Sebelum ini
saya pernah beberapa kali mencuba resipi puding roti. Tapi kurang menepati
citarasa. Alhamdulillah setakat ini, resipi ini saya suka! Ada sedikit rasa
ala-ala caramel juga J. Senang sahaja.
Langkah-langkah
:
A.      Roti Gardenia
5-6 keping (yang dipotong 4), Susun di dalam Loyang. Boleh selang selikan dengan taburan kismis @ choc chip @ jagung tin @ jem @ buah laici yang dipotong kecil . Haritu bahan yang saya guna potongan kurma, choc chip dan buah laici sahaja.Tuangkan susu segar
(sehingga susu menutupi roti). 
B.      Blend:
6 biji telur
1 tin susu cair
¼ susu pekat
3 sudu penuh gula
¼ @ 1/3 butter
Esen vanilla
Kemudian
tuangkan  B dalam Loyang A tadi. Balik-balikkan
perlahan-lahan.
p/s: Bila
sudah tuang di dalam Loyang, campuran bahan roti tadi akan nampak seperti
berenang-renang. Jangan risau, Itu sudah ok, tapi kalau rasa nak keras sikit puding
roti tu, boleh tambahkan dalam 2 keping roti lagi.
Bakar 40-50
minit, suhu 160 d.c.
Siap.
Kalau rasa
nak buat ala-ala chef sikit, boleh buat sos kastad. (yang ini saya hentam
sahaja, tapi not bad). Susu segar, gula, esen vanilla, tepung kastad. Sukatan
agak-agak sahaja. J Masak dengan api perlahan sehingga agak pekat
setakat yang dikehendaki. 
Untuk
hiasan, tuangkan sos kastad, boleh potong buah strawberry, kiwi, letak daun
pudina sehelai. Chewah..nampaklah macam master chef sikit kan.. J Tapi kalau tak ada, itu pun sudah cukup akan membuatkan puding roti licin!.
Sekian, Selamat
mencuba J

 
 
No comments:
Post a Comment