Thursday, August 21, 2008

Cuti yang menggembirakan.. إجازة سعيدة

Alhamdulillah setelah sekian lama tidak balik ke kampung, akhirnya sempena cuti semester CFS IIUM tempoh hari (3/8/ 2008 – 10/8/2008) dapat juga balik ke Ipoh dan Alor Setar..

Jom try RFC ( Radix Fried Chicken ) !


Dinaluzriq memang sangat teruja untuk mencuba RFC setelah menonton berita di TV3 mengenai RFC, yang telah dilancarkan bln Jun 2008 yang lalu. So on the way nak balik ke Alor Setar dari Ipoh kami singgah untuk mencuba resepi RFC ni.

-Uways pun suka- tak sabar2..

RFC yang perintis ni terletak di Sungai Petani. 100% milik orang Islam. Alhamdulillah not bad rasa ayam goreng dll..kiranya boleh jadi saingan hebat dengan KFC la.. Maksudnya boleh saja orang Islam sendiri yang menguruskan francais seperti mana KFC. Semua produk daripada HPA (Eg. Sos, air Radix Cola dll..).


Saya dimaklumkan sejak diperkenalkan, tak putus-putus orang makan di RFC. Baik yang Melayu, Cina, India. Semua ada. Sampai pernah orang tunggu beratur selama 2 jam!! Especially waktu cuti Hari Minggu. (Hmm mungkin juga sbb RFC Sg. Petani ni satu-satunya tempat yang ada.)

Apa yang menarik dengan RFC ni, RFC juga lebih murah berbanding KFC. Sebab tak de gov. tax. Kemudian ayam yang digunakan hanya menggunakan ayam organik (tak cucuk spt aym biasa). Ada lagi yang menarik...

Untuk maklumat lanjut : klik sini

So RFC merupakan satu alternatif…pi try dulu..!! :)







Sekolah Taski ABIM dan Sekolah Rendah ( Sek. Ren. Islam Alor Setar dahulunya dikenali sebagai Sek. Ren. Islam ABIM )


Saya berkesempatan menziarahi tempat asuhan pertama dan didikan awal sebagai seorang Muslimah Sejati (Eccheewah :) ). Taman Asuhan Kanak-kanak Islam (Taski ABIM) di Tmn Malik Jln Pegawai dan Tmn Berjaya.


So hari tu saya menjadi pemandu pelancong sepenuh masa untuk suami dan anak saya. Banyak kisah kenangan zaman kanak-kanak dikenang kembali. Nakal yang teramat sangat. Biasala budak-budak..
- Cuba cari yang mana satu??!!-

Masa di Taski ABIM Tmn. Bejaya, saya pernah menendang seorang budak lelaki sebaya gara-gara ‘hangin’ pasal kes ape tah masa tu. Yang bestnya dia menangis dan kejar saya balik. Tapi saya tak takut pun. Lawan balik. Huhh..Otai sungguhla waktu tu..

Tapi Taski ABIM di Tmn. Malik sekarang dah xde. Dah jadi rumah usang di kawasan perumahan orang Cina.

Lepas menziarahi Taski ABIM. Saya ke Sek. Ren. Islam. Alhamdulillah, dapat jumpa sebahagian guru-guru yang masih ada. Sebab yang lain kebanyakannya dah berpindah dan ada rombongan pelajar. Saya dapat berjumpa dan bersembang dengan ustazah Fatimah Hamid. Guru yang mendiidk saya sejak di Taski ABIM Tmn Malik. Antara kenangan yang ustazah masih ingat sambil menceritakan kepada guru-guru baru yang ada di situ. “Dia nila yang dulu-dulu dok menyanyi atas buaian masa tunggu mak dia mai ambik. Jiran-jiran Banggali, Cina suka sungguh kat dia”.. Hehehe..

Masa di SRI ABIM pulak, memang jadi gangster walaupun pengawas sekolah. Geng2 yang kamceng time tu fadiah nadwa, ain maisarah. Kiranya banyakla orang meluat, menyampah kat kami nih!! Dahla selalu cari pasal dgn orang. Pastu pulak nak orang ikut saja kami ni..Tapi sekarang semuanya dah jadi baik2 belaka..:)

Takziah diucapkan atas pemergian suami ustazah. Antara guru-guru saya yang pernah mengajar dulu dan sempat jumpa waktu saya pergi, ustazah Fatimah Hamid, Muallimah Faridah. Saya agak kecewa juga sebenarnya sebab tak berpeluang berjumpa dengan yang lain yang masih mengajar di SRI (Ustz. Che Putih, Sir Wan Jefree Wan Sulaiman a.k.a Waja, Ustz. Syamsurah, Ust. Roslan- ini setakat yang tau yang masih ada). InsyaAllah mungkin dikesempatan yang lain.

( SRI ABIM dulu hanya ada 2 kelas thn 1989. Masa zaman kami dulu ada time qailullah, kiranya boleh tidur n siap mandi lagi!!. Mmg best. Siapa yang tak tidur but dok bersembang kenala rotan). Saya batch yang kedua pelajar SRI ABIM. Yg terawal,tp umur sama Dr. Nabilah .)


- Kemudian berpindah ke Jalan Dato' Kumbar Alor Setar.Asalnya kilang padi/beras. Boleh bayangkan tak macam mana belajar dalam kilang yang dibuat kelas?Asingkan kelas hanya menggunakan dinding kayu bercat putih!!..-




Sekolah Menengah - ( Maktab Mahmud Alor Setar )
- bangunan dah jadi asrama-


- nilah tempat yang menjadi stage utk perhimpunan - dok bercakap pagi-pagi.. :)-


Sekolah Menengah yang banyak kenangan ditinggalkan. Dulu lain, sekarang lain. Memang dah banyak berubah. Bangunan kelas saya dulu sekarang dah jadi asrama Puteri. Sebab dah berpindah ke bangunan yang baru bersebelahan dengan bangunan Putera di tepi jalan. Bengkel KHB dah jadi Setor. Pokok Kurma yang dah hidup lama depan bangunan pun dah tak ada. Tempat yang saya selalu tahan orang lambat datang sekolah sewaktu saya jadi pengawas dulu pun dah jadi pondok guard. Bilik guru dah jadi rumah warden.

Kemudian saya ke bangunan baru untuk menziarahi guru-guru saya. Alhamdulillah dapat berjumpa dengan ustazah-ustazah yang pernah mengajar saya.( Antara ustazah lama yang masih ada, Ustzh Bashiroh, Ustzh Rokiah, Ustzh Afriza, Ustzh Nasriah, Cikgu Kenanga dll).. dan juga dapat berjumpa dengan Senior saya kak Aisyah. Seronok dapat berbual dengan mereka setelah sekian lama tidak berjumpa. Bawa cucu sekali.


Saya juga sempat menunjukan kepada suami hasil kerja tangan ( Khat ) di dinding bangunan sekolah sewaktu baru keluar sekolah dulu. Ada tercatat di tepi nama dina, azani dan yaqen (SPM 2000). Walaupun khat tu taklah seelok mana, dan mencapai tahap khat yang elok dan baik, namun kami tetap berbangga sebab dapat menyumbang sesuatu sebagai kenangan untuk sekolah.

-ntah pape tulisan-

-dah jadi buruk-



- sampai dah tak nampak..

- hasil usaha sama dengan boolah - Pakar khat ni masih lagi aktif menulis. Tapi saya dah pencen.. :(



10 Ogos 2008.


Selamat menyambut Hari Ulang Tahun Kelahiran yang ke 55 untuk ayah tersayang. Tn Haji Mat Ishak b. Awang Mustaffa. I love you Ayah!!..Semoga ayah sentiasa berada dibawah naungan rahmat Allah..






Itulah antara perkara yang sempat dibuat cuti hari tu. Ada lagi aktiviti lain yang dibuat..so cuti hari tu alhamdulillah banyak manfaatnya.. :)

6 comments:

boo-lah said...

aslmkm.. oo mai SP tak habaq..! amcam best kan RFC.. sy br 2 kali mkn kat situ.. syoknya bercuti melawat mmas pulak tu..!

boo-lah said...

ingat lagi usaha sama khat kat dinding mmas puteri tu..

dinaluzriq said...

bkn xmau habaq..dok igt xdak..mmg best,ingatkan nak bukak cwngn kt kl ni..tp nak cari mana 500ribu@1 juta!!!

so boolah kena truskan dlm berkarya..KM x seterer boolah..

amalina said...

assalamualaikum akak..

lama x teguq akak (^_^) tak tau la akak ingat amal lg ka x. hehe..

emm.. rindu kat sri.. da lama x pi.. ada la dlm 2 thn x jenguk. tukaq kaler da rupa2nya no. maahad pun da lama x singgah. lalu kot jlnraya ja.

"Masa di SRI ABIM pulak, memang jadi gangster walaupun pengawas sekolah."
>>that statement amal setuju 200%. amal adalah d antara junior2 y "menyampah" (hehe... maap) dgn gabungan pengawas garang : k/mardiana & k/fadiah. jari ni penah kena kepak.. sakit sgt. ingt sampai ke la tau =P

nk amik kesempatan nk habaq walimah sahabat2 : hani & naemah. hani kenduri bln 6/12, naemah 22/11. (aduh.. terasa tua pulak.. hihi..)

:: awanbiru :: said...

salam..k.ana..saya kawan dihah..ur sis..

tgk gambar2 kat maahad..aaaa...rindu bangat...rasa nak nangis..

nk menjejak kaki ke sana melawat..terasa xlayak sgt..yerla dlu nakal sgt..nantilah..bila da bjaya...

nway..tx maahad..!;)

dinaluzriq said...

amalina: msti ingt punya cik amal yg bijak lg comey ni.:)..oo mintak mahapla gengster dulu ni..heheh tp now dah baik hati..dulu knk2 rabena..:).hmm if pegi walimah diorg ckp k.M krm slm byk2 kat depa na..:) psstt..cik amal bila plk??:)

awan biru:slg ada kesempatan pila jenguk2 singgah..xpa..ustz+ustzh mmg suka kt pi ziarah..doa depala yg jdkan kt org berjaya n berguna..nakal zmn sekolah besala..slmt maju jaya :)