumpang hidupmu di jalan redha Ilahi
Bersama huluran berkat Rabbul Jalil..

No comments: