Sunday, September 21, 2014

Sembang-sembang Keibubapaan

Program: Sembang-sembang Keibubapaan

Tempat: Auditorium A, Kuliyyah of Engineering, UIAM

Speaker: Tn. Fakhri Hamzah & Pn. Jamilah Samian (Cool Mum Super Dad).



Alhamdulillah saya dapat hadirkan diri ke program “sembang-sembang keibubapaan” bersama pengasas Cool Mum Super Dad, Tn. Fakhri Hamzah dan Pn. Jamilah Samian. Melihat kejayaan anak-anak mereka serta perkongsian mereka itu sangat menginspirasikan!.

Sungguh!. Skill keibubapaan bukanlah ia berlaku secara semulajadi dan berdasarkan apa yang kita terima dari ibubapa kita, sebaliknya ia perlu dipelajari dan sentiasa dipelajari. Malah tidak sepatutnya ia  menjadi “unplanned parenting”. Mesti ada perancangan dari awal, walaupun sejak belum berumahtangga, apatah lagi apabila sudah berumahtangga. Lebih-lebih lagi teori tidak sama dengan realiti.

Saya suka membaca dan mendengar perkongsian dari mereka yang “terlebih dahulu makan garam” dalam selok belok urusan keibubapaan, rumahtangga dan sebagainya. Kerana asas itu jugalah saya kongsikan banyak perkara juga apa yang diperolehi dari mereka didalam buku saya “Super Woman” (terbitan PTS 2013).

Baiklah saya kongsikan poin-poin utama yang dikongsi bersama di dalam program tersebut. Mudah-mudahan ada kebaikannya bersama untuk dunia dan akhirat kita insyaAllah.
KITA IBUBAPA GENERASI MANA?

Kita perlu jelas kita dan anak-anak kita berada di dalam generasi yang mana? Supaya kita jelas apa yang perlu kita lakukan.

1.       Sebelum 1946 : Veteran (70an)
2.       1946- 1964: Baby boomer (50an-60an)
3.       1965-1980: (Gen X (30an-40an)
4.       1981-1994 : (Gen Y (18-20an)
5.       1995-2009 : (Gen Z (3-17 thn)
6.       Selepas 2010 : (Gen Alpha (< 2)


i-Gen: (Y,Z, Alpha). Gen Y boleh dibahagi kepada zaman sebelum internet (tua) dan zaman selepas internet (muda).

Peredaran zaman telah menjadi sesuatu yang menghilangkan nilai kerana suasana yang kita lalui telah berubah. Tapi pada saya jika tidak diasingkan mengikut tahun itu pun peredaran zaman tetap berlaku dan perubahan tetap juga terjadi.

SOALAN UNTUK DIFIKIRKAN



1) Adakah anak-anak era millennia berbeza dari era lain? Bagaimana?

Adakah sikap dan tingkah laku manusia berubah mengikut era?. Ada kajian mengatakan perkembangan global menyebabkan perubahan pada sikap dan tingkah laku.
Jadi, jawapan terhadap persoalan tadi: Serupa, tetapi tidak sama.

2) Apakah matlamat mendidik anak sudah berubah sebelum dan selepas era millennia?

Jawapan: Sama. Matlamat sama, namun kaedahnya yang berbeza. Kita sebagai Muslim, pastinya inginkan syurga alfirdaus al’ala. Ganjaran dari Allah dalam mendidik amanah Allah. Menuju redha Allah.
Sebagai ibubapa, kita perlu jelas dan tahu apa yang serupa dan apa yang tidak serupa. Supaya kita tahu apa yang perlu dilakukan.

Kenali sikap iGen

1-      Ganjaran segera: “nak sekarang juga”
2-      Keberhakan : “ saya berhak”
3-      Multitasking : tetapi boleh jadi kurang efektif

“If you are able to state the situation, you are closer to the destination”

Kalau kita tahu ciri-ciri igen, perubahan tingkah laku pada umur anak, kita akan tahu apa yang perlu dilakukan. Oleh yang demikian, pembacaan, belajar dan sebagainya insyaallah dapat membantu.

Semua tempat diseluruh dunia mengalami perubahan yang sama.

3) Bagaimana untuk kita nak disiplinkan diri kita dalam mendisiplinkan diri mereka?
Iaitu melalui action kita.

1.       SABAR

Perlu didik dengan sabar 1st. Kajian menunjukkan anak-anak atau manusia yang mempunyai sikap sabar lebih berjaya dan cemerlang. Mustahil berlaku sesuatu kecuali dengan izin Allah jua.

Kita sendiri perlu sabar. Sekiranya mereka buat salah, jangan over react. Mereka akan lihat dan merakam.

Apakah Motivasi untuk sabar?. Untuk sesuatu itu, jangan relate salah pada “orang tengok”, tetapi relate pada “Allah tengok”. Contoh, “ish malu macam ni, nanti orang tengok”.
Isu yang sering menjadi kerisauan ibubapa berkenaan “virus” luaran, site lucah dan sebagainya, nau’zubillahiminzalik, kuncinya satu sahaja. Sejak dari awal, apa jua situasi, benar atau salah, biasakan untuk kaitkan dengan Allah, bukan dengan manusia. Daripada perkataan, “nanti orang kata/tengok”, tukar kepada “nanti apa Allah kata/tengok”. insyaAllah jika dibelakang kita, ingatan “Allah” itu yang menjadi antivirus. Wallahu’alam.

Rotan masih relevan, tetapi tidak boleh setiap masa. Sehingga anak-anak jadi sanggup dipikul kerana hanya mahukan perhatian.

Untuk melatih sifat sabar, perlu lihat pada situasi. Contoh, bab makan,perlu tunggu semua. Ada kalanya, kita perlu ubah sedikit tetapi konsisten. Insya Allah akan ada kesan besar pada masa akan datang.

Pergi ke sekolah sebab nak pandai? Jawapan tidak relevan untuk zaman kini, kerana ingin pandai tidak semestinya ke sekolah. Ibubapa perlu cari jawapan yang sesuai dengan mereka.

Anakku Sazali: tidak ada internet pun, tetapi telah menjadi Gangster no 1 Singapura. Di mana silapnya?Ini kerana dimanjakan untuk duit, dididik dengan “dapat segera”, bukan Sabar untuk dapatkan sesuatu. Keadaan ini menyebabkan mereka tidak faham dan tidak hargai.

2.       PROACTIVE

Ibubapa zaman kini perlu lebih proaktif. Anak-anak hanya inginkan “connection”. ApabiIa “connection” mereka kuat dengan parents, insyaAllah mereka tidak perlu lagi gajet atau internet. Jadikan diri kita sebagai Wifi connection dengan anak-anak.
Perlu proaktif bila-bila masa.

Contohnya, “Dating” dengan setiap anak walaupun anak perempuan. Raikan sifatnya. Give time to her. Jadikan bapa sebagai 1st man, 1st love yang dia kenal.

3.       GOOD CONNECTION

Maintain connection dengan anak-anak pada bila-bila masa.

Ada special date dengan setip anak, bukan jumpa hanya marah sahaja. Mereka inginkan perhatian yang istimewa hanya untuk dirinya daripada ibubapa, walaupun tanpa adik-beradik yang lain.

Waktu solat berjemaah. Selepas solat, mendengar ceramah youtube 15 minit bersama. Anak lelaki dilatih menjadi imam. Ia adalah Part of leadership.

Makan bersama. Masa makan adalah family time. Masa yang sepatutnya digunakan untuk bersembang, berbincang, bermesra dan sebagainya. Jadi adalah tidak patut untuk family makan di hadapan tv, makan di luar tetapi masing-masing asyik memegang hp, Di rumah pula, apabila bersama family, tetapi ibubapa masing-masing dengan hp.
Suasana kekeluargaan semakin renggang dengan smartphone.

Fahami mereka, dekati mereka.

Berbincang di dalam urusan rumah. Contohnya, jika tidak ada bibik, supaya ibu tidak menjadi bibik, apa yang boleh dilakukan? . Contohnya, semua sekali sama-sama sorting dan lipat baju. Manakala Ibu jangan terlalu perfectionist. Mereka buat sudah ok.

4.       PERANAN BAPA


Nakhoda yang dapat membantu dalam mengembeleng tenaga agar family dapat bersama.
Bapa perlu menjadi role-model. Jika bapa tidak menjadi role model kepada anak-anak, mereka akan mencari orang lain sebagai role model.
Dialog dalam AQ banyak antara bapa dan anak lelaki.

Cth:
Surah Luqman. Nasihat bapa kepada anak lelaki.
Surah Ibrahim.
Surah Yusuf: nabi ya’qub bersabar dengan kerenah anak-anak.








Penutup: Jika kita perbaiki hubungan kita dengan Allah, insyaallah Allah akan perbaiki hubungan kita dengan orang lain.


p/s: Mohon maaf ayat tidak berapa tersusun dan jika tidak difahami, boleh beli buku dari cool mum super dad. Banyak perkara di kongsi. Sekiranya saya mempunyai masa dan rajin lagi, insyaallah saya update entry ini. :) Mohon maaf kalau ada poin penting yang tertinggal.

No comments: