Thursday, July 31, 2008

هذه الهدية لأمي بمناسبة عيد ميلادها..

This gift is for my mother on her birthday ..


Honeymoon dengan ayah di Chiang Mai :)

p/s: mcm pakaian beragam untuk pengantin (Lawa dan segak bergaya mak dan ayah)..

أمي الحبيبة..
كل سنة وأنت بخير..

Pejam celik pejam celik..emak dah 55 tahun. Cikgu Rohani pun dah pencen. So sekarang mak dan ayah kembali ke zaman honeymoon..Tinggal berdua. Anak-anak dah besar panjang. Cucu sekarang dah ada 4 orang.Teringat zaman kenakalan masa kecik-kecik dulu. Salah satunya yang tak boleh lupa..


Ada satu kes tu, waktu tu saya 5 tahun..ntah apa kena hari tu, saya tak nak pegi sekolah (Taski Abim Tmn Malik). Nak ikut mak pi sekolah. Start dari rumah dok meragam. Pastu bila dah sampai sekolah tak mau turun keretalah pulak.Sampai tahap mak dukung dan saya meronta-ronta. Ustazah yang sambut saya waktu tu Ustz. Fatimah Hamid. Ingat lagi sampai tahap saya “dipelekoh” (bhs kedah. Nak sebut: mcm nak sebut lekat/tampal,tp buang kat ganti koh)- (maksudnya keadaan dimana seseorang dipegang kuat-kuat n dia meronta2 untuk melepaskan diri..). Ustz kunci bilik dapur waktu tu. Ustazah Fatimah pegang saya, takut saya lari keluar. Saya pulak sampai menendang segala baldi dan timba yang ada kat situ..Dahla baldi tu ada air!..Huh..dasyat-dasyat.. "Uways, jgn tiru aksi yang tidak berfaedah ni tau..!”.. :) Tulah zaman kanak-kanak hingusan. Memang ingat lagi situasi masa tu..
Terima kasih yang tidak terhingga buat mak n ayah, esp. masa nak izinkan untuk kahwin dulu (ingatkan tak bagi kawin awal lagi sebab tak habis belajar lagi :) .. dan banyak keluarkan belanja untuk kenduri dsb..) Alhamdulillah segalanya berjalan baik dan lancar. Sebabnya mak risau n takut if tak saya dapat nak bagi komitmen yang baik dalam pelajaran kalau berkahwin. Banyak tanggungjawab. Tapi Alhamdulillah berkat doa mak dan ayah segalanya dirasakan sempurna. Dan yang paling best, result saya bertambah baik setiap semester walaupun agak kalut dengan rumahtangga, anak, kerja dsb.. :)

31 Julai 1953- 31 Julai 2008


  • Semoga sentiasa berada dibawah payungan rahmat dan kasih sayang Allah..
    Semoga terus dipanjangkan umur dalam beramal ibadat kepadaNya..
    Kami semua sayangkan mak..
  • Selamat hari lahir yang ke-55, Puan Siti Rohani binti Abdullah..

P/s: Selamat menyambut hari lahir juga buat adik (Siti Mardhihah: 9 Julai 1989) dan abang (Marhaizan : 28 Julai 1978)..dah semakin berumur... :)

Monday, July 21, 2008

أعرّف نفسي..هذه المدونة لك يا منيرة ولسائر القراء العرب والأجانب

اسمي مرضيانا بنت مت إسحاق. أنا من ألور ستر بولاية قدح دارالأمان, ولكنني الآن أسكن مع زوجي وابني في كوالا لمبور

بالنسبة إلى عمليّتي السابقة، وقبل هذا درست في المعهد المحمود بألور ستر قدح. بعد حصلت على درجة ممتازة في الامتحان الوطني ، واصلت دراستي في المركز الإعدادي بالجامعة الإسلامية العالمية ماليزيا

وأما بالنسبة إلى النتيجة الممتازة في عمليّتي في الدراسة والبرامج اللاصفية. عندما كنت في المدرسة، حصلت على بعض الجوائز مثل "الطالبة المثالية" لدى الطلاب وإحدى الطلبة الممتازة في ولاية قدح في الامتحان (الرجاء انظر الى صورتين تحته:صورتين مع السلطان ). وفي الوقت نفسه، كنت رئيسة الطلبة في المدرسة وقد اشتركت في بعض البرامج بين المدارس مثل كتابة الخط العربي، والأناشيد. وانتهيت دراستي في المركز الإعدادي وبعد ذلك واصلت دراستي في الجامعة الإسلامية العالمية بماليزيا في برنامج اللغة العربية وآدابها.

وأنا الآن في مرحلة الماجستير في اللغة العربية. أنا أحب التعليم والتدريس. فأرى عندما ندرس الأخرين فإننا نتعلم شيئاً جديداً ولا سيما في تعمق دراستنا في الذهن وفي القلب. فأنا الآن أدرس في مدرسة الأمين الثانوية الإسلامية بكومبق. وأدرس بعض المواد مثل العلوم الدينية واللغة العربية. كما قلت أحب التدريس والتعليم حبا جما.

يا أختي الكريمة..منيرة! هذه المدونة ليست كتابة الإنشاء (: . وطبعا نحن نتكلم باللغة العربية الفصحى

وإن هدف هذه المدونة مساحة شخصية وربما مكاناً لممارسة التعليم والتعلم، فكل موضوع يجبرني على أن أبحث وأقرأ قبل الكتابة. وأكتب فيها ما أريد حتى يستفيد منها القراء.

Sokongan Ibu bapa perlu demi kecemerlangan Akademik dan Syakhsiah anak-anak..

Hari Jumaat bulan lepas (20/6/2008) adalah merupakan hari Kad Laporan Kemajuan Pelajar Sek. Men. Islam Al-Amin Gombak. Sebenarnya saya agak terkilan sedikit sebab tidak dapat menghadirkan diri pada hari tersebut. Orang yang menjaga anak saya tidak ada pagi tu dan pada masa yang sama juga suami saya menggunakan kereta untuk ke UM dari pagi sampai petang. Jadi mahu tidak mahu saya perlu tinggal bersama Uways dirumah.

Saya sebenarnya dalam tempoh bercuti selama sebulan (Jun) atas sebab peribadi. Saya telah memohon cuti daripada pihak sekolah untuk bercuti selama 2 bulan dengan harapan dapat menyiapkan thesis sekurang-kurangnya 80%. Tetapi Alhamdulillah sekolah mengizinkan saya bercuti selama sebulan. Itupun amat besar maknanya kepada saya. Terima kasih banyak kepada Pengetua Tn. Haji Hasni dan k.Alia. Alhamdulillah, thesis proposal saya sudah siap dan insyaAllah akan dibawa masuk ke department seterusnya ke kuliah. Bertungkus-lumus saya mencari bahan dan maklumat berkenaan tajuk thesis. Seharian juga saya berada di Library UIA dan Al-Ghazali Research Centre, HS Building UIAM. Dari pukul 8 atau 9 pagi sampai 5 petang. Boleh dikatakan setiap hari. Saya tak dapat bayangkan sekiranya pada masa yang sama saya bekerja. Berat juga sebenarnya. Penat disiang hari terasa kesannya pada malam hari. Badan letih, Otak penat.. Tanyalah pada sesiapa yang bekerja sambil belajar. Kemungkinan besar proposal saya pun belum tentu dapat disapkan sepenuhnya. Alhamdulillah atas nasihat suami saya, saya mohon cuti. Alhamdulilah ‘ala kulli hal..

Berbalik kepada hari Kad Laporan Pelajar. Saya sebenarnya ingin sangat untuk bersama-sama bertemu dengan ibu bapa anak didik saya pada tahun ini, 2008. Saya juga ingin mengetahui prestasi mereka. Samada lebih baik “perfomance” mereka daripada pelajar kelas saya pada tahun lepas ataupun sebaliknya. Tahun ini merupakan tahun ke-2 saya menjadi guru kelas tingkatan 3 Ar-Razi.

Selama saya menjadi guru sekolah dalam tempoh 1 tahun 6 bulan ni, ada beberapa perkara yang dapat saya ambil iktibar. Maklumlah budak hingusan lagi dalam bidang pendidikan. Dan masih bertatih menjadi ibu bapa. Antaranya yang akan saya sentuh di dalam entri kali ini adalah :
1) Penglibatan ibu bapa sangat diperlukan di dalam aktiviti-aktiviti sekolah anak.

Penglibatan ibu bapa sangat diperlukan di dalam aktiviti-aktiviti sekolah.

Apa yang saya perhatikan, kebanyakan pelajar yang cemerlang dan baik akhlaq ataupun yang kurang perform namun baik akhlak adalah dikalangan anak-anak yang ibu bapa mereka sangat perihatin dengan aktiviti sekolah serta aktiviti anak-anak mereka di sekolah. Maknanya ibu bapa perihatin terhadap apa yang berlaku kepada anak-anak mereka di sekolah.

Satu contoh yang sangat jelas dihadapan saya. Anak kepada pensyarah saya ketika saya di UIAM, Ust. Fuad dan Ustz. Sofiah. Amir Fuhairah namanya. Saya sangat mengagumi ust. dan ustazah saya. Dalam kesibukan bekerja sebagai pensyarah, masih ada masa untuk mengambil berat tentang anak-anak dan aktiviti yang sekolah buat. Boleh dikatakan program penting sekolah saya akan jumpa samada ust sendiri atau ustz. Contohnya, Hari Kad Laporan Pelajar, Hari PIBG, Hari Anugerah pelajar dsb.. Mungkin juga sebab SMIAG hanya bersebelahan dengan UIAM. Namun, pada saya jauh atau dekat bukanlah satu alasan yang kukuh untuk ibu bapa tidak dapat menghadirkan diri di dalam program penting sekolah, walaupun tidak semua program.

Ada ibu bapa yang tidak dapat hadir pada hari kad laporan kemajuan pelajar. Alasan yang biasanya diberikan bila ditanya kepada anak-anak mereka. “Kenapa mak atau ayah kamu tak datang?”. “Mak ayah saya sibuk cikgu, kerja…”. Aduh..Sedihnya saya apabila ayat ini yang sering saya dengar. Apalah sangat nilai kerja sampai tidak boleh “lari” sekejap ke sekolah. Bukannya sehari diperlukan. Hari Jumaat antara pukul 2.00- 5.00 ptg. Itu pun cuma tempoh yang diberikan, terpulang kepada ibu bapa, pukul berapa yang boleh datang. Pada saya hari “report card” itulah masanya untuk ibu bapa mengetahui prestasi anak-anak mereka setelah sekian lama sibuk bekerja! Bukan prestasi akademik sahaja , namun yang lebih penting adalah prestasi akhlaq anak-anak mereka di sekolah. Mungkin di rumah ibu bapa nampak yang anak mereka seorang yang tiada masalah tetapi keadaan sebaliknya pula yang berlaku di sekolah.Yang pastinya, ada anak-anak yang gembira sekiranya ibu bapa mereka tidak datang. Takut kena marah. Namun ada juga yang beranggapan ibu bapa mereka tidak kisah banyak mana pun yang dapat. Ada juga yang merasakan ibu bapa mereka tidak mengambil berat tentang apa yang berlaku padanya di sekolah.

Ada juga sesetengah ibu bapa yang tidak hadir ke Hari Anugerah Pelajar ( Hari Takrim ). Mungkin sesetengah ibu bapa tersebut mempunyai alasan tersendiri. Apalah agaknya perasaan anak-anak ini sekiranya ibu bapa mereka tidak hadir pada hari yang amat bermakna itu pada mereka. Hari gembira yang patut diraikan bersama ibu dan ayah, namun terpaksa bergembira hanya bersama rakan-rakan dan guru-guru…

Saya yakin, ibu bapa tersebut pasti mempunyai alasan tersendiri kenapa mereka tidak “turun padang” bersama-sama dengan pihak sekolah untuk program penting sekolah. Kita tidak nafikan kesibukan ibu bapa mencari nafkah kepada keluarga. Namun masih ada ibu bapa yang walaupun sibuk bekerja sebagai jurutera, akauntan, businessman dsb masih boleh meluangkan masa untuk anak-anak dan pihak sekolah. Golongan ibu bapa seperti inilah yang amat saya kagumi. Orang lain boleh, kenapa yang lain tidak? Tepuk dada, tanyalah iman..

Walau apapun alasan yang diberikan, apa yang diharapkan adalah sokongan yang ditunjukkan daripada ibu bapa. Itu amat besar ertinya kepada pihak sekolah dan yang lebih penting kepada anak-anak. Sudah tentu anak-anak akan merasakan yang ibu bapa sangat mengambil berat tentang dirinya.

Saya teringat ketika zaman persekolahan dulu. Saya sangat excited menunggu ayah atau mak saya datang pada hari “report card”. Walaupun ada ketika result saya tidaklah cemerlang mana pun.. Tapi itu tidak penting pada saya. Yang penting, ayah atau mak saya hadir melihat dan memberi komen atas prestasi saya, serta berbincang dengan guru kelas saya. Hari yang paling bahagia adalah ketika saya telah dinobatkan sebagai Pelajar Mithali Sekolah ketika di Maktab Mahmud tahun 2001. Mak dan ayah serta family hadir bersama-sama meraikan kejayaan saya ketika itu. Saya dapat rasakan yang mak dan ayah sayangkan saya. Saya sayang mak dan ayah saya! Terima kasih atas didikan agama dan akademik yang telah diberikan!.


Apa yang dilontarkan sekadar ingatan untuk diri sendiri yang masih mentah dan bertatih dalam menjadi ibu bapa. Semoga ia menjadi satu muhasabah untuk diri kita semua. Allahua’alam.

Semoga Allah memberi kita petunjuk dan hidayahnya dalam mendidik anak-anak menjadi anak-anak yang Soleh dan Solehah. Kebanggaan ibu bapa, keluarga, agama dan negara.. Sokongan ibu bapa amat besar maknanya pada mereka..






-kenangan bersama Sultan Kedah ketika dinobatkan sebagai Pelajar Mithali tahun 2000 (Majlis 'Idul Ilmi Maktab Mahmud 2001)




“Ya Allah..berikanlah kami kekuatan, kesabaran, dan bantuan dalam mendidik anak-anak kami di zaman yang penuh cabaran ini”….

Anugerah Antara Pelajar Cemerlang Kedah SPM 2000 di Wisma Darulaman. Sultan Kedah : Sultan Abdul Halim Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah

Wednesday, July 16, 2008

Debat DS Anwar vs DA Shabery Cheek…terserlah siapa yang lebih profesional dan bijak sebenarnya..







Saya pasti ramai yang tidak mahu ketinggalan menjadi salah seorang penonton hari ini dalam sejarah Debat antara Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim vs Menteri Penerangan , Datuk Ahmad Shabery Cheek di Balai Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur melalui siaran langsung di TV9 (ASTRO Ch 119) Astro Awani (ASTRO Ch 501) Bernama.TV (ASTRO Ch 502). Tajuk yang menjadi perdebatan ialah “Hari ini membentuk kerajaan, esok turun harga minyak”.

Perdebatan tersebut bukanlah untuk menyaksikan siapa menang atau kalah, siapa pendebat terbaik atau sebaliknya tetapi ternyata kenyataan yang telah diberikan oleh Datuk Shabery pada awalnya sebelum perdebatan seolah-olah keanak-anakkan. Beliau akan melepaskan jawatan sekiranya gagal mempertahankan agenda/hujah kerajaan dalam perdebatan tersebut.


Semangat saya dan suami menonton debat antara DS Anwar vs D.Shabery. Diselang seli dengan gelak ketawa atas hujah yang dilontarkan oleh kedua-dua pihak. Seronok, menyampah, macam-macam ada. Cukup tajam dan sinis. Ada ketika seolah-olah telah mempamirkan ‘ketidakcerdikan’ “satu pihak itu” berhujah.







Yang bestnya, telah diwar-warkan awal-awal lagi bahawa kedua-dua belah pihak perlu mengikut peraturan. Tidak menggunakan medan perdebatan sebagai satu platform untuk tujuan politik. Moderator Datuk Johan Jaafar yang mengendalikan debat juga diberikan amanah untuk memastikan ia tidak ‘ lari tajuk ’ iaitu terbawa pada isu-isu politik yang tidak berkaitan dengan isu minyak serta menyentuh isu-isu peribadi. Namun apa yang berlaku, pihak ‘kerajaan’ yang diwakili Datuk Shabery Cheek terlebih dahulu menyerang peribadi DS Anwar Ibrahim. Hujah yang dilontarkan kebanyakannya menyentuh tentang penglibatan DS Anwar mengajak massa /masyarakat menentang kerajaan, penglibatannya ketika zaman mahasiswa dahulu, serta membandingkan Malaysia dengan negara-negara yang lain. Namun sebaliknya hujah yang dilontarkan oleh DS Anwar ternyata melontarkan fakta-fakta yang cukup bernas dan boleh difikirkan bersama. Sebagai contoh yang menarik minat saya. Dividen khas yang diperolehi Petronas sebanyak 6 billion, hanya ambil 1 billion sahaja untuk tampung supaya harga minyak diturunkan sebanyak RM0.50. Saya sangat bersetuju. Salahkah kalau hanya diambil 1 billion sahaja sebagai bantuan untuk rakyat. Jika nak dibandingkan dengan perbelanjaan berbilion2 untuk pembangunan disana-sini eg. koridor di S'wak, sabah, koridor utara dsb... saya bukannya anti pembangunan, tetapi berpada-padalah. Apalah keuntungan pembangunan yang terlampau banyak pada orang2 kampung, petani, peladang, nelayan dan orang biasa macam saya.



Apa pandangan anda dalam bab ini pula. Dalam rancangan Studio Awani Ch501 Astro Awani. Jam 11pm 15 Julai 2008. Live melalui talian telefon, ditanya tentang pandangan Ahli Parlimen Pulai, Datuk Jazlan mengenai debat tersebut. Pandangan yang diberikan olehnya, dia sangat berpuas hati atas keberanian D. Shabery Cheek kerana telah mematahkan hujah DS Anwar dengan hujah-hujah yang bernas…!!! Berbanding hujah DS Anwar yang tidak banyak fakta yang dikemukakan. Aduh. Tepuk dahi saya dibuatnya!.. Saya tidak pasti samada dia faham ataupun tidak perdebatan tersebut. Saya kira orang-orang Pulai tersilap memilih calon wakil mereka lah..







Antara perkara yang melucukan saya, namun amat menyedihkan saya selaku rakyat yang tidak sehebat D.Shabery. Ada perkara yang disebutkan. Walaupun harga minyak kita naik, namun kita Rakyat Malaysia cukup makan. Lebih kurang itulah maksudnya…Ya Allah…Saya tidak pasti beliau menonton ataupun tidak rancangan Bersamamu dan banyak lagi berita-berita tentang kemiskinan rakyat Malaysia. Hampir 51 tahun kita merdeka, namun masih ada lagi yang makan nasi berlaukkan garam!. Masih ada lagi anak-anak yang tidak berpendidikan!. Adakah itu sudah memadai pada mereka?.Tengok Bersamamu setiap episod Rabu malam cukuplah...


Apapun, debat sebegini sangat baik dan perlu diperbanyakkan. Biarlah rakyat yang menilai dimana Aulawiyat ( mengutamakan apa yang lebih utama) pada pihak yang bertanggungjawab..


Tulisan ini bukanlah untuk menyebelahi mana-mana pihak. Cumanya saya ingin mengajak diri sendiri serta diri kita semua selaku rakyat Malaysia yang matang menggunakan akal fikiran yang waras agar dapat menilai kredibiliti serta sejauh mana kemampuan dan pengorbanan pemimpin-pemimpin kita. Wallahu’alam.