Wednesday, February 16, 2005

"Mengapa dianggap 'enemy' sedangkan kita adalah 'partner'?.."


Kecewa dengan segelintir sikap manusia. Berkongsi dunia yang sama, berpegang kepada satu aqidah yang sama, dan mempunyai hadaf dan matlamat yang sama, tetapi manusia ini lebih suka mengambil sikap berkecuali. Itu pentingkan diri sendiri namanya...! Salahkah untuk kita saling bantu-membantu, bertolak ansur dan saling tegur-menegur? Salahkah untuk menganggap sahabat kita itu adalah “sahabat seIslam aku dan aku perlu menegurnya”?. Tidakkah Allah sangat menekankan soal itu?..
“Watawasaubil haqqi, watawasau bi-ssabri..”

Menjadi tanggungjawab bagi semua khalifah dimuka bumi ini yang menganggap dirinya adalah ahli dan gerakan Islam untuk saling lengkap melengkapi, bukan saling salah-menyalahi, dan bukan saling benci membenci. Sesiapa pun tidak akan untung mahupun rugi. Namun yang pasti, yang akan rugi adalah Ummat Islam sendiri dan yang untung adalah musuh-musuh Islam disekeliling. Mereka sentiasa memerhati dan merencana pelbagai strategi. Strategi dan perancangan yang kita sendiri tidak sedari. Benda apa..perkara apa..cuba selidik dan teliti sendiri..berlaku disekeliling kita…

Kita sepatutnya menganggap gerakan-gerakan Islam / dakwah ini sebagai “Partner in Nation Building”, bukan sebaliknya. Saling salah-menyalahkan tidak akan bertemu satu titik pertemuan. Itu tidak akan menyelesaikan masalah. Walhal, hadaf dan matlamat adalah satu. Mengapa perlu mengambil sikap ‘keakuan’ dan tidak mengambil sikap ‘kekitaan’, walaupun tidak ‘sebulu’. Jadinya, semua salah, dan semua juga betul. Bagaimana untuk saling bantu membantu, dan saling lengkap-melengkapi?.Terpulang..

Ikutlah jalan yang disukai dan itu adalah hak pilihan masing-masing. Ada yang suka berkereta, ada yang memilih kapal terbang, dan ada yang suka menaiki bas. Walau apapun kenderan yang digunakan, jalan yang kita lalu adalah jalan yang menuju ke suatu destinasi yang sama. Semoga kita dipertemukan oleh Allah di destinasi tersebut, InsyaAllah..

No comments: