Friday, September 26, 2008

Alhamdulillah…

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Tiada kata yang dapat diucapkan melainkan ucapan syukur yang tidak terhingga kehadrat Allah ta’ala atas kurniaan rezeki ini. Alhamdulillah hari ini 25 september 2008, saya telah menerima surat rasmi daripada UIAM. Syukur dan Gembira setelah membaca apa isinya.

“APPOINTMENT AS A CELPAD LECTURER AT THE INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA – I have the pleasure to inform you that the International Islamic University Malaysia (IIUM) has agreed to appoint you as a CELPAD Lecturer at the IIUM. Your initial placement is at the Qur’anic Language Division; Centre for Languages and Pre-University Academic Development…”


Penantian setelah sekian lama


Penantian satu penyiksaan. Sebenarnya saya pernah mengisi borang untuk Post yang sama dua kali. Tetapi jawapannya negatif. Kali pertama sewaktu saya di tahun akhir pengajian Degree. Mungkin ini sebabnya, sebab syarat untuk post itu adalah kepada mereka yang telah memiliki ijazah, sedangkan saya waktu itu belum lagi habis belajar, sudah pasti mereka yang telah sedia memiliki ijazah akan diterima. Kali yang kedua pula saya hanya hantar secara suka-suka. Dan didalam surat balas Celpad, tiada kekosongan untuk jawatan yang dipohon. Dan Alhamdulillah kali yang ketiga ini, setelah membaca iklan kekosongan jawatan di Celpad, tanpa berlengah lagi saya terus mengisi borang dan hantar ke Celpad.


3 peringkat tapisan


Sudah sedia maklum bahawa untuk mana-mana post academician di UIAM akan melalui 3 peringkat proses interview (ini untuk orang yang biasa-biasa seperti saya, sebab kalau jadi Best Student macam adik ipar saya, UIAM yang akan memberi tawaran untuk kita :) )

1. Interview – Peringkat pertama
Saya dimaklumkan hampir 30 orang yang diterima untuk melalui 1st stage ini, dan setiap sesi interview seramai lebih kurang 14 orang.

So interview pada peringkat ini bersama Head Department kampus utama dan setiap kampus cawangan serta Dean Celpad+beberapa orang (dalam 7 orang waktu itu). Setiap orang akan diinterview dengan perkara yang berbeza tetapi masih dalam ruang lingkup yang sama (Bahasa Arab). Yang pasti, interview memang di dalam bahasa arab.

Waktu itu saya diberi satu qit’ah (petikan) di dalam bahasa arab. Saya dikehendaki membacanya. Kemudian saya ditanya tentang beberapa makna untuk perkataan dan i’rab perkataan yang mereka pilih. Disamping itu juga saya ditanya tentang beberapa perkara yang berkaitan dengan diri, pencapaian dan aktiviti sewaktu si kampus. Setelah selesai interview, saya diberi masa selama 15 minit untuk menulis karangan di dalam Bahasa Arab. Tajuk yang saya kena أثر العولمة على اللغة العربية" " (Kesan globalisasi keatas bahasa arab). Alhamdulillah saya dapat siapkan. Pada saya, ujian bertulis ini mungkin tidak sangat memberi fokus kepada isi, apa yang penting mungkin cara kita menyusun karangan antara muqaddimah, isi dan penutup. Ini pandangan saya. Sebab saya hanya menulis muqaddimah, 2-4 isi utama sahaja beserta penerangan dan penutup. Satu muka sahaja. Alhamdulillah.

2. Interview – Peringkat kedua
Interview kali ini dipanggil “Demo-Teaching”. Dari peringkat pertama, hanya 14 orang terpilih untuk keperingkat yang kedua ini. Kali ini, ada dua orang wakil pemerhati datang untuk melihat cara kita mengajar/ meng “conduct” kelas. Memang totally kena guna Bahasa Arab. Tidak boleh ada walaupun terjemahan di dalam bahasa Inggeris ataupun Melayu. Waktu saya haritu ada dua orang pelajar asing. Jadi gunalah apa cara sekalipun untuk menerangkan sesuatu perkara kepada pelajar, samada dengan melukis ataupun isyarat. Saya diberi petikan di dalam bahasa arab dan mengajar di salah satu kelas yang diambil dari kelas sebenar selama 1 jam. Kelas dan petikan disediakan. Calon hanya perlu sediakan rancangan mengajar dan mereka akan melihat kreativiti kita serta cara “attract” pelajar. Alhamdulillah, saya lepas.

Sebenarnya malam sebelum “demo-teaching” saya telah siap membuat bahan bantu mengajar untuk digunakan pada keesokan hari. Kad manila, tampal itu dan ini dsb. Dan malam itu juga hubby dan uways turut sama pergi ke salah satu kelas di UIAM. So saya mengajar dan suami saya memberi komen apa yang perlu dibuat dan apa yang patut dielakkan. Thanks a lot my dear!!!. Dan yang kelakar, uways macam suka saja main dengan kerusi-kerusi dalam kelas tu. Merangkak atas kerusi dari satu kerusi ke kerusi yang lain!!. Dan Alhamdulillah dia tak menangis ataupun tiba-tiba nak meragam. Thank you Uways!!. So malam itu untuk jadikan diri lebih confident keesokan harinya. Alhamdulillah.


3. Interview – Peringkat ketiga/terakhir
Orang kata kalau dah lepas “demo-teaching” insyaAllah kira sudah diterima. Kiranya hanya fasa untuk berkenalan dengan bakal-bakal staff. Tapi Wallahu’alam sejauh mana kebenarannya, sebab saya ada dengar ada calon yang tidak berjaya walaupun dah melepasi “demo-teaching”. So interview kali ini bersama Rektor serta beberapa dean kulliyyah dan beberapa orang Officer. Waktu saya haritu dalam 7 orang. Memang setiap orang berbeza interview. Interview kali ini di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Saya kena haritu dalam 5-10 minit. Tupun macam sembang-sembang biasa saja. Tanya saya suka lagu arab lama apa, buat apa sekarang. Dan diaorang pun macam happy-happy saja. Kami semua sebenarnya takut kalau tiba-tiba ditanya tentang isu semasa ka, politik ka, dan perkara-perkara yang tidak dijangka. Tapi Alhamdulillah. Kami punyalah prepare dengan semua yang berkaitan UIA, isu-isu dsb. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.

Terpilih dan bertuah

Saya sebenarnya dipilih untuk menjadi Part-Timer di CFS / Matrik UIAM PJ selepas interview peringkat pertama lagi. Antara semua calon yang ada, seorang ditempatkan di PJ (saya) dan 4 orang di Nilai (seorang perempuan dan 3 lelaki). Alhamdulillah. Sebenarnya waktu tu saya masih lagi bekerja di Al-Amin. Menunggu notis berhenti selama sebulan berakhir. Bayangkan bekerja di 2 tempat?Agak memenatkan. Dan saya sebenarnya dalam dilema samada mahu melepaskan Al-Amin ataupun tidak. Di Al-Amin, saya dah setahun dan dikira sudah terjamin, tapi jika di CFS sebagai Part-Time ni, macam-macam boleh berlaku. Samada boleh ditolak atau diterima. Maksudnya tiada jaminan untuk bekerja. Setelah istikharah dan menimbang banyak perkara, akhirnya saya membuat keputusan untuk melepaskan Al-Amin. Saya fikir kelas di Matrik hanya hari Rabu dan Khamis, so hari-hari yang lain saya boleh terus fokus dan membuat thesis saya. Alhamdulillah aturan Allah memang cukup sempurna!!.

Kiranya sekarang saya bekerja di CFS IIUM (PJ). Alhamdulillah. Kehidupan lebih fleksibel.



Hikmah


Saya sebenarnya memuji cara sistem interview di UIAM (saya puji ini bukan setelah saya diterima). Tetapi hakikat. Sebab sebanarnya saya pernah apply untuk post yang sama tetapi di Universiti yang berbeza (salah satu Univ. Di Malaysia yang dikatakan penubuhannya untuk memberi saingan kepada UIA-Wallahu’alam sejauh mana kesahihannya).

Saya agak pelik dan geram. Saya apply untuk academician, bukan untuk jadi YB atau orang besar mana-mana parti polotik. Saya diinterview oleh “orang besarnya”, banyak soalan yang ditanya berkaitan politik. Seolah-olah untuk menguji saya menyokong Kerajaan ataupun pembangkang. Sudah tentula kita akan sebut menyebelahi kerajaan.

Dahla masa tu saya dalam pantang tak sampai 30hari. Saya sanggup balik ke KL untuk ke sana bersama suami dan baby. Dengan harapan ada rezeki baby untuk bekerja disitu. Dan keesokannya pula saya balik semula ke Alor Setar dengan flight. Tapi sudah ditaqdirkan rezeki saya bukan disitu. Dan Alhamdulillah saya tak dapat. Rupa-rupanya “rezeki uways” di UIAM. Alhamdulillah Syukur Ya Allah!!. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita!!..


Apa yang saya harapkan, penginterview tidak melihat faktor politik didalam pemilihan Staff terutamanya untuk pemilihan academician di IPT. Pada saya biarlah apapun parti sokongannya asalkan dia dapat memberi sumbangan yang baik kepada majikannya dan melaksanakan segala Amanah. Adakah faktor politik lebih menjadi keutamaan walaupun akademiknya tidak memenuhi syarat?



p/s: So anak-anak @ adik-adik murid di al-Amin dah jelas kenapa cikgu terpaksa melepaskan Al-Amin?? :) cikgu sentiasa doakan kejayaan antum.. Selamat Maju Jaya untuk semua yang akan menduduki peperiksaan..!!! Miss u!! All the Best!. Sampaikan salam sayang buat semua yang pernah mengenali cikgu ok..!!??

9 comments:

Unknown said...

;) takpe sy faham,ecehh haha. congratulation cg! hebak cg nihhh , bangga eyhhh sy. hehe

dinaluzriq said...

boolah: trm ksh bnyk2..ameen i.Allah..hehehe..raya ni maila aloq staq..

dena: tq v.much my dear..xdelah cik dena oii..cg ni org biasa2 sj.. :) nama kita sama..

sharifah hafizah said...

tahniah ustazah..hehehe

Anonymous said...

Assalamualaikum Puan. Sekadar bertanya. Berapa lama ya sela masa antara hari temuduga dengan waktu diberikan surat pelantikan tu? :) Saya mendapat panggilan interview sebagai guru di CELPAD, rupa-rupanya ada ujian bertulis sebelum sesi temuduga.

dinaluzriq said...

Salam puan. Rasanya dalam seminggu. Ya, syarat terbaru sekarang ujian bertulis sebelum temuduga. Semoga dipermudahkan urusan oleh Allah :)

Nur Fatimah said...

Salam ustazah. I too received an offer to the second interview with the Rector and HR. First interview haritu, kami tak ada pula diminta buat mock teaching.

By the way ustazah, mungkin jika tak keberatan, ustazah sudi berkongsi tips or questions yang lazim disoal oleh Rector and HR? Pada saya, mereka akan ask few related questions like book about Islam, how to contribute to IIUM.

Saya teringin sebenarnya nak mengajar di tempat yang bi'ah solehah. First time hadiri IV yang ramai sekali panelnya, hehe. :) Terima kasih juga sudi berkongsi entry that really helpful. Syukran. :)

Unknown said...

Assalamualaikum sister. Seronok baca article sister. Alhamdulillah saya juga baru lepas interview demo-teaching sebagai lecturer chemistry di IIUM. Kalau tak keberatan, mungkin sister boleh share tips tips untuk saya bekal kan nanti di stage seterusnya. Doakan saya success seperti sister juga. Insyallah :)

Unknown said...

Assalamualaikum sister. Seronok baca article sister. Alhamdulillah saya juga baru lepas interview demo-teaching sebagai lecturer chemistry di IIUM. Kalau tak keberatan, mungkin sister boleh share tips tips untuk saya bekal kan nanti di stage seterusnya. Doakan saya success seperti sister juga. Insyallah :)

Unknown said...

Assalamualaikum sister.
Saya ada banyak nak tanya dgn sis. hehee. Alhamdulillah saya dapat interview dgn UIA. Dah lepas demo teaching dan interview bersama dean faculty. ptg ni baru UIA call katanya mintak saya update details pekerjaan sekarang sbb HR gombak nak tgk. ada apa apa tips ke untuk saya ye sister? hehee.
email saya: fatehahnuraini@gmail.com