Saturday, July 2, 2005

when the story ends..the memory begins.. ( part 2)

Part 2:

Meniti usia remaja..

Alma’hadil mahmud @ (Maktab Mahmud Alor Setar)..

Sekolah yang amat disayangi dan disanjungi selepas Sekolah Rendah Islam SRI Abim. Banyak mutiara berharga yang dipelajari..dan sudah tentu banyak pengalaman dan kenangan yang diperolehi..

5 serangkai..5 anak dara..(wazni yani, ct sakinah, fadiah nadwa, nabilah and me myself..)..dari sekolah rendah sampai la ke sekolah menengah. Bermula dari sekolah rendah, sebagai musuh, bertukar menjadi satu ikatan persahabatan yang kukuh, insyaallah..iaitu semenjak masuk ke sekolah menengah..

Walaupun menjadi ‘tok ketua’ dalam kelas waktu tu, tapi sebab ada geng-geng kami nila yang menjadikan kelas ‘terlebih hidup’…penin..penin..Serba salah..Antara sahabat dan tanggungjawab..hehehe..tapi diaorang ni cool..and sporting..kira everything sentiasa cemerlang..study ka..club ka ..’manchester united’ ka..apa ka..

Namun, segalanya tidak selamanya begitu.. Perpisahan berlaku sementara, selepas PMR. Alhamdulilah kami mendapat keputusan yang cemerlang. Wazni memilih untuk menyambung pengajiannya dalam aliran sains tulen di maktab mahmud putera, nabilah di sekolah menengah sians pokok sena kedah, fadiah di Kolej Islam Klang, dan me and sakinah untuk terus berada di aliran ekonomi dan pengajian islam di puteri.…

Walaupun begitu, ada saja sesi pertemuan yang diatur. Biasanya sewaktu cuti sekolah,untuk bertukar-tukar cerita..Antara port kami adalah perpustakaan awam kedah dan KFC atau McD,dak pun area Pekan Rabu....still remember that ??..J

Betul kata pujangga, “Apabila dua individu yang bukan sahabat bertemu, tiada pertemuan yang tercipta, dan apabila dua sahabat berpisah, tiada perpisahan yang terjadi.”

Betul perpisahan hanya sementara. Kerana persahabatan kami bersambung semula apabila masing2 kembali meneruskan pengajian di UIAM. Nabilah (medic kuantan), sakinah dan fadiah (Law, uiam), Cuma wazni di Uitm Shah Alam .Semoga persahabatan akan terus berkekalan..InsyaAllah, semoga masa depan kerjaya mereka kelak akan terus cerah dan cemerlang..hanya itulah doa dari seorang sahabat..Fadiah: ‘for sure tak jadi masalah, sebab satu dunia kenai dia’..hehehe..congrats!!..

***********
Allah menemukan diri dengan insan yang banyak memberi sokongan dan dorongan untuk terus maju dan cemerlang di dalam pelajaran dan persatuan. Bagaimana mengimbangi antara kedua-duanya. Itu yang penting demi masa depan Islam…

Yuzihasra Ibrahim. Nama yang akan sentiasa terpahat kukuh di dalam hati. Shukran jazilan. “kerja-kerja juga tapi buku pelajaran jangan dilupa”.Ayat ini akan sentiasa disebut dan ditulis olehnya..Dan setiap kata-katanya pasti penuh hikmah malah sentiasa menjadi peransang dan dorongan buat diri..

“Hidup ibarat sebutir bawang, kita kupas selapis demi selapis dan sesekali kita akan mengesat air mata”..:

************
Banyak yang dipelajari apabila dilantik menjadi ketua kelas dua tahun berturut-turut kemudian terpilih untuk menjadi ‘lanun kepala biru’ ( ;) ..antara gelaran yang diberikan kepada anggota pengawas puteri)..

Allah memilih diri untuk mengemudi anggota pengawas puteri pada tahun 2000. Banyak pengalaman dan pengajaran yang diperoleh. Seandainya waktu boleh dikembalikan, ingin sahaja dinaluzriq perbetulkan segala yang salah dan laksanakan segala apa yang perlu…Namun itu adalah mustahil…

Kadang-kadang kita tidak sedar dan kadang-kadang kita terlupa. Sebenarnya kita perlu menghargai orang di sekeliling kita. Walau sekadar ucapan atau pemberian yang sedikit. Itu yang lebih bermakna. Itulah yang dinaluzriq kesali dulu…Harapnya ‘perkara tersebut’ tidak akan diulangi..

Dan nasihat saya kepada anda juga..Hargai orang di sekeliling kita..dan fikirkan segala yang positif mengenai diri orang lain, supaya orang lain akan berbuat begitu pada kita..Betul kata Scorpion, “What you give, you get back”....

Seperti yang dinyatakan oleh John C. Maxwell di dalam bukunya The 21 Indispensable Qualities of A Leader, “Put a ‘10’ on Every Person’s Head”. Kita meletakkan segala apa yang baik pada orang. Paling kurang 10 perkara. Ia bukan sahaja boleh membantu diri mereka supaya lebih berfikir tentang diri mereka sendiri malah pada masa yang sama turut membantu diri kita untuk memahami dan menghargai diri orang lain.


**********
‘kebencian’ dan ‘peperangan’ antara budak putera dan puteri (panggilan untuk pelajar lelaki dan perempuan di Maktab Mahmud) menjadi satu lumrah alam. Menyampah dan meluat sesama pelajar sekolah, terutamanya antara lelaki dan perempuan. Tapi ada juga yang dari benci menjadi sayang dan sebaliknya. Apapun moga berkekalan hendaknya ye...ini do’a dari seorang sahabat ni..

Ada juga sesetengah budak puteri menjadi ‘bahan untuk di‘test’ atau ‘ujikaji’ dalam ‘beberapa perkara’ dikalangan budak putera. Ooo..hampa dulu dalam bab mengayat budak puteri cukup terer no!! :) ....(just kidding..)..

Namun ada juga yang terlalu ‘siqoh’.. dan masih menjaga kesiqohannya sehingga kini, malah ada juga yang langsung hilang tahap ‘kesiqohannya’, Apa-apa pun be yourself..asalkan perkara yang dibuat tidak melanggar syariatNya..Biasala..zaman remaja..

***********
Peperiksaan adalah satu kemestian. Dinaluzriq seringkali rasa kecewa kerana selalu mendapat markah yang sipi-sipi untuk cemerlang. Selalu berangan dan bercita-cita untuk naik ke pentas sewaktu ‘idul ilmi (hari anugerah pelajar). Mungkin usaha yang belum cukup. Atau mungkin juga Allah menjanjikan sesuatu yang lebih baik yang tidak dijangka dan tidak diduga…

Alhamdulillah, nampaknya Allah telah makbulkan doa’ dan hajat dinaluzriq untuk mengambil hadiah dari Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mua’dzam Shah...Dan waktu tu, Allah bagi 3 anugerah sekaligus yang cukup mengembirakan mak ayah dan dinaluzriq sendiri…Syukur Alhamdulillah.. doa dinaluzriq agar perkara yang sama akan berulang kelak.. biiznillah..insyaAllah..wallahu’alam..
-----------------

Bergelar mahasiswi matrikulasi UIAM

Disinlah bermula segalanya. Senyuman menyambut penuh kemesraan. Dengan senyuman juga ditempuhi segala rintangan dan dugaan..

Rasa berbangga walaupun agak sedikit terkilan kerana peluang untuk melanjutkan pelajaran ke timur tengah tiada. Kalau tidak silap, zaman abg. Dinaluzriq adalah tahun terakhir untuk JPA menaja pelajar-pelajar ke timur tengah, tahun 1997. Rezeki abg dinaluzriq ada lagi waktu tu.

Namun , segalanya mesti diteruskan. Pasti ada sejuta hikmah yang tersembunyi ditakdirkan dinaluzriq meneruskan pengajian di Taman Ilmu dan Budi ini...


Main Campus

Senyuman yang terukir tidak pernah putus..semoga hidup sentiasa dipenuhi senyuman..J

Pada dinaluzriq, biarlah senyum, masam, kelat, tawar atau masin sekalipun, niat untuk membantu Islam itu mesti dihidup suburkan sentiasa didalam jiwa setiap insan yang mengaku beragama Islam.Yang berpegang dan meyakini dengan Lailahaillaallah Muhammadurrasulullah.

Walau dimana sahaja kita berada, ingat,. “Unsuril Islam haithuma kunta” (Bantulah Islam dimana sahaja kamu berada).’Dimana bumi dipijak, disitu Islam dijunjung!’.. Pilihlah jalan mana yang hendak dilalui..

Waktu baru menjejakkan kaki di bumi Taman Ilmu dan Budi, kami telah diberikan satu pengalaman baru yang pertama kali dan sukar dilupakan. Kami dikehendaki menyertai demonstrasi aman di hadapan masjid dan library, yang turut mendapat kerjasama daripada pihak pentadbiran. Kalau tidak silap, “Peace for Iraq Campaign”.. Rasa marah dan menyampah meluap-luap sebenarnya. Sebab tidak faham dengan apa yang sedang berlaku dan apa yang dibuat pada waktu itu (perasaan ini yang biasanya akan berlaku kepada pelajar baru yang ‘ baru hendak hidup’ di bumi ini.), Tambahan pula bila ada speaker yang lead untuk berucap di depan library yang “ntah apa-apa ntah” dirasakan. Pelbagai kutukan dilemparkan kepadanya masa tu..

Hari demi hari, bulan demi bulan dilalui dengan penuh debaran. Apa yang akan berlaku esok apa yang akan berlaku lusa..Pelbagai kehidupan dan pengalaman baru yang ditimba. Betul kata seorang akh, Abid Abdullah, “Zaman mahasiswa merupakan medan tarbiyah dan latihan untuk masa hadapan”. Pelbagai imtihan yang ditempuhi..imtihan dalam pelajaran dan juga imtihan dalam kehidupan..Ya, hidup ini penuh dengan imtihan..

Pengalaman baru yang ditimba adalah ketika pertama kali menjadi sub-committee, iaitu di dalam SRC IIUM @ MPPUIAM tahun 2003/2004. Pengalaman yang menjadi satu kenangan yang cukup bermakna.. La..rupa-rupanya orang yang dikutuk haritu menjadi presiden kami..MPPUIAM dibawah kemudi sdr. Muhtar suhaili, dibantu oleh Abu Syariah (budak Jordan), sdr Zaki Ahmad dan k. Roshayati. Terima kasih buat abang-abang dan kakak-kakak waktu itu.. Ya.. "when the stories end, the memories begin”.. (psstt..buat kenduri nanti jangan lupa jemput pulak..!:) )

Belajar untuk menghadapi karenah birokrasi yang memerlukan kita untuk sentiasa bertoleransi. Sehingga kadang-kadang terasa merana diri sendiri. Banyak yang dipelajari daripada bab kerja dan tugasan sendiri, bab mengurus organisasi dan juga dari individu-individu di dalam MPP itu sendiri..

“Varsity education is more than just getting a degree”..


Kehidupan yang belum berakhir..

Walau apa pun yang berlaku, hidup di Taman Ilmu dan Budi ini perlu diteruskan. Belajar untuk membina jati diri sendiri, belajar untuk menghadapi cabaran globalisasi dunia hari ini dan zaman mahasiswa yang masih belum menjadi satu kenangan lama yang penuh bererti..

Namun apa yang akan berlaku dikemudian hari??..Hanya Allah yang mengetahui..Bila? Dimana? Siapa? Dan Bagaimana..?..Wallahu’alam..semoga hidup kita sentiasa dipimpin Ilahi..

“Perjalanan hidup ini baru bermula. Ia masih jauh dan terlalu lama untuk sampai ke penghujungnya. Terlalu banyak pengertian dan kesabaran yang dituntut. Tetapkan iman dan tabahkan hati agar perjalanan ini berakhir dengan sebuah senyuman”.

Wallahua’alam.

No comments: