Sunday, August 31, 2008

أهلاً رمضان

رمضان كريم
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال إذا جاء رمضان فتحت أبواب الجنة وغلقت أبواب النار وصفدت الشياطين
Rasulullah SAW bersabda : "Apabila telah tiba Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan" - HRMuslim

SINAR BAHAGIA KEMBALI

Di dalam kegelapan mencari sinar..
Yang telah sirna dulu..
Kini kutemui kembali sinar bintang kebahagiaan..
Terbayang sinaran bintang yang berkelipan..

Kurindukan sinar suciMu yang mulia..
Kumengharapkan belai kasihMu..
Kudambakan rindu sayangMu
Agar musnah segala keangkuhan diriku..

Ya Allah…
Madrasah Ramadhan kembali lagi
RahmatMU, KeampunanMU,
Jauhkan daku dari api nerakaMU,
Temukan daku dengan LailatulQadarMu..
Malam yang melebihi seribu bulan..

Moga Tarbiyah di Madrasah RamadhanMu ini..
Akan menjadi satu taujihat..
Menjadi satu titik bidayah..
Agar sentiasa dipayungi Maghfirah..


Dinaluzriq
31/8/2008
Gombak



Selamat menjalani Ibadah Puasa untuk semua..

Saturday, August 30, 2008

Selamat menyambut ulangtahun “kemerdekaan” yang ke-2 !!!

by : dinaluzriq

Jika ditanya saya semula apakah ciri-ciri lelaki idaman untuk dijadikan suami?. Tanpa ragu-ragu lagi saya akan menjawab. “Saya inginkan seorang suami seperti suami saya sekarang!”. Alhamdulillah beliau merupakan seorang yang beriman, sangat penyayang, memahami, kelakar, bertanggungjawab dll..tidak cukup rasanya kalau nak dinyatakan semuanya disini.

Alhamdulillah atas jodoh yang Allah aturkan untuk diri ini. Alhamdulillah usia perkahwinan kami pada tahun ini genap 2 tahun. 30 Ogos 2006, jam 9.00 malam saya sah menjadi teman hidup dan pendamping setia kepada Mohd Khairul Nizam bin Zainan Nazri.

Saya menggunakan perkataan “MERDEKA” bagi menyatakan bahawa segala perkara yang menjadi halangan untuk seorang lelaki dan perempuan yang belum berkahwin, akan menjadi halal semuanya setelah sah menjadi milik masing-masing. Ya, setelah diijab kabul, setiap wanita pasti akan merasakan bahawa diri mereka dihargai dan disayangi selamanya.. Dia tercipta untukku dan Aku diciptakan untuknya.

“MERDEKA”

Saya tidak pernah bercinta. Itu yang pasti. ( Cuma kalau ada pun hanya cinta monyet masa zaman kanak-kanak. Suka orang itu dan ini). Tetapi adalah mustahil kalau saya katakan bahawa saya tiada perasaan untuk disayangi dan menyayangi sewaktu dialam remaja / kampus. Tetapi saya simpan perkara tersebut. Pada saya, saya akan beri cinta ini hanya kepada yang berhak. Itulah suami.

Tidak pernah ‘berdating’ ataupun keluar berdua-duaan. Apatah lagi perkara-perkara yang dibuat oleh kebanyakan pasangan yang bercinta. Alhamdulillah saya dapat jaga maruah diri dari muslihat syaitan dan iblis. Dan sesungguhnya perkahwinan merupakan tiket yang akan menghalalkan segala-galanya. Berdua-duaan saat bergelar suami isteri adalah lebih manis dan bermakna.

SAAT DIRI ‘DIINTAI’

Mengimbau kembali saat diri “diintai”. Saya sebenarnya ketika dialam kampus (Matrik PJ+UIAM Gombak) pernah ada jejaka-jejaka yang ingin mencuba nasib untuk berkenalan ataupun dengan istilah yang lebih tepat digunakan sekarang untuk ‘bercouple’. Tapi saya tetap dengan prinsip saya. Berkawan setakat hal persatuan. Tidak lebih dari itu. Apatah lagi hal yang melibatkan persoalan hati dan perasaan. Pada saya InsyaAllah andai sampai waktu dan masa, tepat orangnya, segalanya akan berjalan sempurna.. Dipermudahkan Allah semuanya. Alhamdulillah dengan prinsip yang dipegang, Allah permudahkan urusan jodoh saya.

Saya membuka ruang di hati untuk menerima kehadiran seorang lelaki yang saya yakin insyaAllah akan menjadi suami dan bapa kepada anak-anak saya sewaktu di tahun akhir di UIAM. Saya tidak meletakkan faktor wajah, kekayaan dan sebagainya sebagai syarat. Apa yang penting, saya yakin dengan Akhlak dan Agamanya.













Gambar bertunang


Saya ‘ditipu’ oleh rakan sebilik (hidayah) yang mengatakan ada hal penting dan dia mengajak saya ke Library. Memandangkan saya tengah basuh baju waktu tu, jadi saya suruh dayah pergi dulu dan saya akan menyusul.

Di Library, sebenarnya dia sudah berpakat dengan Jannah (adik ipar) saya di situ. Jannah jumpa saya dan tanya/risik tentang status diri yang sebenarnya. Perkara yang tidak saya ketahui sampailah saat saya menjadi isteri, rupa-rupanya masa di library tu suami saya mengintai disebalik buku-buku library untuk melihat wajah saya secara live. Ya Allah! Kalau saya tau, awal-awal lagi saya tak ke library waktu tu.

Gambar yang 'dicuri' oleh dayah untuk ditunjukkan kepada bakal suami dan familinya. "Tak baik dayah berkomplot!!"..



UJIAN DAN DUGAAN

Saya yakin ada sebahagian daripada kita pernah/akan mengalami saat-saat yang amat merunsingkan. Lebih-lebih lagi diambang pertunangan dan perkahwinan. Macam-macam dugaan yang datang. Ketika saya baru mengenali suami waktu tu, ada pula orang lain yang ingin mencuba nasib. Waktu tu, saya perlu istikharah untuk membuat pilihan yang terbaik antara yang terbaik. Antara 3 individu yang datang pada masa yang sama. Alhamdulillah setelah istikharah dan menimbang banyak perkara, Alhamdulillah saya membuat pilihan orang yang pertama bertanyakan tentang diri saya. Itulah suami saya.

Kami tidak pernah kenal sehinggalah saat diperkenalkan. Kami berkenalan pada bulan Disember 2005, bertunang pada 5/6/2006, akad nikah pada 30/8/2006 malam dan walimah sebelah perempuan pada 31/8/2006, dan walimah disebelah pihak lelaki pada 1/9/2006. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan sempurna.

Saya pernah tanya suami, kenapa tak cukur misai tu sama..Hubby kata, "kan versi Datuk K skrg ni".. Hehehe..yela tu.. Hmm sebab tula siti nak kat DK.. Kebetulan Siti Nurhaliza pun kahwin seminggu awal dari kami.

Mak tersenyum lebar dapat menantu baru.


Saya sebenarnya agak takut dan tidak yakin sewaktu ingin minta keizinan dari mak dan ayah untuk berkahwin. Sebab masih lagi belajar di tahun akhir. Namun kuasa Allah yang mengatur segalanya. Saya seperti tidak percaya. Mak dan ayah saya minta untuk berkenalan dengan famili sebelah suami. Kiranya macam merisik jugakla. Kemudian seterusnya bertunang dan berkahwin. Alhamdulillah.

Ketika usia perkahwinan baru mencecah 2 bulan. Kami diuji dengan terlibat di dalam kemalangan jalan raya. Waktu tu on the way balik ke kampung menghadiri “family gathering” di kepala batas sebelah ibu saya. Saya yang memandu memandangkan suami saya sakit kepala dan demam. Silap saya yang ‘tak fokus’ dan agak laju memandu dan brek mengejut. Hujan pula renyai-renyai. Accident 5 biji kereta di highway jawi. Kereta kami dibelakang sekali. Kereta kelisa silver remuk. Kereta berpusing mengadap lawan arus highway. Mulut suami saya bengkak terkena dashboard kereta. Hanya Allah yang Mengetahui perasaan waktu itu. Tetapi Alhamdulillah kami selamat. Malam tu di family gathering menjadi agak ‘kalut’ disebabkan kami. Family gathering 1 family pula menjadi tempat berkumpul 2 keluarga. Sebab family sebelah suami datang dari jauh setelah mengetahui kami accident. Ayat yang masih lagi saya ingat ketika dalam perjalanan balik dari Alor Setar ke Ipoh didalam bas. “Abang tak pasti ujian yang Allah berikan ni akan mengukuhkan lagi hubungan kita ataupun sebaliknya”. Allah..saya sedih sangat dan rasa amat bersalah waktu tu. Kesian kepada suami. Itulah ujian dan dugaan yang pasti menjadi kenangan.

DOA YANG TIDAK PUTUS-PUTUS

Alhamdulillah usia perkahwinan kami baru mencecah 2 tahun. Masih bertatih. Banyak lagi perkara dan ilmu yang belum dihadam sebagai seorang suami, isteri dan ibubapa kepada anak-anak (insyaAllah). Alhamdulillah dengan kehadiran penyeri hidup kami, Uways bin Mohd Khairul Nizam.

Mustahil kalau di dalam sebuah perkahwinan tidak ada pasang surutnya. Sedangkan lidah lagi tergigit, apa lagi suami isteri. Walau apapun yang berlaku, sikap toleransi, saling memahami dan ikhlas dalam sebuah perhubungan, insyaAllah masalah tidak akan berpanjangan. Terima kasih kepada suami yang memahami diri ini serta melayan karenah seorang yang bergelar isteri serta karenah anak yang tengah lasak ni..:)

Semoga ikatan kebahagiaan yang terbina akan terus kekal sehingga ke akhir hayat. Didoakan semoga bahtera ini sentiasa dilimpahi rahmah dan mahabbah yang berterusan. Amin.. Terima kasih yang teramat sangat buat suami tercinta. I love you so much sayang.. :)



ربنا هب لنا من أزواجنا وذرياتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما

Sunday, August 24, 2008

Tahniah Skuad Hijau Kuning!!!!

-lagu keramat penuh semangat!!!..-ihsan hanif





Skuad KEDAH mencipta satu lembaran sejarah dalam arena bolasepak tempatan apabila mencipta "Double Treble". Ini bermakna Kedah telah berjaya merangkul enam piala dalam masa dua tahun. Kedah melengkapkan misi menyapu bersih kesemua kejohanan utama negara apabila menewaskan Selangor 3-2 dalam aksi Final Piala Malaysia sebentar tadi.


Biarpun ketinggalan hasil jaringan Frank Seator pada minit 18 namun Kedah bangkit dengan tiga gol menerusi Marlon Alex James, Nelson San Martin dan Fadly Baharom pada minit ke 31,32 dan 37. Selangor hanya mampu membalas satu gol lagi menerusi Safee Sali pada minit ke-77.


Disaksikan oleh kira-kira 60 000 penonton, ternyata penyokong Kedah lebih mendominasi dengan kehadiran seramai 40 000 orang berbanding penyokong Selangor yang dianggarkan 20 000 orang. < lagi >









P/S: sebagai anak jati negeri kedah, dinaluzriq berbangga dengan kebangkitan kembali hijau kuning dlm arena bola sepak... cayalah..! (tak sia-sia tunggu sampai habis-hmm tp selang-seli dgn tukar chanel lain sama..:) )

Thursday, August 21, 2008

Cuti yang menggembirakan.. إجازة سعيدة

Alhamdulillah setelah sekian lama tidak balik ke kampung, akhirnya sempena cuti semester CFS IIUM tempoh hari (3/8/ 2008 – 10/8/2008) dapat juga balik ke Ipoh dan Alor Setar..

Jom try RFC ( Radix Fried Chicken ) !


Dinaluzriq memang sangat teruja untuk mencuba RFC setelah menonton berita di TV3 mengenai RFC, yang telah dilancarkan bln Jun 2008 yang lalu. So on the way nak balik ke Alor Setar dari Ipoh kami singgah untuk mencuba resepi RFC ni.

-Uways pun suka- tak sabar2..

RFC yang perintis ni terletak di Sungai Petani. 100% milik orang Islam. Alhamdulillah not bad rasa ayam goreng dll..kiranya boleh jadi saingan hebat dengan KFC la.. Maksudnya boleh saja orang Islam sendiri yang menguruskan francais seperti mana KFC. Semua produk daripada HPA (Eg. Sos, air Radix Cola dll..).


Saya dimaklumkan sejak diperkenalkan, tak putus-putus orang makan di RFC. Baik yang Melayu, Cina, India. Semua ada. Sampai pernah orang tunggu beratur selama 2 jam!! Especially waktu cuti Hari Minggu. (Hmm mungkin juga sbb RFC Sg. Petani ni satu-satunya tempat yang ada.)

Apa yang menarik dengan RFC ni, RFC juga lebih murah berbanding KFC. Sebab tak de gov. tax. Kemudian ayam yang digunakan hanya menggunakan ayam organik (tak cucuk spt aym biasa). Ada lagi yang menarik...

Untuk maklumat lanjut : klik sini

So RFC merupakan satu alternatif…pi try dulu..!! :)







Sekolah Taski ABIM dan Sekolah Rendah ( Sek. Ren. Islam Alor Setar dahulunya dikenali sebagai Sek. Ren. Islam ABIM )


Saya berkesempatan menziarahi tempat asuhan pertama dan didikan awal sebagai seorang Muslimah Sejati (Eccheewah :) ). Taman Asuhan Kanak-kanak Islam (Taski ABIM) di Tmn Malik Jln Pegawai dan Tmn Berjaya.


So hari tu saya menjadi pemandu pelancong sepenuh masa untuk suami dan anak saya. Banyak kisah kenangan zaman kanak-kanak dikenang kembali. Nakal yang teramat sangat. Biasala budak-budak..
- Cuba cari yang mana satu??!!-

Masa di Taski ABIM Tmn. Bejaya, saya pernah menendang seorang budak lelaki sebaya gara-gara ‘hangin’ pasal kes ape tah masa tu. Yang bestnya dia menangis dan kejar saya balik. Tapi saya tak takut pun. Lawan balik. Huhh..Otai sungguhla waktu tu..

Tapi Taski ABIM di Tmn. Malik sekarang dah xde. Dah jadi rumah usang di kawasan perumahan orang Cina.

Lepas menziarahi Taski ABIM. Saya ke Sek. Ren. Islam. Alhamdulillah, dapat jumpa sebahagian guru-guru yang masih ada. Sebab yang lain kebanyakannya dah berpindah dan ada rombongan pelajar. Saya dapat berjumpa dan bersembang dengan ustazah Fatimah Hamid. Guru yang mendiidk saya sejak di Taski ABIM Tmn Malik. Antara kenangan yang ustazah masih ingat sambil menceritakan kepada guru-guru baru yang ada di situ. “Dia nila yang dulu-dulu dok menyanyi atas buaian masa tunggu mak dia mai ambik. Jiran-jiran Banggali, Cina suka sungguh kat dia”.. Hehehe..

Masa di SRI ABIM pulak, memang jadi gangster walaupun pengawas sekolah. Geng2 yang kamceng time tu fadiah nadwa, ain maisarah. Kiranya banyakla orang meluat, menyampah kat kami nih!! Dahla selalu cari pasal dgn orang. Pastu pulak nak orang ikut saja kami ni..Tapi sekarang semuanya dah jadi baik2 belaka..:)

Takziah diucapkan atas pemergian suami ustazah. Antara guru-guru saya yang pernah mengajar dulu dan sempat jumpa waktu saya pergi, ustazah Fatimah Hamid, Muallimah Faridah. Saya agak kecewa juga sebenarnya sebab tak berpeluang berjumpa dengan yang lain yang masih mengajar di SRI (Ustz. Che Putih, Sir Wan Jefree Wan Sulaiman a.k.a Waja, Ustz. Syamsurah, Ust. Roslan- ini setakat yang tau yang masih ada). InsyaAllah mungkin dikesempatan yang lain.

( SRI ABIM dulu hanya ada 2 kelas thn 1989. Masa zaman kami dulu ada time qailullah, kiranya boleh tidur n siap mandi lagi!!. Mmg best. Siapa yang tak tidur but dok bersembang kenala rotan). Saya batch yang kedua pelajar SRI ABIM. Yg terawal,tp umur sama Dr. Nabilah .)


- Kemudian berpindah ke Jalan Dato' Kumbar Alor Setar.Asalnya kilang padi/beras. Boleh bayangkan tak macam mana belajar dalam kilang yang dibuat kelas?Asingkan kelas hanya menggunakan dinding kayu bercat putih!!..-




Sekolah Menengah - ( Maktab Mahmud Alor Setar )
- bangunan dah jadi asrama-


- nilah tempat yang menjadi stage utk perhimpunan - dok bercakap pagi-pagi.. :)-


Sekolah Menengah yang banyak kenangan ditinggalkan. Dulu lain, sekarang lain. Memang dah banyak berubah. Bangunan kelas saya dulu sekarang dah jadi asrama Puteri. Sebab dah berpindah ke bangunan yang baru bersebelahan dengan bangunan Putera di tepi jalan. Bengkel KHB dah jadi Setor. Pokok Kurma yang dah hidup lama depan bangunan pun dah tak ada. Tempat yang saya selalu tahan orang lambat datang sekolah sewaktu saya jadi pengawas dulu pun dah jadi pondok guard. Bilik guru dah jadi rumah warden.

Kemudian saya ke bangunan baru untuk menziarahi guru-guru saya. Alhamdulillah dapat berjumpa dengan ustazah-ustazah yang pernah mengajar saya.( Antara ustazah lama yang masih ada, Ustzh Bashiroh, Ustzh Rokiah, Ustzh Afriza, Ustzh Nasriah, Cikgu Kenanga dll).. dan juga dapat berjumpa dengan Senior saya kak Aisyah. Seronok dapat berbual dengan mereka setelah sekian lama tidak berjumpa. Bawa cucu sekali.


Saya juga sempat menunjukan kepada suami hasil kerja tangan ( Khat ) di dinding bangunan sekolah sewaktu baru keluar sekolah dulu. Ada tercatat di tepi nama dina, azani dan yaqen (SPM 2000). Walaupun khat tu taklah seelok mana, dan mencapai tahap khat yang elok dan baik, namun kami tetap berbangga sebab dapat menyumbang sesuatu sebagai kenangan untuk sekolah.

-ntah pape tulisan-

-dah jadi buruk-



- sampai dah tak nampak..

- hasil usaha sama dengan boolah - Pakar khat ni masih lagi aktif menulis. Tapi saya dah pencen.. :(



10 Ogos 2008.


Selamat menyambut Hari Ulang Tahun Kelahiran yang ke 55 untuk ayah tersayang. Tn Haji Mat Ishak b. Awang Mustaffa. I love you Ayah!!..Semoga ayah sentiasa berada dibawah naungan rahmat Allah..






Itulah antara perkara yang sempat dibuat cuti hari tu. Ada lagi aktiviti lain yang dibuat..so cuti hari tu alhamdulillah banyak manfaatnya.. :)

Tuesday, August 19, 2008

Terima Kasih seluruh Warga SMIAAG (Sek. Men. Islam Al-Amin Gombak)!!

1/8/2008 merupakan hari terakhir saya di SMIAAG. Kiranya sudah 1 thn 7 bln saya berkhidmat dan menabur bakti di SMIAAG. Saya memulakan kerjaya sebagai seorang guru disini sejurus tamat pengajian di UIAM tahun 2006. Banyak kenangan pahit manis di sini.. Antara yang manis;
1) ukhuwwah yang terjalin bersama guru-guru di sini. Semuanya baik-baik dan boleh berkongsi pelbagai perkara.
2) Pelajar-pelajar yang “happy go lucky”.
Guru-guru yang baik hati..
Sewaktu majlis perpisahan yang telah diadakan tempoh hari, saya terkenang kembali saat majlis perpisahan meraikan guru yang saya menggantikan tempatnya (kak nani) serta meraikan kami guru-guru baru, tahun 2007. Tapi majlis kali ini sempena perpisahan saya dan meraikan guru-guru baru yang lain pula, tahun 2008.

Sesungguhnya ukhuwwah yang terbina akan kekal selamanya insyaAllah..keep in touch!..Takkan kulupa segala kenangan bersama kalian. Teruskan mendidik mereka untuk menjadi insan Soleh Wa Musleh!.
Pelajar-pelajar tersayang..
Pelajar-pelajar yang saya mengajar ni tersangatlaaa “happy go luckynya”. Sampai kadang-kadang tu naik pening kepala saya dibuatnya. Walaupun ada kadang-kadang tu menjadikan diri ‘hangin’ sikit dekat dgn sikap segelintir pelajar yang saya mengajar, tetapi tidak pernah tersimpan dilubuk hati perasaan benci ataupun menyampah pada diri mereka. Apatah lagi untuk megeluarkan kata-kata yang negatif dan kasar kepada mereka. Bukan itu cara saya. Apa yang dapat dilakukan sekadar nasihat, dan doa yang berterusan, mudah-mudahan diri mereka terus berjaya dan menjadi kebanggaan ibu dan ayah..
So dikesempatan ni, cikgu ingin mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan besar untuk tahun ini: T5 yang pernah cikgu ajar thn lepas subjek PSI, T.3 Ar-Razi dan As-Syafie tahun 2008. Dan untuk pelajar-pelajar thn 2008 yang pernah cikgu ajar thn ni tp tak sempat habis sampai akhir tahun: 4 Nuruddin Az-Zanki (4 NAZ), 4 Salahuddin Al-Ayyubi (4SAL), 2 Hassan Al-Basri (2 HAB), 2 Maliki (2MAL) , 1 At-Tabari (1ATB).
Terima Kasih Semua.
Terima kasih diatas jamuan perpisahan yang telah diadakan. Secara surprise mahupun yang telah dimaklumkan awal. Saya terharu yang teramat sangat. (Hmmm tapi budak-budak ni pon memang terkenal dengan sikap ‘rajin’ sungguh buat jamuan).. Ye tak??:)
Sebab ‘terpaksa’ berhenti
Mustahil kalau saya berhenti tanpa sebab. Setelah berfikir panjang, dan berbincang dengan suami, saya mengambil keputusan untuk menamatkan khidmat di SMIAAG. Ada banyak sebab yang telah difikirkan dan dipertimbangkan. Apa pun, akan diberitahu nanti... insyaAllah.. :)
Saya saya antum semua...!! :) Semoga kita berjumpa lagi...!!!
p/s: gambar-gambar coming soon k..