“Doktor pun bukan semuanya tahu”. Saya membuat kesimpulan awal kepada suami. Kerisauan kepada Uways mempengaruhi emosi.
Sebaik pulih dari selsema dan demam yang hampir mencecah 40 darjah memang amat merisaukan mana-mana ibubapa. Baik dari demam, tiba-tiba ada seperti ruam pada bahagian tepi mulut, ulser didalamnya, ruam belakang bahu, lutut, dan melepuh sebiji dua pada bahagian tangan dan kaki.
Saya sangkakan samada itu demam campak yang baru naik ataupun mungkin juga penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) seperti yang dihebah-hebahkan.
Klinik pertama saya pergi. Kata doktor tiada apa-apa. Cuma ruam, virus kerana main kotor atau memasukkan apa-apa kedalam mulut. Disebabkan yang mengatakn hal itu merupakan seorang doktor, saya menyedapkan hati dan berkata kepada suami seperti yang dimaklumkan. “tiada apa-apa, ruam saja”.
Kerana masih tidak berpuas hati, kesempatan balik ke
Naluri keibuan saya mengatakan itu merupaka HFMD. Walaupun hakikatnya perkara tersebut tidak saya inginkan. Setelah mencari dan melayari beberapa laman web, naluri saya menguatkan lagi perkara yang saya fikirkan.
Apabila dihantar ke nursery, cikgu Uways mengatakan bahawa itu merupakan simptom-simptom HFMD seperti mana yang telah berlaku kepada beberapa rakan Uways yang lain. Uways terpaksa dikuarantin dan dinasihatkan agar tidak dibawa ke nursery. Takut berjangkit kepada rakan yang lain. Walhal Uways pun berjangkit dari rakannya.
Cikgu Uways juga ada menyatakan bahawa ada seorang ibu berjumpa sampai 7 orang doktor!. Hanya doktor yang ketujuh mengesahkan bahawa itu merupakan simptom HFMD. Itupun kerana beliau merupaka seorang pakar kulit.
Apa pun, Alhamdulillah sekarang masih lagi cuti semester. Saya hanya duduk dirumah.
Dibawah ini dikongsi beberapa perkara berkaitan panyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) yang diambil dari blog Dr. Azwan.
Definisi dan Penyebab
HMFD ialah jangkitan melalui sejenis virus dipanggil enterovirus, atau virus yang biasa terdapat di dalam usus. Contoh virus yang menjangkiti manusia ialah poliovirus, Coxsackie virus A dan B, echovirus dan enteroviruses 68-71.
HFMD boleh disebabkan oleh coxsackievirus A16, A5, A9, A10, B2, B5 and enterovirus 71. Coxsackievirus A16 (Cox A16) adalah penyebab paling biasa HFMD tetapi yang paling tidak bahaya.
HFMD disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah lebih merbahaya dan menyebabkan kematian. Ini adalah disebabkan oleh jangkitan selaput otak (meningitis), Jangkitan otak (encephalitis), masalah jantung (myocarditis) dan jangkitan paru-paru berair.
Cara jangkitan
HFMD mudah berjangkit. Jangkitan dapat merebak daripada manusia ke manusia melalui sentuhan melalui cairan hidung dan mulut, air liur, cecair daripada lepuh tangan dan kaki, dan najis mereka yang dijangkiti. Seseorang pesakit paling mudah menjangkiti orang lain dalam waktu seminggu terkena jangkitan.
Gejala Penyakit
HFMD datang dengan tumbuh ruam dan lepuh di tangan dan tapak tangan (macam berair atau ruam merah), penggelangan tangan, kaki dan juga kawasan mulut. Kebiasaannya, hampir kesemua kes mempunyai ruam di tangan, tetapi hanya 90% sahaja kes yang mempunyai ruam di dalam mulut. Adakalanya hanya ruam di tangan sahaja yang timbul jika dijangkiti HFMD tanpa ruam2 di kawasan yang lain.
Dalam masa yang sama, pesakit boleh mendapat demam, rasa lenguh-lenguh badan, sakit kepala, jangkitan mata, sakit perut dan kadang-kadang cirit birit.
Di antara banyak virus penyebab HFMD, virus yang disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah paling merbahaya. Demamnya adalah lebih tinggi (39 darjah ke atas) dan lebih daripada 3 hari. EV71 adalah penyebab kematian 27 orang kanak-kanak di Sarawak daripada 34 kematian pada tahun 1997.
Perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya anak anda menghidap HFMD:-
. Demam Tinggi.
• Penat dan lemah.
• Tidak mahu makan dan kurang kencing.
• Bernafas kencang.
• Muntah-muntah.
• Nampak mengantuk, pening dan cepat marah dan menangis.
• Sawan
Perawatan HFMD.
HFMD biasanya tidak bahaya dan hilang sendiri. Kebanyakan kes tidak perlukan kemasukan ke hospital dan hanya perlu dirawat sebagai pesakit luar sahaja.
Perawatan simptomatik diperlukan oleh kebanyakan pesakit HFMD. Ini bermaksud menurunkan demam, mengurangkan kesakitan seperti sakit kepala dan sakit badan, Meningkat hidrasi pesakit dan perlukan rehat yang secukupnya. Gel kebas boleh diberikan untuk mengurangkan kesakitan ulser mulut.
ANTIBIOTIK tidak perlu digunakan di dalam kebanyakan kes.
Pesakit perlu diasingkan daripada kanak2 yang lain.
Bilakah pesakit perlu dimasukkan ke Hospital?
- Apabila pesakit tidak boleh makan dan minum dan perlu dimasukkan air melalui salur darah
- Kelihatan lemah dan teruk, kelihatan toksik
- Jika demam tidak berkurang dan tinggi (38 dan 39 darjah sentiasa) lebih daripada 4 hari
- Bila doktor menjangka terdapat jangkitan kepada kawasan otak menyebabkan kanak-kanak meracau, serangan sawan, kepenatan melampau, tidak peka terhadap persekitaran.
- Bila terdapat masalah jantung seperti gangguan bunyi jantung, tekanan darah rendah.
Masih TIADA vaksinasi untuk penyakit ini pada waktu ini.
Elakkan Jangkitan!
Adalah penting untuk anda membasuh tangan dengan menggunakan sabun setiap kali anda menukar lampin anak-anak yang terkena HFMD.
Anda juga boleh menggunakan air dan sabun (ada yang cadangkan menggunakan Clorox) untuk membersihkan lantai, mainan, pakaian dan lampin yang terkena najis atau air liur mereka.
Jangan bawa anak anda ke tempat terbuka seperti kolam renang atau kompleks membeli belah. Sekolah dan nurseri juga perlu dielakkan untuk mengelakkan jangkitan merebak.
Jangan Panik
Sekiranya andak anda terkena jangkitan, usah panik. Kebanyak HFMD tidak merbahaya dan pulih sendiri. Apatah lagi sekiranya anak-anak anda tiada demam, selera makan adalah biasa dan nampak ceria sahaja walaupun terdapat ruam di mulut dan tangan.
Dapatkan nasihat doktor di klinik yang berhampiran dan elakkan jangkitan kepada anak-anak yang lain.
Dipetik dari < Blog Dr. Azwan>
“Doktor bukan semuanya tahu”.
Itu hanya sekadar tajuk. Jangan pula ada dikalangan doktor marahkan saya disebabkan tajuk ini. Hakikatnya semua manusia ada perkara yang dia kurang arif. Sama juga dengan seorang guru, pensyarah, ustaz, engineer dan lain-lain.
Contohnya ustaz. Sekiranya ditanya tentang sesuatu perkara yang dia kurang pasti. Ustaz yang jujur dengan Agama serta kepada orang yang ditanya pasti akan menjawab, “minta maaf saya kurang pasti tentang perkara itu, insyaAllah saya akan check semula berkenaannya dan akan menjawabnya kemudian”. Bahaya sekiranya beliau mengeluarkan “fatwa”nya sendiri sedangkan perkara itu beliau sendiri tidak yakin. Hanya disebabkan ingin menjaga “maruah” dan “air muka”. Elakkan fitnah kepada agama serta berlaku adil dan jujur.
Juga seorang guru. Sekiranya seorang pelajar bertanya kepada seorang guru (sebenarnya beliau merupakan seorang ustaz) tentang Matematik Tambahan. Sudah pasti beliau tidak pasti walaupun beliau pernah mempelajarinya suatu ketika dahulu. Sudah pasti amat tidak wajar untuk pelajar itu mengatakan, “Takkan cikgu pun tidak tahu soalan itu, bukankah cikgu merupakan seorang cikgu?”.
Semuanya tahu
Kesimpulannya disini, dalam diri setiap manusia ada perkara yang dia tahu dan ada perkara yang dia tidak tahu. Jangan beranggapan kita tahu semuanya. Saya katakan perkara ini kerana terdapat segelintir daripada kita ataupun rakan-rakan kita yang bersikap “tahu semuanya”.
Sekiranya kita termasuk golongan “tahu semuanya”, bedah siasat dan perbaiki diri kembali. Elakkan diri dari “dimenyampahkan” oleh orang lain.
Amat benarlah kata-kata Allah didalam Surah (an-Nahl: 43)
فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
Maksudnya;“maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui”
Ayat ini memberi gambaran jelas kepada kita bahawa sememangnya kita tidak tahu semuanya. Tanyalah mereka yang lebih arif tentang perkara yang kita tidak tahu. Usah menjadi “bodoh sombong”.
Doktor perlu tahu
Saya yakin kebanyakan daripada kita akan beranggapan bahawa doktor akan tahu semuanya. Baik apa sahaja perkara yang berkaitan dengan kesihatan. Tetapi adalah tidak wajar sekiranya kita sakit gigi, doktor kulit yang kita cari.
Namun dalam kes HFMD ini, saya rasakan sepatutnya doktor tersebut perlu tahu. Kes HFMD sudah tersebar luas. Mustahil beliau tidak tahu.
Wallahu ta’ala ‘alam.
dinaluzriq
68100, Bt. Caves.
No comments:
Post a Comment