Hari ini berkesempatan untuk mencoretkan sesuatu tentang anakanda kesayangan sebagai satu coretan kenangan..
Alhamdulillah, Februari ni atau lebih tepat lagi, 15 Februari 2009 genap usia Uways 1thn 4bln..Macam-macam gelagat dan perkara baru yang tak terlayan dibuatnya…
Dalam tempoh 1thn 4bulan ni, antara perkara baru yang Uways buat:
1) Upin Ipin
Uways suka tiru
Pantang tengok kubah masjid, mesti tangan dengan secara automatiknya di telinga dan terus laungkan azan. Tak kisahlah dalam buku, depan mata.Bahkan, bukan setakat kubah masjid saja, yang tokong Hindu, Buddha pun sekali!. Ha, Jangan tak tau, azan Uways bunyi azan Mekah lagi tau!! Tapi azan uways ni pendek sikit. Bunyi “Abbaaaaaaaaaaat” je.. Kiranya senang dan cepatla orang pergi sembahyang, tak payah tunggu azan panjang2
3) kawan uways
Antara perkara yang kelakar, setiap kali nak pegi hantar rumah pengasuh kat gombak, uways mesti cam dan perasan kawan dia yang duduk bergayut kat twin tower jalan masuk ke uia tu. Sebelum hantar dan selepas balik, mesti uways akan tunjuk gambar tu sambil buat muka senyum yang gembira tu!! Sambil tunjuk, “tu..tu..”. Kawan uways…
Dari traffic light lagi dah teruja dan perasan gambar tu...
4) hip-hop/shuffle??
Memang anak-anak kecil ni suka dengan muzik@ perkara yang berbunyi. Pantang dengar iklan, atau lagu, nasyid etc, mesti nak menari. Yang kelakarnya, org kata uways menari shuffle???. Hai..jangan uways, tak elok tu..budak kecil ni manala tau apa,kira bergoyang, berjoget je..tau taula manala dia belajar atau tengok..na'uzubillah min zalik..
5) susun tin.
Pernah satu hari, masa tengah memasak di dapur, uways main dengan periuk. Masa tu tak perasanlah pulak dia main apa, tengok-tengok, dah susun tin2 sardin,dll..!!!kreatif dan bijak!!!
ainah uways, pastu tolong ummi kemas balik..
Senang saja cara uways masak, masukkan sekali dengan tin-tin. Semuanya hasil kerja tangan Uways. Lepas tu lari sekejap sebab dengar iklan kat TV..
6) baca Quran dan buku
Setiap kali saya nak baca Quran, Uways mesti akan dating dan duduk atas riba sambil tangan tunjuk atas Quran dan bunyilah suara yang dia baca tu. Tapi tak tau dan tak faham bahasa apa yang uways guna. Nak kata jerman, pelik lagi bunyi dari uways. Bila tengok apa saja yang berbentuk tulisan pun, macam tulah gayanya. Kononnya baca. Hmm bagus uways, jadikan membaca satu budaya!!!
Harapnya sampai besar nanti suka membaca ya, insyaAllah..
hmm..
6 comments:
salam..
MasyaAllah.. mmg bijak abg uways nih... comei..comeii.. shatir!
bestnya baca gelagat uways ni.. hehe.. Mesti comel dengar dia cakap.. Geramnya....
bijakk...bijakkk!!!
cekgu,comelnye uways!
*uways jd anak soleh tau.. :)
hehehe..klakar part die susun tin n main masak2 tuh..uways..uways..
tulah antara gelagat2 uways yg tak terlayan...:)
Post a Comment