Monday, June 23, 2008

Mudahnya memberi gelaran ustaz…



Panggilan serta gelaran ustaz sangat sinonim dengan imej seseorang yang berjanggut, memakai kopiah, berbaju melayu dan kadang-kadang berjubah. Didalam masyarakat melayu, gelaran ini sering digunakan untuk menghormati seseorang yang memiliki ciri-ciri imej agama. Gelaran ini timbul mungkin kerana imej berkopiah dan berjanggut adalah petanda kepada kealiman dan kebaikan seseorang dan ianya menjadi adat kebiasaan bagi orang baik-baik di dalam masyarakat.

Apabila seseorang berkebolehan untuk membaca doa, memimpin bacaan yasin dan tahlil, secara automatik gelaran ini akan terus kekal sehinggalah masyarakat sekitar memanggil individu tersebut Ustaz, Tuan Imam dan sebagainya.
Gelaran ini bukan terhenti sekadar gelaran semata-mata tetapi masyarakat sekitar akan mula melontarkan pelbagai persoalan yang berkaitan dengan hal-ehwal agama. Persoalan yang diajukan oleh masyarakat kepada “ustaz” kadang kala memerlukan satu kajian yang mendalam dan mungkin memakan masa yang lama untuk sampai kepada jawapan. Tidak mungkin kita mengiktiraf kesemua individu berkopiah dan berjanggut sebagai mahir agama dan layak untuk dipanggil ustaz. Ini sesuatu yang sangat berbahaya. Bayangkan jika kesemua individu yang memakai jubah Dr layak digelar Dr. Apa yang akan berlaku…??. Bayangkan sekiranya segala perubatan dan jaminan ubat-ubatan diberikan kepada kita, sedangkan dirinya tidak berkelulusan didalam bidang tersebut!
Ini kerana al-Quran telah memberikan garis dasar iaitu kita dilarang daripada memperkatakan tentang sesuatu yang kita tidak tahu mengenainya. Allah mengingatkan kita di dalam surah al-Isra’ ayat 36,

“ dan jangan kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya”.
Disini penulis cuba memberikan sedikit lontaran idea agar konsep penggunaan gelaran ustaz dapat diperbetulkan di dalam masyarakat. Bukannya dengan sewenang-wenangnya gelaran ini dapat diberikan kepada seseorang. Hanya berdasarkan imej berkopiah serta berjanggut.
Institusi keagamaan memerlukan ustaz-ustaz yang mempunyai tahap penguasaan ilmu yang mantap serta daya kepimpinan yang tinggi, seterusnya memberikan solusi kepada permasalahan umat. Perkataan ustaz berasal dari bahasa arab ustaz dan asatizah yang membawa maksud muallim, mudarris, dan mudabbir. Gelaran ini biasanya diberikan kepada individu-individu yang mempunyai keluasan ilmu di dalam bidang agama. Mereka ini biasanya adalah tokoh-tokoh akademik di dalam bidang agama. Ia juga boleh diaplikasikan untuk bidang-bidang yang lain.
Di dalam dunia moden kini, gelaran ustaz boleh disamakan dengan taraf profesor. Jika dinilai dari sudut dunia akademik, mereka ini telah memiliki ijazah, MA, ataupun PhD di dalam bidang agama. Ini menunjukkan untuk sampai kepada gelaran ini bukan sesuatu yang mudah. Begitu juga dengan gelaran Doktor, Ir dan sebagainya, gelaran ini tidak mungkin diberikan kepada sesiapa sahaja tanpa melalui proses yang sepatutnya kerana ia merupakan satu pengiktirafan yang memberikn ruang yang seluas-luasnya kepada individu yang layak untuk mempraktikkan ilmunya.
Apabila isu Dr palsu timbul di dalam masyarakat, ianya menjadi satu isu besar yang perlu diperangi. Ini membuatkan kesemua Dr perlu berdaftar dibawah satu badan khusus untuk memastikan gejala Dr palsu dapat dihapuskan. Doktor-doktor palsu ini boleh membahayakan masyarakat. Namun, apabila wujudnya Ustaz-ustaz yang mungkin tidak ada kelayakan ini timbul ianya tidak diperangi malah turut dipandang sebagai satu isu picisan. Isu ini hanya akan dipaparkan oleh media cetak apabila mereka memimpin ajaran sesat, menikahkan pasangan tanpa permit, ataupun terlibat dalam kes-kes jenayah. Dalam keadaan tertentu, ada juga “ustaz” yang ditonjolkan dengan imej artis (penghibur berunsur dakwah) dan sebagainya untuk melariskan sesuatu produk.
Bukan semua yang bergelar ustaz, tok lebai, tok imam dinilai atas kemampuan memimpin solat jamaah, berwirid secara kuat selepas solat, ataupun yang berjanggut sahaja. Bahkan lebih malang lagi, segelintir daripada mereka tidak mempunyai pengetahuan agama yang memuaskan. Kadangkala mereka hanya mampu untuk berceramah dan berpidato tetapi malangnya hadis yang dibaca adalah palsu!! Kisah-kisah yang mereka ceritakan kepada umum adalah kisah Israiliyyat dan mungkin menyalahi tabiat agama.
Jika dinilai dengan akal yang rasional dan matang, ustaz-ustaz segera ini perlu dibendung dan ditangani lebih dari Dr palsu. Kesalahan memberikan perskripsi ubat oleh Dr palsu mungkin menyebabkan sakit tidak sembuh ataupun mungkin pesakit kehilangan nyawa. Tetapi kesilapan di dalam memberikan pandangan tentang isu-isu agama mungkin membawa kita kepada kemurkaan Allah. Untuk mengatasi masalah ini maka hendaklah masyarakat mempunyai satu kesedaran iaitu merujuk permasalahan mereka kepada individu yang memang arif di dalam bidangnya.
Sepatutnya seseorang muslim yang cintakan agama sentiasa memastikan apa yang diamal dan dipercayainya berasaskan sumber-sumber Islam yang diiktiraf. Ini kerana sejarah salafussoleh dikalangan para sahabat contohnya, mereka adalah sebaik-baik kurun dan paling baik kefahaman di dalam urusan agama. Al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadith “ sebaik-baik kurun adalah kurunku…” namun, mereka masih merujuk kepada individu-individu tertentu seperti ibnu umar sebagai faqih di Madinah, ibnu Mas’ud faqih di Iraq, Sufyan ath-Thaurie di Kufah dan sebagainya untuk mendapatkan jawapan yang tepat sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah dan Rasul. Ini kerana kemampuan mereka untuk memahami nas-nas agama adalah berbeza-beza.
Inikan pula kita yang hidup di zaman yang jauh dari Rasul dan sahabat. Gejala memberikan gelaran ustaz secara mudah ini mungkin disebabkan oleh masyarakat kita tidak mampu membezakan diantara ilmuan berkopiah, individu berjanggut memakai kopiah, ataupun yang berjanggut sebagai satu lambang semangat kerohanian yang tinggi tetapi tidak mempunyai tahap ilmu yang memuaskan.
Kesimpulannya penulis suka untuk memetik kata-kata tabi’ besar Muhammad bin Sirin (wafat 110H) “ sesungguhnya ilmu ini ( mengenai pemahaman al-Quran dan Sunnah ) adalah Din ( agama dan panduan hidup untuk sampai dan diterima oleh Allah). Oleh itu perhatilah daripada siapa kamu semua mengambil agama kamu”.
Kata-kata nasihat ini diucapkan oleh tabi’ ini sejak lebih seribu tahun dahulu mungkin kerana umat Islam tidak berupaya untuk menilai antara ustaz, orang yang berkopiah dan berjanggut. Oleh yang demikian, janganlah terlalu mudah untuk kita menggelar seseorang dengan gelaran ustaz tanpa mengetahui latar belakang bidang keilmuannya di dalam bidang agama. Sebaliknya martabatkanlah institusi agama dengan merujuk kepada ustaz-ustaz yang berkemampuan dari sudut keilmuannya dan bertaqwa kepada Allah. Semoga Allah sentiasa memberikan hidayahNya kepada kita semua.

Sunday, June 22, 2008

Ku pohon kekuatan darimu Ya Allah…

Belajar, mengajar, berkahwin, ada anak dsb. Bukan setakat 3 in 1..tapi seolah-olah 1001 perkara dalam 1 badan.

Penat. Letih. Itulah kenyataan yang memang tidak dapat dinafikan lagi bagi sesiapa yang belajar sewaktu bekerja, dan lebih-lebih lagi bagi yang mempunyai family. Antara komitmen belajar, family, dan kerjaya.. Hanya kekuatan dan bantuan dari yang Maha Esa saja yang diperlukan.

Dinaluzriq memang seorang yang bercita-cita tinggi. InsyaAllah sekiranya masih diberikan kekuatan oleh Allah akan dinaluzriq teruskan perjuangan untuk menambah ilmu didada sehingga ke penghujungnya..InsyaAllah..

Saya menyambung pengajian di peringkat MA dalam Bahasa Arab (Arabic Linguistic Studies) pada hujung tahun 2006. Sejurus selepas tamat degree di UIAM didalam bidang yang sama. Pada masa yang sama, saya diterima masuk sebagai salah seorang tenaga pengajar di Sek. Men. Islam Al-Amin Gombak. Waktu tu saya belum mengandung. Ok lagi. Tak terasa sangat.

Masuk semester yang kedua, saya disahkan mengandung pada bulan Februari 2007. Waktu tu saya agak terasa bahang kekangan waktu, tenaga dan minda..Allah..dengan masalah X-Ray dan kerisauan yang amat sangat terhadap kandungan pada waktu itu. Pernah kadang-kadang saya terasa give up. Namun Alhamdulillah hubby banyak memberikan support dan semangat. Maka dengan kekuatan yang ada saya lalui kehidupan berumahtangga, belajar dan bekerja dengan penuh kesabaran. InsyaAllah saya akan pegang kata-kata hubby, “Biar susah-susah sekarang agar kemanisan kita akan rasa di kemudian hari. Rezeki diana, rezki baby kita tidak tau..”

Setiap hari yang dilalui terasa lama sangat..Tak sabar untuk menghabiskan subjek MA. Rutin harian terkejar-kejar ke kelas yang menjadikan diri kepenatan. Tenaga dan Minda. Saya pernah terfikir bagaimana saya akan lalui tempoh ini?Lambatnya…

Kelas MA tidak sama sepertimana waktu degree dulu. Masa hanya ke kelas. Kelas di MA banyak kerja dan banyak yang perlu dibaca. Banyak yang kita perlu usaha sendiri. Pernah satu hari sewaktu menghadiri mesyuarat PIBG di SMIAA, saya jatuh pengsan di sekolah! Waktu tu usia kandungan saya masuk 4 bulan. Namun dengan izin Allah, Alhamdulillah tiada apa-apa yang berlaku. Tekanan darah saya rendah. Kurang gula dalam darah. Kurang rehat. Manakan tidak, malam tu saya bertungkus lumus menyiapkan assignment yang perlu dihantar keesokan harinya. Sebab last minute pun samalah juga, sebab sibuk dengan kerja dan tidak sempat memberi ruang untuk diri. Allah saja yang mengetahui perasaan saya waktu itu…

Saya perlu bekerja. Gaji seorang untuk hidup di KL memang tidak cukup. Saya berniat untuk membantu hubby. Pada masa yang sama saya ingin mendapatkan pengalaman mengajar dan berada di alam pekerjaan.

Sewaktu usia kandungan saya dalam trimester ke-3 dan sering berulang-alik ke sekolah dan kelas di UIAM, saya sering terfikir dan risau macam mana nak study masa dalam pantang nanti? Boleh ke? Kalau buatnya anak meragam semalaman dan sepanjang hari?Allah.. Macam manalah keadaannya nanti pula kalau dah ada anak, mesti lagi penat. Saya risau kalau-kalau saya tidak boleh dapat result yang terbaik sebab sibuk dengan anak dan tidak sempat study!. Namun, Hanya Allah yang lebih mengetahui…

Kenangan bersama Hubby (Konvo UIAM 2007). Usia kandungan ketika itu 7 bulan lebih.



Memang Allah itu Maha Mengetahui mana yang terbaik untuk kita. Alhamdulillah kelas semester ke-3 sempat saya habiskan. Memang apa yang Allah aturkan itu cukup cantik. Kelas semester tersebut dapat saya habiskan dengan sempurna dan saya hanya perlu menduduki Special Exam pada minggu ke 3, semester ke-4 nanti. Saya terkenang sewaktu saya di dalam pantang. Orang didalam pantang boleh rest dsb. Tapi saya sebaliknya. Ada masa kosong, ketika uways tidur, saya perlu study!. Alhamdulillah Uways tidak banyak ragam. Mungkin dia tahu yang umminya perlu belajar. Terima kasih dekat Uways!. Alhamdulillah result saya semester ke-3 itu tidak saya jangkakan. Saya mendapat result yang lebih baik dari yang sebelum itu! Allah kareem..

Kerisauan saya jika ada anak, bekerja dan study pun telah terjawab. Memang Allah Maha Adil! Uways memang tidak banyak kerenahnya. Alhamdulillah. Saya boleh study dan bekerja. Kekuatan itu juga saya dapat hasil sokongan dan dorongan suami tercinta. Terima kasih abang!. Ada ketika dia tolong jagakan Uways dan membantu saya membuat kerja-kerja rumah. Padanya asalkan boleh memudahkan saya dan saya boleh study!. Terutamanya ketika hampir dengan exam. Alhamdulillah, Semester terakhir itu dapat disempurnakan walaupun dengan bertambahnya ahli keluarga menjadi 3 orang. Saya tidak percaya result yang saya dapat pada semester terakhir tersebut. Kerisauan itu terjawab. Alhamdulillah, result terakhir inilah yang terbaik yang pernah saya dapat. Result saya sekurang-kurangnya A-!, dan telah menaikkan pointer saya menjadi lebih baik dari yang sebelumnya. Allah..Syukur sangat..


Alhamdulillah ‘ala kulli hal. Berkat kesabaran dan sokongan dan dorongan dari suami tercinta, saya selesai menghabiskan subjek MA pada semester lepas. Dan selepas ini saya hanya boleh tumpukan hanya pada thesis. Semoga Allah memberi kekuatan…InsyaAllah.. Tidak perlu lagi terkejar-kejar ke kelas.

Terima Kasih yang tidak terhingga buat suami tercinta dan anak tersayang..


Entri ini sebagai Muhasabah dan Motivasi untuk mereka yang mempunyai Multi-Kerjaya (Bekerja, Belajar, Berumahtangga etc…). Ingatlah bahawa Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita! Kita hanya perlu Berusaha, Berdoa dan Bertawakkal. InsyaAllah bantuan Yang Maha Esa akan menyusul. Selagi mana kita ikhlas dengan apa yang kita buat, InsyaAllah bantuan Allah itu pasti ada… AllahuAkbar!.

Saturday, June 21, 2008

Tahniah kepada juara Akademi Al-Quran Musim ke-3!





JUARA AKADEMI FANTASIA


Rezeki Juara Akademi Fantasia Musim ke-6 milik Stacy :

- hadiah yang berjumlah lebih daripada RM700,000, termasuk sebuah rumah banglo empat bilik di A’Famosa Villa D’Lagos, Melaka, yang bernilai RM550,000, sebuah kereta Peugeot 307 XS yang berharga RM139,535, wang tunai sebanyak RM25,000 serta pakej percutian ke Itali.


JUARA AKADEMI AL-QURAN

Rezeki Juara Akademi Al-Quran Musim ke-3 milik Fakhrul Radzi Kamarudin ( Orang Kedah dan juga merupakan bekas pelajar Maktab Mahmud Alor Setar ) :

- membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM30,000 beserta sebuah kereta Proton Saga dan piala kristal berbentuk al-Quran.





P/s: Apapun tahniah kepada fakhrul radzi. Dari sekolah memang terkenal dengan kemerduan suara yang sungguh mengasyikkan!. Fakhrul ni jugak adik kpd kawan dinaluzriq, farihah..rehah ni tumpang sekaki sama kot..???hehehe..

Asalnya post ni nak letak semalam (20/6/2008), tp sibuk dengan benda lain..okla..

Sunday, June 15, 2008

Minda dan Teguran Mufti yang PATUT kita fikirkan BerSama...


Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya”. (Surah al-Isra: 26-27).


Saya tertarik apabila membaca membaca kisah al-Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.
Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga.
Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki talipinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitul mal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabiNya s.a.w. (lihat: ‘Abd al-Ghani al-Daqar, al-Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).
Saya suka dengan jawapan al-Imam al-Nawawi ini. Saya tahu, selepas ini banyak forum-forum perdana, ceramah-ceramah di radio dan televesyen akan memperkatakan tentang kewajipan berjimat cermat. Maka ustaz, ustazah dan penceramah pun –atas pemintaan penaja yang membayar harga ceramah- akan bersungguh-sungguh menyuruh orang-orang bawahan untuk berjimat cermat.
Dalil-dalil pun akan dibaca. Mungkin akan ada ustazah yang mencari cerita-cerita ajaib yang baru untuk dikaitkan dengan bab jimat cermat dan jangan membazir. Mungkin akan ada penceramah yang cuba menangis-menangis –seperti seorang pelakon berjaya yang menerima anugerah- bercerita kepada mak cik-makcik yang kusyuk menonton tentang azab seorang yang membazir ‘nasi lemaknya’.
Datanglah orang-orang kampung mendengar forum perdana dengan basikal atau motosikal sebagai menyahut seruan agar tidak membazir petrol. Adapun penceramah, datuk-datuk pengajur, YB-YB hanya menggunakan kenderaan mewah yang berkapasiti atas daripada 2000cc. Tujuannya untuk mengelakkan pembaziran wang kerajaan yang terpaksa dibayar kepada empunya kenderaan 2000cc ke bawah, lebih tinggi daripada 2000 ke atas.
Maka insaflah mak cik dan pak cik yang barangkali teringatkan tulang ikan yang pernah dibuangnya padahal masih ada sedikit sisa isinya yang melekat. Itulah membazir namanya. Maka, atas keinsafan dan taubat itu, mungkin ada yang akan mula mengurangkan makan nasi lemak daripada sebungkus seorang kepada sebungkus yang dikongsi bersama. Air kopinya yang memang sudah ‘ceroi’ akan ditukar kepada yang warna hitamnya antara kelihatan dan tidak. Maka selamat negara kita ini, disebabkan pakcik dan makcik, pak long dan mak long, pak lang dan mak lang di kampung sudah mengubah gaya hidup mereka.
Jika saya hadir ke forum yang seperti itu, saya ingin bertanya soalan, tapi soalan yang belum ‘dijakimkan’, “apakah agama ini dihantar oleh Allah untuk menghukum manusia bawahan dan menghalalkan yang lain tidur dalam kekenyangan dan kemewahan?”. Sebelum harga minyak naik, telah sekian mereka yang berada di teratak usang itu menjimat makan dan pakai. Saban hari mereka mengira belanja untuk memboleh mereka terus hidup di kala negara dunia belum menghadapi krisis harga minyak.
Saya tidak mahu membicarakan tentang kenaikan harga minyak dari sudut perjalanan ekonomi antarabangsa. Telah banyak pakar-pakarnya bicarakan. Tapi saya ingin bincangkan tentang soal pembaziran dan jimat-cermat. Ya, memang Islam memusuhi pembaziran. Bahkan al-Quran tidak pernah mempersaudarakan antara mana-mana pembuat dosa dengan syaitan, melainkan mereka yang membazirkan.
Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya): “Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya”. (Surah al-Isra: 26-27).
Demikianlah Allah persaudarakan pembazir dengan syaitan. Kesan pembaziran sangat besar. Lihat negara kita yang kaya dengan berbagai hasil. Sepatutnya kita akan tetap kukuh dan setiap rakyat akan menikmati kekayaan ini dengan adilnya. Namun, disebabkan pembaziran, harta negara yang sepatutnya dapat dimakan puluhan tahun, tetapi surut mendadak dalam masa beberapa tahun.
Maka, yang patut mendapat bantuan dan hak, tidak cukup untuk sampai kepadanya. Barang keperluan pula bertukar menjadi mahal. Pembaziran memusnahkan kehidupan rakyat bawahan dan menghalang hak yang sepatutnya sampai kepada mereka. Maka betapa wajar untuk para pembazir itu dipersaudarakan dengan syaitan. Apatah lagi dalam banyak keadaan, pembaziran itu lahir dari keangkuhan dan kesombongan. Sifat-sifat itulah jua yang menjadi asas kepada kekufuran syaitan.
Soalannya, mengapakah apabila kita membicarakan tentang pembaziran, kita hanya terbayang orang-orang bawahan di kampung ataupun bandar. Jika kita ingin meminta supaya setiap warga negara ini berjimat dan jangan membazir, maka bermulalah daripada atas. Bukan sekadar untuk ‘mengenakan si miskin yang sekian lama telah berjimat dan sudah tidak tahu apa yang hendak dijimatkan lagi. Mengapa kita hanya terbayang rakyat yang berada dalam rumah persendirian dan berbelanja dengan wang poketnya yang sudah lelah?
Kita sepatutnya terlebih meneliti semula bagaimana perbelanjaan yang menggunakan harta negara dan rakyat yang sedang berjalan di istana-istana, kediaman-kediaman rasmi kerajaan di peringkat negara dan negeri?. Apakah wajar di kala ini keraian untuk orang-orang besar sama ada sultan atau menteri begitu mewah? Makanan yang dihidangkan untuk mereka, harga satu meja kadang-kala boleh dimakan oleh ratusan rakyat bawahan. Karpet yang dipijak oleh mereka harganya ribuan bungkusan nasi yang dimakan oleh ‘orang biasa’.
Apakah patut di saat yang sebegini, ada istana atau kediaman rasmi menteri yang hendak ditambahmewahkan? Apakah patut orang-orang besar ini diraikan dengan hiburan atau pertunjukan dan konsert yang menelan puluhan ribu ringgit sempena sesuatu kunjungan mereka. Wang itu, wang negara. Wang itu, wang rakyat.
Apakah dalam masa yang sebegini mereka masih mendapat peruntukan untuk bersantai, bermain golf dan ‘berhiburan’ dengan menggunakan wang rakyat bawahan yang disuruh menjimatkan nasi lemak dan air kopi mereka?. Pembaziran sebegini lebih rapat menjadi saudara syaitan dibanding wang persendirian yang dibelanjakan.
Meminjam falsafah al-Imam al-Nawawi yang saya sebutkan tadi, jika orang atasan telah benar-benar berjimat, maka wajarlah untuk dikurangkan subsidi rakyat. Al-Nawawi telah dibuang negeri kerana enggan bersekongkol dengan perkara yang seperti ini. Namun, jika itu tidak dilakukan, ulama bukan burung kakak tua.
Saya mengambil risiko menulis hal ini. Tanggungjawab di hadapan Allah lebih besar daripada segala-galanya. Para ulama dahulu jauh lebih mulia, tidak dibandingkan kedaifan saya ini. Pun mereka telah menunaikan tanggungjawab al-Amr bil Ma’ruf dan al-An-Nahy ‘an al-Munkar ini. Semoga Allah menimbang tinta para ulama dengan darah para syuhada.
Telah berlaku tahun kesusahan dan kelaparan yang amat sangat di Semenanjung Arab pada zaman Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab. Dikenali dengan ‘Am al-Ramadah kerana seakan bagaikan warna ramad atau abu disebabkan kekurangan hujan, warna tanah dan warna kulit manusia yang bertukar disebabkan kekeringan. Ini berlaku pada antara tahun 17H dan 18H selama sembilan bulan.
Amirul Mukminin telah berhempas pulas menguruskan harta negara ketika itu bagi mengatasi kesusahan rakyat. Di samping kecemerlangan pengurusan, yang ingin disebutkan di sini kecemerlangan pendirian dan sikap. Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa ‘Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar.
Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. ‘Umar enggan makan bahkan berkata: “Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan keduanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?”. (Al-Tabari, 2/358, Beirut: Dar al-Fikr).
Juga diriwayatkan bahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu diceduk masakan itu untuk dihidangkan juga buat ‘Umar. Tiba-tiba yang diceduk itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu ‘Umar bertanya: “Dari mana diperolehi ini?”. Daripada unta yang kita sembelih hari ini. Kata ‘Umar: “Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa” (Ibn Sa’d, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut: Dar Sadir).
Maka alangkah buruknya seorang presiden, atau sultan, atau raja, atau perdana menteri, atau menteri besar, atau menteri yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta negara atau negeri sedangkan rakyatnya dalam kesusahan. Ketika rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, sementara mereka yang berkuasa ini pula menghadiri jamuan negara dan negeri itu dan ini.
Bermewahan dengan pertunjukan dan hiburan dari peruntukan wang negara. Kemudian bercuti rehat, tanpa rakyat ketahui apakah kepenatannya untuk rakyat. Kos cuti itu pula ditanggung oleh negara tanpa sebarang pulangan keuntungan buat rakyat. Alangkah zalim! Alangkah keji sikap yang sedemikian rupa.
Saya kadang-kala begitu hairan apabila seseorang dianggap ‘berjiwa rakyat’, hanya kerana makan nasi yang dijamu oleh rakyat, atau masuk ke kampung mendukung anak rakyat untuk beberapa minit bagi membolehkan wartawan mengambil foto. Apakah itu dinamakan berjiwa rakyat?
Jika hendak diiktiraf sebagai berjiwa rakyat, rasailah apa yang rakyat rasai. Orang seperti ‘Umar bin al-Khattab lebih mulia daripada segala keturunan atau pangkat yang ada di kalangan manusia. Kemuliaannya telah diiktiraf oleh Allah dan RasulNya. Dia ahli syurga dengan jaminan Allah dan RasulNya sementara politiknya tidak ada saingan yang menggugatnya. Namun tetap amanah dan jujurnya terhadap rakyatnya. Merasai penderitaan rakyat. Beliau idola kepimpinan kita sepatutnya. Walaupun beliau tidak pernah menyuruh orang menyembah atau menjulangnya, namun beliau dipuja oleh sejarah dan diangkat oleh Allah.
Kenaikan harga minyak menaikkan harga barang. Orang berpendapatan rendah menjadi mangsa. Agama berperanan untuk menyedarkan semua pihak tentang tanggungjawab terhadap rakyat. Dalam keadaan begini, antara perkara pertama yang patut dibentang kepada rakyat adalah pengurusan kemasukan dan pengagihan zakat. Zakat yang mungkin sampai kepada peringkat bilion ringgit di seluruh negara mesti diagihkan secara telus dan bijaksana.
Mengapa masih ada fakir miskin yang bagaikan meminta sedekat kepada pihak yang menguruskan zakat? Mengapa program tv lebih menjumpai si miskin dibanding pihak yang menguruskan zakat? Mengapa zakat masih berbaki dengan begitu banyak setiap tahun sedangkan kemiskinan masih banyak? Mengapa pihak yang menguruskan zakat kelihatan bertambah mewah, sementara yang patut menerima hak kelihatannya bertambah letih dengan keadaan sekarang?
Di masa inilah peranan zakat bagi memastikan setiap yang memerlukan memperolehinya tanpa kerenah birokrasi yang bukan-bukan. Jangan sampai untuk mendapat RM150 si miskin berulang alik berkali-kali dengan tambang sendiri, sementara yang mendakwa amil zakat mengisi minyak kereta dengan wang zakat atas nama amil! Ramai kata kita berjaya menguruskan zakat sebab kutipan yang tinggi. Saya katakan, pengurusan yang berjaya itu bukan sahaja kutipan semata, tetapi juga pengagihan secara telus, bijaksana dan bertanggungjawab.
Dalam usaha kerajaan menangani kemelut ekonomi hari ini, perkara-perkara yang disebutkan ini mestilah dipandang serius. Kejayaan sesebuah kerajaan menghayati penderitaan rakyat akan menjadikan mereka lebih disayangi dan disokong. Jika orang atas mengubah cara hidup, kita akan berkempen untuk semua agar mengubah cara hidup. Jika orang agama disuruh berkempen orang bawahan agar mengubah cara hidup, sementara melupai yang di atas, mereka sebenarnya cuba menjadikan agama sebagai candu agar seseorang melupai masalah yang sebenar.

Saturday, June 14, 2008

Jangan Lupa Lirik Vs Jangan lupa IMAN...


Program terbaru astro JLL merupakan satu lagi rancangan terbaru astro. rancangan ini mirip kepada WHO WANTS TO BE A MILLIONAIRE. Rancangan ini dilihat sebagai energy baru untuk menyemarakkan industri hiburan( dengan izin penggunaan perkataan industri.Layakke?) Rancangan ini menguji daya hafalan lirik para peserta...Persoalan yang sering saya tanyakan adalah " apakah hebatnya rancangan ini?apa kebaikannya untuk umat? bagaimana pula akhlak para peserta?mampukah mereka mengingati al-Quran dan hadis sebagaimana hebatnya mereka mengingati setiap bait-bait lirik??...bersambung


Nukilan perasaanku...

Bumi Hijau
Tanah tinggi
Bukit bersegi
Isinya api
Penduduk berbudi
dikelilingi padi-padi
lambai melambai diri
keheningan pagi
kuningnya hasil bumi
Rahmat Ilahi
pada umat ini
itulah BUKIT TINGGI...


Hafid Ibn Nusi
12/04/04
11.23am
Bukit tinggi Padang Indonesia

diari musafir..

Danau Maninjau yang mendatangkan Ilham...



Muzium hamka yang menjadi bukti kehebatan Ulama Nusantara..

Kuliah Fiqh Sunnah Siri 1( Keperluan Beribadah Mengikut Sunnah 100% )Tempat : Surau Dar Hidayah Gombak,Tarikh : 15.06.08


Secara umum dan mudah Islam dibina dari tiga unsur utama Aqidah, Syariah dan Akhlaq. Secara mudah Aqidah adalah unsur yang paling utama dan merupakan paksi dan teras Islam. Aqidah ini merupakan pintu masuk utama kepada agama Islam. Gagal untuk memasuki pintu ini secara sempurna dan tepat sepertimana yang diajar oleh Allah dan Rasul mengakibatkan kesemua amalan manusia tertolak. Pintu aqidah biasanya akan melibatkan hal-hal dalaman manusia iaitu “hati” dimana perbincangan mengenai tauhid, Syahadah, Iman dan sebagainya akan mengambil tempat. Setelah memiliki aqidah yang sahih dan tepat maka syariah pula diperlukan. Syariah merupakan unsur yang bersifat “Praktikal” dimana kita dapat memahami bahkan mampu untuk merasa dan melihat perbuatan dan pergerakannya menerusi pancaindera.Para ulama secara umum melabelkannya sebagai “ilmu fiqh” atau kita sering memanggilnya sebagai ilmu feqah. Skop perbincangan ilmu ini berkisar tentang perlakuan dan amalan anggota badan seperti solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya. Kesemua amalan ini lebih dikenali sebagai Ibadah khusus. Ia dilaksanakan sebagai amalan individu dan juga secara berjamaah. Kita sebagai umat Islam meyakini bahawa setiap inci dari amalan Ibadah telahpun disampaikan oleh Ar-Rasul s.a.w secara terperinci dan jelas. Ianya tidak perlu kepada sebarang bentuk modifikasi ataupun berubah mengikut zaman masa dan tempat. Ianya akan terus kekal diwarisi oleh umat Islam dari Nabi s.a.w sampai kiamat. Sunnah Nabi berperanan untuk menjelaskannya secara terperinci mengenai setiap gerak didalam ibadah. Sebagai contoh Quran tidak memberikan tatacara solat secara terperinci namun ar-Rasul s.a.w yang sifatnya sebagai insan yang paling memahami al-Quran akan menunjukkan perlaksanaannya secara jelas didalam hadis dan diwarisi oleh para sahabat dan generasi seterusnya. Unsur yang ketiga adalah pelengkap dari unsur sebelumnya. Akhlaq boleh diibaratkan buah yang baik hasil dari baja aqidah dan pokok yang subur syariah.
Ibadah dan sunnah tidak mungkin dapat dipisahkan. Ia seumpama kenderaan dan minyak. Apalah gunanya minyak jika tiada kenderaanya dan begitulah sebaliknya. (Kiasan ini sesuai dengan isu kenaikan harga minyak sekarang). Ibadah yang jauh dari cahaya sunnah akan tumpul dan tak mungkin diterima Allah azzawajal. Dalil-dalil dari sunnah amat mustahak untuk menjelaskan kesemua persoalan ibadah. Ibadah akan lebih terasa kemanisannya jika ia disertai dalil-dalil keterangan bersumberkan al-Quran dan hadis-hadis sahih. Bersambung…

Friday, June 13, 2008

Qiamulail itu Sunnah yang Mudah bagi anda…Jika…

Apabila anda ditanya bilakah kali terakhir anda bangun malam untuk solat malam? Pastinya pelbagai reaksi berbeza yang boleh diberikan. Ada yang mengerutkan dahi tanda kurang jelas dengan soalan yang diajukan. Adapula yang teragak-agak sambil mengatakan “eeer sussahla nak bangun tengah malam penat keje siang hari”. Dan mungkin juga ada yang kata “ tu sunat je tak buat pun tak pe”.. Mungkin bagi sesetengah individu qiamulalil itu berorientasikan program. Ada program bole qiam tak de program tidoq diam-diam. Disamping itu juga ada peserta yang terpaksa bertaubat dari melakukan qiamullail. Jawapannya mudah saja. “ Solat malam ni lama la…, kena baca surah panjang-panjang…, aku tak hafal surah panjang…, dan yang lebih parah lagi ada yang berkata imam tu solat lama sangat la aku tak bole nak ikut if aku ikut solat dengan dia esok aku tak bole nak fokus bila keje…nak pi kelas ngantuk +-@$..."
Ini adalah sebahagian dari jawapan-jawapan yang memberikan gambaran yang agak negatif dan susahnya untuk berqiamullail. Persoalannya adakah Nabi memberikan contoh amalan-amalan ibadah yang memberatkan umatnya? Adakah sunnah qiamulail yang disunnahkan oleh Baginda hanya untuk insan-insan terpilih sahaja? Semua persoalan ini akan cuba dikupas oleh penulis dengan menerusi soalan-soalan yang sering bermain difikiran umat melayu dan umat Islam umumnya mengenai ibadah sunat istimewa ini. Penulis cuba memberikan jawapan yang mudah beserta dalil yang jelas berpandukan dalil-dalil sohih dan menyelitkan motivasi untuk memberikan semangat untuk kita melaksanakan Qiamulail. Penulis mengharapkan selepas para pembaca memberikan masa meneliti tulisan ini, para pembaca akan merubah persepsi terhadap ibadah sunat istimewa ini yang menjadi amalan para anbiya dan orang-orang soleh. Penulis mengumpamakan tulisan ini sebagai minyak pelincir yang akan menggerakkan umat islam supaya mamandang qiamulail sebagai ibadah yang mudah. Bahkan lebih mudah dari menonton perlawanan bola sepak dimalam hari!!! bersambung...

Promosikan ISLAM itu mudah untuk Kita !!



"Betulker Islam tu Mudah?? Macam tak percaya je..." apa yang saya tengok orang-orang yang amalkan Islam ni hidup dia macam tersekat jerk..contoh tengokle artis-artis nasyid tu nyanyi pun cam control je..kadang-kadang bole dikatakan ala-ala dull..begitulah komen salah seorang pelajar saya masa di kolej.

Sedar ataupun tidak pelbagai jawapan dan reaksi yang mungkin kita dapati.Jawapan-jawapan ini mencerminkan tahap kefahaman Islam seseorang. Bagi yang memiliki ilmu agama pun kadangkala susah untuk memjawap secara pasti soalan ini. Apatah lagi bagi golongan dangkal dan cetek ilmu agamanya. Pasti jawapannya akan kedengaran agak negatif. “isk susahla islam..rigid..itu tak boleh ini tak boleh..” “eem perempuan kena sekatan macam-macam la.nak keluar rumah kena kelubung la.nak kena ada mahramla..ishh sempitnya Islam..takda kebebasan la.” Bagaimana pula jika anda diajukan soalan ini? “ adakah perkara yang haram lebih banyak ataupun yang halal??? Tentu soalan ini lagi sukar untuk dijawap secara pasti. Ada yang secara pasti mengatakan ishh Islam ni tentunya yang Haram lagi banyak!!! ada yang teragak-agak rasenye 50/50 kot.. jawapan-jawapan ini menimbulkan kerisauan yang amat sangat pada diri saya. Persoalan-persoalan ini bermain dijiwa saya "adakah pemahaman Agama umat ini terlalu tandus? Adakah sistem pengajian agama disemua peringkat tidak mampu mempromosikan kemudahan ajaran Islam?.Adakah siaran forum perdana pada setiap malam khamis gagal berfungsi?Oleh itu saya merasa terpanggil untuk menjelaskannnya dan menjadi satu tanggungjawap untuk golongan ilmuan Islam untuk memperbetulkan maklumat salah mengenai agama yang amat mudah bahkan sesuai sepanjang zaman masa dan tempat. Ini kerana Islam sesuai ditimur mahupun dibarat, tua ataupun muda, kaya ataupun miskin, sakit mahupun sihat.


Oleh itu penulis merasa terpanggil untuk membicarakan, mempromosikan bahkan memperbetulkan tanggapan terhadap agama suci lagi mudah ini. Disamping itu juga penulis melihat kesan yang amat besar terhadap umat ini apabila memahami Islam sebagai agama yang sempit dan mengongkong. Kewujudan gerakan-gerakan yang berbau anti hukum Islam terhadap wanita adalah implikasi dari salah faham ini. Salah faham ini juga menatijahkan oarang yang bukan Islam takut untuk menjadi muslim dan tidak berminat untuk mendekatinya bahkan mereka akan melihat Islam sebagai musuh manusia, agama yang tidak memahami jiwa dan kehendak mereka. Sebagai contoh simbol wanita bertudung dilihat sebagai penindasan, lambang kemunduran dan tidak “up to date” dan seribu satu gambarb negatif yang lain. Ia menjadikan da'wah sukar untuk disampaikan kepada golongan sasran...bersambung...

Friday, May 16, 2008

Terima Kasih Cikgu!!

Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua guru-guru di Malaysia terutama buat guru-guru yang pernah mengajar dan mendidik dinaluzriq dari sekolah tadika (Taski ABIM) sehinggalah ke Universiti (UIAM), juga teristimewa buat Mak & Ayah.
-------------------

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Oleh: Usman Awang.
<>
Ayah : Guru Besar
Mak : Guru PKHEM (now dah bersara awal)
Kakak : English Teacher
Abang : Guru Bahasa Arab
Me : Guru di Sek. Men. Islam Al-Amin Gombak
Husband : Pensyarah UM
Abah (ayah mertua) : Imam (Mengajar di kawasan sekitar)
Mak (ibu mertua) : Guru Kafa
Kakak Ipar :Pensyarah Pusat Matrikulasi UIAM
Abang Ipar : Pensyarah UKM Bangi
Adik ipar : Bakal Pensyarah UIAM
Adik dan adik ipar : Masih belajar.

Pendek kata, semuanya berkecimpung di dalam bidang pendidikan.

Semoga Allah menilai keikhlasan Guru-guru didalam mendidik anak bangsanya..

Kadang-kadang bila berkumpul ramai-ramai, sembang-sembang, antara topic yang akan keluar adalah tentang sekolah, masalah sekolah, pelajar, Hishamuddin etc..

Kadang-kadang tu rasa macam kelakarlah pulak..


P/S: Kenapa bila Hari Guru takde cuti umum ek?? Bolehla cuti lama sikit ni..

Friday, May 9, 2008

Kisah disebalik kehadiran Uways (1)

Kisah disebalik kehadiran Uways..(1)

Pengalaman mengandungkan anak pertama memang sukar untuk dilupakan. Catatan ini buat tatapan umum sebagai iktibar dan pengajaran. Ambik apa yang baik dan boleh dijadikan contoh, dan jadikan sempadan segala perkara yang negatif. Catatan ini juga khusus buat anakanda tersayang Uways sebagai kenangan bila Uways besar nanti. Ummi dan Abi sayangkan Uways. Ummi dan Abi doakan semoga Uways akan menjadi seorang anak yang Soleh. Pejuang Agama Allah dan Sunnah Rasulullah..InsyaAllah Ameen.

Sedih ada, gembira ada, menyesal pun ada sewaktu mengetahui bahawa diri disahkan mengandung. Pelik kan? Tapi itulah hakikat yang telah berlaku.

Saya mengetahui diri mengandung sehari selepas membuat medical check-up, dan perkara yang amat merisaukan saya adalah X-Ray yang telah dibuat! Manakan tidak, ada yang mengatakan X-Ray sangat merbahaya untuk janin dalam kandungan.!

Saya membuat medical check-up untuk rekod majikan (Sek. Men.Islam Al-Amin Gombak). Nak dijadikan cerita, saya sangat beria-ria petang hari saya membuat medical check-up.Saya nak selesaikan urusan hari itu juga. Walhal tempoh untuk diserahkan rekod kesihatan lambat lagi. Masa nak buat X-Ray tu dah nak maghrib. Suami saya kata esok-esokla buat X-Ray, bukannya kena hantar esok pun. Tapi saya tetap beria nak buat X-Ray waktu tu juga. Then..
Hubby: Duit ade x ni nak buat X-Ray? Abg x bwk wallet ni.
Me : Jap nak check…Allah x cukup!..
Hubby : Dahlah, esok-esok jelah.Dah nak maghrib ni.
Me: Xpe, xpe ni pinjam sat duit kelas, esok gantila..

Masa nak X-Ray, nurse tu tanya, puan ni pregnant x? saya dengan confidentnya menjawab tak kot coz x rase pape pun. So buatla X-Ray.

Malam tu dirumah tiba-tiba saya terfkir kembali tentang sikap saya yang terlalu beria nak buat X-Ray. Kenapalah saya x terfikir waktu tu yang bulan tu saya tak datang period! Minda dan Jiwa saya bercelaru dan berkecamuk waktu tu. Kalau x pregnant x pe lagi. Tapi katakanlah mmg betul pregnant??Allahuakbar…!!..Na’uzubillah…takut sangat kalau-kalau ada apa yang akan terjadi pada bayi yang dikandung. Dahla our first baby. Sedih sangat.. Apepun hubby kata tunggu esok pegi klinik buat pregnancy test. Saya tak boleh tidur malam tu.

Esoknya dalam keadaan yang sangat risau dan berdebar-debar saya menunggu result test. Sayup-sayup kedengaran suara doktor dari dalam bercakap dengan nurse dengan nada suara yang keras. Kenapa buat X-Ray??..”Allahuakbar..ape pulak ni…”, hati kecil saya berkata-kata. Bila masuk dalam jumpa doktor..

Doktor: U tau x yang u ni pregnant?
Me: Yeke doktor? Ni baru tau.
Doktor : U tau x yang X-Ray ni bahan radioaktif?Bahaya untuk baby!
Me: Manala saya tau masa buat X-Ray tu..

Time tu geram pun ada jugak kat doktor tu. Cara dia bercakap dengan patient marah2. bukannya nak nasihat baik-baik tenangkan patient. Dahlah kepala tengah berserabut. Then dia suruh jumpa pakar OnG tentang masalah saya. Saya tak tahu nak bagitau husband mcm mana time tu. Bila masuk dalam kereta saya tunjukan result test kat hubby.

Me: Diana pregnant..(Dengan nada sedih)
Hubby: Yaka?Alhamdulillah…tapi abg nak ckp pun tak tau mcm mana diana..
(Saya tengok muka hubby sedih sangat. Saya rasa bersalah…kalaulah saya dengar kata-kata hubby supaya x payah buat X-Ray tu lagi..pasti perkara ni x akan berlaku…)
Me: Diana mintak maaf abg..(Saya nangis…)
Hubby: Abg dah ckp dah kat diana..tunggu nanti-nanti pun xpe..
Saya angguk..sedih..
Hubby: Allah dah bagi sign mcm2 dah waktu nak buat X-Ray tu..Abg x bwk walletlah, Duit x cukuplah, dah maghriblah..tapi diana nak buat X-Ray jugak..Pastu ape doktor cakap?
Me: Ape pun di suruh jumpa pakar OnG esok..
Hubby: Hmm Xpelah if mcm tu, kita tunggu esoklah. Kita kena redalah dengan apa yang Allah nak bagi..tapi kalau apa-apa yang berlaku tu mmg betul atas kehendak Allah… tapi atas silap kita juga.

Allahuakbar…saya angguk sugul.

Esoknya saya dan hubby jumpa doktor pakar OnG di Gombak Medical Centre. Dr. Azlina. Dia baik sangat. Dia nasihat banyak perkara untuk saya dan hubby. Dari fikiran yang negatif dan bukan2 yang bermain difikiran saya kepada fikiran yang positif dan redha dengan apa yang Allah nak bagi. Saya seolah-olah dah jadi mcm orang yang tak percaya dengan Qada dan Qadar Allah. Macam tak yakin dengan kuasa Allah. Then Masa Dr. Azlina scan..

Dr. Azlina: Ha ni dia baby..nampak x?Alhamdulillah..tengok..ni dah 5 minggu..
Hubby: Alhamdulillah



Scan masa 5 minggu pregnant


Nampak riak gembira dari pancaran wajah hubby. Dia yang banyak tanya tentang kandungan saya n bagaimana keadaan n effect X-Ray pada baby.. Antara kata-kata Dr. azlina yang saya x akan lupa sampai bila-bila..

Dr.Azlina : Memang patut pun kita risau, but Actually x ade 1 fact pun yang mengatakan boleh menyebabkan janin gugur or cacat etc..semuanya atas urusan Allah..kita doalah banyak-banyak pada Allah..agar semuanya selamat. If adapun effect X-Ray tu, hanya peratus yang kecil saja dan mungkin ada sebab-sebab yang lain..tapi x semua..

Dr.Azlina: ttg baby ni, if dalam tempoh sebulan ni, ada berlaku apa-apa pendarahan ketulan,hmm just let it golah ya, kita redha dan mungkin ada hikmah dia. Tapi if kekal n xde apa-apa yang berlaku, alhamdulillah dan insyaAllah, kita doalah banyak2 agar semuanyan selamat sampai kehujung..

Kata-kata Dr. memang sangat saya tersentuh, tambahan lagi bila dia kata, “just let it go”..(nauzubillah..sedihnya if perkara ni berlaku..) . Masa time balik tu hubby banyak nasihatkan saya untuk sama-sama berdoa dan mudah-mudahan perkara ni akan menambahkan lagi keyakinan dan pergantungan sepenuhnya kepada Ilahi. Ya Rabb!!

Alhamdulillah hampir 9 bulan saya mengandungkan Uways dalam keadaan penuh redha dan penuh pengharapan. Setiap hari saya berdoa agar Allah memudahkan segala urusan saya. Dikurniakan anak yang sihat, sempurna, Soleh dan bijak. Bakal memperjuangkan agama Allah dan Sunnah Rasulullah..

Alhamdulillah Uways lahir seminggu awal dari due. Duedate asal pada 21/10/2007 tetapi telah ditaqdirkan tanggal 15/10/2007, Uways lahir pada pagi subuh hari raya ketiga. Uways lahir waktu azan Subuh baru berkumandang!! Allahuakbar! Mudah-mudahan anakku ini bakal memperjuangkan agamamu ya Allah..

Hubby menemani saya sepanjang malam di hospital dan sewaktu dalam labour room. Hubby lihat bagaimana Uways lahir. Dia banyak bagi support. Alhamdulillah lebih kurang 5.30 a.m saya masuk labour room, 5.45 a.m Uways lahir secara normal. Memang Sakit. Saya dengar suara baby menangis.. :) Allah kareem…

Soalan pertama yang keluar dari saya kepada hubby..
Me: Anak kita ok ke abg?
Hubby: Alhamdulillah, ok…cukup sifat semua..
Hubby senyum dan satu kucupan singgah ke dahi saya. Terima kasih sayang..
Inilah saat yang paling manis yang takkan saya lupakan..Kehadiran Uways lambang kasih dan cinta kami berdua. Permata hati kesayangan penyeri hidup kami…

Me: Alhamdulillah..(Puji dan syukur yang tidak terhingga atas kuasa dan taqdir Ilahi)






Gambar saat sejurus Uways dilahirkan..


Ternyata Taqdir dan Kuasa Agung Ilahi akan mengatasi segala-galanya…Aku bersyukur padamu ya Allah..Amin Ya Rabb..!

P/S: Hubby ada kata masa tengok saya bersalin rasa mcm x nak bagi bersalin dah..kesian katanya..hehehe…yeke abang??...

Friday, April 18, 2008

Muslimat Dakwah yang tersenyum.

Surat pembaca dibawah di tulis untuk memberi maklum balas kepada artikel seorang pembaca majalah I.
Muslimat Dakwah yang tersenyum.

"Muslimat dakwah... Senyumlah!" Begitulah artikel seorang pembaca Majalah I keluaran September 2006. Saya sebagai salah seorang yang bergiat aktif di dalam dakwah kampus mahupun di luar merasa terpanggil untuk membetulkan surat yang mungkin ditujukan kepada segelintir Muslimat dakwah yang dikenali oleh penulis.

Mungkin juga secara kebetulan muslimat-muslimat da'wah yang pernah ditemui oleh penulis surat tersebut berwatak "skema", tidak suka bergaul", mempunyai "klik", dan pelbagai lagi sifat-sifat negatif yang tidak perlu saya nyatakan disini. Saya kurang bersetuju jika saudari penulis memberikan gelaran ini kepada semua Muslimat Da'wah. Gambaran yang saudari berikan seakan-akan menafikan wujudnya muslimat da'wah yang tidak lokek senyuman dan santun budinya. Saudari tidak berlaku adil kepada muslimat da'wah yang mempunyai budi bahasa yang luhur.

Memberikan gambaran negatif secara umum begini tidak akan menjernihkan keadaan masyarakat kampus yang memerlukan santunan dakwah dari semua peringkat. Bahkan ianya mungkin akan memberikan satu persepsi negatif yang akan membuatkan masyarakat kampus semakin jauh dari nur dakwah. Sepanjang penulis berada di kampus, jumlah muslimat yang bertudung litup tidaklah seramai mana. Malah, mereka ini boleh dikategorikan sebagai "spesis yang hampir pupus". Kelibat mereka boleh dikira dengan jari. Sedangkan muslimat yang tidak memenuhi garis panduan menutup aurat mengikut kehendak syarak mendominasi persekitaran kampus. Kelibat mereka dapat dilihat di mana-mana. Sehinggakan seakan-akan wujud "klik" muslimat tidak bertudung litup dan berpakaian menjolok mata. "Klik" muslimat seperti ini seakan-akan cuba melarikan diri dari disapa oleh muslimat bertudung litup. Keramahan muslimat dakwah sering disalah tafsirkan.

Kebanyakan mereka merasakan muslimat bertudung litup cuba untuk menegur mereka yang tidak berpakaian "proper". Suasana tidak sihat ini wujud, mungkin berpunca dari sikap mereka yang tidak mahu membuat perubahan yang lebih baik. Bahkan muslimat yang tidak bertudung litup kadang-kadang memerhatikan muslimat dakwah ini dengan pandangan yang sinis, jelingan dan sindiran pedas seperti "macam la alim sangat!!".

Cuba saudari bayangkan jika sekiranya kesemua masyarakat kampus melihat muslimat-muslimat bertudung litup sebagai orang asing dan mungkin juga musuh serta ancaman. Bagaimanakah dakwah akan subur di dalam kampus??. Sampai bilakah benteng-benteng keras antara hidayah dan syaitan ini akan roboh jika sekiranya prasangka ini masih mengikat kita??

Sepanjang pengalaman di kampus saya memerhatikan kecenderungan muslimat-muslimat yang tidak bertudung litup tidaklah sama dengan muslimat bertudung litup. Mereka memberikan pelbagai alasan apabila diajak untuk menghadiri kuliah-kuliah agama (Tafaqquh fiddeen). Sebagai contoh, "Takpelah kuliah tu untuk orang yang bertudung labuh jer..". Sedangkan kuliah agama dibuka untuk semua, bukan jenis atau saiz tudung yang menjadi ukuran. Bahkan apabila kita memberikan risalah-risalah berbentuk peringatan mereka menyambut dengan senyuman sinis penuh makna. Sebenarnya ruang-ruang hidayah dan momentum untuk menjadi Muslimah yang tunduk pada Allah begitu luas. Tetapi kita sendiri yang menolaknya dengan alasan "alah muda lagi, "mudakan sekali, alah mana puas enjoy lagi, tak sampai seru lagi ar.." dan seribu satu macam alasan lagi.

Bagi penulis hati-hati mereka telah pun diketuk oleh pihak pentadbiran universiti dengan slogan-slogan kearah kebaikan serta penubuhan kelab-kelab agama. Mulakan dengan "tepuk dada tanyalah iman" anda.

Konklusinya, bukanlah niat saya untuk menghentam mana-mana pihak. Cuma sekadar untuk membuka minda kita supaya jangan cepat menghukum manusia secara keseluruhan, tetapi lihatlah mereka sebagai individu. Apatah lagi meletakkan "penglabelan bertudung litup, bertudung labuh, tudung pendek dan sebagainya". Sebenarnya penglabelan tudung sebegini tidak wajar diwujudkan. Renungkanlah firman Allah yang bermaksud, "Sesungguhnya tugas engkau Muhammad hanya menunjukkan mereka kejalan Allah…" (As-Syura:52).

Mardiana bt. Mat Ishak
Majalah I, September 2006.

P/S: nasihat dinaluzriq supaya kita semua dapat elakkan diri dari suka label-melabel orang.


Wednesday, April 16, 2008

setelah sekian lama tidak berblog..

Alhamdulillah..setelah sekian lama terpendam baru hari ini terasa kembali untuk berblog seperti waktu tengah rajin dulu..akibat kekangan masa dan hambatan waktu yang tidak menentu..insyaAllah dinaluzriq akan mencoretkan sesuatu untuk perkongsian bersama...
Pejam celik, pejam celik..hampir 2 tahun lebih dinaluzriq tidak menulis di blog.Nah sekarang sampai sudah berkahwin dan mempunyai seorang putera!..
Semoga Segalanya Khair...InsyaAllah... :)

Wednesday, January 25, 2006

free wireless network..

pergh...lama bebenor tak update nih...etah apa yang disibukkan pun ntah lah...

ni berita terkini dari Teluk intan..tengah surf internet..free..wireles..caya atau tak..dinaluzriq ni jadi pengguna pertama guna wireless internet terus dari menara condong teluk intan...projek pejabat daerah..bangga nih..bangga...!kalau tak tadi siap nak ambik gambar..hehehe...

so, bila nak update blog??soalan yg selalu org tanya..tengokla ye nanti ker...nway..terima kasih bnyk2 kepada sesiapa yg sudi melawat n meninggalkan jejak..


Image hosting by Photobucket



teman pergi berjalan ghumah sedare teman kat teluk intan ni...sempena cuti..ok..

jumpa lagi!

Tuesday, October 11, 2005

lagi Gempa Bumi..!!

Image hosted by Photobucket.com
bersabarlah diatas dugaan..
Image hosted by Photobucket.com
..
Image hosted by Photobucket.com
Let’s make dua’ for our Muslim Ummah especially in India, Pakistan and Afghanistan.
.
Shaykh Muqbil, (Allahs mercy be upon him), had written a book with regards to this matter: Asbaabu Zilzaal (The Reasons for Earthquakes) and the likes of this and the calamities. It is a tremendous book. So we thought it would be beneficial after we saw what had taken place, that we could bring about some benefit with regards to this particular matter.
Firstly, before entering into the book itself, I wanted to mention some of the brief Kalaam (speech) with regards to the Surah Zilzalah in the Qur'an, (The Book of Allaah), Allaah mentions Surah 99:
1-8.
"When the earth is shaken with its final earthquake." And the scholars of Tafsir, (those who explain the verses of the Qur'an according to what the Prophet Muhammad, Sallahu Alayhis Salaam, has said with regards to its meaning), from them Ibn Kathir; he mentioned that meaning here of this particular earthquake, that is mentioned in this particular Ayah, that it is the earthquake before Yaumal Qiyyamah, (The Day of Judgement).
"And when the earth throws out its burdens.
" Also Ibn Kathir mentions with regards to the meaning of this particular Ayah at that particular time; the earth will cause that which is in it, to be cast out from the dead in the earth, from the treasures in the earth, from that which is buried in the earth, from ancient civilizations, whenever it may be. That at that particular time, the earth will throw up its burden, meaning that which is held in it.
"And man will say: What is the matter with it?" Ibn Kathir mentions, with regards to this particular Ayah, that the people will say "Maa La Ha (What is wrong with it?)". He said that at one time before this particular event, it was a land that was at rest, at peace, a normal affair, a normal matter and then it began to shake and quake. So this shows us that even at that particular time, because that place is at rest, it is a normal day, people are going about in their normal affairs, normal business, and then all of a sudden the earth begins to shake. It begins to move and the people begin to question; what is with the earth? And as I read in one of the meanings with regards to the Tsunami itself, that some of the scientist say that it is as if the earth shook upon it's axis in this particular Tsunami.
"That day it will declare its information about all that happened good or evil." Ibn Kathir explains with regards to this particular Ayah: The earth is from the Shuhood (witnesses) for or against you. That those places that the people committed sin in, then the earth will bear witness against you and as for the places that the person has done righteousness in, then the earth will also be a witness for you. It's either a witness for you or against you. So this particular matter shows us that the earth itself will testify and it will speak with regards to that which had taken place upon it.
"Because your Lord will inspire it." Ibn Kathir mentions with regards to this meaning, that the inspiration here is that Allaah commanded the earth to shake; that it is Allaah that commanded the earth to move. And this is a refutation, as Shaykh Muqbil will get into against those who attribute these calamities to the nature. They call them natural disasters, and as we will see from the speech of Shaykh Muqbil: If one actually says this believing that it is the earth or the nature itself that causes this matter, then he is a disbeliever. He disbelieved that it is Allaah who has caused this matter and caused the affair to take place with His infinite Wisdom.
"That day mankind will proceed in scattered groups that they may be shown their deeds."
"So whoever does good equal to the weight of an atom or a small ant, he shall see it."
"And whoever does evil equal to the weight of an atom or a small ant, he shall see it."
Read More The Reasons for Earthquakes
by Abul Hasan Malik Aadam Al-Akhdar

Monday, October 10, 2005

RamaDhan Kareem..

Image hosted by Photobucket.com


Image hosted by Photobucket.com


...Selamat menyambut RamaDhan al-MubaRak kepada Semua...

Monday, August 15, 2005

alf mabruk..!


Image hosted by Photobucket.com
Senyuman kebanggaan.. :)


PASUKAN Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) masing-masing muncul juara Pertandingan Debat Bahasa Arab Antara Universiti Kali Ke-3 di UIAM, Gombak, baru-baru ini.
Sebagai pembangkang UIAM yang memenangi kategori Bahasa Arab sebagai Bahasa Kedua itu diwakili Nazri Atoh, Siti Salwa Mohd Noor, Amirah Ahmad Zain dan Nor Ratasha Kasim mengemukakan hujah bertajuk Senjata Nuklear Hak Eksklusif Negara-Negara Tertentu.
UKM pula memenangi kategori Bahasa Arab sebagai Bahasa Pertama pula diwakili Malik Abdul Karim, Mohammad Al-Kamel, Mohamed Mohamad Tolba dan Emad Sobhi Mohammad Battah bertindak di pihak kerajaan membahaskan tajuk ‘Masalah Sosial Tanggungjawab Kerajaan’.
Kedua-dua pasukan berkenaan menerima Piala Debat Bahasa Arab, wang tunai RM1,000 dan sijil penghargaan.
p/s: dinaluzriq tumpang berbangga dengan sahabat2 yang mewakili UIAM. Tak sia2 usaha gigih mereka selama ini..

Friday, August 5, 2005

al-fatihah

KAHERAH, 4 Ogos - Seorang tokoh pendakwah wanita terkenal, Puan Zainab al-Ghazali telah kembali ke rahmatullah pada 3 Ogos 2005 dalam usia 88 tahun setelah bergelumang dalam bidang dakwah selama 53 tahun bersama dengan gerakan al-Ikhwan al-Muslimun, Mesir.
Jenazahnya akan disempurnakan hari ini 4 Ogos 2005 di Masjid Ra’baah Adawiyyah di Nasr City seperti yang dimaklumkan ahli keluarganya yang terdekat. Beliau merupakan tulang belakang kepada gerakan Islam muslimat di dunia Arab merentasi beberapa buah negara Arab dan Islam sepanjang kerjaya sebagai pendakwah Islam sepenuh masa.
Al-marhumah yang dilahirkan pada 2 Januari 1917 di sebuah perkampungan di wilayah al-Buhairah (utara kota Kaherah), daripada keluarga yang berpegang kuat kepada ajaran Islam, kerana bapanya adalah salah seorang ulama’ al-Azhar yang cukup berpengaruh. Bapanya yang bertanggungjawab mentarbiahnya dengan ilmu-ilmu agama dan sentiasa berpegang kepada kebenaran, sehingga beliau dipanggil oleh bapanya dengan panggilan Nusaibah Binti Kaab iaitu salah seorang Sahabat wanita di zaman Rasulullah s.a.w.
Selepas kematian bapanya ketika berusia 10 tahun, beliau dibawa ibu dan saudaranya berpintah ke Kaherah bagi meneruskan pengajiannya di situ. Sebagai seorang yang aktif dalam bidang kemasyarakatan, beliau menganggotai sebuah pertubuhan wanita liberal yang dipimpin oleh Huda Syaarawi. Pandangan pertubuhan berkenaan, sering mendapat kritikan hebat daripada para ‘ulama al-Azhar kerana dikatakan tidak selari dengan Islam walaupun sering mengadakan forum antara kedua-dua belah pihak. Pandangan serong pertubuhan itu yang disifatkan amat merbahaya kepada umat Islam, akhirnya melarang mana-mana wakilnya menyampaikan ceramah dan sebagainya. Kesedaran kepada Islam menyerlah dalam diri al-Marhumah
Selepas sekian lama beliau menderita kerana sakit kronik yang boleh menyebabkan kematian, ketika itu beliau bersumpah jika Allah menyembuhkan penyakitnya, beliau berjanji akan meninggalkan pertubuhan wanita yang songsang itu, dan akan menubuhkan satu pertubuhan muslimat yang menumpukan perhatian kepada penyebaran dakwah Islam. Penyakitnya semakin sembuh, dan beliau mengotakan janjinya untuk menubuhkan pertubuhan muslimat dengan jayanya pada tahun 1936 khusus buat kaum Hawa di seluruh Mesir.
Dari masa ke semasa, pertubuhan muslimat yang diasaskannya telah mengadakan hubungan dengan gerakan al-Ikhwan al-Muslimun pimpinan al-Marhum Syeikh Hasan al-Banna iaitu pada tahun 1948 sebelum beliau mati ditembak. Sepanjang pengenalan al-Marhumah dengan Syeikh Hasan, dia mencadangkan agar pertubuhan muslimat itu menjadi anggota sayap gerakan al-Ikhwan khusus bagi muslimat dan beliau diminta menerajuinya.
Gerakan al-Ikhwan menerima pelbagai tribulasi hingga ramai di kalangan pimpinannya ditangkap atas arahan Perdana Menteri ketika itu, Mustafa an-Nuhhas, al-Marhumah telah memainkan peranan penting untuk menghubungi isteri-isteri pimpinan yang ditangkap dan membantu mereka dengan bantuan yang diperlukan. Tekanan demi tekanan yang diterima, hingga beliau diminta oleh Presiden Jamal Abdel Nasir pada ketika itu agar memimpin sayap wanita Parti Sosialis, tetapi beliau menolaknya dengan keras.
Keengganannya untuk menyertai wanita parti pemerintah telah menyebabkan Presiden Jamal mengeluarkan arahan agar pertubuhan muslimat pimpinan al-Marhumah dibekukan, segala bahan penerbitannya dihentikan . Beliau kemudiannya ditangkap pada Ogos 1965 dan dipenjarakan selama enam tahun dengan pelbagai ujian dan tribulasi.
Beliau ceritakan semuanya dalam bukunya “Aiyam min hayati” yang bermaksud hari-hari dalam hidupku yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh al-Marhum Ustaz Mohammad Tahir Daeng Mengati. Dengan perantaraan dan campur tangan bekas Raja Arab Saudi, Raja Faisal Abdel Aziz, beliau telah dibebaskan di zaman pemerintahan Presiden Anwar Sadat pada Ogos 1971. Penyebaran Dakwah Islam
Setelah al-Marhumah dibebaskan, beliau memperlihatkan kesungguhannya dalam bidang dakwah hingga membuatnya terpanggil menyebarkan Islam bukan sahaja dalam negara asalnya Mesir, malah ke beberapa buah negara Arab dan Islam. Beliau juga dikatakan amat aktif dalam bidang penulisan yang dikaitkannya dengan dakwah. Pada pertengahan tahun lapan puluhan, beliau serta beberapa rombongan muslimat al-Ikhwan telah mengadakan lawatan ke Afghanistan ketika perang sedang berlangsung menghadapi kuasa besar Soviet Union beberapa kali..
Beliau bukan sahaja giat berdakwah dengan lisan menerusi ceramah, pidato, forom dan sebagainya, malah aktif menulis beberapa buah kitab. Antaranya “Nahwa Baa’thun Jadid” iaitu Kearah kebangkitan era baru dan “Nazarat fi Kitabillah” iaitu beberapa renungan terhadap kitab Allah.

Beliau berpendapat, bahawa masa depan kepada perkembangan dunia Islam perlu dijana menerusi program muslimat, kerana jatuh bangun sesuatu kebangkitan bermula dengan wanita/muslimat.
diambil dari : theqalam.com
p/s: Kehidupan serta penglibatan Zainab al-Ghazali di dalam medan dakwah perlu dijadikan panduan dan ikutan generasi muslimat kini yang ingin 'hidup dan mati bersama-sama Islam'..
"Rabbana atina fiddunya Hasanah wafilakhiratihasanah waqina 'azabannar"

Wednesday, August 3, 2005

gelombang 'tsu-shin chan' dan pengaruh 'ShinChanisme'

Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com
Kartun Shin Chan rosakkan pemikiran kanak-kanak

Saudara Pengarang,
KITA pernah mendengar istilah Tsumawi. Itu kisah gelombang Mawi peserta Akademi Fantasia 3 yang disanjungi oleh segenap lapisan usia kerana imej yang dibawanya.

Namun sedarkah kita bahawa gelombang Tsu-ShinChan atau pengaruh ShinChanisme semakin menular kini? Siaran kartun Shin Chan yang ditayangkan pada setiap hari Sabtu pukul 7 malam di salah sebuah stesen televisyen ini amat digemari oleh segenap lapisan masyarakat.

Comel dan kelakar adalah antara maklum balas bagi sesiapa yang menonton dan memandang siri kartun ini dari satu aspek. Pengotor dan gatal pula bagi mereka yang memandang dari suatu aspek yang lain.

Kebanyakan orang yang menonton siri kartun Shin Chan ini akan geli hati apabila melihat keletah Shin Chan. Rentak gaya bahasa yang senada dan selamba menjadikan gaya bahasa dan cara Shin Chan seringkali ditiru. Sehinggakan gambarnya turut menjadi muatan logo telefon bimbit!

Begitu besar pengaruh Shin Chan terhadap masyarakat. Namun, apa yang amat merisaukan saya adalah pengaruh Shin Chan terhadap pemikiran dan pembentukan akhlak dan peribadi kanak-kanak. Sedar ataupun tidak, pengaruh Tsu-Shin Chan atau Shin Chanisme ini telah memberi impak negatif yang amat besar terhadap pembentukan pemikiran dan akhlak mereka.

Pernah berlaku di salah sebuah sekolah rendah, di mana seorang anak murid telah mengajuk cikgu yang menulis di papan tulis sekolah sambil berkata dengan rentak dan gaya bahasa Shin Chan, ``Cikgu, punggung cikgu besarlah.''

Nah! Apakah kita tidak terkejut? Kata-kata tidak sopan ini telah terpacul dari seorang murid sekolah rendah? Adakah patut seorang anak murid mengatakan sedemikian kepada gurunya sendiri di dalam kelas?

Kita mendukung usaha kerajaan untuk memupuk budaya murni, soal budi bahasa, sopan-santun, dan adab tatasusila di dalam masyarakat. Namun, persekitaran yang telah meracuni pemikiran anak-anak generasi kita ini sebenarnya telah menjadi api dalam sekam. Bahkan telah menyekat usaha murni tersebut. Bagaimana slogan budi bahasa budaya kita mampu disemai dan dibajai sekiranya ini yang berlaku.

Justeru, semua pihak harus berperanan. Siri kartun seperti ini amat wajar disekat. Pihak televisyen tersebut wajar menilai semula segala bentuk rancangan kartun yang sesuai dengan kanak-kanak. Nilai positif yang perlu diambil kira, bukan sekadar hiburan semata-mata.

Di samping itu, ibu bapa harus berperanan dalam menghalang anak-anak mereka daripada terpengaruh dengan budaya negatif yang dibawa oleh Shin Chan ini. Anak-anak perlu dididik sedari awal. Benteng pertahanan perlu dipasak ketika usia mereka masih di peringkat rebung. Akhlak dan budi pekerti mulia perlu dipupuk. Anak-anak yang berkelakuan sedemikian perlu ditegur agar mereka mengetahui mana yang baik dan mana yang buruk.

Perkara ini pasti merisaukan kita semua terutamanya ibu bapa. Sekiranya dibiarkan dan tidak dibendung dari awal, kita takut pengaruh Shin Chan ini akan semakin menular dan merosakkan akhlak dan pemikiran generasi kita.
- BALQIS INSYIRAH, UIAM Gombak.
utusan malaysia, 2 Ogos 2005.