Saturday, April 11, 2009

Pita Pizza “Ala Carte”..Jom cuba..!!!



Bulan lepas, saya berkesempatan membuat makanan kegemaran hubby “Pizza”. Resepinya saya ambil dari rancangan Ala-Carte yang disiarkan setiap Ahad, 5.00 ptg dalam siaran ntv7. hmm not bad..


Hubby kata rasa macam pizza hut. Chewwah..kembangla suami puji.. hehehe. Uways pun suka. Sampai botol sos masuk dalam bekas makanan dia. Main sos.
Resepinya mudah saja. Bahan pun senang cari. Tak perlu buat doh sendiri. Yang penting, Sedap!. Ok, saya nak kongsi resepi “Pita Pizza” ini. Saya tak ikut sebiji macam yang ala-carte, ada reka cipta sendiri juga. Yang asas, resepi ala-carte.
Bahan-bahan:

1. Roti Pita
2. Cili banggala (hijau, merah, kuning- kalau nak sikit saja, takut cili banggala ni kalau tak guna cepat mudah rosak, jadi beli sebiji yang hijau pun dah cukup).
3. Bawang besar (potong tak besar, tak kecik-potong saja ikut suka)
4. Nanas tin (potong nipis, kecil-kecil)
5. Tomato (potong nipis atau dadu –ikut suka)
6. Sosej (potong bulat-bulat)
7. Ayam (rebus letak garam dan lada sudah sikit lepas tu carik-carik)
8. Mozzarella cheese
9. Sos Prego
10. Olive Oil
11. Oregano

Cara buat:

1. Sapu olive oil atas roti pita, kemudian sos prego. Lepas tu susun saja semua bahan-bahan tadi, tak terlalu penuh dan tak sikit sangat . Yang nak makan pun kita juga.. (tomato, cili banggala, bawang, nanas, sosej, ayam, tabur sikit oregano)


2. tabur cheese. Bakar 10-15 minit dalam 180ºc.

3. lepas tu boleh makan.. yummy!!.. Selamat Mencuba!

6 comments:

A Teenage Girl ; said...

salam,

Huyyo ! sedapnyaaaaaa.dah lah sy tgh kempunan pizza,eheeeh.

Lepas spm sy cuba! skrg busy,tak smpt =/ adoi

dinaluzriq said...

ha...buat, jgn x buat...:)
mkn bnyk2..!!!

IeNa said...

waa..seronoknya dpt resepi pizza ni..serius teruja nak buat heheh.

nanti kalau jadi saya inform hehe, syukran jazeelan lagi sekali :D

dinaluzriq said...

cuba..insyaAllah jamin sedap..!!:) sama2 kasih...

hmm..nk buat menantu kena tanya uways nak tak...uways kalau tnya apa pun skrg msti "nak"... :)

IeNa said...

Hehe, comel uways :D

Nanti kalau auntie tanya 24 tahun lagi, jawab 'nak' jugak tau :D

diha said...

nnt adik p umah, bt taw!!