Tidak semua wanita bernasib baik mendapat suami yang ringan
tulang (rajin membantu). Nasiblah siapa yang pilih kan?? Hehe..
Saya pernah terima soalan dari seorang client. "Puan,
macam mana nak buat ya, suami saya sangat susah nak tolong buat kerja-kerja
rumah, saya yang jadi penat akhirnya".
Sebenarnya rajin atau tak. Suka tolong atau tak, sikap itu
boleh diasah. Takkan hanya sebab tu nak tukar suami kot??. Kan..
.
Ok, 2 perkara yang boleh bantu kita sebenarnya;
1. Sikap yang diubah (dengan adanya kesedaran) 2. Ada sistem
dalam rumahtangga.
Sebab tulah amat penting anak lelaki diajar urus rumahtangga
sejak dari kecil. Suami saya kata, "Biasanya, kaum lelaki yang rajin atau
malas ini adalah hasil dari apa yang dia terima masa kecil".
Yess. I agree with that! Alhamdulillah, he is the only son
in his family. It's proven!
Apa respon kita bila anak nak jugak “sibuk” di dapur?
======================================
Biasanya kalau anak kita datang dapur nak tolong, apa yang
kita akan kata?
"Pegilah main kat depan tu",
"tak payahlah tolong nanti jadi lagi lambat!",
"pegi sana, pegi sana main jauh-jauh",
"ishh kacau ajelah mommy nak buat keje".
Ha...ada sesiapa suka respon macam tu tak? Kalau ya, tolong
hentikan segera okey...
Pengalaman Sendiri
==============
Saya masih ingat lagi. Masa tu (kalau tak salah saya) Uways
8 tahun, Umayr 5 tahun, Sofieyya 2 tahun. Saya sakit kepala ya amat + period
pain. Suami belum balik. Untuk makan malam haritu saya hanya beli sahaja.
Saya tak boleh nak bangun. Letak minyak angin. Tidur. Hanya
pesan kat Uways, "Uways tolong tengok adik makan na, ummi nak tidur".
Dalam kepala runsing. "Habislah dapur nanti macam
manalah jadinya, jenuhlah nak kemas balik nanti.. dengan sakit kepalanya..".
Selesai makan, diorang naik atas. Main. Saya gagahkan diri
bangun nak tengok dapur. Takut lipas makan makanan tumpah. Takut lampu kipas
tak tutup.
Masuk-masuk dapur. Tau tak apa yang berlaku?. Mahu menangis
dibuatnya. Allahuakbar! Mereka 3 beradik siap basuh, kemas, lap, tutup dan
clearkan semua benda seperti asal! Subhanallah Alhamdulillah! Barakallahufihim!
.
(Gambar Hiasan)
Sakit kepala jadi hilang. Saya naik atas. Terus peluk
diorang. "Uways, Umayr, Sofieyya, terima kasih sangat-sangat tolong ummi
kemas balik lepas makan tadi".
Uways; "Kitaorang kesian dekat ummi”.
Umayr: “Haah, kitaorang tak nak ummi penat"..
Allah..terharunya... ðŸ˜ðŸ˜
Dari situ, saya akui apa yang dikatakan, “Anak-anak akan
terbiasa dengan apa yang dibiasakan”. “Apa yang dia lihat (dari ibubapa) itulah
dia belajar dan tiru”.
Ada siapa yang nak chup jadi calon menantu ka? Hehe.. gurau
je.. Doakan mereka dan anak-anak kita semua bertanggungjawab pada diri,
ibubapa, agama, keluarga dan masyarakat.
Cemerlang Dunia Akhirat insyaAllah.
Moral of the Story, 8 sebab anak lelaki perlu diajar
melakukan kerja-kerja rumah adalah:
1. Membentuk lelaki sejati awesome
Ini barulah lelaki
sejati awesome! Insyaallah sikap yang dibiasakan akan terbawa-bawa sehingga
besar. Insyaallah akan turut sama membantu isteri nanti bila dah kahwin. Ikut Sunnah
Rasulullah Saw.
2. Kreatif
Kadang-kadang susun atur diperlukan. Bagi saya ia
menggalakkan problem-solving. Mereka juga akan berfikir bagaimana untuk susun
dan kemaskan barang-barang.
3. Penyayang
Daripada pengalaman saya tadi, pada saya mereka serlahkan
rasa empati, sayang dan kasih kepada kita. Mereka lakukan bukan kerana disuruh
atau dipaksa. Mereka yang memilih untuk buat. Alhamdulillah.
4. Ringan Tulang
Ia memupuk sikap ringan tulang. InsyaAllah harapnya akan
membantu orang lain juga; guru-guru, rakan-rakan dan lain-lain.
5. Disiplin
Ia juga berkaitan disiplin. Rumah tunggang-langgang atau
kemas dan bersih kerana sikap dan disiplin. Bukan kerana rumah baru atau lama.
Rumah besar atau kecil. Rumah sendiri atau rumah sewa. Islam ajarkan
kebersihan. Disiplin ini jika tidak diasuh, hilanglah nilai “Kebersihan itu
sebahagian daripada Iman”.
6. Lebih Bertanggungjawab
Berkongsi kerja akan mengurangkan stress sesama ahli
keluarga (esp maklah!. Hehe). Setiap ahli keluarga merasakan dirinya penting, bertanggungjawab
dan diperlukan. Kajian juga menunjukkan bahawa dengan melakukan kerja-kerja
rumah itu mereka belajar bagaimana sesebuah keluarga itu berfungsi (http://m.raisingchildren.net.au/articles/tasks_and_chores_involving_kids.html)
7. Self-esteem (tinggi harga diri)
Kajian juga menunjukkan bahawa kanak-kanak yang tidak diberikan
satu-satu kerja khusus mempunyai lebih tinggi harga diri, lebih bertanggungjawab
dan lebih mampu untuk berhadapan dengan kekecewaan dan kelewatan kepuasan. Semua
itu turut menyumbang kepada kejayaan yang lebih besar di sekolah. Tambahan pula,
kajian oleh Marty Rossman menunjukkan bahawa dengan melibatkan kanak-kanak di dalam
kerja-kerja rumah pada usia yang muda boleh memberi kesan yang positif di
kemudian hari. Malah, kata beliau, "Ramalan terbaik untuk kejayaan seorang
remaja pada pertengahan 20-an adalah, mereka mengambil bahagian di dalam
kerja-kerja rumah sejak mereka berusia tiga atau empat." (http://centerforparentingeducation.org/library-of-articles/responsibility-and-chores/part-i-benefits-of-chores/)
8. Membentuk karakter
Kesemua itu dan apa yang mereka lalui hari demi hari
merupakan pelajaran baru untuk kanak-kanak. Bagaimana kita respon itulah akan
membentuk peribadi mereka kelak.
Belajar Secara Tidak Langsung
=======================
Jangan kata apabila mereka ada di dapur atau mahu mahu
membantu apa jua kerja itu sebagai menyusahkan dan melambatkan (walaupun itulah
hakikatnya! J
). Mereka sedang belajar sebenarnya. Ia sebenarnya termasuk anak lelaki dan
perempuan.
Kanak-kanak belajar dalam banyak cara. Bukan hanya setakat
pandai baca, tulis, kira sahaja. Hidup ini sebenarnya lebih dari itu.
Pembentukan sikap diri (akhlak) itu yang lebih utama. I am
still struggling with that. Membentuk sikap, peribadi, akhlak dan iman itu jauh
lebih sukar dari mengajar ABC, AlifBaTa! Ya Allah.. bantulah kami…
No comments:
Post a Comment