Assalamualaikum wbt.. inilah 'special poem' yang dinaluzriq maksudkan..ditujukan KHAS buat semua Pecinta dan Pendokong Agama Allah..dan juga kepada sesiapa yang merasakan poem ini adalah sesuai untuk dirinya..
والمؤمنون والمؤمنات بعضهم أوليآء بعض يأمرون بالمعروف وينهون عن المنكر ويقيمون الصلاة ويؤتون الزكاة ويطيعون الله ورسوله أولئك سيرحمهم الله إن الله عزيز حكيم
أحسب الناس أن يتركوآ أن يقولوآ ءامنا وهم لا يفتنون
“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, seedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
ولقد فتنا الذين من فبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكذبين
“Dan demi sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta”.
“Dan demi sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta”.
ومن جهد فإنما يجهد لنفسه إن الله لغني عن العلمين
“Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri, sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk.”
والذين ءامنوا وعملوا الصالحات لنكفرن عنهم سيئاتهم ولنجزينهم أحسن الذي كانوا يعملون
“Dan orang-orang yang beriman serta beramal salih, sesungguhnya Kami akan hapuskan dari mereka kesalahan-kesalahan mereka, dan Kami akan membalas apa yang mereka telah kerjakan- dengan sebaik-baik balasan.”
HIDUP PEJUANG…
Hidup pejuang bukanlah ditaburi permata
Bukan jua dipuji dan dipuja
Malah bukan jua berasa senang dan selesa
Lantaran pilihan hidupnya sebagai mujahid muda
Meletakkan maqasid umurnya hanya pada Pencipta
Masa pejuang diisi dengan Zikrullah
Meskipun dalam penat lelah
Tetap terus beramal Ibadah
Dan sentiasa menjaga Ruhiyyah
Lalu dia menjadi pejuang yang kuat dan tabah
Dalam mengharungi segala mehnah
Dirinya terpancar ‘Izzah
Lantaran keindahan kalam yang dimadah
Yang mampu mengubat hati yang gundah
Malah yang lalai dari Allah
Kembali ke jalan yang terarah
Akhlaq pejuang sangat indah
Natijah mencontohi Rasulullah dan para sahabah
Tidah pernah merungut bila diarah
Malah sentiasa meletakkan tadhiyah
Sebagai aplikasi berhemat
Ithar jua sentiasa disemat
Meskipun mampu sekadar ‘salamatus sadr’
Sedarlah wahai pejuang sekalian
‘Tanggungjawab lebih banyak dari masa” yang diperuntukkan
Lantaran taklifan bukan tasyrifan
Ia amanah yang patut digenggam
Biar membara lestari memekar
Selamanya meletakkan jihad yang agung
Meletakkan Islam di pasak yang terunggul
Pasti kan terbina Daulah Islamiyyah yang syumul
Kerana Allah telah menjanjikan
Islam itu yang teragung
Dan tiada yang lebih tertinggi dan teragung
Melainkan Deenul Islam yang akan dijunjung
Moga iakan tetap terus terbela
Kerana itulah janji Pencipta Yang Esa…
Quranic generation_82 / 080205 / 7:02pm
CABARAN PEJUANG
Adik-adikku..
Dinihari kau memenung panjang
Memikirkan nasib dirimu sebagai pejuang
Sentiasa dicabar dan diserang
Setiap sudut menjadi sasaran
Lalu kau pertahankan
Sehingga akhirnya kau jua terkorban
Wahai permata hati putera-puteri kebanggaan
Begitulah sunnah pejuang
Sentiasa menempuh dugaan dan cabaran
Walaupun sesekali terasa penat dan letih
Kau tetap simpan rasa sedih
Kerna kau pejuang yang gigih
Mempertahankan Islam yang terpilih
Adik-adikku..
Ku fahami perasaanmu
Kerana ku jua melalui jalan itu
Jalan para sahabat dan tabi’in pada masa dulu
Itulah jalan kebenaran menentang kebatilan
Lalu kau tetap bertahan
Lantaran yakin akan ganjaran
Yang Allah telah janjikan
Wahai adikku
Bersamalah kita bangkit semula
Seiringan melangkah ke jalan yang satu
Menuju matlamat itu
Yang seringkali dipermainkan oleh segolongan manusia
Yang tidak mahu Islam bangkit semula
Lalu sebenarnya kitalah yang bertuah
Kerana istiqamah pada jalan yang nampak payah
Tetapi dengan berkat rahmat dan maghfirah Allah
Kita tidak goyah
Pada cabaran yang tak sehebat Rasulullah
Andai kau syahid di jalan ini
Bertambahlah syuhada’ pilihan Ilahi
Kerana kau pernah berikrar
Syahidlah cita-cita terbesar
Yang sentiasa memekar
Di dalam hatimu pejuang bejiwa akbar
by : Quranic generation_82 / 080205 / 7:20pm
“Hamba bertaqwa hebat ujiannya, adakalanya kita bersedih, susah hati, tersisih, adakalanya menyebabkan air mata mengalir, Bukan duniaMu yang dicari tapi redhaMu Ya Allah… Berikan kami petunjuk dan rezeki mujahadahMu”.
“Kalau kita undur, umatkan mundur, kalau kita bisu, umatkan lesu, dan kalau kita Istiqamah, umat akan menjadi khaira Ummah..”
–“Istiqamah mendepani Cabaran”-
“Sesungguhnya kebatilan itu ada, tetapi ianya tidak kekal selamanya, dan Sesungguhnya kebenaran itu hilang, tetapi Ia akan menunggu masa untuk kembali MENANG!!”..
“Sesungguhnya kebatilan itu ada, tetapi ianya tidak kekal selamanya, dan Sesungguhnya kebenaran itu hilang, tetapi Ia akan menunggu masa untuk kembali MENANG!!”..
No comments:
Post a Comment