Kejayaan Nur Amalina Che Bakri dari Sek. Men .Keb Ulu Tiram Johor di dalam peperiksaan SPM 2004 membanggakan semua pihak. Gadis berusia 17 tahun itu, bukan saja berjaya menyahut cabaran buat dirinya , malah mencipta sejarah apabila secara rasmi diumumkan sebagai pelajar terbaik SPM 2004 dengan mendapat 17A1.
Kejayaannya bukan sahaja telah membuktikan bahawa pelajar Melayu mampu bersaing dengan pelajar bangsa lain, malah jauh lebih hebat. Perkara yang lebih membanggakan adalah kerana beliau merupakan seorang pelajar perempuan yang beragama ISLAM. Kejayaan sebegini sepatutnya menjadi contoh dan ikutan kepada pelajar-pelajar lain.
Namun begitu, saya agak kurang bersetuju dengan kenyataan seorang rakan beliau di dalam akhbar:
“Kami seperti remaja lain yang menonton wayang dan menghadiri konsert, termasuk yang terbaru, Konsert Akademi Fantasia (AF) di Dang Bay”
“Tiada rahsia antara kami. Kami memang bercerita semuanya. Penyanyi kegemarannya ialah Kaer AF dan dia sudah berpeluang bertemu dengannya. Amalina juga sudah ada teman lelaki”..
Pada pandangan saya, disini seolah2 telah menggambarkan bahawa untuk berjaya, tidak mengapa untuk berhibur dalam keadaan sedemikian. Boleh saja untuk mempunyai teman lelaki di waktu persekolahan dan sebagainya. Kita bimbang, perkara dan contoh sebegini akan dijadikan hujah dan ikutan bagi pelajar lain dalam mencapai kejayaan. Ia adalah perkara peribadi yang tidak perlu diketengahkan. Sekalipun sikap dan aktivitinya sebegitu, pada pandangan saya, tidak perlu dinyatakan didalam akhbar. Perkara tersebut bukanlah faktor yang membantu kejayaan beliau. Pada saya, adalah lebih elok untuk di ‘highlight’kan ttg bagaimana kejayaannya meraih kecemerlangan. Bagaimana beliau mampu menguruskan masa antara pelajaran dan aktiviti kokurikulum, dan sebagainya. Ini yang sepatutnya dicanang-canangkan, supaya pelajar-pelajar lain dapat mengambil contoh yang baik daripada kejayaan dan kecemerlangan beliau.
Saya teringat akan nasihat/ motivasi yg diberikan olh Dr. Fadzilah Kamsah berkenaan keberkatan di dalam menuntut ilmu..Sekalipun kita bersungguh-sungguh berusaha, sekalipun kita mendapat kejayaan yang luar biasa, namun, jika keberkatan didalam menuntut ilmu itu tidak ada di sisi Allah, ia adalah sia2. Tidak ada makna, dan tidak ada guna. Saya mengakui, sememangnya kita tidak berkuasa untuk menilai keberkatan dan keredhaan Allah terhadap seseorang. Saya juga tidak mengatakan bahawa kejayaannya tidak mendapat berkat Allah. Siapa saya untuk menilai manusia…? Jadi, kenapa saya berkata begini??..Fakir-fikirkanlah…
Bila saya berkata begini pasti ramai diluar sana akan mengatakan, “Alah.. tak sportinglah”.. “Apa salahnya untuk berhibur begitu,.. zaman remaja, naluri seorang remaja,biarlah”.. “Apa salahnya itu”.. “Apa salahnya ini”.. “kenapa suka mengaitkan begitu dan suka mengaitkan begini”… Namun pada saya, “Tepuk dada, Tanyalah IMAN”..

Kejayaan yang patut menjadi ikutan:
- beliau mengikut program pertukaran pelajar Malaysia-Itali- berkeinginan mencipta rekod baru dalam SPM dengan memperoleh 17A1 menerusi 17 subjek Sains dan Sastera, mendorongnya mencabar diri sendiri untuk membuktikan kemampuan dalam akademik.

-“Saya bercita-cita tinggi. Saya pernah menonton televisyen pelajar dapat 15A dan 16A (dalam SPM). Jadi, saya ingin cabar diri sendiri untuk dapat 17A. Saya mahu catat rekod baru. Saya memang suka kepada cabaran dan berusaha sedaya upaya untuk mencapainya,” katanya.
- Dinding rumahnya dipenuhi bingkai yang mengisi pelbagai sijil kemenangan, penyertaan pertandingan dan keratan akhbar mengenai kejayaannya. Selain berjaya dalam akademik, Nur Amalina aktif dalam pertandingan pidato dan pernah menjuarai Pertandingan Pidato Kelab Pelaburan Bijak Permodalan Nasional Berhad, April tahun lalu.Nur Amalina turut dipilih sebagai Tokoh Nilam 2004 kerana minatnya membaca buku.
- Beliau turut mendapat 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan 8A menerusi Penilaian Menengah Rendah (PMR).
- Beliau yang gemar membaca, pernah belajar di Kolej Tunku Kursiah, Seremban dan Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, tetapi kemudiannya mengambil keputusan ke sekolah biasa supaya dapat tinggal bersama keluarga
-“Ramai rakan yang tidak percaya dan kata saya gila kerana hendak ambil 17 subjek tetapi saya tetapkan impian saya.
- Mahatma Ghandi pernah berkata ‘kepuasan terletak pada usaha, bukan pencapaian’.
-“Kalau gagal, tidak perlu takut dan kegagalan banyak mengajar mengenai kehidupan ini,” katanya.
- Menceritakan petuanya untuk memastikan minda cerdas, Nur Amalina berkata, dia tidak mengambil minuman bergas, makanan segera dan hidangan daripada organ dalaman haiwan.
-“Sebelum mula menjawab soalan peperiksaan, saya akan berselawat dan membaca Bismillah. Saya juga buat solat hajat dan apabila tahu berjaya dapat 17A1, saya tunaikan sujud syukur. Syukur kepada Allah,” katanya.
- Nur Amalina yang baru menyambut ulang tahun ke-17 Disember lalu bercita-cita untuk menjadi doktor pakar sakit puan dan menyimpan hasrat melanjutkan pelajaran ke Universiti Oxford, England.Katanya, beliau juga pernah menyimpan impian untuk menjadi Perdana Menteri wanita yang pertama di negara ini.
- Nur Amalina berkata, beliau membuat jadual untuk diri sendiri dan memastikannya dipatuhi dengan penuh disiplin serta menyiapkan semua kerja rumah sebelum mengulang kaji pelajaran.“Setiap pagi sebaik bangun tidur, saya tetapkan apa yang ingin dibuat hari itu. Contohnya, jika ingin belajar bab tiga Biologi dan tidak akan tidur selagi bab itu tidak selesai diulangkaji,” katanya.
- Selain menjadi pengawas sekolah, beliau juga mempunyai masa bersama rakan-rakan seperti remaja lain dengan menonton wayang*, berbasikal, melayari internet serta mempunyai ramai rakan dari luar negara yang dikenali menerusi laman sembang.“Saya suka bertukar pendapat dengan rakan di laman sembang terutama mengenai politik dan peperangan,” katanya.
- Mengenai rutin hariannya selepas selesai SPM, Nur Amalina yang baru pulang dari Itali untuk program pertukaran pelajar selama dua bulan, berkata dia banyak menghabiskan masa membaca buku dan novel.“Saya rasa kosong apabila peperiksaan tamat dan nasib baik bapa saudara saya yang juga seorang doktor memberi beberapa buku perubatan untuk dibaca sebelum masuk universiti,” katanya.
- "Dia tidak akan keluar rumah sebelum kerja rumahnya siap dan jika terpaksa keluar juga, dia menangis dalam kereta kerana sedih kerja sekolah terganggu," kata ibunya, guru matematik tambahan, Sabariah Hassan 45- Dari 1999 hingga 2004, beliau sudah membaca 547 judul buku pelbagai bidang dalam bahasa Melayu dan Inggeris.
- Amalina jarang berehat dan sering tidur lewat hingga jam 2 pagi kerana perlu menyiapkan banyak kerja rumah. Nur Amalina belajar sendiri lapan mata pelajaran tambahan termasuk Bahasa Inggeris 1119 selain 10 mata pelajaran yang ditetapkan dalam kelasnya dan akan mendapatkan bimbingan guru sekolahnya."Biasanya, dia fokus di sekolah dan mata pelajaran lain, dia belajar sendiri. Jika tidak faham, dia akan minta bimbingan guru di sekolahnya. Saya hanya boleh membantunya dalam Matematik Tambahan kerana itu mata pelajaran yang saya ajar di sekolah
- Dia seorang yang kuat azam dan jika inginkan sesuatu, akan berusaha yang terbaik untuk mendapatkannya- “Dia baik dan serba boleh macam orang yang mempunyai kuasa luar biasa. Semua yang dia buat, menjadi. Kalau masuk pertandingan, mesti menang... macam orang lain tak boleh kalahkan dia.” kata rakan karibnya, Mazlina Zaira Mohamad, 17. Walaupun sibuk, Nur Amalina akan tetap membantu rakan yang memerlukan tunjuk ajar atau panduan mengenai sesuatu masalah dalam pelajaran.“Walaupun suka membaca dan mengulangkaji pelajarannya, Nur Amalina bukan pelajar yang menyendiri atau ulat buku kerana dia masih seperti remaja yang lain dan gemarkan hiburan. Sifat kedekut ilmu tidak pernah wujud dalam diri pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2004, Nur Amalina Che Bakri yang sentiasa bersedia meluangkan masa mencurah pengetahuan kepada rakan yang memerlukan.
- Semasa saya mengulangkaji pelajaran saya akan pastikan fikiran saya tidak akan terganggu dengan apa juga masalah. Mungkin saya akan meluangkan sedikit masa untuk memikirkannya selepas saya menghabiskan masa untuk mengulangkaji pelajaran. Bagaimanapun, saya lebih suka melihat sesuatu masalah itu dari sudut yang positif supaya masalah itu tidak akan mengganggu fikiran mahupun pelajaran saya.
- Apa yang penting dalam mendapatkan keputusan yang terbaik adalah semangat yang kuat dalam diri pelajar itu sendiri. Tanamkan semangat untuk belajar dengan bersungguh-sungguh dan jangan hiraukan tentang perkara lain yang dapat mengganggu fikiran. Selain itu sokongan pihak keluarga juga adalah penting.
- Saya akan melayari Internet sebagai salah satu cara untuk berehat selepas mengulang kaji. Melalui ruangan chatting, saya mendapat sahabat dari Amerika Syarikat dan Britain di mana saya sering bertukar-tukar pendapat mengenai pelbagai perkara. Antara isu yang dibincangkan semasa berchatting ialah isu-isu antarabangsa seperti peperangan, politik dan perkembangan semasa. Dari situ saya mendapat pelbagai maklumat mengenai sistem pendidikan dan kegiatan golongan pelajar di luar negara.
- Daripada situ saya dapat menambah ilmu dan pengetahuan am mengenai banyak perkara. Saya juga sering menggunakan Internet untuk membaca akhbar secara online. Bagi saya cara itu lebih mudah daripada mendapatkan maklumat kerana saya dapat membaca hampir kesemua akhbar utama secara online.
Anyway, jutaan tahniah diucapkan buat adik Amalina kerana berjaya mengharumkan nama bangsa dan Islam sendiri. Semoga kejayaan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang akan sentiasa mengiringi anda. Tahniah!

* kurang bersetuju
No comments:
Post a Comment