Tuesday, March 29, 2005

jangan tinggal sembahyang..


Gadis A : Eh ko ni tak semayang ker?
Gadis B : Alah…malas aahh..
Gadis A : Eh ko ni kan…berdosa tau..
-Akhirnya gadis B tetap tidak menunaikan tanggungjawabnya..-


Di atas merupakan sedikit dialog antara 2 org gadis yang didengar sewaktu dinaluzriq singgah solat di sebuah surau. (yg sedihnya, sepatutnya dinaluzriq sendiri yang pergi ‘bersembang’ dgn dia..= ( .. (iisshh teruk betul dinaluzriq ni..! dimana tanggungjawab??)


Jangan tinggal sembahyang..jgn tinggal sembahyang..Kenapa ya..??

Allah suruh kita sembahyang..Allah tau apa yang baik utk kita..Allah yang jadikan kita..so sebagai seorang hamba, kena ikut dan patuhlah dengan setiap apa yang disuruh..Cuba bayangkan kita adalah tuan kepada seorang hamba. Kalau kita bagi arahan pada dia, tetapi dia tak nak ikut..kita marah tak?? Mestila marah kan..nak senang lenang, tapi jadi hamba aku!!..? Mcm tu jugakla dgn kita..jgn cari pasal dgn Allah..jgn bagi Allah murka dengan kita…tapi carilah sayang Allah pada kita..Besar dan banyak Rahmat Allah yang kita tak nampak…

Rahmat Allah??ada ka??..Ada..banyak..Cuba tengok sekarang, waktu-waktu negara tengah sibuk dan risau dengan keadaan jerebu dan panas yg melampau..Allah turunkan hujan untuk kita..Allah nak stabilkan balik cuaca.. dulu Allah turunkan tsunami, supaya tsunami menjadi satu peringatan buat diri kita…Allah sayangkan kitala tu..Dia yang jadikan kita… Dia tahu apa yang baik dan apa yang buruk untuk hamba-hambanya..

Allah ?? Ada ka??..Mana??.. Tak nampak pun..?? Memang tak nampak, tapi Allah ada..dan mmg ada. Dimana-mana ka??..Yala, dimana-mana. Tapi di mana-mana tu, dimana?. Di mana-mana tu, dimana-manalah...

Kita umpamakan macam ni. Eemm.. Kita suka makan nasik tak?? Suka?? Ok, macam ni,…Cuba bayangkan kita umpama butiran nasi dalam pinggan tue dan ada orang yang memerhati kita dari atas..Ha..pusing pilah pinggan tu kat mana-mana pun, tetapi tuan yg nak makan nasik tue tetap akan nampak apa yang ada dan berlaku diatas nasi tue..itulah dimana-mana…Org yang besar dan luas pemandangannya keatas sesuatu, akan nampak apa yang berlaku dibawah pemerhatiannya..tapi nasi yang sekecil itu..memang tak akan nampak dan tau apa yang berlaku disekelilingnya..Apa yang berlaku di penjuru sana, dan apa yang terjadi di sudut sana..
Fikir-fikirkanlah bersama..

Sembahyanglah..dan jangan sesekali tinggal sembahyang..itu je pesanan untuk diri dan buat semua..Pernah dialog yang didengar.. “Alah..lecehlah nak sembahyang sembahyang nie..malaslahh…nak ambik air sembahyang lagi.. nak pakai telekong lagi..nak ni lagi..nak itu lagi..”. Eemm.., please..please..and please.. Don’t say like that..ok..

Kalau waktu sembahyang itu 5 waktu, bagi cukup 5 waktu..tryla buat juga..dan cuba buang rasa malas tu..siapa yang rugi nanti?? kita juga..Sebab apa ya Allah suruh kita sembahyang??..Sebabnya, Allah nak jaga kita sebenarnya..nak jaga kita dari segala benda yang tak baik..sebab itu Allah sebut dalam Al-Quran:
“Sesungguhnya Solat itu dapat mencegah dari perbuataan Keji dan Mungkar”..
Mmg kita tak nampak depan mata..tapi kita dapat rasa..Ok, mcm nilah..best tak buat maksiat??..(tak kisahlah apa saja yang tak elok dan yang dilarang)..Ada yg kata best..ada yag kata syok..tapi mcm mana yang dikatakan best tu?..Tryla dulu barula boleh tau best ka tak(jawapan yang biasanya diberikan terhadap persoalan).. contohnya kalau kita tanya pada orang yang berpegangan tangan (lelaki&perempuan yang bukan mahram) atau org yg minum arak atau yang menagih dadah atau yg seumpama dengannya..Best ker buat benda ni??..Bestla.. try dulu..baru dapat rasa..

Mcm tu juga dengan sembahyang..Best ka? Syok ka??..Ha..tryla buat dulu..pasti akan rasa Best..pasti akan rasa Syok…Tapi mcm mana Best tu?? Tulah..try buat dulu..kalau nak yang lagi Best..buat time org lain semua tengah tidur..time 4/ 5 pagi ka..Trylah dulu..baru dapat rasa...Tapi kenapa kadang2 tu..dah buat dah, tapi tak der rase pape pun..kalau yg mcm tu, check balik pada diri kita..mesti ada something yg tersilap di mana2..Salah kita juga sebenarnya… “Bersama mencari Redha Ilahi..”

“Cantik peribadi, eloklah keluarga, elok keluarga, Cantiklah Ummat..!!”
Have a nice day!!..=)

Image hosted by Photobucket.com

Saturday, March 19, 2005

relax jap..

Alahamdulillah..baru lps 1 paper ptg td..


Singgah lab kejap dr library..lama tak masuk..so, nak kongsi pantun versi ARAB sikit.. sempena exam nie..

Iqra' iqra' ya ukhti,
al-imtihan sayakti,
lau lam taqraiina darsaki,
al-ustaz sayaq tha' raksaki..

maksud (lbh kurang la..) :

study study ya ukhti,
al-imtihan/exm tak lama lagi,
kalau kamu tak ulangkaji lagi,
ustaz akan penggal kepala ukhti..


hehehe..selamat study!!.. ;p
p/s : saja nak relax kejap (merapu sket..)

Tuesday, March 15, 2005

Ma'a at-taufiq Wannajah fil imtihan..

Dah lama tak memblog ni..sunyi pulak rasanya..Nampaknya musim2 exam ni pun dinaluzriq kena ber'puasa' dan ber'pantang' buat sementara waktu..

All the Best buat semua...

disini ada serangkpa pantun buat para bakal graduate..

"Kilau songket melingkar laman,
Dulang peria diikat berangan,
Walau 'graduate' bertukar zaman,
Hilang usia semangat jangan.."
Ada sesiapa nak membeli pantun..?? SS ka.. =)..Hepi Graduate! Kenang daku dalam doamu.. Jangan lupakan kami..
Image hosted by Photobucket.com
"Ma'a at-Taufiq Wannajah.."
-"Inna Allahama'ana"-

Saturday, March 12, 2005

kejayaan anak bangsa..kebanggaan semua..

Kejayaan Nur Amalina Che Bakri dari Sek. Men .Keb Ulu Tiram Johor di dalam peperiksaan SPM 2004 membanggakan semua pihak. Gadis berusia 17 tahun itu, bukan saja berjaya menyahut cabaran buat dirinya , malah mencipta sejarah apabila secara rasmi diumumkan sebagai pelajar terbaik SPM 2004 dengan mendapat 17A1.
Kejayaannya bukan sahaja telah membuktikan bahawa pelajar Melayu mampu bersaing dengan pelajar bangsa lain, malah jauh lebih hebat. Perkara yang lebih membanggakan adalah kerana beliau merupakan seorang pelajar perempuan yang beragama ISLAM. Kejayaan sebegini sepatutnya menjadi contoh dan ikutan kepada pelajar-pelajar lain.


Namun begitu, saya agak kurang bersetuju dengan kenyataan seorang rakan beliau di dalam akhbar:

“Kami seperti remaja lain yang menonton wayang dan menghadiri konsert, termasuk yang terbaru, Konsert Akademi Fantasia (AF) di Dang Bay”

“Tiada rahsia antara kami. Kami memang bercerita semuanya. Penyanyi kegemarannya ialah Kaer AF dan dia sudah berpeluang bertemu dengannya. Amalina juga sudah ada teman lelaki”..


Pada pandangan saya, disini seolah2 telah menggambarkan bahawa untuk berjaya, tidak mengapa untuk berhibur dalam keadaan sedemikian. Boleh saja untuk mempunyai teman lelaki di waktu persekolahan dan sebagainya. Kita bimbang, perkara dan contoh sebegini akan dijadikan hujah dan ikutan bagi pelajar lain dalam mencapai kejayaan. Ia adalah perkara peribadi yang tidak perlu diketengahkan. Sekalipun sikap dan aktivitinya sebegitu, pada pandangan saya, tidak perlu dinyatakan didalam akhbar. Perkara tersebut bukanlah faktor yang membantu kejayaan beliau. Pada saya, adalah lebih elok untuk di ‘highlight’kan ttg bagaimana kejayaannya meraih kecemerlangan. Bagaimana beliau mampu menguruskan masa antara pelajaran dan aktiviti kokurikulum, dan sebagainya. Ini yang sepatutnya dicanang-canangkan, supaya pelajar-pelajar lain dapat mengambil contoh yang baik daripada kejayaan dan kecemerlangan beliau.

Saya teringat akan nasihat/ motivasi yg diberikan olh Dr. Fadzilah Kamsah berkenaan keberkatan di dalam menuntut ilmu..Sekalipun kita bersungguh-sungguh berusaha, sekalipun kita mendapat kejayaan yang luar biasa, namun, jika keberkatan didalam menuntut ilmu itu tidak ada di sisi Allah, ia adalah sia2. Tidak ada makna, dan tidak ada guna. Saya mengakui, sememangnya kita tidak berkuasa untuk menilai keberkatan dan keredhaan Allah terhadap seseorang. Saya juga tidak mengatakan bahawa kejayaannya tidak mendapat berkat Allah. Siapa saya untuk menilai manusia…? Jadi, kenapa saya berkata begini??..Fakir-fikirkanlah…

Bila saya berkata begini pasti ramai diluar sana akan mengatakan, “Alah.. tak sportinglah”.. “Apa salahnya untuk berhibur begitu,.. zaman remaja, naluri seorang remaja,biarlah”.. “Apa salahnya itu”.. “Apa salahnya ini”.. “kenapa suka mengaitkan begitu dan suka mengaitkan begini”… Namun pada saya, “Tepuk dada, Tanyalah IMAN”..
Kejayaan yang patut menjadi ikutan:

- beliau mengikut program pertukaran pelajar Malaysia-Itali- berkeinginan mencipta rekod baru dalam SPM dengan memperoleh 17A1 menerusi 17 subjek Sains dan Sastera, mendorongnya mencabar diri sendiri untuk membuktikan kemampuan dalam akademik.
-“Saya bercita-cita tinggi. Saya pernah menonton televisyen pelajar dapat 15A dan 16A (dalam SPM). Jadi, saya ingin cabar diri sendiri untuk dapat 17A. Saya mahu catat rekod baru. Saya memang suka kepada cabaran dan berusaha sedaya upaya untuk mencapainya,” katanya.
- Dinding rumahnya dipenuhi bingkai yang mengisi pelbagai sijil kemenangan, penyertaan pertandingan dan keratan akhbar mengenai kejayaannya. Selain berjaya dalam akademik, Nur Amalina aktif dalam pertandingan pidato dan pernah menjuarai Pertandingan Pidato Kelab Pelaburan Bijak Permodalan Nasional Berhad, April tahun lalu.Nur Amalina turut dipilih sebagai Tokoh Nilam 2004 kerana minatnya membaca buku.
- Beliau turut mendapat 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan 8A menerusi Penilaian Menengah Rendah (PMR).
- Beliau yang gemar membaca, pernah belajar di Kolej Tunku Kursiah, Seremban dan Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, tetapi kemudiannya mengambil keputusan ke sekolah biasa supaya dapat tinggal bersama keluarga
-“Ramai rakan yang tidak percaya dan kata saya gila kerana hendak ambil 17 subjek tetapi saya tetapkan impian saya.
- Mahatma Ghandi pernah berkata ‘kepuasan terletak pada usaha, bukan pencapaian’.
-“Kalau gagal, tidak perlu takut dan kegagalan banyak mengajar mengenai kehidupan ini,” katanya.
- Menceritakan petuanya untuk memastikan minda cerdas, Nur Amalina berkata, dia tidak mengambil minuman bergas, makanan segera dan hidangan daripada organ dalaman haiwan.
-“Sebelum mula menjawab soalan peperiksaan, saya akan berselawat dan membaca Bismillah. Saya juga buat solat hajat dan apabila tahu berjaya dapat 17A1, saya tunaikan sujud syukur. Syukur kepada Allah,” katanya.
- Nur Amalina yang baru menyambut ulang tahun ke-17 Disember lalu bercita-cita untuk menjadi doktor pakar sakit puan dan menyimpan hasrat melanjutkan pelajaran ke Universiti Oxford, England.Katanya, beliau juga pernah menyimpan impian untuk menjadi Perdana Menteri wanita yang pertama di negara ini.
- Nur Amalina berkata, beliau membuat jadual untuk diri sendiri dan memastikannya dipatuhi dengan penuh disiplin serta menyiapkan semua kerja rumah sebelum mengulang kaji pelajaran.“Setiap pagi sebaik bangun tidur, saya tetapkan apa yang ingin dibuat hari itu. Contohnya, jika ingin belajar bab tiga Biologi dan tidak akan tidur selagi bab itu tidak selesai diulangkaji,” katanya.
- Selain menjadi pengawas sekolah, beliau juga mempunyai masa bersama rakan-rakan seperti remaja lain dengan menonton wayang*, berbasikal, melayari internet serta mempunyai ramai rakan dari luar negara yang dikenali menerusi laman sembang.“Saya suka bertukar pendapat dengan rakan di laman sembang terutama mengenai politik dan peperangan,” katanya.
- Mengenai rutin hariannya selepas selesai SPM, Nur Amalina yang baru pulang dari Itali untuk program pertukaran pelajar selama dua bulan, berkata dia banyak menghabiskan masa membaca buku dan novel.“Saya rasa kosong apabila peperiksaan tamat dan nasib baik bapa saudara saya yang juga seorang doktor memberi beberapa buku perubatan untuk dibaca sebelum masuk universiti,” katanya.
- "Dia tidak akan keluar rumah sebelum kerja rumahnya siap dan jika terpaksa keluar juga, dia menangis dalam kereta kerana sedih kerja sekolah terganggu," kata ibunya, guru matematik tambahan, Sabariah Hassan 45- Dari 1999 hingga 2004, beliau sudah membaca 547 judul buku pelbagai bidang dalam bahasa Melayu dan Inggeris.
- Amalina jarang berehat dan sering tidur lewat hingga jam 2 pagi kerana perlu menyiapkan banyak kerja rumah. Nur Amalina belajar sendiri lapan mata pelajaran tambahan termasuk Bahasa Inggeris 1119 selain 10 mata pelajaran yang ditetapkan dalam kelasnya dan akan mendapatkan bimbingan guru sekolahnya."Biasanya, dia fokus di sekolah dan mata pelajaran lain, dia belajar sendiri. Jika tidak faham, dia akan minta bimbingan guru di sekolahnya. Saya hanya boleh membantunya dalam Matematik Tambahan kerana itu mata pelajaran yang saya ajar di sekolah
- Dia seorang yang kuat azam dan jika inginkan sesuatu, akan berusaha yang terbaik untuk mendapatkannya- “Dia baik dan serba boleh macam orang yang mempunyai kuasa luar biasa. Semua yang dia buat, menjadi. Kalau masuk pertandingan, mesti menang... macam orang lain tak boleh kalahkan dia.” kata rakan karibnya, Mazlina Zaira Mohamad, 17. Walaupun sibuk, Nur Amalina akan tetap membantu rakan yang memerlukan tunjuk ajar atau panduan mengenai sesuatu masalah dalam pelajaran.“Walaupun suka membaca dan mengulangkaji pelajarannya, Nur Amalina bukan pelajar yang menyendiri atau ulat buku kerana dia masih seperti remaja yang lain dan gemarkan hiburan. Sifat kedekut ilmu tidak pernah wujud dalam diri pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2004, Nur Amalina Che Bakri yang sentiasa bersedia meluangkan masa mencurah pengetahuan kepada rakan yang memerlukan.
- Semasa saya mengulangkaji pelajaran saya akan pastikan fikiran saya tidak akan terganggu dengan apa juga masalah. Mungkin saya akan meluangkan sedikit masa untuk memikirkannya selepas saya menghabiskan masa untuk mengulangkaji pelajaran. Bagaimanapun, saya lebih suka melihat sesuatu masalah itu dari sudut yang positif supaya masalah itu tidak akan mengganggu fikiran mahupun pelajaran saya.
- Apa yang penting dalam mendapatkan keputusan yang terbaik adalah semangat yang kuat dalam diri pelajar itu sendiri. Tanamkan semangat untuk belajar dengan bersungguh-sungguh dan jangan hiraukan tentang perkara lain yang dapat mengganggu fikiran. Selain itu sokongan pihak keluarga juga adalah penting.
- Saya akan melayari Internet sebagai salah satu cara untuk berehat selepas mengulang kaji. Melalui ruangan chatting, saya mendapat sahabat dari Amerika Syarikat dan Britain di mana saya sering bertukar-tukar pendapat mengenai pelbagai perkara. Antara isu yang dibincangkan semasa berchatting ialah isu-isu antarabangsa seperti peperangan, politik dan perkembangan semasa. Dari situ saya mendapat pelbagai maklumat mengenai sistem pendidikan dan kegiatan golongan pelajar di luar negara.
- Daripada situ saya dapat menambah ilmu dan pengetahuan am mengenai banyak perkara. Saya juga sering menggunakan Internet untuk membaca akhbar secara online. Bagi saya cara itu lebih mudah daripada mendapatkan maklumat kerana saya dapat membaca hampir kesemua akhbar utama secara online.

Anyway, jutaan tahniah diucapkan buat adik Amalina kerana berjaya mengharumkan nama bangsa dan Islam sendiri. Semoga kejayaan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang akan sentiasa mengiringi anda. Tahniah!
* kurang bersetuju

jemput makan kenduri..

saya mewakili bagi sesiapa yg mengenali k.aieshah..dia jemput datang makan kenduri..

aieshah & alwalid pada 15 April 2005..

Image hosted by Photobucket.com
Lot 486 km3 Jln Pahi,
Kg Dusun Damar,
18000 Kuala Krai Kelantan.
Kalau tanya k.aieshah yg mana?..ala..k.aieshah yg comel2, kecil2 tu..A'ah..k.aieshah itula..iyyee..dah nak berkahwin..kenape..tak percaya??..=) ..Selalu org kata, org2 kelantan ni comel2..dan lawa2..mmg pun..Patut pun ramai yg dah berkahwin..(kredit utk org kelantan..hehehe..)
Didoakan Semoga k.aieshah dan suami selamat melayari bahtera rumahtannga dibawah payungan rahmat dan kasih sayang Ilahi..Ameen..Barakallahufikuma..

Saturday, March 5, 2005

F.R.I.E.N.D.S.H.I.P 4EVA..



"Hold on to good friends; there are few and far between.."


Thank you very much to all my friends.. Barakallahufikum jami'an...

special poem..

Assalamualaikum wbt.. inilah 'special poem' yang dinaluzriq maksudkan..ditujukan KHAS buat semua Pecinta dan Pendokong Agama Allah..dan juga kepada sesiapa yang merasakan poem ini adalah sesuai untuk dirinya..

والمؤمنون والمؤمنات بعضهم أوليآء بعض يأمرون بالمعروف وينهون عن المنكر ويقيمون الصلاة ويؤتون الزكاة ويطيعون الله ورسوله أولئك سيرحمهم الله إن الله عزيز حكيم

أحسب الناس أن يتركوآ أن يقولوآ ءامنا وهم لا يفتنون
“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, seedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

ولقد فتنا الذين من فبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكذبين
“Dan demi sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta”.

ومن جهد فإنما يجهد لنفسه إن الله لغني عن العلمين
“Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri, sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk.”

والذين ءامنوا وعملوا الصالحات لنكفرن عنهم سيئاتهم ولنجزينهم أحسن الذي كانوا يعملون
“Dan orang-orang yang beriman serta beramal salih, sesungguhnya Kami akan hapuskan dari mereka kesalahan-kesalahan mereka, dan Kami akan membalas apa yang mereka telah kerjakan- dengan sebaik-baik balasan.”


HIDUP PEJUANG…

Hidup pejuang bukanlah ditaburi permata
Bukan jua dipuji dan dipuja
Malah bukan jua berasa senang dan selesa
Lantaran pilihan hidupnya sebagai mujahid muda
Meletakkan maqasid umurnya hanya pada Pencipta

Masa pejuang diisi dengan Zikrullah
Meskipun dalam penat lelah
Tetap terus beramal Ibadah
Dan sentiasa menjaga Ruhiyyah
Lalu dia menjadi pejuang yang kuat dan tabah
Dalam mengharungi segala mehnah

Dirinya terpancar ‘Izzah
Lantaran keindahan kalam yang dimadah
Yang mampu mengubat hati yang gundah
Malah yang lalai dari Allah
Kembali ke jalan yang terarah

Akhlaq pejuang sangat indah
Natijah mencontohi Rasulullah dan para sahabah
Tidah pernah merungut bila diarah
Malah sentiasa meletakkan tadhiyah
Sebagai aplikasi berhemat
Ithar jua sentiasa disemat
Meskipun mampu sekadar ‘salamatus sadr’

Sedarlah wahai pejuang sekalian
‘Tanggungjawab lebih banyak dari masa” yang diperuntukkan
Lantaran taklifan bukan tasyrifan
Ia amanah yang patut digenggam
Biar membara lestari memekar
Selamanya meletakkan jihad yang agung
Meletakkan Islam di pasak yang terunggul
Pasti kan terbina Daulah Islamiyyah yang syumul

Kerana Allah telah menjanjikan
Islam itu yang teragung
Dan tiada yang lebih tertinggi dan teragung
Melainkan Deenul Islam yang akan dijunjung
Moga iakan tetap terus terbela
Kerana itulah janji Pencipta Yang Esa…

Quranic generation_82 / 080205 / 7:02pm


CABARAN PEJUANG

Adik-adikku..
Dinihari kau memenung panjang
Memikirkan nasib dirimu sebagai pejuang
Sentiasa dicabar dan diserang
Setiap sudut menjadi sasaran
Lalu kau pertahankan
Sehingga akhirnya kau jua terkorban

Wahai permata hati putera-puteri kebanggaan
Begitulah sunnah pejuang
Sentiasa menempuh dugaan dan cabaran
Walaupun sesekali terasa penat dan letih
Kau tetap simpan rasa sedih
Kerna kau pejuang yang gigih
Mempertahankan Islam yang terpilih

Adik-adikku..
Ku fahami perasaanmu
Kerana ku jua melalui jalan itu
Jalan para sahabat dan tabi’in pada masa dulu
Itulah jalan kebenaran menentang kebatilan
Lalu kau tetap bertahan
Lantaran yakin akan ganjaran
Yang Allah telah janjikan

Wahai adikku
Bersamalah kita bangkit semula
Seiringan melangkah ke jalan yang satu
Menuju matlamat itu
Yang seringkali dipermainkan oleh segolongan manusia
Yang tidak mahu Islam bangkit semula
Lalu sebenarnya kitalah yang bertuah
Kerana istiqamah pada jalan yang nampak payah
Tetapi dengan berkat rahmat dan maghfirah Allah
Kita tidak goyah
Pada cabaran yang tak sehebat Rasulullah

Andai kau syahid di jalan ini
Bertambahlah syuhada’ pilihan Ilahi
Kerana kau pernah berikrar
Syahidlah cita-cita terbesar
Yang sentiasa memekar
Di dalam hatimu pejuang bejiwa akbar

by : Quranic generation_82 / 080205 / 7:20pm



“Hamba bertaqwa hebat ujiannya, adakalanya kita bersedih, susah hati, tersisih, adakalanya menyebabkan air mata mengalir, Bukan duniaMu yang dicari tapi redhaMu Ya Allah… Berikan kami petunjuk dan rezeki mujahadahMu”.

“Kalau kita undur, umatkan mundur, kalau kita bisu, umatkan lesu, dan kalau kita Istiqamah, umat akan menjadi khaira Ummah..”
–“Istiqamah mendepani Cabaran”-

“Sesungguhnya kebatilan itu ada, tetapi ianya tidak kekal selamanya, dan Sesungguhnya kebenaran itu hilang, tetapi Ia akan menunggu masa untuk kembali MENANG!!”..


"Solat itu Tiang Agama"

Friday, March 4, 2005

komen ttg isu purdah..

Saif qistina ada bertanyakan pendapat dinaluzriq ttg isu siswi yg disaman atas alasan memakai purdah..

Actually, dinaluzriq ada menulis sedikit komen pasal itu..ttp demi kebaikan bersama..dinaluzriq tak bercadang nak postkan di public..ok..mintak maaf bnyk2..tp kesimpulan yg dinaluzriq dpt..isu ini masih diam..tu jer..

Lagipun Sister ni (kakak x) boleh diaggap sebagai kakak atau ibu dalam 'family' kami. Banyak perkara yang diceritakan sebenarnya…takut jugak kalau2 menjadi 'hadis' daif walaupun apa yang datang dari dinaluzriq asalnya adalah 'hadis' sahih....
so, tak derlah komen..

pentingnya sahabat yg memahami..

Anda pernah tak satu hari tu terasa mcm tak de mood sangat..lps tu rasa mcm nak buat apa pun tak best, and so on??..mesti pernah kan..so apa yg anda selalu buat??..

Ntahlah..dinaluzriq sejak dua, tiga hari kebelakangan ni..mmg rasa mcm tu..tak taulah kenapa..tak stabil sikit emosi dan jasmani..tp alhamdulillah..ada shbt2 yg concern.. ITU PENTINGNYA SHBT2 YG MEMAHAMI..walaupun kita senyum semahu2nya pun, walaupun kita cuba nak sembunyikan rasa..nampaknya, air muka kita masih lagi boleh dibaca..

dinaluzriq pernah dapat msg dr seorg shbt..masa dpt msg tu..cukup2 terharu dan hampir2 melinangkan air mata.. thanks..a lot..saya nak kongsi msgnya yg berbunyi begini “Tika kau lemah, shbtmu ada utk kau luah rasa, tika kau goyah, kau harus kuat, krn kau p’bawa agama, tika kau t’luka, kau harus tabah krn kau mujahidah muda.."chaiyok!!..”

Anyway, thanks a lot my friend…Alhamdulillah..skrg dah ok..tak yah risau..

Tuesday, March 1, 2005

..SMILE Always.. ;)

“It is almost impossible to smile on the outside without feeling better on the inside”
....SMILE AlWays...