Saturday, April 18, 2009

Musoddiq dalam kenangan…








17/4/2009 (Jumaat)

Ketika ini saya teringatkan arwah. Seorang anak kecil yang masih belum memahami apa-apa telah kembali menemui Pencipta dirinya yang berhak pada tanggal 14 / 4 /2009 (Selasa), jam 10.40 pagi. Ahli syurga ini baru belajar berjalan. Namun Allah lebih menyayanginya. Hari ini cukup 4 hari ahli syurga ini disemadikan.

Musoddiq. Anak kepada abang kandung saya (Marhaizan) dan kakak ipar/kakak kepada Azani (kak wahida). Baru berumur 1 tahun 2 bulan. Inilah anak sulung mereka. Bahkan hanya inilah satu-satunya permata yang ada buat masa ini. Cucu keempat disebelah saya dan cucu sulung di sebelah Azani. Uways belum sempat untuk mengenalinya, apatah lagi untuk ditinggalkan memori bersamanya...

Seperti tidak percaya. Ketika itu (selasa 14/4/2009) di dalam kelas. Saya menerima panggilan dari hubby jam 10.45pagi:

Hubby: sayang tau tak pasal musoddiq?
Saya: kenapa?
Hubby: Musoddiq dah tak ada.
Saya: Innalillahiwainna ilaihi raji’uun..Ya Allah!! Betul ka ni?
Hubby: baru tadi abg. Ijan telefon. Kata dia “tarik”. Jom kita balik.
Saya: ok, nak settlekan kelas ni, pastu Diana naik atas.

Allah. Lemah anggota badan saya. Saya cuba menghabiskan kelas secepat mungkin. Saya telah maklumkan pada mereka. Students saya perasan. Saya tidak boleh fokus dengan apa yang saya terangkan di dalam kelas. Terasa ingin segera sampai ke Alor Setar. Terbayang-bayang wajah bulat comel musoddiq. Bulu matanya yang melentik.

Terasa seperti baru semalam menerima berita gembira menyambut kedatangan orang baru. Terasa seperti baru semalam kami menziarahinya di Hospital Seberang Jaya Pulau Pinang. Namun taqdir telah menentukan. Di Hospital yang sama beliau dihentikan nadinya.

Baru semalam (Isnin 13/4/2009) saya bersembang dengan kak wahida:
Saya: sihat ka semua? Musoddiq pandai apa dah?
Kak wahida: Alhamdulillah sihat, boleh berjalan dah..tapi jalan cara diala..
Saya: tak sabaq nak balik, tp x tau la bila boleh balik, mungkin tunggu budak cuti semester kot..

Masih terngiang-ngiang dialog saya dan kak wahida sehari sebelum menerima berita sedih ini.

Kami bergegas pulang ke Alor Setar dari Kuala Lumpur. Memang laju hubby memandu, dengan harapan sempat bertemunya untuk kali terakhir. Tetapi tiada rezeki kami untuk menciumnya buat kali terakhir. Allah, kecewa saya. Kami sampai lewat petang. Beliau disemadikan jam 4.00 petang.

Punca kematian.

Doktor tidak dapat pastikan punca sebenar. Menurut cerita sebab “tarik”. Hari 14/4/209 (Selasa) tu kak wahida dapat panggilan dari pengasuh Musoddiq. Dia muntah keluar air yang banyak. Kak wahida bergegas dan terus membawanya ke klinik. Masa tu nadi semakin lemah. Lalu terus dihantar ke Hospital Seberang Jaya Pulau Pinang. Di sana, beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Ayah, mak serta adik saya mengambil mereka di sana. Membawa jenazah untuk disempurnakan di Alor Setar. Saya tidak dapat membayangkan keadaan abang saya yang memangku anaknya yang sudah tidak bernyawa sepanjang perjalanan dari Pulau Pinang ke Alor Setar. Sebak saya memikirkannya.

Saya didalam perjalanan, hanya melihat gambar terakhir bersamanya ketika mereka datang ke Kuala Lumpur. Kami pergi ke Melaka beramai-ramai. Bersama keluarga Pak Tam dan kak Niza. Itulah kali terakhir saya mencium dan bermain dengannya. Mereka tidur dirumah kami.

Sejurus sampai ke rumah kak wahida di Tanjung Bedil saya terus mendapatkannya. Sebak. Hanya ucapan sabar dan takziah atas pemergian anakanda tersayang. Saya masih ingat lagi kata-katanya ketika kami berpelukan, “Allah bagi pinjam sat saja…” (Allah bagi pinjam sekejap sahaja”). Benar Allah ambil kembali hakNya. Kita tidak mampu berbuat apa-apa.

Mak Teh dan Pak Teh (panggilan saya untuk ayah dan ibu mak kak wahida) ada menceritakan ketika dimandikan ada kesan lebam di bahagian belakang badan Musoddiq. Mungkin jatuh. 2-3 minggu sebelum pemergiannya, mak saya juga ada mengatakan badan Musoddiq susut. Musoddiq tidak lalu makan, tidur menonggeng. Mereka berubat cara cacing. Tidak disangka. Mungkin sebab lain.

Abang saya juga ada menceritakan Musoddiq manja dan inginkan belaian dan meminta untuk didukung, seolah-olah ingin mengatakan, “abi, Musoddiq dah nak pergi tinggalkan Abi dan Ummi ni..”. Abang saya pernah juga mengatakan kepadanya setelah mendapat berita insyaAllah untuk kehadiran adiknya, “Musoddiq kena duduk baik-baik, musoddiq dah nak jadi abang ni..”. Sedih saya teringatkan ceritanya. “Duduk baik-baik seperti ada maksud yang tersirat. Selamanya beliau akan “duduk baik-baik”. Sedihnya saya…

Jenazah dipakainkan jubah putih, berkopiah. Saya tidak sempat menyaksikan semua itu. Hanya doa untuk mereka.

Doakan mereka untuk TABAH dan KUAT

Apa yang saya harapkan dan doakan, mereka tabah dan kuat untuk menghadapi hari-hari mendatang. Kami sekeluarga teramat sedih atas pemergian Musoddiq. Apatah lagi ibu dan ayah kandungnya.

Tidak dapat saya bayangkan bagaimana mereka akan melalui kehidupan selepas ini untuk memulakan tugas semula selepas cuti kematian. Rumah yang sebelum ini ceria dengan ketawa dan tangisan akan hilang. Sunyi dan Sepi. Bagaimana keadaan mereka apabila melihat pakaiannya, susu yang masih berbaki, pampers yang masih ada, tilam yang menjadi tempat arwah bergolek dan bermain. Setiap sudut di dalam rumah pasti akan teringatkan mereka kepada Arwah. Ya Allah, berilah kekuatan dan ketabahan kepada mereka…insyaAllah Musoddiq akan menanti abi dan umminya di syurga…Amiin…







gambar-gambar terakhir ketika mereka berkunjung ke rumah kami. Gambar di rumah kak ina, sebelum bertolak ke Melaka.




p/s: permintaan saya agar sahabat-sahabat dapat sama-sama mendoakan mereka lebih lebih lagi kak wahida yang berbadan dua. Doakan agar semuanya selamat. Agar keceriaan dapat kembali mengisi kekosongan dan kesedihan.

8 comments:

ila nursalida said...

kene sawan ke? lebam di badan tu plak ape cerita? jatuh? ade silap di mana2 kot...tak tanya lanjut ngan pengasuh?

takziah untuk keluarga arwah.al-fatihah.

ANISAH AHMAD said...

Salam takziah... sudah terjamin menjadi ahli Syurga..
Innalillahi wainna ilaihi roji'un..

::: HaNiEs z.M.i ::: said...

kak hanan pernah juga berborak ngn azani masa kt sabah dulu pasal arwah semasa beliau baru dilahirkan.sgt sedih bila baca berita ni...moga ibubapa Musoddiq kuat mghadapi dugaan ini..

Unknown said...

salam takziah dari kami sekeluarga..
berat mata yg memandang berat lagi bahu yg memikul..

InsyaAllah anak yg akan dilahirkan bakal pengganti yg kehilangan walaupun tidak akan sama dgn kenangan bersama arwah..

mg lebih tabah dan kuat. amiin..

Zimah Zaiwani said...

salam. cikgu! igt saya lg tak? wan hazimah??? yg mntk cg ajarkan bahasa arab utk spm dulu!!! kalau xknal, kenalah lwt blog saya tau!!!

IeNa said...

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un....Allah..ternangis saya baca posting ni, apatah lagi membayangkan keadaan yang sama berlaku pada sama sekiranya anak say Insyirah pergi, berat sungguh rasanya nak menerima hakikat kehilangan anak tersayang.

Saya doakan agar abg dan kakak ipar anti tabah dan dikurniakan pengganti Musoddiq yang dapat mententeramkan dan membahagiakan hati mereka di hari muka, insya Allah.

dinaluzriq said...

k.ila: tu yg xtau.pengasuh kata tak jatuh apa pun...tp xsawan pun, demam apa pun tak.

w.hazimah:ingat...msti ingat punya...:)

syukran utk semua, k.ila, mhah, hanies,ummu uwais, k.iena,w.hazimah..

Unknown said...

I google my name and I found this. Salam takziah ntuk adik yg sama nama. al-Fatihah.