Thursday, February 26, 2009

Kahwin Muda: Manisnya sebuah Pengorbanan

Terasa segala “kepenatan” dan “pengorbanan” terbayar. Alhamdulillah Isnin 23 Februari 2009 yang lalu telah berakhir segala fasa “kuarantin”. Saya telah selesai menyiapkan thesis MA dan telah menghantar “binding hard cover” ke Centre for Postgraduate Studies (CPS). Ini bermakna, inyaAllah saya akan konvo pada Oktober 2009 (bukan pada Ogos kerana bulan tersebut pada tahun ini jatuh pada bulan Ramadhan).

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Supervisor yang banyak membantu, Dr.Asem Shehadeh Soleh 'Ali atas bantuan serta dorongan yang tidak putus-putus dan 2nd reader saya, Dr. Shamsul Jamili Yeob. Juga kepada suami tercinta atas bantuan yang tiada hujungnya, keluarga dan sahabat-sahabat.. Tajuk yang telah dibuat: "تحليل الخطاب السياسي لجلالة الملك الحسين بن طلال (ملك الأردن) في ضوء علم اللغة النصي ونظرية الاتصال".



Sesungguhnya menggalas 3 tanggungjawab serentak bukan satu perkara yang mudah. Mudah secara teorinya, tetapi tidak pada praktikalnya. 3 B (Belajar, Bekerja dan Berkahwin) memerlukan tahap keazaman, kesabaran, pengorbanan dan istiqamah yang tinggi.




Berkahwin bukan satu alasan untuk tidak berjaya di dalam pelajaran. Malah belajar bukanlah satu penghalang untuk tidak berkahwin!. Apa yang pasti, banyak pengorbanan terpaksa dibuat demi satu tujuan. Antara pengorbanan yang utama adalah Masa dan Kewangan.



Korban Masa



Perkara yang perlu dan terpaksa dikorbankan adalah masa tidur dan rehat. Urusan pelajaran hanya akan bermula setelah Uways tidur. Kadang-kadang waktu abi bermain dengan Uways. Ada juga masa saya akan tidur awal bersama Uways dahulu dan akan bangun semula sekitar jam 3 pagi.



Biasanya segala urusan kerja hanya disiapkan di tempat kerja. Di rumah hanya penumpuan kepada pelajaran dan rumahtangga.



Memang rehat biasanya kurang. Tidur dalam 4 atau 5 jam. Kadang-kadang kurang dari itu. Mungkin atas faktor inilah banyak sahabat menegur saya semakin susut. Tapi saya rasa macam inilah fizikalnya. Mungkin sebab jarang jumpa.


Korban Kewangan



Banyak wang terpaksa dihabiskan untuk banyak tujuan. Maklumlah kehidupan berkeluarga yang masih lagi diperingkat bertatih. Wang simpanan perlu ada untuk tujuan yang lebih besar. Rumah Idaman.

Tidak dinafikan perlunya perbelanjaan harian dan bulanan diperinci. Hanya beli apa yang perlu dibeli. Utamakan mana yang lebih utama.



Dorongan Insan Tersayang.



Dalam sebuah rumahtangga lebih-lebih lagi rumahtangga pelajar (suami dan isteri yang masih belajar), perlu diiringi dengan sokongan, dorongan dan bantuan yang tidak berbelah bahagi. Agak sukar jika isteri belajar, mendapat suami yang tidak memahami dan kurang diberi bantuan. Begitu juga sebaliknya. Hanya memikirkan diri sendiri.



Alhamdulillah suami banyak memberi sokongan dan dorongan malah bantuan yang tidak putus-putus. Terima kasih sayang!!. Alhamdulillah banyak masa diberikan sepenuhnya untuk saya dalam belajar, terutamanya dalam ‘menjaga’ Uways. Hubby terpaksa “melupakan” seketika thesis PhD nya kerana memberi laluan untuk saya terlebih dahulu.



Alhamdulillah sekarang tugas saya memberi ruang untuknya pula menyiapkan thesis serta segala yang berkaitan dengan urusan pelajarannya. Sesungguhnya suami isteri menjadi pelengkap antara satu sama lain.



Berkahwinlah!. Tiada salahnya walaupun masih muda. Sesungguhnya belajar ketika mendapat sokongan dan dorongan dari insan tersayang yang sah adalah sangat manis.! Malah lebih berkat tanpa terselit sedikitpun rasa bersalah kepada Allah. Keberkatan dalam pelajaran pasti akan dirasai..



2 comments:

FirJah said...

alhamdulillah..mabruk a'laikuma...!!

Unknown said...

salam
akk setuju dgn tjuk berkahwin muda dan perenggan akhir itu cukup sarat maknanya.. berhubungan dalam keberkatanNya.. :)adalah sangat manis dgn tautan yg sah!

selamat maju jaya..lbh success dunia akhirat! amiin.