Hari Isnin sempena Cuti Maulidur Rasul, kami berkesempatan balik ke
Sudah lama Uways tidak balik ke rumah Opah dan Tok Wan. Boleh juga tengok sepupu baru ini. Sangat Excited menjenguk kepala sambil memegang napkin dalam katil baby tu. Sebab napkin baby saja yang Uways dapat capai. Bahaya kalau dibiarkan. Teddy bear, Ultraman atau baby nampak macam sama saja. Memang tak harap lagilah kot Uways nak jaga adik sendiri kalau macam ni. Hikhikhik…
MasyaAllah, Comelnya Nusaybah. Anak kedua kepada pasangan Ustaz Arif Nazri dan Ustazah Nur Farhah. Adik kepada Umaymah. Tahniah!. Kalau perasan anak mereka ni semestinya atas wazan isim tasghir “fu’ailun” (salah satu bahagian dalam mata pelajaran Sarof di dalam Bahasa Arab). Kecil untuk perempuan. Sesuai.
Kalau perasan juga, nama ketiga-tiga mereka ada huruf “y” di tengah-tengah. Umaymah, Uways, Nusaybah. Saja. Tidak ada apa-apa ‘itiqad pun.
Umaymah cucu sulong dalam keluarga sebelah suami. Lahir awal 5 bulan dari Uways. Bulan 14 Mei 2007, dan 15Oktober 2007. Tapi kiranya sebaya. Bahaya kalau duduk dekat. Mereka ni suka berkawan, tapi susah juga nak tengok berdamai. Tambah-tambah lagi kalau Uways ada atas riba Tok Wan. Umaymah akan cemburu. Tapi Uways pula, dia ok saja. Lelaki. Tak berapa suka kalau orang gomol-gomol, peluk-peluk, cium-cium. Rimas kot. Memang berbeza cara anak perempuan dan lelaki ni.
Tapi apa yang sangat kelakar dan mencuit hati. Selepas proses perdamaian berlaku. Inilah hasilnya..
Semoga kalian membesar menjadi anak yang Soleh dan Solehah. Berjaya cemerlang Dunia dan Akhirat.
1 comment:
alhaaaai comel ;p
Post a Comment