Tuesday, May 3, 2005

Korban Cinta

Persoalan cinta dan kasih sayang adalah sesuatu yang sangat luas dan abstrak untuk diperkatakan. Setiap orang mempunyai persepsi dan pandangan yang tersendiri mengenai perkara ini.

Sebagai muqaddimah, saya cuma ingin memberikan satu situasi. Cuba bayangkan macam ni. Katakanlah si pemuda A memang bercinta bagai nak rak dengan si gadis B. Memang berkongsi sakanlah macam-macam. Dalam segala segi, dalam segala perkara. Tiba-tiba saja berkahwin dengan orang lain. Tak ke kesian dekat pasangan masing-masing. Berkongsi dah macam2 dengan orang lain. Lepas tu yang jadinya dengan orang lain. Satu, buang masa yang sebelum ni, satu lagi kena cerita lain la pulak dari A sampai ke Z..

Satu hakikat yang pasti, memang kita tidak boleh meramal dan menentukan jodoh. Sebab itulah bila ‘berkawan’ tu, biarlah berpada-pada. Mengikut landasan yang sepatutnya. ‘Landasan’ yang sebagaimana tu, tanyalah pada orang yang selayaknya, ustaz ka..atau orang yang lebih tua..(kang bila cakap lebih2 takut disalah tafsirkan pulak)..

Sebagai Muslim, kita ada Allah. Buatlah Solat Sunat Istikharah dalam membuat pilihan. Yakinlah dengan istikharah yang dibuat. Bila dah yakin dengan jodoh pilihan kita tu, berdoalah agar Allah permudahkan niat dalam perhubungan tersebut. Sekiranya kita hendakkan sesuatu, mintalah pada pemiliknya. Jadi, mintalah pada Allah. Cuma jagalah diri supaya tidak terjerumus kedalam perkara-perkara yang dimurkaiNya.

Kadang-kadang, kita dapat saksikan keadaan orang yang bercinta lebih mengalahkan orang yang sudah berkahwin. Rasanya tak perlu lah kot nak bergayut sampai 2, 3 pagi..soalan tu pulak tanya dah mandi ke belum..dah gosok gigi ke belum..bla..bla..bla..rasanya tak perlulah kot sampai macam tu sekali..Cuba kita fikirkan, apa beza, antara orang yang ‘berdating’ berdua-duaan di tempat sunyi, dengan bercakap telefon atau ber ‘sms’ berjauhan dalam keadaan masing-masing asyik melayan perasaan sendiri..? Bukankah situasi itu lebih kurang sama saja?.. Apakah hanya untuk memuaskan hati ‘si jantung hati’, manusia sanggup menggadaikan Cinta agung yang sepatutnya diutamakan?..

Dalam konteks seorang lelaki, memang perlu untuk dia memilih calon isterinya. Perempuan memang ramai. Namun, untuk mencari ‘permata’ yang bernilai diantara ‘kaca’ yang berharga bukanlah satu perkara yang mudah. Sekiranya sudah ada insan yang di ‘aim’ lama, ikutlah jalan yang sepatutnya, dan jagalah ia sebaik mungkin. Takut-takut nanti kalau terlambat, melepas pula ketangan orang lain..

Ingat dan yakin satu saja, “Perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Dan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik” –(An-Nur: 26)

Sebenarnya mujahadah diri (melawan hawa nafsu) yang perlu kuat. Apa-apa pun banyaknya bergantung pada perempuan. Namun tidak pula bermakna lelaki tidak memainkan peranan. Oleh sebab itu mujahadah diri bagi kedua-dua belah pihak amatlah penting. Tujuannya satu saja, untuk mendapat redha Ilahi.

‘Tinta buat bakal suamiku’ (lihat penuh dalam blog ana muslimah) ini rasanya wajar untuk difikirkan oleh insan-insan yang bergelar perempuan dan difahami oleh insan-insan yang bergelar lelaki. Sama-samalah kita fikirkan..

Saya agak kurang bersetuju dengan cinta halal in-team @ unic (sori ya dengan statement ni). Fahamlah kot maksudnya..?..Mungkin ada yang akan mengatakan “Alah,.. bercakap memang mudah..”. Apapun, terpulanglah pada diri sendiri… “Tepuk dada, tanyalah iman..”

“Pengalaman menunjukkan betapa pasangan suami isteri yang menjaga pergaulan mereka sebelum berkahwin, selalunya lebih bahagia, lebih kekal dan mendapat keberkatan dalam rumah tangga berbanding mereka yang mengabaikannya. Usia perkahwinan sampai ke anak cucu. Kalau ada pun yang bercerai, sangat sedikit bilangannya. Tetapi bagi yang tidak menjaga pergaulannya sebelum berkahwin, bukan setakat tak sampai ke anak cucu..kadangkala sebelum menjejaki gerbang perkahwinan pun sudah putus cinta, frust dan kecewa.” (Majalah I keluaran April)

Bak kata seorang teman, “Kalau seorang lelaki itu ikhlas mencintai seorang wanita, tentunya dia akan menghormati prinsip wanita tersebut”. Apapun, untuk menjamin kebahagian rumahtangga dan masa hadapan tentunya keberkatan dari Allah yang menjadi matlamat utama. Dalam mendapatkan cinta yang diredhai Allah, kita perlu memastikan bahawa step-step perhubungan cinta yang dilalui itu tidak melanggar laranganNya... Wallahu’allam..

“Tidak perlu mencari teman secantik Balqis jika diri tak seindah Sulaiman, mengapa mengharap teman setampan Yusoff jika kasih tak setulus Zulaikha, tak perlu diri menjadi seteguh Ibrahim jika diri tak sekuat Sarah dan Hajar, Jangan mengharap teman sebaik Fatimah jika diri tidak sehebat Ali, Mengapa mendamba teman seistimewa Khadijah jika diri tidak sesempurna Rasulullah…”- Renung-renungkanlah

By: Someone who is seeking Allah’s pleasure and blessing..

____________________________________________________________

MONOLOG PENCINTA ILAHI…

Di malam yang sepi ini
Diiringi bacaan al-Kahfi yang suci
Terasa kerdilnya diri
Berbanding diriMu oh! Ilahi Rabbi…

Tuhanku…
Ku rasakan diri ini jauh dariMu
Lantaran dosa hati yang lalai kepadaMu
Namun apalah daya diri
Untuk menolak fitrah insani..
Ingin dikasihi dan mengasihi

Ku ingin rijal yang sejati padaMu
Ku ingin dirinya teguh mencintaiMu
Ku ingin diriku dikasihi kerana cintaMu
Ku ingin mengasihinya jua kerana cintaMu
Ku ingin cintaMu menemukan ikatan mawaddah yang terbina

Ya Tuhanku..
Ku akui diri ini hamba yang lemah
Untuk mengingati dan mengasihiMu setiap saat dan ketika
Lantaran duniawi yang menduga
Ukhrawi terkesamping jua

Kini kusedari
Berkata tak semudah melakukannya
Ramai yang kecundang kerana cinta
Lantaran tercari-cari cinta
Yang kononnya mendekatkan jiwa pada Rabbnya
Tetapi tersungkur jua akhirnya…

Ku jua sedari
Cinta agungMu ini penuh duri
Yang sentiasa memugar nafsu duniawi
Kerana syurga itu sentiasa dipagari
Dek perkara yang kita benci
Dan neraka pula dipagari
Dek perkara yang melonjak gelora diri
Itulah sunnatullah yang hakiki
Itulah jua ujian yang telah ditempuhi
Oleh pencintaMu yang thabat meraih cintaMu
Lalu..
Mampukah aku
Menjadi Rabiatul Adawiyah generasi kontemporari

Dari itu
Ku pohon kekuatan dariMu
Untuk ku terus mengasihi dan mencintaiMu
Bersama orang yang mencintaiMu
Moga kami tidak lalai terhadapMu
Malah sentiasa tega mengharap keampunan dan ma’rifatMu
Dalam menagih janji mahligai abadi
Di bumi baqa’ nanti

by: Quranic generation_82 / 2.05am / 270105
(Senior dinaluzriq)
p/s:- Sebarang komen, penambahan, pengurangan atau panduan amat dialu-alukan..utk kebaikan bersama..

5 comments:

Anonymous said...

Aik macam pernah dengar saje ayat ni.."Sebenarnya mujahadah diri (melawan hawa nafsu) yang perlu kuat. Apa-apa pun banyaknya bergantung pada perempuan"..:)..kak ikin, ummi si wafi ek..? -dewi

dinaluzriq said...

:)..a'ah..betulla tue.Pesanan ummi ikin..

wardatulmawaddah said...

A'kum mar...
Ahsanti... itulah yg sebaik2ny... dimanalah agakny letakny nilai seorg muslimah klu sifat malu tue bkn m'jad sbhgn dari mahkota diri.. org slalu kata,"..jgnlah jual mahal sgt...nnt org x nk beli..". dh t'lalu ramai wanita yg jual murah @ free of charge utk harga diriny..hingga t'gadai mahkota b'hrga... biarlah kita m'jad insan yg mahal hargany demi p'thnkn maruah seorg m'mat.. sgla2ny,mohon pdNy agar x t'silap langkah...andai ada jodoh di dunia..pasti akn tiba jua masany..x p'lu dicari...cuma p'lu m'perbaiki...p'baiki kelemhn diri,agar yg menanti adlh rijal yg sejati, yg m'hrpkn cinta dan redha Ilahi...all the best. wassalam

Anonymous said...

Dina,

Cinta dan kasih sayang itu fitrah kejadian insan.. Tidak ada kesilapan dalam mencintai dan menyayangi. Cumanya, bagaimana ia diterjemahkan dalam bentuk perbuatan - itu perlu diperhalusi. Ada lunas syarak yang sedia dijejaki..

Ada orang kata 'bercinta sebelum berkahwin' adalah tidak wajar. Ada orang kata 'macamana nak kenal hati budi kalau x berhubung'.

Yang penting - urusan meraih rehda Ilahi itu yang paling utama. Tatkala berbuat dosa/maksiat, kita tidak akan pernah TENANG dan begitulah sebaliknya..Hati kita tidak pernah menipu diri kita sendiri..

salsabila :)

dinaluzriq said...

betul la apa yg dinyatakan tue..

Sebenarnya CINTA itu sendiri tidak salah, tp sikap 'org yg bercinta' tu yg akan mnjadikan 'cinta' itu salah ataupun sebaliknya..