Saya diberi peluang untuk berkongsi ilmu (yang sedikit ini) dan pengalaman (yang masih kurang ini) bersama adik-adik mahasiswi. Setakat ini, di 3 buah institusi pengajian tinggi. Perkongsiannya adalah berkisar tentang isu Aurat Wanita.
1- “Princess Hours” sempena The Awakening Project- INTEC UiTM Shah Alam (23 Julai 2011).
Muslimah Fashion Show a.k.a Princess Hours Princess Hours (PH) ialah aktiviti kedua dalam minggu ‘The Awakening Project’ (TAP) di Kolej Akasia, INTEC UiTM Shah Alam. Saya teruja melihat kreativiti adik-adik ini dalam menyampaikan mesej tentang fleksibiliti Islam di dalam isu pakaian ini.
Programnya ala-ala Project Runway. Program bermula dengan 10 orang model membuat catwalk (5 daripadanya ada kekurangan , 5 lagi yang dah lulus pakaiannya). Penonton diminta memberikan tumpuan kepada pentas catwalk dan melihat perubahan pada model. Antara kesilapan-kesilapan umum yang kita sering terlepas pandang seperti:
• Model 1 : pemakaian tudung bawal yang menampakkan leher
• Model 2 : menampakkan sanggul seperti bonggol unta
• Model 3 : pemakaian ‘cardigan’ yang menampakkan bentuk lengan dan badan
• Model 4 : menampakkan kaki (cth:tidak memakai stokin kaki)
• Model 5 : seluar yang ketat
Kemudian saya, sebagai jemputan diminta untuk memberi komen tentang kesalahan-kesalahan tersebut. Tetapi saya ubah sikit, saya yang meminta para penonton memberikan komen, kerana sebelum itu saya telah kongsikan beberapa maklumat dan penjelasan tentang “tiada uniform khusus untuk wanita yang Allah telah tetapkan untuk kebaikan dan kecantikan wanita, tetapi sebaliknya Islam memberikan guideline dalam kod etika berpakaian untuk Muslimah”. Bagi yang berjaya (siapa cepat dia dapat) memberikan penjelasan tersebut akan dihadiahkan buku pertama saya “Bahagianya Menjadi Pengantin Sepanjang Masa” bersama tandatangan kenangan dari saya. Alhamdulillah, mendapat respon yang sangat baik sekali dan mereka berjaya. Pada malam tersebut juga ada persembahan nyanyian/nasyid dari 2 orang puteri. Suara yang sangat sedap!.
2. “THE BEAUTY OF WEARING HiJAB” – KYUEM (18 April 2011)
Talk berkenaan “Kecantikan memakai Hijab” ini saya kongsikan bersama mereka. Pelajar-pelajar yang mempunyai latarbelakang pendidikan agama yang berbeza dan terdiri daripada mereka yang bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara. Antara pengisian yang saya kongsikan adalah kecantikan wanita berhijab dan tentang:
A = Amanah sebagai Khalifah Allah di muka bumi
U = Umpama Mawar berduri yang dipagari
R = Rahsia &Kecantikan diri sebenar hanya untuk Suami
A = Akhlak adalah Pakaianku
T = Trendy dan Evergreen yang memenuhi Syariat
3. MUSLIMAH ATTIRE : OLD FASHION OR TRENDY? – CFS, IIUM (29 Julai 2010)
Manusia hanya mampu menyampaikan, urusan untuk terima atau tidak itu, bergantung kepada individu terbabit. Tetapi yakin dan percayalah para wanita, kebaikan dan kejayaan yang mungkin kita “tidak berapa jelas dan nampak sekarang” tetap ada, dan jaminan Allah untuk kejayaan dan menjadi dikalangan mereka yang beruntung di Akhirat kelak.
Sebagaimana maksud firman Allah didalam ayat yang tidak asing lagi untuk kewajipan wanita menutup aurat, surah an-Nur:31 “Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau Saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah,
Semoga usaha yang telah dilakukan oleh pihak penganjur ini dihitung oleh Allah sebagai satu kebaikan disisinya. Amiin insyaAllah..
No comments:
Post a Comment