Tuesday, March 29, 2005

jangan tinggal sembahyang..


Gadis A : Eh ko ni tak semayang ker?
Gadis B : Alah…malas aahh..
Gadis A : Eh ko ni kan…berdosa tau..
-Akhirnya gadis B tetap tidak menunaikan tanggungjawabnya..-


Di atas merupakan sedikit dialog antara 2 org gadis yang didengar sewaktu dinaluzriq singgah solat di sebuah surau. (yg sedihnya, sepatutnya dinaluzriq sendiri yang pergi ‘bersembang’ dgn dia..= ( .. (iisshh teruk betul dinaluzriq ni..! dimana tanggungjawab??)


Jangan tinggal sembahyang..jgn tinggal sembahyang..Kenapa ya..??

Allah suruh kita sembahyang..Allah tau apa yang baik utk kita..Allah yang jadikan kita..so sebagai seorang hamba, kena ikut dan patuhlah dengan setiap apa yang disuruh..Cuba bayangkan kita adalah tuan kepada seorang hamba. Kalau kita bagi arahan pada dia, tetapi dia tak nak ikut..kita marah tak?? Mestila marah kan..nak senang lenang, tapi jadi hamba aku!!..? Mcm tu jugakla dgn kita..jgn cari pasal dgn Allah..jgn bagi Allah murka dengan kita…tapi carilah sayang Allah pada kita..Besar dan banyak Rahmat Allah yang kita tak nampak…

Rahmat Allah??ada ka??..Ada..banyak..Cuba tengok sekarang, waktu-waktu negara tengah sibuk dan risau dengan keadaan jerebu dan panas yg melampau..Allah turunkan hujan untuk kita..Allah nak stabilkan balik cuaca.. dulu Allah turunkan tsunami, supaya tsunami menjadi satu peringatan buat diri kita…Allah sayangkan kitala tu..Dia yang jadikan kita… Dia tahu apa yang baik dan apa yang buruk untuk hamba-hambanya..

Allah ?? Ada ka??..Mana??.. Tak nampak pun..?? Memang tak nampak, tapi Allah ada..dan mmg ada. Dimana-mana ka??..Yala, dimana-mana. Tapi di mana-mana tu, dimana?. Di mana-mana tu, dimana-manalah...

Kita umpamakan macam ni. Eemm.. Kita suka makan nasik tak?? Suka?? Ok, macam ni,…Cuba bayangkan kita umpama butiran nasi dalam pinggan tue dan ada orang yang memerhati kita dari atas..Ha..pusing pilah pinggan tu kat mana-mana pun, tetapi tuan yg nak makan nasik tue tetap akan nampak apa yang ada dan berlaku diatas nasi tue..itulah dimana-mana…Org yang besar dan luas pemandangannya keatas sesuatu, akan nampak apa yang berlaku dibawah pemerhatiannya..tapi nasi yang sekecil itu..memang tak akan nampak dan tau apa yang berlaku disekelilingnya..Apa yang berlaku di penjuru sana, dan apa yang terjadi di sudut sana..
Fikir-fikirkanlah bersama..

Sembahyanglah..dan jangan sesekali tinggal sembahyang..itu je pesanan untuk diri dan buat semua..Pernah dialog yang didengar.. “Alah..lecehlah nak sembahyang sembahyang nie..malaslahh…nak ambik air sembahyang lagi.. nak pakai telekong lagi..nak ni lagi..nak itu lagi..”. Eemm.., please..please..and please.. Don’t say like that..ok..

Kalau waktu sembahyang itu 5 waktu, bagi cukup 5 waktu..tryla buat juga..dan cuba buang rasa malas tu..siapa yang rugi nanti?? kita juga..Sebab apa ya Allah suruh kita sembahyang??..Sebabnya, Allah nak jaga kita sebenarnya..nak jaga kita dari segala benda yang tak baik..sebab itu Allah sebut dalam Al-Quran:
“Sesungguhnya Solat itu dapat mencegah dari perbuataan Keji dan Mungkar”..
Mmg kita tak nampak depan mata..tapi kita dapat rasa..Ok, mcm nilah..best tak buat maksiat??..(tak kisahlah apa saja yang tak elok dan yang dilarang)..Ada yg kata best..ada yag kata syok..tapi mcm mana yang dikatakan best tu?..Tryla dulu barula boleh tau best ka tak(jawapan yang biasanya diberikan terhadap persoalan).. contohnya kalau kita tanya pada orang yang berpegangan tangan (lelaki&perempuan yang bukan mahram) atau org yg minum arak atau yang menagih dadah atau yg seumpama dengannya..Best ker buat benda ni??..Bestla.. try dulu..baru dapat rasa..

Mcm tu juga dengan sembahyang..Best ka? Syok ka??..Ha..tryla buat dulu..pasti akan rasa Best..pasti akan rasa Syok…Tapi mcm mana Best tu?? Tulah..try buat dulu..kalau nak yang lagi Best..buat time org lain semua tengah tidur..time 4/ 5 pagi ka..Trylah dulu..baru dapat rasa...Tapi kenapa kadang2 tu..dah buat dah, tapi tak der rase pape pun..kalau yg mcm tu, check balik pada diri kita..mesti ada something yg tersilap di mana2..Salah kita juga sebenarnya… “Bersama mencari Redha Ilahi..”

“Cantik peribadi, eloklah keluarga, elok keluarga, Cantiklah Ummat..!!”
Have a nice day!!..=)

Image hosted by Photobucket.com

4 comments:

Jeego said...

Hai, Di antara banyak blog yang saya lawati hari ini, blog anda antara yang hebat. Saya akan bookmark blog anda!

Saya ada tips kaya dengan mudah. Peluang dan tips kaya dengan mudah di sini.

Lawatilah bila ada masa lapang :-)

Karl Hiunzm said...

Hai, saya suka membaca blog untuk menambah ilmu dan maklumat. Setiap hari sekurang-kurangnya saya lawat 20 blog. Blog anda adalah antara yang paling menarik untuk hari ni. Keep up the good work!

Terlanjur saya di sini, tahukah anda tips kaya dengan cepat. Sistem Menjana Wang Secara Automatik. RM200,000 dalam masa 35 hari dengan modal hanya RM10! Ini baru REAL!. Peluang dan tips kaya dengan cepat di sini.

Jeego said...

Hai, Di antara banyak blog yang saya lawati hari ini, blog anda antara yang hebat. Saya akan bookmark blog anda!

Saya ada tips kaya dengan cepat. Peluang dan tips kaya dengan cepat di sini.

Lawatilah bila ada masa lapang :-)

Rockerz said...

Hai, Anda mempunyai blog yang hebat! Saya akan bookmark blog anda!

Saya ada tipscara malas jadi kaya. Banyak tips cara malas jadi kaya di sini.