Sunday, July 3, 2005

setuju dengan PUTERA kalau..

Putera : Menghayati Sejarah Perjuangan UMNO atau Sejarah Perjungan ISLAM?


Berita Harian, 21 jun 2004:

“PELANCARAN Putera Umno kelmarin, iaitu sayap Pergerakan Pemuda parti itu membuka era baru dalam politik tanah air dengan tumpuan diberikan kepada remaja dan belia lelaki berusia 18 hingga 25 tahun. Mereka ini diharap akan mampu mendekati generasi lebih muda iaitu yang berusia di bawah lingkungan 15 tahun. Selain berusaha mengajak generasi muda ini menghayati sejarah perjuangan Umno, sayap itu juga akan merangka kegiatan menepati cita rasa golongan berkenaan sambil membina budaya serta nilai murni yang unggul. Dengan lebih separuh daripada 26 juta rakyat Malaysia berusia muda dan bakal menerajui negara pada masa depan, kita tentunya mahu melahirkan generasi bertanggungjawab, bebas daripada gejala sosial yang meracuni sesetengah kumpulan belia hari ini.”


Apabila menyebut tentang penubuhan Putera yang menjadi sayap pergerakan pemuda UMNO ni, banyak sangat persoalan yang berlegar-legar di minda. Nak halang dan membantah, memang tiada guna. Buang air liur sahaja. Perkara memang sudah dirancang, malah telah pun dilancarkan dan dilaksanakan. Macam mana pun, Putera akan tetap terus terbang tinggi umpama sang Rajawali bebas bergerak di angkasa raya.

Dinaluzriq memuji ‘usaha murni’ pemuda umno untuk membenteras kegiatan sosial dikalangan remaja. Sasarannya adalah golongan pelapis muda. Anak-anak belia remaja. Demi memastikan golongan muda ini tidak terjebak dengan gejala sosial yang tidak bermoral.

Tetapi kalau SEMUA KEGIATAN akan menepati CITA RASA golongan berkenaan, budaya serta nilai murni yang unggul pasti akan terbina kah?.. Bukannya apa..

Apa yang kita dapat lihat, aktiviti dan program yang dijalankan biasanya pasti akan melibatkan para artis. MESTI. Kerana itu yang menjadi citarasa muda-mudi masa kini. Bukan nak kata dinaluzriq ni anti-artis (sure sapa-sapa yang baca ni akan kata cam tu). Tengok sajalah masa pelancaran putera hari tu, siapa artis yang dijemput untuk menghiburkan generasi pelapis tu?..Hhmm..ntahlah..susah nak cakap macam mana..kalau itu yang disajikan, kalau itu yang dipupuk, alamatnya, generasi pelapis tu nanti ….

Apapun, Dinaluzriq memang memuji niat dan usaha murni itu, tetapi dinaluzriq ingin mencadangkan sesuatu kepada Putera. Kepada sesiapa yang terlibat samada secara langsung ataupun tidak.

Banyak aktiviti yang diaturkan untuk mereka ini. Aktiviti dan program yang akan dilaksanakan tu memang bagus dan mantap. Ada silat, ada sukan X-Games, dan macam-macam lagi. Semuanya mampu menguji ketahanan fizikal dan mental. Hhmm, saya pun suka aktiviti-aktiviti yang semacam tue..

Namun , apa yang perlu dipastikan, setiap module atau aktiviti yang dijalankan itu akan sentiasa dikaitkan dengan sejarah perjuangan Islam. Terutamanya yang melibatkan pemuda-pemuda Islam dahulu. Contohnya, bagaimana pada tahun 1453 M, Muhammad al-Fatih telah berjaya menakluki kota Konstantinople, yang ketika itu hanya berusia 21 tahun. Persoalan dan perbandingan perlu dibangkitkan untuk difikir-fikirkan. Kesedaran perlu diwujudkan. Supaya mereka dapat mencari dan memilih ‘model’ yang sebenarnya .

Kemudian, menggerak gempurkan generasi pelapis ini supaya ‘memeriahkan’ masjid- masjid. Bukan hanya pada waktu dan sambutan tertentu sahaja. Maksudnya, setiap kali azan atau tiba waktu solat, galakkan mereka supaya segera ke masjid atau surau-surau disekitarnya. Solat dulu, lepas tu sambung balik. Nak lepak ka..nak borak ka..,nak buat aktiviti apa pun bila tima azan, ajak semua geng-geng pergi sembahyang dulu. Lepas tu sambungla balik. Tak lama pun..kejap jer..

Apa yang nak diterapkan disini supaya hati mereka ini sentiasa terikat dengan rumah Allah. Supaya mereka menjadi sebahagian dari golongan yang akan dinaungi oleh Allah pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah.

Di dalam Hadis Rasulullah SAW, baginda menyebut mengenai golongan-golongan tersebut iaitu; pemerintah yang adil; pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadat kepada tuhannya; orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid; dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah; orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu dia menolak dengan berkata: “ Aku takut kepada Allah!”; orang yang bersedekah secara bersembunyi hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya serta orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah…

Ingat, hanya penghayatan dan ikutan terhadap agama sahaja yang akan menyelesaikan segala-galanya. Mungkin kesannya tidak akan dapat dilihat secara drastik, tetapi sedikit demi sedikit.

Saya yakin, sekiranya ini dapat diterapkan, kita akan melahirkan generasi yang sentiasa memahami peri pentingnya menjaga Agama, Bangsa dan Negara. Bukan atas sebab nyanyian dan lagu dapat kita pamerkan semangat perjuangan kita. Tetapi atas dasar kesedaran yang timbul daripada keinsafan dalaman diri sendiri.

Rasanya kalau perkara ini dapat dilaksanakan, kita bukan sahaja akan melahirkan generasi yang berdisiplin, malah generasi yang mempunyai jati diri, nilai murni dan semangat juang yang tinggi. Kerana segalanya berjalan atas didikan cara Islam. Disiplin terhadap diri sendiri dan orang lain terjaga kerana diri sentiasa menjaga disiplin terhadap agama. Wallahua’alam.

Tapi masalahnya, bila sebut pasal Islam sikit mesti nak dikaitkan dengan parti pembangkang. “Ini bukan Parti Islam la..”.. “Ini bukan khemah ibadah la..”. Mungkin ini statement yang akan dikata. Ya, betul. Tetapi sekiranya diterapkan dan diselitkan supaya mereka memahami dan menghayati ‘sejarah perjuangan islam yang sebenar’ ini, bukan sahaja agama akan terbela, malah bangsa mana sekalipun akan terjaga. Kerana Islam diturunkan bukan untuk bangsa melayu sahaja. Tetapi Islam itu untuk semua,; Cina, India, Portugese, Baba Nyonya, Orang Asli, Jawa dan sebagainya…


Dlm hati : Tetapi kalau lah diaorang ni betul-betul menghayati “sejarah perjuangan Islam” ni, apakah “sejarah perjuangan” yang dipupuk ‘itu’ akan terus didokong sepanjang hayat mereka?..


- kalau module yang berbentuk Islamik ini dapat diterapkan, pastinya Putera ini memang sayap yang mendokong perjuangan Islam Hadhari kini…

- EEmm, sebut pasal Islam Hadhari ni, Dinaluzriq ada terima sms. Masa baca ni memang geli hati dan senyum sendiri. Mungkin saya boleh kongsi (ataupun mungkin anda pun ada terima jugak)..
( mintak mahap ye pak..nak cuit sikit jer..ala..gurau-gurau..tak kan tak boleh kot..;p )

“Islam Hadhari..
Kuliah maghrib tidak dipeduli,
Dikir barat sampai ke pagi
Sure heboh tiap-tiap negeri
Mufti menegur terus dimaki
Kes bunuh hari-hari
Rompak dan ragut makin menjadi
Aurat dah tak dipeduli
Termasuklah bini para menteri
Hukum hudud selalu dicaci
Perlembagaan penjajah dijunjung tinggi
Pejuang Islam ditangkap digari
Bapak rasuah pula dipuji
Inilah dia Islam Hadhari
Islam tajaan Pak Lah Badawi
Al-Ghazali Syafie yang dicari
Tapi Siti Nurhaliza yang ditemui..”


entah siapa la yang buat ni...

No comments: