Friday, March 13, 2009

Nursery atau Rumah Pengasuh?


Uways @ New School


2 Mac 2009.


Hari ini hari pertama Uways ke Nursery. Educare IIUM di PJ. Sangat excited. Suka sungguh Uways. Maklumlah orang peramah dan suka berkawan ni. Hehehe..


Sejurus saya menghantar Uways ke biliknya, terus dia berjoget depan semua rakan-rakannya. Masa tu mereka sedang menonton video kanak-kanak bermelodi. Kelakar saya dan suami melihat gelagat Uways. Kanak-kanak yang lain semuanya duduk menonton, yang Uways sampai saja terus berjoget depan mereka!. Mesti kawan-kawan Uways kata, “apehal budak baru ni, tiba-tiba je menari depan kitaorang”.


Aksi Uways berjoget.



Seronok sungguh masa saya pergi mengambil Uways untuk balik. Seronok bermain. Mungkin lain Uways rasa. Sebelum ni di rumah orang. Kawan hanya 2 orang dan abang-abang (anak pengasuh). Baguslah kalau Uways suka berkawan. Senang sesuaikan diri dengan suasana baru.



Nursery atau Rumah Pengasuh?


Suatu ketika dahulu sewaktu mengandung lagi saya sudah memikirkan dimana tempat terbaik untuk Uways diletakkan. Pada saya pemilihan tempat untuk menjaga anak antara kedua-duanya ada pro dan kontra.


Untuk nursery, sekiranya boleh, pastikan yang berdaftar. Sekiranya tidak, tidak mengapalah mungkin kerana tiada pilihan lain. Antara yang penting, yang berdaftar ni biasanya akan ada pemantauan dari pihak berkuasa. Contohnya nursery itu terlebih had bilangan kanak-kanak dari yang sepatutnya atau tidak. Sekiranya lebih, mungkin tindakan sewajarnya akan diambil.


Di nursery juga biasanya ada silibus khas yang disusun untuk kanak-kanak bagi membantu perkembangannya. Ini mungkin mustahil akan dapat dari rumah pengasuh. Tetapi antara yang kontranya, biasanya penyakit mudah berjangkit. Ini memang tidak dapat dielakkan, serta beberapa perkara yang lain.


Di nursery juga ada kelebihan. Si kecil pasti akan mendapat pengalaman baru seterusnya dapat meningkatkan pembelajarannya. Dia belajar melalui persekitarannya. Malah akan menjadikan dia lebih aktif dan berani apabila bergaul dengan rakan-rakan.


Namun dari sudut emosi, berkemungkinan juga dia akan tertekan dengan rutin harian yang "mesti" dilaluinya sedari kecil. Dari kecil sampai memasuki alam persekolahan sehinggalah universiti, rutin harian pembelajaran wajib diikuti.


Itu pun sekiranya dia tertekan. Namun sekiranya dia seronok dan gembira dengan persekitarannya, insyaAllah dia akan menerima pembelajarannya dan mindanya dapat diransang setiap hari.


Untuk pengasuh, alhamdulillah sekiranya mendapat pengasuh yang baik. Menjaga anak kita seperti anak sendiri. Alhamdulillah Uways mendapat pengasuh yang menjaganya dengan baik. Selama lebih kurang setahun dua bulan Uways dengan kak Shila atau Ummi Shila untuk Uways.


Kiranya saya berpuas hati cara kak shila menjaga Uways. Sampaikan ada waktu tu Uways alah dengan habuk. Hama yang menyebabkan biji merah. Sanggup kak shila angkat karpet dan mop lantai sebelum Uways sampai lagi. Terharu ada. Kesian pun ada. Sudahla dia menjaga anak kita. Walaupun saya kata tak perlu susah-susah, Uways ok sahaja. Tapi kak shila kata “tak apa, kesian kat Uways”. Terima kasih banyak-banyak kepada ummi shila.


Hari terakhir Uways dirumahnya, kak shila menangis. Saya yang terharu dan hiba turut sama mengeluarkan air mata. Bayangkan kalau anak kita sendiri kita tak akan berjumpa dengannya?. Kak shila anggap Uways macam anak sendiri. Insyaallah walaupun hubungan hanya pengasuh dan anak jagaan, hubungan dan budi kak shila tidak akan dilupakan. Uways akan datang menziarahinya nanti, insyaAllah.

Ummi Shila buat kek sempena Birthday Uways


Anak kak shila dan seorang rakan. "Uways tengok ape tu?"


Mana yang terbaik?


Tiada yang terbaik. Sekalipun anak hanya berada bersama kita, namun sekiranya tiada ransangan untuknya. Sama sahaja.


Persoalan samada baik atau tidak, ia satu kemestian atau tidak, ia terletak kepada kemahuan ibubapa sediri. Apa yang dirasakan baik dan kurang risikonya kepada anak kita.


Di nursery ada kes berlaku kepada anak-anak. Tidak kurang juga di rumah pengasuh. Didera, tersedak susu dan sebagainya.


Walaua apa jua pilihan yang dibuat, ransangan dan pembelajaran di rumah oleh ibunya sendiri jangan dilupakan. Bahkan dirumah kita boleh mengajarnya mempelajari bahasa serta meransang pekembangannya yang lain seperti kognitif dan fizikal.


Kognitif adalah berkaitan dengan proses mental yang melibatkan mengamati, mengetahui dan memahami. Contohnya bermain dengan blok warna-warni. Anak kita akan belajar tentang bentuk, warna corak dan sebagainya.


Oleh itu untuk ibu-ibu atau bakal-bakal ibu. Untuk memilih nursery atau pengasuh, terpulang kepada anda dalam manilai dan memilih yang lebih baik untuk anak anda. Berilah kepercayaan kepada mereka. Janganlah terlampau cerewet yang akan menyebabkan mereka “sakit hati” dengan kita. Akhirnya anak kita yang akan menjadi “mangsa”. Jadikan apa sahaja tindakan sebagai “win-win situation”. Doalah mudah-mudahan tiada perkara tidak elok berlaku kepada anak kita.



Wallahua’alam.


dinaluzriq

68100, Bt. Caves.

No comments: