Saturday, August 30, 2008

Selamat menyambut ulangtahun “kemerdekaan” yang ke-2 !!!

by : dinaluzriq

Jika ditanya saya semula apakah ciri-ciri lelaki idaman untuk dijadikan suami?. Tanpa ragu-ragu lagi saya akan menjawab. “Saya inginkan seorang suami seperti suami saya sekarang!”. Alhamdulillah beliau merupakan seorang yang beriman, sangat penyayang, memahami, kelakar, bertanggungjawab dll..tidak cukup rasanya kalau nak dinyatakan semuanya disini.

Alhamdulillah atas jodoh yang Allah aturkan untuk diri ini. Alhamdulillah usia perkahwinan kami pada tahun ini genap 2 tahun. 30 Ogos 2006, jam 9.00 malam saya sah menjadi teman hidup dan pendamping setia kepada Mohd Khairul Nizam bin Zainan Nazri.

Saya menggunakan perkataan “MERDEKA” bagi menyatakan bahawa segala perkara yang menjadi halangan untuk seorang lelaki dan perempuan yang belum berkahwin, akan menjadi halal semuanya setelah sah menjadi milik masing-masing. Ya, setelah diijab kabul, setiap wanita pasti akan merasakan bahawa diri mereka dihargai dan disayangi selamanya.. Dia tercipta untukku dan Aku diciptakan untuknya.

“MERDEKA”

Saya tidak pernah bercinta. Itu yang pasti. ( Cuma kalau ada pun hanya cinta monyet masa zaman kanak-kanak. Suka orang itu dan ini). Tetapi adalah mustahil kalau saya katakan bahawa saya tiada perasaan untuk disayangi dan menyayangi sewaktu dialam remaja / kampus. Tetapi saya simpan perkara tersebut. Pada saya, saya akan beri cinta ini hanya kepada yang berhak. Itulah suami.

Tidak pernah ‘berdating’ ataupun keluar berdua-duaan. Apatah lagi perkara-perkara yang dibuat oleh kebanyakan pasangan yang bercinta. Alhamdulillah saya dapat jaga maruah diri dari muslihat syaitan dan iblis. Dan sesungguhnya perkahwinan merupakan tiket yang akan menghalalkan segala-galanya. Berdua-duaan saat bergelar suami isteri adalah lebih manis dan bermakna.

SAAT DIRI ‘DIINTAI’

Mengimbau kembali saat diri “diintai”. Saya sebenarnya ketika dialam kampus (Matrik PJ+UIAM Gombak) pernah ada jejaka-jejaka yang ingin mencuba nasib untuk berkenalan ataupun dengan istilah yang lebih tepat digunakan sekarang untuk ‘bercouple’. Tapi saya tetap dengan prinsip saya. Berkawan setakat hal persatuan. Tidak lebih dari itu. Apatah lagi hal yang melibatkan persoalan hati dan perasaan. Pada saya InsyaAllah andai sampai waktu dan masa, tepat orangnya, segalanya akan berjalan sempurna.. Dipermudahkan Allah semuanya. Alhamdulillah dengan prinsip yang dipegang, Allah permudahkan urusan jodoh saya.

Saya membuka ruang di hati untuk menerima kehadiran seorang lelaki yang saya yakin insyaAllah akan menjadi suami dan bapa kepada anak-anak saya sewaktu di tahun akhir di UIAM. Saya tidak meletakkan faktor wajah, kekayaan dan sebagainya sebagai syarat. Apa yang penting, saya yakin dengan Akhlak dan Agamanya.













Gambar bertunang


Saya ‘ditipu’ oleh rakan sebilik (hidayah) yang mengatakan ada hal penting dan dia mengajak saya ke Library. Memandangkan saya tengah basuh baju waktu tu, jadi saya suruh dayah pergi dulu dan saya akan menyusul.

Di Library, sebenarnya dia sudah berpakat dengan Jannah (adik ipar) saya di situ. Jannah jumpa saya dan tanya/risik tentang status diri yang sebenarnya. Perkara yang tidak saya ketahui sampailah saat saya menjadi isteri, rupa-rupanya masa di library tu suami saya mengintai disebalik buku-buku library untuk melihat wajah saya secara live. Ya Allah! Kalau saya tau, awal-awal lagi saya tak ke library waktu tu.

Gambar yang 'dicuri' oleh dayah untuk ditunjukkan kepada bakal suami dan familinya. "Tak baik dayah berkomplot!!"..



UJIAN DAN DUGAAN

Saya yakin ada sebahagian daripada kita pernah/akan mengalami saat-saat yang amat merunsingkan. Lebih-lebih lagi diambang pertunangan dan perkahwinan. Macam-macam dugaan yang datang. Ketika saya baru mengenali suami waktu tu, ada pula orang lain yang ingin mencuba nasib. Waktu tu, saya perlu istikharah untuk membuat pilihan yang terbaik antara yang terbaik. Antara 3 individu yang datang pada masa yang sama. Alhamdulillah setelah istikharah dan menimbang banyak perkara, Alhamdulillah saya membuat pilihan orang yang pertama bertanyakan tentang diri saya. Itulah suami saya.

Kami tidak pernah kenal sehinggalah saat diperkenalkan. Kami berkenalan pada bulan Disember 2005, bertunang pada 5/6/2006, akad nikah pada 30/8/2006 malam dan walimah sebelah perempuan pada 31/8/2006, dan walimah disebelah pihak lelaki pada 1/9/2006. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan sempurna.

Saya pernah tanya suami, kenapa tak cukur misai tu sama..Hubby kata, "kan versi Datuk K skrg ni".. Hehehe..yela tu.. Hmm sebab tula siti nak kat DK.. Kebetulan Siti Nurhaliza pun kahwin seminggu awal dari kami.

Mak tersenyum lebar dapat menantu baru.


Saya sebenarnya agak takut dan tidak yakin sewaktu ingin minta keizinan dari mak dan ayah untuk berkahwin. Sebab masih lagi belajar di tahun akhir. Namun kuasa Allah yang mengatur segalanya. Saya seperti tidak percaya. Mak dan ayah saya minta untuk berkenalan dengan famili sebelah suami. Kiranya macam merisik jugakla. Kemudian seterusnya bertunang dan berkahwin. Alhamdulillah.

Ketika usia perkahwinan baru mencecah 2 bulan. Kami diuji dengan terlibat di dalam kemalangan jalan raya. Waktu tu on the way balik ke kampung menghadiri “family gathering” di kepala batas sebelah ibu saya. Saya yang memandu memandangkan suami saya sakit kepala dan demam. Silap saya yang ‘tak fokus’ dan agak laju memandu dan brek mengejut. Hujan pula renyai-renyai. Accident 5 biji kereta di highway jawi. Kereta kami dibelakang sekali. Kereta kelisa silver remuk. Kereta berpusing mengadap lawan arus highway. Mulut suami saya bengkak terkena dashboard kereta. Hanya Allah yang Mengetahui perasaan waktu itu. Tetapi Alhamdulillah kami selamat. Malam tu di family gathering menjadi agak ‘kalut’ disebabkan kami. Family gathering 1 family pula menjadi tempat berkumpul 2 keluarga. Sebab family sebelah suami datang dari jauh setelah mengetahui kami accident. Ayat yang masih lagi saya ingat ketika dalam perjalanan balik dari Alor Setar ke Ipoh didalam bas. “Abang tak pasti ujian yang Allah berikan ni akan mengukuhkan lagi hubungan kita ataupun sebaliknya”. Allah..saya sedih sangat dan rasa amat bersalah waktu tu. Kesian kepada suami. Itulah ujian dan dugaan yang pasti menjadi kenangan.

DOA YANG TIDAK PUTUS-PUTUS

Alhamdulillah usia perkahwinan kami baru mencecah 2 tahun. Masih bertatih. Banyak lagi perkara dan ilmu yang belum dihadam sebagai seorang suami, isteri dan ibubapa kepada anak-anak (insyaAllah). Alhamdulillah dengan kehadiran penyeri hidup kami, Uways bin Mohd Khairul Nizam.

Mustahil kalau di dalam sebuah perkahwinan tidak ada pasang surutnya. Sedangkan lidah lagi tergigit, apa lagi suami isteri. Walau apapun yang berlaku, sikap toleransi, saling memahami dan ikhlas dalam sebuah perhubungan, insyaAllah masalah tidak akan berpanjangan. Terima kasih kepada suami yang memahami diri ini serta melayan karenah seorang yang bergelar isteri serta karenah anak yang tengah lasak ni..:)

Semoga ikatan kebahagiaan yang terbina akan terus kekal sehingga ke akhir hayat. Didoakan semoga bahtera ini sentiasa dilimpahi rahmah dan mahabbah yang berterusan. Amin.. Terima kasih yang teramat sangat buat suami tercinta. I love you so much sayang.. :)



ربنا هب لنا من أزواجنا وذرياتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما

6 comments:

Unknown said...

alalalala cg.sukenye lah sy bace, sweeet sgt ;D ehhehe

Anonymous said...

cikgu!!smoga keluarga dirahmati Allah selalu..dan dilindungi dr syaitan yang sering membisikkan kejahatan, buruk sangka serta fitnah.salam ziarah..! :] miss you!

dinaluzriq said...

boolah:trm ksh..i.A hrpn n doa agar kekal romantik n bahagia smpai akhir hayat..:)..ha maila..blh sj..

dena: so dena..dpt x moral of the storynyer..??!!hehehe..

recordeddays: trm ksh byk..amiin..i miss u 2..

nur hazirah said...

sedihnya campur romatik..hehe

Nazmie Samarahan said...

Moga ini mampu menjadi pemangkin serta menambah strategi kami yang bujang2 ni nak bina bait Muslim.. Namun pasangan yang mampu tambah taqwa pada Allah tetap menjadi pilihan.. Ana doakan bahagia sentiasa..
p/s : amik artikel ni.. buat tatapan dan pedoman org2 muda...

dinaluzriq said...

awanbiru: syukran :)

ustaz nazmi: syurkan u.nazmi,hmm strategi berkomplot??:) i.A apa yg baik blh dikongsi bersama..ana doakan anta n shbt2 yg msh bjng cpt2 bertemu jodoh..i.A :)