Monday, February 23, 2009

"TAG" bertandang lagi...

Inilah hasilnya, sedikit coretan tentang diri yang ingin dikongsi bersama. Setelah diri di ‘tag’ oleh Kak Jah dan Anisah.


Jenuh juga “mencari” dan menaip balik tentang diri sendiri ni.


Tetapi, bagus juga, sekurang-kurangnya dapat kembali “mencari” dan memahami diri sendiri. Boleh baca tentang diri ini, yang bernama Mardiana binti Mat Ishak…


  1. Seorang hamba Allah yang sangat mencintai Islam.. Seorang anak kepada pasangan guru En. Mat Ishak dan Pn. Siti Rohani.
  2. Anak ke3 daripada 4orang adik beradik (Kakak-Marhanis, abang-Marhaizan, adik-Siti Mardhihah). Semuanya ada Mar.. Semuanya bersekolah di Maktab Mahmud Alor Setar..
  3. Isteri kepada Mohd Khairul Nizam, ibu kepada Uways… I love my family sooo Much… Berkahwin ketika masih belajar, pada usia 23tahun. Menjadi seorang Ibu pada usia 24 tahun.
  4. Saya ni suka bersembang a.k.a peramah lah kot. Itu sebabnya suami saya kata Uways ni peramah macam ummi dia (Aik?? tapi saya rasa suami saya lagi peramah- hmm jadi kiranya tempias abi dan ummi kena pada uways la kot). Uways ni pantang jumpa orang, mesti dia nak tegur dulu..
  5. Seorang yang cepat “hangin” dan geram pada benda-benda yang tidak disukai (tapi lebih suka memendam) namun cepat pula sejuknya. Dan perkara yang dimarahkan tu biasanya tidak pernah kekal lama. Cepat lupa dan reda kemarahan.
  6. Sangat menggemari program “Jom Deco bersama Eric” (tapi sekarang musim dah habis). Sebab masih berangan untuk memiliki rumah idaman (InsyaAllah..)
  7. Sangat menghargai kawan2, shbt2, keluarga, guru2. Selalu terkenangkan zaman masa sekolah dan belajar bersama kawan2, guru, pensyarah dsb.
  8. Seorang yang suka menolong/ membantu orang. Agak susah untuk katakan “tidak” bila ada orang nak minta tolong (harap x ada yang akan mengambil kesempatan ya.. hehehe ). Rasa serba salah kalau tak dapat tolong orang itu. Kadang-kadang rasa macam biar diri tersengsara asalkan tidak pada orang. Tapi sekarang baru belajar untuk katakan tidak pada mana2 perkara yang boleh membantutkan kerja2 yg lebih utama.. Atas nasihat hubby tercinta..
  9. Salah satu kenangan manis masa sekolah Rendah, ketika “kenakalan” dan “kegengsteran” bersama Fadiah dan Ain Maisarah. Rasanya semua orang menyampah dengan kami bertiga. Macam nak jadi ketua sokmo. Walaupun kami ni pengawas sekolah. Nakal masa dulu budak-budak je..sekarang dah baik.. hehehe.
  10. Kenangan terindah masa sekolah menengah di Maktab Mahmud, ketika diri dinobatkan Tokoh Pelajar Mithali Sekolah tahun 2000. Dapat menggondol 3 anugerah serentak (Pelajar terbaik SPM aliran Pengajian Islam/Ekonomi, Pengawas Cemerlang) . Daripada tak pernah dapat selama belajar di MM, sampailah dapat sekaligus. Alhamdulillah, rasa bersyukur sangat2. Sebab rasa macam tak mampu nak bawak banyak tanggungjawab, Ketua Pengawas Puteri, AJK2 lain, nak SPM lagi, tp alhamdulillah terbalas juga akhirnya.
  11. Kenangan manis di IIUM masa degree, sangat banyak. Antaranya dapat mengenali dan bekerjasama dengan orang yang hebat-hebat. Menimba banyak pengalaman berharga (tidak cukup rasanya untuk dinyatakan disini).
  12. Kenangan manis di IIUM ketika Master. Sibuk ke hulu ke hilir dari Sek. Men. Islam Al-Amin (mengajar) dan ke UIA (belajar-sambil “membawa” perut). Waktu tu menggalas 3 tanggungjawab besar 3B (Belajar, Bekerja dan Berkahwin). Alhamdulillah dapat melaksanakan kesemua tugas dengan baik atas bantuan dan sokongan suami tersayang.
  13. Kenangan manis ketika mengajar di Sek. Men. Islam Al-Amin. Banyak juga, antaranya, ukhuwwah dengan guru-guru yang sangat komited dan banyak membantu. Berhadapan dengan pelbagai ragam dan jenis anak didik (ada juga yang pahit)…Hmm Miss u all..
  14. Kenangan pahit (boleh dikatakan juga manis) yang sangat sukar dilupakan. Masa dalam pantang lebih kurang 20hari, sanggup pergi interview ke N9 bersama-sama baby. Naik kereta dari Kedah ke Ipoh (rumah mertua) ayah +mak hantar. Kemudian keesokan hari naik kereta dipandu adik ipar dari Ipoh ke KL. Esoknya hubby bawak ke N9. Bawa Uways sekali. Lepas interview tidur di rumah kakak ipar di Kajang dan subuh keesokan harinya bertolak dari LCCT balik ke Kedah. Ingatkan (dan mengharapkan) ada rezeki di U***, tetapi tiada rezeki. Agak kecewa dan terkilan. Interview tanya soalan yang banyak menjurus kearah politik. Pelik bin ajaib. Tidak sepatutnya.
  15. Tapi Alhamdulillah Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita. Rezeki di Gombak. Barulah sedar antara hikmah “tidak dapat” interview tu. Macam mana kalau sorang bekerja di N9 dan sorang lagi di KL. Alhamdulillah.
  16. Tak sangka akhirnya sekarang menjadi “oghang Kolumpo”. Ingatkan grad dari UIA akan balik ke Kedah. Tetapi tidak. Alhamdulillah sangat bersyukur dengan segala rezeki dan “aturan hidup” yang Allah telah bagi….


That’s all about me…

Ini dia list nama terpilih (yang terlintas) untuk diri ini mengenali dengan lebih mendalam.. Selamat menjawab…


Kak Arasy

Kak Alia

Dena

Zunnurain

Ummu Uwais

IzzahUlfah

Ain

Kak Jamilah

Annur

Nabilah

Anis Wardah

Amira


tapi ini sahaja yang sempat siapkan.. tak cukup syarat nih...


hmm kalau sempat tu, tulislah yer...memang "susah" nak post tag ni... :)


Peraturannya, jawab 16 fakta tentang diri (ada orang yang ingin mengenali diri anda dengan lebih mendalam). Kemudian pilih 16 rakan lain yang anda ingin mengetahui tentang dirinya pula...saja main-main tag ni..hehe


No comments: