Bismillahirrahmanirrahim.
Saja ummi nak abadikan kenangan ini. :) InsyaAllah
mudah-mudahan ianya menjadi antara kenangan yang paling manis dan ada kebaikannya
didunia dan akhirat. InsyaAllah
Sudah lama Uways minta untuk belikan basikal baharu. Iyalah
basikal yang lama tu pun sudah kecil sangat. Memang bagi pada Umayr saja. Alhamdulillah
Umayr pula menerima seadanya. Tidak pula meminta yang baru. Alhamdulillah dia
pun faham basikal masih elok dan boleh digunakan. Tidak perlu membazir membeli
yang baru.
Alkisahnya, 26 September 2014.
Uways menyebut lagi tentng basikal baru. Ummi berpesan untuk
Uways berdoa agar Allah berikan rezeki untuk ummi abi belikan basikal.
Keyakinan 100% pada Doa
Sememangya tiada masalah untuk Abi Ummi belikan basikal baru
untuk Uways, tetapi apa yang lebih
penting, Abi dan Ummi mahu Uways belajar bahawa doa itu adalah sumber kekuatan
dan Allah akan mudahkan urusan apa jua yang kita minta. Allah akan memakbulkan
apa yang kita minta sebagaimana firman Allah:
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ
عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِين
Maksudnya:
Dan Tuhanmu berfirman: “Mohonlah (mintalah) kamu kepadaku, pasti aku
perkenankan (permintaan) kamu itu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombong
diri dari menyembahku akan memasuki
neraka Jahannam dalam keadaan hina dina”, (Surah al-Ghafir:60)
Allah PASTI akan memakbulkan apa sahaja doa kita itu, tetapi
kemungkinan:
1) Allah akan berikannya segera
2) Allah tangguhkan waktunya pada waktu yang lebih tepat dan sesuai
3) Allah gantikannya dengan sesuatu yang lebih baik
Khamis selepas solat maghrib, usai mengangkat pakaian
dijemuran untuk dilipat, tiba-tiba ummi terdengar Uways berdoa, “Ya Allah,
bagilah Abi dan Ummi beli basikal baru HARI SABTU”. Banyak kali uways ulang. Memang
bersungguh-sungguh berdoa. Siap sebut hari sabtu tu! :)
Bila Abi balik dan ummi ceritakan pada Abi, tahu tak apa yang
berlaku? Abi kata, “patutlah sepanjang perjalanan balik dari office tadi Abi teringatkan
Uways dan tergerak hati nak belikan uways basikal!”. Subhanallah, memang benar
doa seorang anak kecil itu tiada hijab antara Tuhan dan seorang hamba yang
tiada dosa!. Jadi, Abi pesan pada ummi, esok bawa Uways pergi tengok basikal
mana yang dia berkenan dan tulis karangan tajuk, “Basikal Impian Saya”. Banyak
betul “cabaran” untuk mendapatkan basikal baru ni ya!? :)
Jadi keesokannya selepas ummi ambil uways dari sekolah, ummi
ambik jalan simpang ke Ong Tai Kim. Uways macam pelik. Biasanya kalau balik
sekolah, tak lalu jalan ni. Ummi nak buat surprise ni.
“Kita nak pegi mana ni ummi?”
“adalah…ikut saja.Rahsia..”.
Bila dah masuk simpang kedai basikal…
“Oh Uways tau! Nak beli basikal??!!”
Ummi senyum. Mengangguk.
“tapi kita tak beli harini, kita tengok saja dulu, nanti
i.allah hari sabtu kita datang dengan Abi beli, ok?”
Muka tersangatlah terharu. Menangis kegembiraan!Sayang anak
ummi ni!
“terima kasih ummi!’’
Masuk kedai basikal, belek pi belek mai… Uways berkenan
basikal ini…
Balik ke office ummi, Uways tulis karangan seperti yang
diminta.. inilah karangan pertama budak darjah satu ni..hehe…Halalllah
kan..Tahniah!
Alhamdulillah, Abi dan Ummi pesan, hadiah basikal ini bukan
kerana hadiah harijadi 15/10/2014 Uways, tetapi Abi dan Ummi belikan hadiah basikal
atas sebab:
1) Uways tak tinggal solat
2) Uways beri komitmen untuk hafaz al-Quran
3) Uways selalu tolong ummi
4) Uways tolong jaga adik
Untuk Umayr yang 4 tahun ni pula. Bersemangat waja mahu
menunggang basikal abangnya. Sudah lama teringin. Cari punya cari roda tepi
yang lama, tak jumpa pula dalam stor. Nak beli rasa membazir. Jadi, pada hari
yang sama juga ummi “pulun ajaq” Umayr kayuh dan control handle. Fuh..memang
jenuh jugak sampai sakit pingganglah dibuatnya! Tapi Alhamdulillah berbaloi!
Hikmah roda tepi tak jumpa, tak beli baru, ummi pulun ajaq, Alhamdulillah boleh
kayuh sendiri!
Video ini boleh menerangkan serba sedikit apa yang berlaku.. (Sebenarnya, ummi belajar try buat video sendiri ni). hehe..
Video ini boleh menerangkan serba sedikit apa yang berlaku.. (Sebenarnya, ummi belajar try buat video sendiri ni). hehe..
Ok, semoga Uways, Umayr dan Sofieyya terus membesar menjadi
anak soleh dan solehah insyaAllah. Semoga anak-anak semua faham apa yang Abi
dan Ummi mahu sampaikan…
Salam sayang…
No comments:
Post a Comment