Thursday, February 19, 2009

Uways 1 tahun 4 bulan.."betul3x" (Upin-Ipin)

Hari ini berkesempatan untuk mencoretkan sesuatu tentang anakanda kesayangan sebagai satu coretan kenangan..



Alhamdulillah, Februari ni atau lebih tepat lagi, 15 Februari 2009 genap usia Uways 1thn 4bln..Macam-macam gelagat dan perkara baru yang tak terlayan dibuatnya…



Dalam tempoh 1thn 4bulan ni, antara perkara baru yang Uways buat:

1) Upin Ipin

Uways suka tiru gaya ipin cakap, “betul3x”..kelakar dengar..



2) Suka Azan

Pantang tengok kubah masjid, mesti tangan dengan secara automatiknya di telinga dan terus laungkan azan. Tak kisahlah dalam buku, depan mata.Bahkan, bukan setakat kubah masjid saja, yang tokong Hindu, Buddha pun sekali!. Ha, Jangan tak tau, azan Uways bunyi azan Mekah lagi tau!! Tapi azan uways ni pendek sikit. Bunyi “Abbaaaaaaaaaaat” je.. Kiranya senang dan cepatla orang pergi sembahyang, tak payah tunggu azan panjang2 kan uways..hehehe.



3) kawan uways

Antara perkara yang kelakar, setiap kali nak pegi hantar rumah pengasuh kat gombak, uways mesti cam dan perasan kawan dia yang duduk bergayut kat twin tower jalan masuk ke uia tu. Sebelum hantar dan selepas balik, mesti uways akan tunjuk gambar tu sambil buat muka senyum yang gembira tu!! Sambil tunjuk, “tu..tu..”. Kawan uways…


Dari traffic light lagi dah teruja dan perasan gambar tu...


4) hip-hop/shuffle??

Memang anak-anak kecil ni suka dengan muzik@ perkara yang berbunyi. Pantang dengar iklan, atau lagu, nasyid etc, mesti nak menari. Yang kelakarnya, org kata uways menari shuffle???. Hai..jangan uways, tak elok tu..budak kecil ni manala tau apa,kira bergoyang, berjoget je..tau taula manala dia belajar atau tengok..na'uzubillah min zalik..



5) susun tin.

Pernah satu hari, masa tengah memasak di dapur, uways main dengan periuk. Masa tu tak perasanlah pulak dia main apa, tengok-tengok, dah susun tin2 sardin,dll..!!!kreatif dan bijak!!! Ada imaginasi yang tinggi uways ni.. habis dapur bersepah. Tapi tak marah pun, dia pun tak tau apa. M

ainah uways, pastu tolong ummi kemas balik..


Senang saja cara uways masak, masukkan sekali dengan tin-tin. Semuanya hasil kerja tangan Uways. Lepas tu lari sekejap sebab dengar iklan kat TV..


6) baca Quran dan buku

Setiap kali saya nak baca Quran, Uways mesti akan dating dan duduk atas riba sambil tangan tunjuk atas Quran dan bunyilah suara yang dia baca tu. Tapi tak tau dan tak faham bahasa apa yang uways guna. Nak kata jerman, pelik lagi bunyi dari uways. Bila tengok apa saja yang berbentuk tulisan pun, macam tulah gayanya. Kononnya baca. Hmm bagus uways, jadikan membaca satu budaya!!!


khusyuknya...


Harapnya sampai besar nanti suka membaca ya, insyaAllah..



hmm..Ada banyak lagi perkara baru yang telah uways explore, ini hanya sebahagiannya sahaja..semoga uways terus membesar menjadi anak yang soleh, pejuang sunnah dan agama Allah..sayang ummi dan abii..permata hati abi dan ummi…


6 comments:

Uwais Amzar's Family said...

salam..
MasyaAllah.. mmg bijak abg uways nih... comei..comeii.. shatir!

MhAh said...

bestnya baca gelagat uways ni.. hehe.. Mesti comel dengar dia cakap.. Geramnya....

FirJah said...

bijakk...bijakkk!!!

sakinah said...

cekgu,comelnye uways!
*uways jd anak soleh tau.. :)

Cahaya Mata Kemuliaan Agama said...

hehehe..klakar part die susun tin n main masak2 tuh..uways..uways..

dinaluzriq said...

tulah antara gelagat2 uways yg tak terlayan...:)