Saya ada pengalaman ngeri berkenaan Bazar Ramadhan. Boleh
baca disini. Dari itu, kami tidak lagi ke bazar Ramadhan.
Saya yakin ramai dikalangan wanita ada memasang niat untuk
memasak untuk keluarga setiap hari. Ramai wanita yang yakin dengan jaminan
kebersihan, keikhlasan, kesedapan dan sebagainya apabila ia disediakan sendiri.
Walaupun tidak pandai mana, ianya tetap boleh dipelajari. Namun, dek kerana
kesibukan bekerja dan keletihan, ramai yang terpaksa menggadaikan niat suci
murni itu.
Baiklah apa yang boleh saya kongsikan. Beberapa tip panduan
penyediaan cepat makanan di bulan Ramadhan terutamanya untuk Wanita Bekerjaya
atau Ibu Sibuk.
1) RANCANG MENU
Dengan merancang menu , ia akan membantu mempercepatkan
proses memasak. Kita tidak perlu lagi runsing memikirkan, “Apa yang nak dimasak
hari ini?”, “Apa yang perlu dibeli?” dsb.
Contoh Bahan Perapan Ayam yang telah siap dibuat. Balik kerja, hanya keluarkan dan bakar.
2) MENYEDIAKAN STOK BAHAN MASAKAN (CEPAT)
Stok bahan masakan, cotohnya cili kering yang telah siap
dikisar dsb. Jadi untuk memasak, tidak perlu lagi melalui proses membasuh atau mengisar
cili.
3) MENYEDIAKAN STOK PASTE (LEBIH CEPAT)
Menyediakan Stok Paste ini lebih cepat berbanding cara 2. Cotohnya,
Kari ikan. Paste tersebut telah siap ditumis bawang dan rempah. Jadi proses memasak
akan menjadi Lebih Cepat kerana tidak perlu melalui potongan bawang, tumisan bawang daun kari dan rempah lagi, hanya masukan ikan, santan dll. Contoh yang lain untuk Sambal
Tumis atau Sos Sweet Sour. Hanya panaskan dan masukkan bahan basah atau
sayuran.
4) MENYEDIAKAN STOK MASAKAN SIAP DIMASAK (PALING CEPAT)
Cara 3 ini Paling Cepat berbanding cara 2 & 3. Memasak
terus makanan dan asingkn dalam 2 atau 3 bahagian. Apabila tiba masa untuk makan hanya panaskan sahaja.
Namun, cara ini seolah-olah “perangat makanan”, mungkin kurang fresh berbanding
cara 2 & 3, tetapi sangat Cepat berbanding cara 2&3. Kalau anda dan
keluarga tidak kisah untuk menu masakan
yang dipanaskan, maka boleh guna kaedah Cepat begini. Sama sahaja konsep
makanan frozen yang dijual di pasaraya. Tapi, jaminan tiada bahan pengawet.
Cara 2 & 3 lebih fresh kerana bahan basah digunakan pada
hari yang hendak dimakan.
Boleh pilih cara mana yang disukai dan tahap cepat yang
diinginkan. Apa yang penting, InsyaAllah kita boleh tetap sediakan makanan dari
air tangan sendiri. Tiada bahan pengawet. Tiada MSG. Lebih jaminan kebersihan, khasiat, keikhlasan,
dan lebih menjimatkan. Apa yang lebih penting, sambil memasak, kita boleh pasangkan
al-Quran, sambil berzikir dan berdoa. Perencah spiritual ini, pasti sukar
didapati di mana-mana bazar atau restoran.
P/S: Pastikan stok bahan kering & basah telah dibeli untuk
2 minggu / sebulan & siap diproses dan dibersihkan (sekali sahaja prosesnya,
tidak perlu lagi nak siang, basuh setiap kali mahu memasak). Pembelian ini
berdasarkan Rancang Menu tadi. Ia juga boleh mengelakkan pembaziran kerana kita
membeli bahan yang akan digunakan sahaja. Detail Sistem Pengurusan Stok Bahan
Kering & Basah serta Teknik Pantas Memasak di dapur seperti yang diterangkan
di dalam sesi Seminar Coaching / Online Coaching (E-Coaching) untuk lebih
Sistematik, Praktikal & Produktif.
Cadangan storage yang boleh digunakan untuk menyimpan stok bahan basah yang telah siap diproses dan basuh. Lebih menjimatkan ruang berbanding bekas bertutup. Masukkan dalam bekas yang diasing mengikut kategori.
5) ELAKKAN TV, FACEBOOK, WHATSAPP, INSTAGRAM DSB.
Ini sangat penting. Kalau nak cepat siapkan proses memasak,
elakkanlah berborak dan update kita masak apa untuk berbuka hari ni dan seumpamanya. Sambil menonton TV dsb.
Fokus. Ini juga antara punca kerja menjadi lambat, sekejap-sekejap tengok hp/tv.
Hehe.. Sambil-sambil tunggu, boleh terus mengemas dan menyimpan. Dapur boleh
cepat kemas dan kita juga excersise secara
tidak langsung. J
Kenapa Perlu Memasak dari Air Tangan Sendiri?
Kita
selalu mendengar tentang air tangan isteri/ibu. Ya itulah intipati paling utama
yang sukar dibeli dan dicari ganti. Air tangan isteri/ibu ini insyaAllah adalah
Pengikat kasih sayang. Aura Doa, Zikir, dan al-Quran yang pastinya mempunyai
aura positif itu insyaAllah membentuk dan mempengaruhi darah daging kita
sekeluarga.
Dengan cara ini, insyaallah mudah-mudahan membantu para
wanita untuk mengurangkan rasa letih kerana proses memasak menjadi lebih
singkat. Mungkin hanya dalam 30 min atau 45 min. Ha masa inilah bolehlah
berangan ala-ala Masterchef gitu! Kita kejar masa dengan siap boleh mengemas. Nak
lagi best dan mencabar, letakkan timer! J
Dari situ juga, ia boleh memberikan masa yang lebih untuk
isteri/ibu berehat dan menumpukan kepada ibadah yang lain. Jangan lupa juga
niatkan bahawa keikhlasan kita menyediakan menu berbuka, menjamu orang yang
berpuasa (walaupun kita berpuasa adalah sebahagian daripada ibadah. Allah pasti
akan memberikan sebaik-baik ganjaran untuk kita kelak). Insyaallah
mudah-mudahan ianya akan mendatangkan manfaat untuk dunia dan akhirat :)
Semoga Cara ini membantu!
Salam Hormat,
Mardiana Mat Ishak
Women’s Work-Life Balance Coach/ Trainer
Penulis Buku “Superwoman”
No comments:
Post a Comment