Friday, August 26, 2011

Semester 3 (Sem. Pendek) & Pelajar Aktif



Section 4, LQ 2083: Sem 3, 10/11.. (Gambar section ini sahaja yang ada)
<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-US X-NONE AR-SA MicrosoftInternetExplorer4


Biasanya, semester 3 kebanyakan tenaga pengajar akan mendapat pelajar-pelajar yang aktif dan bersemangat. Ini mungkin kerana sepanjang semester tersebut, pelajar hanya mengambil satu atau dua subjek sahaja. Ini bermakna tumpuan dan fokus lebih diberikan kepada subjek tersebut. Saya juga tidak terkecuali dan bertuah kerana mendapat pelajar yang aktif dan bersemangat. Group Arab LQ 2083 ini adalah kumpulan pertama saya mengajar dalam semester 3, dan LQ 2044 (berkongsi mengajar bersama Dr. Zakaria) selepas dipindahkan ke Gombak.

Terima kasih Group Arabic LQ 2083 & 2044 Sem 3, 10/11. Setiap respon yang baik itu menjadikan saya mudah dan seronok mengajar. Tetapi saya tidak menafikan ada juga beberapa pelajar yang kurang mengambil peluang untuk belajar dengan lebih terfokus dan bersungguh-sungguh. Sebenarnya, faktor pelajar juga akan mempengaruhi semangat dan emosi orang yang mengajar. Kalau mendapat pelajar yang ibarat “bercakap dengan kerusi”, memang agak tidak bersemangat (walaupun terpaksa dibuat-buat). Mudah-mudahan saya sentiasa mendapat pelajar yang menunjukkan semangat yang tinggi untuk terus mempelajari dan menguasai Bahasa al-Quran ini..


No comments: