Thursday, June 23, 2005

Pelajar Sekolah Agama vs Pelajar Sekolah Biasa

Kejadian kes buli yang membabitkan pelajar sekolah agama, adik Muhammad Afiq Qusyairi Baharuddin dari Sekolah Menengah Agama (SMA) Padang Tengku, Lipis, Pahang, cukup memalukan. Kes ini patut dijadikan iktibar dan pengajaran kepada pelajar-pelajar yang lain, terutamanya yang bersekolah agama.

Apa yang saya perasan, apabila berlaku kes-kes yang melibatkan sekolah atau orang-orang agama, ramai yang membuka mata seluas-luasnya. Tidak tahu samada untuk dijadikan bahan ‘hentaman’ sinis atau ikhlas sebagai pengajaran.

Satu hakikat yang pasti, pelajar sekolah agama sepatutnya menjadi ‘role-model’ kepada pelajar yang tidak mendapat didikan agama secara formal di sekolah. Kes ini tidak sepatutnya berlaku di kalangan pelajar yang mendapat didikan agama. Dimana diletakkan segala ilmu yang dipelajari?..

Kalau setakat ‘ragging’ biasa saja, pada saya tidak menjadi masalah. Biasalah saja nak ‘test power’ (nak melawak untuk suka-suka) terhadap pelajar-pelajar baru. Tetapi apabila sampai tahap masuk kes polis, Sultan pun masuk campur, malah sampai hampir lumpuh (alhamdulillah dah boleh berjalan), ini sudah melampau dan kronik!

Sebenarnya, kitalah yang menentukan persepsi masyarakat terhadap orang-orang agama. Orang yang ada agama (dalam konteks mendapat pendidikan Islam secara formal) ini akan lebih dilihat dan dipandang dalam segenap sudut dan segi. Walau perkara itu pada pandangan kita adalah kecil.

Apabila bercakap mengenai sekolah agama dan sekolah biasa ni, tidak kiralah dimana sahaja kita berada. Status ‘orang yang faham agama’ perlu dijaga. Bukan untuk menjaga nama atau kreadibiliti diri sediri, tetapi untuk menjaga nama baik Islam itu sendiri. Bila ‘orang yang faham agama’ ini buat salah sedikit, semuanya akan di ‘cop’ serupa. “Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”.

Sebagai contoh yang boleh diambil. Berlaku dalam lingkungan tempat saya belajar. Ada segelintir ‘pelajar bekas sekolah agama’, lelaki dan perempuan yang bukan mahram, menaiki motor bersama ke hulu ke hilir. Apabila orang yang dikenali melihat perkara ini, akan timbullah persepsi yang negatif; “Tu budak sekolah agama tu..”. “Dia tu dulu masa di sekolah lain..tapi bila datang sini….”.

Siapa yang bertanggungjawab sebenarnya?


Saya tidak hairan (tetapi bukan tidak kisah), kalau pelajar yang bukan sekolah agama melakukan perkara yang sebegitu (tetapi perlu dinasihati, bukan membiarkan sahaja..). Kita assume yang dia tidak faham ikthtilat antara lelaki dan perempuan. Tetapi apabila pelajar yang bersekolah agama yang melakukan perkara yang semacam itu, itu yang amat memalukan dan mendukacitakan.

Tetapi perlu diingat, (ubah persepsi anda)..bukan semuanya bersikap sedemikian. Hanya segelintir manusia sahaja. Tetapi disebabkan sebilangan kecil inilah yang memberikan impak negatif kepada semua.

Seringkali kita dapati, kadang-kadang ada orang yang pernah belajar di sekolah agama lebih teruk dari orang yang tidak bersekolah agama, dan orang yang bersekolah biasa jauh lebih baik dari yang pernah bersekolah agama.

Dan memang akan ada, orang yang pernah bersekolah agama lebih baik dari yang bersekolah biasa..

Anyway, everything is depend on individual…

“Yang baik dijadikan panduan, yang buruk dijadikan sempadan”..Wallahu’alam.



p/s: Saya mengagumi orang yang bersekolah agama dan terus menjaga apa yang dia dapat dan mempraktikkannya di dalam kehidupan. Tetapi saya lebih mengagumi orang yang tidak belajar di sekolah agama malah sentiasa mencari dan memperbaiki diri untuk mendalami agama, dan mempraktikkannya di dalam kehidupan…

Tuesday, June 21, 2005

when the story ends..the memory begins.. ( part 1)

Gambar-gambar kenangan lama dibelek satu persatu. Segala suka dan duka memori silam kembali menurjah.. Dari zaman kanak-kanak hinggalah ke alam mahasiswa sekarang ini...

Setiap insan pasti mempunyai memori silam yang tidak mungkin dilupakan. Kenangan yang pasti akan terpahat kukuh diminda dan kalbu setiap insan. Dari zaman kanak-kanak sehinggalah ke alam remaja dan dewasa..dinaluzriq pun tidak terkecuali..

Eemm..bestnya kalu dapat kembali semula kezaman dulu kan..boleh diperbetulkan apa-apa yang patut dan mana yang salah..Tapi perkara itu adalah sesuatu yang mustahil..

“When the story ends..the memory begins..”

Part 1

Zaman kanak-kanak.

Zaman kanak-kanak adalah zaman yang paling best..Zaman kenakalan ‘kanak-kanak rebina’ lah katakan...Percaya atau tidak kanak-kanak perempuan yang diberi nama mardiana ini adalah seorang ‘tomboy’ rupanya..Hehehe..semua nak buat..semua nak try..semua nak tiru.. Nak jadi macam ‘gaban’ la, nak jadi macam’ suria perkasa hitam’ la, nak ganti ‘tiger cat’ la, nak jadi “ninja turtle” la, nak jadi macam ‘jem’ la..macam-macam..korang pun mesti macam tu jugak kan..?J

“Beranak kat hang yang paling teruk mak dulu..pastu yang paling ketegaq(degil) ..”.. Ayat yang mak dinaluzriq selalu sebut.. Hehehe..ya ka mak..tapi tu dulu kan mak. lani dah baik dah..tapi segala yang paling-paling negatif dulu akan bertukar menjadi sesuatu yang paling-paling positif nanti kan..?? ye tak??..insyaAllah..

Celik mata diawal pagi, lepas mandi dah lesap pegi main, nak lewat petang baru balik..kadang-kadang balik pun sebab nak makan..makan tu pulak, bukannya dirumah bersama famili, tapi pergi berkelah di depan rumah kawan..bertukar-tukar tempat berkelah..kadang-kadang dirumah dia ni..kadang-kadang dirumah orang lain pulak…macam tulah selalunya..Bukanya mak ayah tidak larang, tapi biasalah..sekali dengar lepas tu buat lagi..macam tulah kanak-kanak..

Image hosted by Photobucket.com masa ni 'perempuan' lagi..

Perkara yang tak boleh lupa, pegi tangkap ikan dengan geng budak-budak laki. Ada satu longkang besar dekat dengan surau darussyifa’ di taman. Best sungguh waktu tu!..dapat ikan macam-macam..ada sekali tu, ingatkan ikan haruan..Eh, ada ka ikan haruan dalam longkang??.. Rupa-rupanya kepala ular..Nasib baik tak jadi apa-apa.. Pernah jugak, dapat ikan kecik yang baanyak sangat..simpan punya simpan..esok-esok tu tiba-tiba ada kaki..La..rupa-rupanya katak..! Awatla yang cerdik sangat ni hah..??!

Panjat pokok mempelam depan rumah pun antara aktiviti yang best jugak dilakukan pada waktu itu..siap buat buaian..Pastu nyanyi lagu pohon beringin (macam dalam cerita bawang putih bawang merah tu..)konon-kononnya nak kawin dengan anak raja..hehehe…main kawin-kawin..main masak-masak..semuanya kat bawah pokok tu..tapi sekarang pokok mempelam ke mana..apa ke mana…semuanya dah jadi simen belaka…L

Masa di taski pun best jugak..di Taski Abim Taman Berjaya..pernah sekali tu, bergaduh apa ntah dengan sorang budak laki ni..untuk melepaskan geram..dinaluzriq tendang dia..fuuh!..kuat jugak tendangan tu..terkena anu dia..Sampai jadi pergaduhan besar pulak tu..dia ligan (kejar) sampai keliling taski..last-last..menang kat budak perempuan tu jugak..
Image hosted by Photobucket.com


“La…dah besar rupanya anak dara cikgu aq ni…hat ni yang dok tokak (gigit) peha pakcik dulu kan....”..hehehe..Inilah antara dialog yang diutarakan bila jumpa pakcik yg dinaluzriq dah tak ingat nama dia..tapi masih ingat muka ..

Hmm banyak lagi sebenarnya..tapi cukuplah yang tu saja..eemm..kiranya zaman kanak-kanak memang best la..!


Sekolah Rendah.

Banyak juga kenangan di sekolah rendah. Sek Ren Islam (ABIM), Jalan Dato’ Kumbar..sekolah yang banyak mengajar dan mendidik untuk menjadi muslim yang sejati…insyaAllah..

Tapi kalau nakal tu, nakal jugak..tak boleh nak buat apa dah..bila kata sekolah agama ni, kira baik sikit la..perempuan kena pakai tudung..pi sekolah pakai tudung, bila balik rumah, tudung kemana apa ke mana..Tapi alhamdulillah bila keinsafan tu datang, dia baik la sekejap, Pakai tudung sebab takut terjumpa dengan ustaz/ustazah atau dengan paksu mat isa (guru besar SRI ABIM waktu itu..)..Pernah sekali tu..dah keluar main hampir 10 minit, pastu teringat dan terperasan yang tudung tak pakai, sanggup pi lari balik ambik, pastu sambung main pulak..isshh..issh..astaghfirullahal’azim..tp Alhamdulillah..insaf la jugak..

Alhamdulillah dinaluzriq dianugerahi mak ayah yang sangat mementingkan soal agama. Walaupun pada awal didikan dulu belum nampak kesannya, tapi alhamdulillah, bila sudah besar dan boleh berfikir sendiri..syukur sangat bila mak ayah buat macam tu dulu..

Walaupun mak ayah tidak mendapat pendidikan agama yang formal di sekolah, tapi mereka tetap mahu berikan ilmu agama yang terbaik buat anak-anak…terima kasih yang tidak terhingga buat ayah dan mak tersayang..

Pernah dinaluzriq ‘terpaksa’ untuk sembahyang dihadapan mak. Setiap gerak geri diperhatikan dan diperbetulkan.. Lepas tu kena baca kuat-kuat setiap bacaan dalam sembahyang depan mak..Mak pulak siap pegang rotan. Sembahyang sebab takut dekat mak.. Pernah sanggup tipu kata dah sembahyang sebab nak main..konon-kononya soalan mak ‘dah sembahyang ka belum’ tidak didengari.. ‘Dak’ bertukar menjadi‘dah..’.. Asaghfirullahal’azim..

Alhamdulillah setiap asuhan dan cara didikan ibu bapa sebenarnya ada keberkatan dan keberkesanannya untuk persediaan sewaktu meningkat usia.

Berdasarkan kepada hadis dari Rasulullah saw :- Maksudnya
“Setiap anak yang dilahirkan itu adalah secara fitrah (seperti kain yang suci), sesungguhnya ibubapanyalah yang mencorakkannya samaada Yahudi atau Nasrani”

- Jika ingin dibuat perbadingan antara kehidupan zaman kanak-kanak tokoh-tokoh Islam serta srikandi-srikandi Islam dahulu, ibarat langit dan bumi…tidak seperti Imam Syafie..tidak seperti Saidatina Fatimah..tidak seperti Rabi’atul Adawiyah…

- Untuk renungan bersama : “Insan yang Saleh lahir daripada lingkungan dan persekitaran yang penuh dengan rintangan dan cabaran. Mereka menemui identiti diri melalui renungan yang mendalam, melalui tafakur yang jitu atau pengabdian yang Ikhlas..”

Sunday, June 19, 2005

kisah teladan untuk semua

(Diambil dari Wan Jeffree Wan Sulaiman: Sir dinaluzriq masa di SRI Abim)

Kisah kebuluran besar di Ireland

Kisah ini dipetik daripada akhbar The Illustrated London News bertarikh 22 Disember 1849, musasurat 404.

Dalam dunia yang penuh kemiskinan dan penderitaan, akan ada hati mulia yang tersentuh untuk membuat kebajikan. Orang yang memiliki hati mulia ini ialah seorang kanak-kanan perempuan berumur tujuh tahun yang bernama Cik Kennedy. Bapanya ialah Kepten Kennedy, seorang Inspektor Undang-Ungdang Miskin ( Poor-Law ) bagi Kilrush Union.

Ada suatu ketika, kelihatan Cik Kennedy sedang membahagi-bahagikan pakaian kanak-kanak miskin yang dibawa oleh ibubapa-ibubapa miskin yang lebih miskin daripada mereka sendiri. Di hadapan kumpulan manusia malang itu, kelihatan seorang budak perempuan sedang bertingggung seperti seekor monyet sambil menyelimut tubuhnya dengan satu-satunya kain buruk yang dia ada agar dirinya tidak bogel. Setitis air mata sedang mengalir di pipinya sebagai tanda terima kasih atas pakaian yang dibahagi-bahagikan oleh Cik Kennedy. Suasana menjadi lebih pilu dengan kedinginan petang bulan November dan kebecakan yang sedang merendam kaki orang-orang miskin itu.

Cik Kennedy sangat terharu dengan penderitaan kanak-kanak miskin yang dilihatnya. Perkara ini telah menghantui fikirannya dengan begitu hebat sekali sehingga dia berazam untuk membantu mereka.

Dengan restu kedua orang tuanya, Cik Kennedy pun menghabiskan masa dan segala apa yang dia ada untuk membantu golongan malang itu. Dia telah menyedekahkan sebahagian pakaiannya sendiri dan dibenarkan untuk menyedekahkan sebahagian daripada pakaian ibunya. Dia telah membeli kain kasar dan membuat pakaian kanak-kanak yang sebaya dengannya untuk disedekahkan.

Tindakannya mendapat galakan daripada ibu bapanya sendiri dan juga daripada beberapa orang lain yang tidak dikenali, yang menyalurkan wang kepadanya. Pastinya tindakan mereka ini akan dicontohi oleh orang-orang berharta di kawasan berjiran. Cik Kennedy menjalankan tugas mulia ini dengan segala tenaga dan ketahanan yang ada pada seorang kanak-kanak perempuan yang matang dan cekal.

Semoga kisah ini dapat mengabadikan sikap pemurah seorang kanak-kanak perempuan yang sanggup mengisi tempat seorang wali dan menjalankan kewajipan seorang pecinta tanah air.


Di antara tahun 1845 sehingga 1851, satu kebuluran besar melanda Ireland kerana ubi kentang; iaitu makanan asasi golongan bawahan dan penduduk miskin di situ, musnah kerana penyakit. Lebih daripada sejuta orang telah mati kelaparan akibat penyakit kerana kekurangan zat makanan. Korban yang besar ini berlaku kerana kelambatan bertindak dan pengurusan bantuan yang tidak cekap oleh pihak kerajaan British yang dekat dan kaya itu. Seorang wartawan akhbar The Illustrated London News bertarikh 13 Februari 1847 menceritakan pengalamannya di Ireland:

“Kami bermula dari Cork untuk pergi ke Skibbereen dan tidak nampak apa-apa sehinggalah kami sampai ke Clonakilty di mana kedahsyatan kemiskinan jelas kelihatan. Ramai orang-orang miskin yang kebuluran mengerumuni kereta kuda kami untuk mengemis. Di kalangan mereka ialah seorang wanita yang sedang mendukung mayat seorang bayi. Dia sedang merayu dalam keadaan yang sangat terdesak kepada para penumpang agar membantunya membeli keranda untuk mengebumikan bayinya itu. Pengalaman ini membuatkan saya menyiasat tentang perempuan itu. Orang-orang di hotel memberitahu bahawa setiap hari berdozen-dozen orang seperti itu datang ke bandar…”

Wanita Irish mengemis wang agar dapat membeli keranda untuk mengebumikan mayat bayinya yang sedang didukungnya itu.


P/s: Diri sedih dan sayu apabila melihat si ibu yang mendukung anak kecil sambil meminta sedekah, di tepi-tepi jalan kaki lima…diri bertanya sendiri, “Bagaimanakah keadaan masa depan hidup dan nasib mereka kelak…” Hanya Allah yang mengetahui..

- Bersyukurlah dengan apa yang kita ada dan bantulah orang yang lebih susah dari kita. Ingatlah walau susah mana sekalipun kita , ada lagi insan-insan yang lebih susah..bantulah mereka sekadar yang kita mampu kerana Allah..kerana DIA pasti akan membalasnya… jika bukan sekarang ..pastinya di ‘negara abadi’ sana...

“.. Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya aku akan tambahi nikmatku kepadamu”..(Ibrahim: 7)

dialah segalanya

Kita selalu membicarakan tentang betapa besarnya peranan, jasa dan pengorbanan seorang ibu didalam hidup kita. Namun demikian, apakah kita tidak sedar ataupun terlupa akan besarnya tanggungjawab dan pengorbanan yang diberikan oleh seorang bapa?..

Sebuah bahtera akan hanyut tanpa haluan jika tiada seorang nakhoda yang mengemudinya.
Bapa ibarat seorang nakhoda di dalam bahtera keluarga. Begitulah diibaratkan betapa besarnya peranan seorang bapa di dalam sebuah keluarga. Bertanggungjawab dan berperanan besar dalam membawa haluan keluarga…untuk kemana akhirnya…?..

Hidup seorang anak tidak akan lengkap tanpa kasih sayang dari seorang bapa. Hidup seorang isteri yang bergelar ibu tidak akan sempurna tanpa kasih sayang, dorongan dan sokongan dari seorang suami yang bergelar bapa.

Jika anda seorang bapa atau seorang lelaki yang insyaAllah suatu hari nanti akan menjadi bapa, janganlah menganggap anda berada di kelas kedua di dalam ‘ranking’ kasih sayang dari sorang anak..Tidak sama sekali! Bukan ‘sayang kelas kedua’. Anda masih berada di kelas yang pertama bersam ibu, kerana ketaatan untuk kedua ibu dan bapa adalah satu, walau ibu yang perlu diutamakan terlebih dahulu. Ketaatan yang paling utama adalah pada Allah dan Rasulullah saw (tidak perlu di dalam ‘ranking’ kerana itu yang paling aula dan perlu diletakkan di tempat yang paling atas dan utama antara semua)..

Besar tanggungjawab dan pengorbanan yang diberikan oleh anda sebenarnya! Segalanya demi menjamin kebahagiaan rumahtangga yang dibina. Jadi, berbanggalah kerana Allah telah mentakdirkan anda menjadi seorang lelaki! Seorang lalaki yang gagah perkasa dan sentiasa bersemangat waja dalam melindungi serta membahagiakan keluarga..

Oleh yang demikian, jika anda masih mempunyai bapa, sayangi dan hargailah segala jasa dan pengorbanannya. Berbaktilah kepadanya dan berdo’alah untuk kesejahteraan hidupnya di dunia dan di akhirat. Walau macam mana pun sikapnya, dia adalah bapa anda!..kerana tanpanya, tiadalah anda di dunia ini. Dan kalau bukan kerana sikap dan tindakannya yang sebegitu, tidaklah anda seperti sekarang ini!

Bagi anda yang sudah ketiadaan bapa, hadiahkanlah do’a dan ziarahilah pusaranya..Kerana anda adalah seorang anak yang soleh! Itulah antara tindakan seorang anak soleh. Jika anda ingin anak-anak anda melakukan sedemikian, diri anda perlu melakukannya terlebih dahulu kepada bapa anda sendiri! Kerana hanya do’a dan amalan anak yang soleh sahaja akan berguna kelak..Seperti sabda Rasulullah Saw;..

"Apabila mati seseorang anak Adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga punca: sedekah yang berkekalan , Ilmu yang bermanfa'at, dan anak yang soleh yang mendoakannya." (diriwayat oleh Muslim).


******

Dialah guru, dialah ustaz, dialah driver, dialah mekanik, dialah technician, dialah manager dan dialah segalanya. Segala pekerjaan dilakukan olehnya. Itulah ayah dinaluzriq, Tuan Hj Mat Ishak bin Hj Awg. Mustaffa… Mana nak cari seseorang yang sanggup menjadi semua dalam satu masa??..

Biasanya sikap si ayah lebih suka berdiam diri dalam banyak perkara berbanding ibu. Begitu juga dalam perkara yang melibatkan anak-anak. Kerana ibu yang lebih banyak ‘mengeluarkan bicara’ berbanding bapa… :).. Tetapi bila sekali beliau megeluarkan kata-kata, itulah yang lebih diberi perhatian kerana kata-katanya yang penuh makna..

Begitu juga pada waktu ketika marah. Susah nak tengok ayah marah sebenarnya, tapi bila sekali marah..eemm, siaplah….Tetapi itu dulu, ketika zaman kecik-kecik yang nakal..Tapi sekarang, tiada perkara yang perlu dimarahkan lagi..Cuma sekadar menasihati kerana semua anak-anak sudah besar panjang, sudah boleh berfikir sendiri yang mana baik dan yang mana buruk untuk masa depan.

Ayah dinaluzriq seorang yang peramah, kelakar dan sangat sporting..tentunya Sporting yang ada batasan..Orang kata ayah macan Tuan Guru Hadi Awang. Emmm, rasanya ada jugak gaya, bila ayah pakai jubah dan berserban, cuma tidak memakai cermin mata..Kira semuanya yang best-best belakalah mengenai ayah dinaluzriq ni..

Terima kasih ayah kerana menjadi seorang ayah yang hebat!..Betul ka tidak kalau dikatakan “Behind a great father, there must be a great daughter?”.. :) .. insyaallah, hope so..

Buat ayah tersayang, diana tujukan poem ni buat ayah..terima kasih kerana menjadi seorang ayah yang terbaik buat kami anak-anak ayah..,n proud to be your daughter!..;)

******
Poem ini ditujukan khas buat seorang lelaki yang banyak berkorban di dalam keluarga dan hidup dinaluzriq, tanpanya siapalah daku..itulah ayah tersayang..juga buat mereka yang bergelar bapa..


OUR FATHERS
Our fathers toil with hands and heart
To make our lives complete.
They quietly brave the winter cold,Endure the summer heat.
Our fathers' lives are busy, but
There's always time for us.
They boldly face the ups and downsAnd seldom ever fuss.
Our fathers are the greatest dads.
We know you know this, too.
But thank you for the chance to share
Our love for them with you.
~Author Unknown~

A FATHER MEANS...
A Father means so many things...
An understanding heart,
A source of strength and of support
Right from the very start.
A constant readiness to helpIn a kind and thoughtful way.
With encouragement and forgiveness
No matter what comes your way.
A special generosity and always affection, too
A Father means so many things
When he's a man like you...
~Author Unknown~ Father's Day Poem

A SIMPLE HUG
There's something in a simple hug
That always warms the heart;
It welcomes us back home
And makes it easier to part.
A hug is a way to share the joy
And sad times we go through,
Or just a way for friends to say
They like you 'cause you're you.
Hugs are meant for anyone
For whom we really care,
From your grandma to your neighbor,
Or a cuddly teddy bear.
A hug is an amazing thing --
It's just the perfect way
To show the love we're feeling
But can't find the words to say.
It's funny how a little hug
Makes everyone feel good;
In every place and language,
It's always understood.
And hugs don't need new equipment,
Special batteries or parts -
Just open up your arms
And open up your hearts.
~Author Unknown~ Father's Day Poem

FATHER'S ARE WONDERFUL PEOPLE

Fathers are wonderful people
Too little understood,
And we do not sing their praises
As often as we should...
For, somehow,
Father seems to be
The man who pays the bills,
While Mother binds up little hurts
And nurses all our ills...
And Father struggles daily
To live up to "his image"
As protector and provider
And "hero of the scrimmage"...
And perhaps that is the reason
We sometimes get the notion,
That Fathers are not subject
To the thing we call emotion,
But if you look inside Dad's heart,
Where no one else can see
You'll find he's sentimental
And as "soft" as he can be...
But he's so busy every day
In the grueling race of life,
He leaves the sentimental stuff
To his partners and his wife...
But Fathers are just wonderful
In a million different ways,
And they merit loving compliments
And accolades of praise,
For the only reason
Dad aspires
To fortune and success
Is to make the family proud of him
And to bring them happiness...
And like Our Heavenly Father,
He's a guardian and a guide,
Someone that we can count on
To be always on our side.

~Helen Steiner Rice~

http://www21.brinkster.com

Wednesday, June 15, 2005

'back to the future..'

"Bingkisan Puteri Balqis" ni tercetus apabila sahabat dinaluzriq pernah mengadu hal pada dinaluzriq. Ala..biasala 'hal-hal yang sebegini'. Tapi Bingkisan ini pun bukan ditujukan khas buat dirinya sahaja, juga buat diri saya sendiri dan sahabat-sahabat yang lain. Ambil apa yang baik, dan tinggal apa yang tidak baik..ok.. ;)
Image hosted by Photobucket.com
Binkisan Puteri Balqis..

Semadah Kasih.. Sejambak Ikhlas dan Sayang dariku untukmu..

Salam perkhabaran ukhuwwah dariku. Moga dirimu tika ini bersulamkan kenikmatan Iman dan Islam dariNya. Di perkhabaran ini, izinkan kulayangkan secebis bingkisan ingatan buat tatapan arjunamu. Moga ia bak sinar pelita, bila kelam menyapa jua bak desiran angin lembut menderu bila taufan agung, laluannya ditingkah bisu. Pandanglah ia sebagai kata-kata ikhlas dari seorang sahabat untuk sahabatnya yang disayangi kerana Allah…

Saudariku yang dihormati,

Diri ini amat kerdil dan tidak layak kurasakan untuk menasihati insan lain. Walau diri ini penuh disaluti dosa dan noda, kugagahi jua tangan dan mindaku mencoretkan kalam terindah untuk tujuan yang satu buat teman yang kurasakan lebih mulia akhlak dan sempurna peribadinya.. Demi Allah! Apa yang bakal kutitipkan ini adalah keranaNYA. “Lihatlah pada apa yang disampaikan, bukan pada yang menyampaikan..” Namun sahabatku, renung-renungkanlah kata-kata ikhlasku ini. Untuk menerima mahupun tidak, terpulanglah pada dirimu..

Jua kutujukan khas buat diriku yang serba dhaif ini. Satu hakikat yang pasti, tangan yang menaip ini lebih dekat dengan keyboard di komputer dan hati yang berbisik ini lebih hampir dengan jiwa yang merasai…

Ukhti yang dirahmati Allah,

Aku meyakini, dirimu mendambakan keinginan disayangi dan menyayangi. Ia fitrah insani. Fitrah yang Allah lemparkan sebagai nikmat yang cukup berharga. Alangkah bahagianya diri andai ada insan yang sudi berkongsi cerita suka duka bersama. Insan yang berjanji kan sentiasa disamping. Insan yang boleh dirindui selalu. Insan sebagai pembakar semangat dan pengubat jiwa. Insan yang boleh dicurahkan segala kasih dan sayang. Insan yang boleh dijadikan teman pendamping setia dikala susah dan senang.

Namun saudariku, beringat-ingatlah ..

Usah terlalu mudah memberi dan menerima cinta. Simpan dan berilah sepenuhnya cinta itu kepada orang yang selayaknya sahaja. Bukan pada insan yang bergelar kekasih hati dan bukan yang bergelar teruna pujaan sukma. Tetapi, insan yang bukan sahaja bergelar kekasih hati, malah pendamping setia dan tempat rujukan serta berbincang segala perkara. Itulah suamimu, kekanda pujaan hati. Cinta dan sayang itu hanyalah untuk dirinya.

Terimalah diri suamimu seadanya. Allah pasti menjanjikan yang terbaik buat dirimu andai itu yang dipinta dan itu yang dido’akan. Tiada manusia yang sempurna di dunia ini termasuk juga dirimu. Insan biasa bukanlah para nabi, bukan para malaikat malah bukan juga Tuhan!.

Saudariku, “Tidak perlu mencari teman seindah Sulaiman jika diri tidak secantik Balqis, mengapa mengharap teman setampan Yusoff jika kasih tidak setulus Zulaikha, tidak perlu diri mencari teman seteguh Ibrahim jika diri tidak sekuat Sarah dan Hajar. Jangan mengharap teman sehebat Ali jika diri tidak semulia Fatimah, Mengapa mendamba teman sesempurna Rasulullah jika diri tidak seistimewa Khadijah …”
Ingat dan yakin satu sahaja pada firman Allah;
“Perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Dan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik” –(An-Nur: 26)

Syurga Allah untuk dirimu segala-galanya terletak bagaimana dikau membina ‘syurga’ untuk dirinya. Oleh itu, jadilah seperti tanah yang berbakti. Tanah yang boleh dipijak oleh kedua tumit suamimu agar dia menjadi insan yang paling bahagia didunia.

Namun saudariku, aku amat pasti, apakan daya diri seandainya cinta itu datang tanpa diduga. Cinta itu hadir tanpa dipinta dan Cinta itu lahir tanpa dipaksa. Sekiranya itulah yang dikau hadapi, berpada-padalah dalam menerima kehadiran insan yang sudi menjadikan dirimu suri dan permaisuri hati di dalam hidupnya. Jagalah perhubungan yang dilalui dengan berpaksikan cintaNya yang satu. Perhubungan yang berniatkan ikhlas untuk memenuhi tuntutan Ilahi dan Sunnah Rasul junjungan.

Namun demikian, berwaspadalah wahai saudariku,
Syaitan sentiasa mencari peluang untuk menyuntik jiwa manusia dengan suntikannya yang tajam lagi berbisa. Suntikan pelalian yang bisa mengkhayalkan manusia dengan kemaksiatan. Khayalan yang bisa memalingkan cinta Ilahi kepada cinta duniawi. Ramai yang terkorban kerana cinta. Ramai yang hanyut dek gelodak asmara. Ramai yang rosak disebabkan cinta. Kerana kasih dan sayang yang diberikan bukan kepada insan yang belum lagi sah menjadi milikmu..

Saudariku yang dikasihi, ingatlah..
Memberi dan menerima cinta insani amat mudah berbanding memberi dan menerima cinta Ilahi. Cinta Ilahi.. Itulah hak yang perlu dikau tunaikan terlebih dahulu. Amanah dan tanggungjawab seorang hamba sebagai khalifah dimuka bumi. CintaNya itu memerlukan dikau supaya sentiasa muraqabah (sentiasa hampir denganNya) dan mujahadah diri (melawan hawa nafsu) sentiasa.

Ingatlah 5 wasiat Rasulullah yang telah ditiggalkan buat umatnya. Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abdullah bin Abbas r.s, katanya : Aku pernah menjadi pendamping Rasulullah s.a.w lalu baginda berkata :

“Wahai anak, sukakah engkau aku ajarkan beberapa kalimat yang dengannya Allah mendatangkan manfaat bagimu?” Aku menjawab: Tentu sekali, ya Rasulullah!” Maka baginda berkata: “Peliharalah (hak-hak) Allah, nescaya Allah memelihara engkau, peliharalah Allah maka engkau mendapati Dia mengadap kepadamu, kenalilah Allah ketika senang, maka Allah mengenalimu ketika susah. Dan jika engkau meminta, mintalah kepada Allah; dan jika engkau minta tolong, meminta tolonglah kepada Allah”.

Ya Ukhti alkarimah,
Namun, seandainya belum ada lagi insan yang sudi menjadikan dikau permata hatinya, usah resah dan gelisah. Usah terasa gersang dan gundah gulana. Allah ingin memelihara dirimu sebenarnya. Allah pasti menjanjikan yang terbaik buat dirimu selagimana dikau thabat dan yakin denganNya. Cuma masanya bukan sekarang. InsyaAllah, waktu dan saat itu pasti akan tiba.

Saudariku yang disayangi,

Usah jemu untuk meminta kepada Allah. Itu yang disukai Allah malah, jauh sekali untuk ditolak olehnya. Sebagaimana Allah menyebut didalam Al-Quran yang bermaksud, “Berdoalah kepadaku, nescaya akan aku perkenankanmu”. Dan Syair juga ada menyatakan, “Allah marah jika tidak memohon kepadanya; sedang manusia marah ketika ia sedang diminta.”

Berdoalah kepada Allah semoga Allah menemukan dirimu dengan insan yang sentiasa melabuhkan cintanya kepada Allah. Cintanya itu pula boleh membawa dirimu menemui cinta agung Ilahi. Seseorang yang sentiasa mengharapkan redha dan berkat dari Allah. Seseorang yang sentiasa hatinya terikat dengan rumah Allah. Seseorang yang sentiasa memikirkan dan membantu untuk kebaikan ummah. Seseorang yang sentiasa membaiki dirinya untuk mencapai maqam hasanah (kedudukan kebaikan yang mulia di sisi Allah). Yakinlah bahawa hanya Allah adalah penentu kejayaan sesuatu usaha dan ikhtiar.


Saudariku yang dirahmati Allah,

Kunoktahkan kalam hati ini dengan bunga puisi, moga taman ukhuwwah makin berseri…

Sayap kiri sejati,
(khas buat Srikandi Islam: Sayap kiri sejati)

Sayap kiri, srikandi sejati..,
Tunjangilah hatimu dengan Iman yang hakiki
Warisilah Akalmu dengan Ilmu duniawi dan ukhrawi..
Latihlah dirimu dengan Syariat dan Akhlak Islami..

Sayap kiri, srikandi mithali
Perkasailah Ilmu mendepani cabaran
Sebagai persediaan mengharungi rintangan
Untuk Malahirkan generasi yang berkualiti dan berperanan
demi mendaulatkan Islam yang suci..

Teguhkan pendirian..tingkatkan kekuatan..
Sematkan dijiwa..
Pahatkan diminda..
Bukan atas desakan cinta..
Bukan atas kelalaian jiwa
Bukan atas dorongan nafsu
Tetapi berpaksikan dorongan cintaNya yang satu..

Taati Allah..Taati Rasulullah..
membentuk dirimu menjadi Mujahidah Ansarullah..

Itulah sayap kiri yang sejati…

Semoga dirimu terus
“Istiqamah mendepani cabaran!”..

Puteri Balqis



- MMI-IIUM-(25 Mei 2005)- home

Thursday, June 9, 2005

Allah Knows Best
Allah knows best for us,
So why should we complain,
We always want the sunshine,
But He knows there must be rain.
We always want the laughter,
And the merriment of cheer,
But our hearts will lose their tenderness,
If we never shed a tear.
Allah tests us often,
With suffering and with sorrow,
He tests us not to punish us,
But to help us meet tomorrow.
For growing trees are strengthen,
If they withstand the storm,
And the sharp cut of the chisel,
Gave the marble grace and form.
Allah tests us often,
And with every pain
He gave us,
Provided with patience,
Is followed by rich gain.
So when u feel down,
And u feel that everything goes wrong,
Remember that it's just
Allah's way,
To make our spirit strong....


-------------------------------------------------------------------

Tuhanku ampunkanlah
Segala dosaku
Tuhanku maafkanlah
kejahilan hambaMu

Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikmu..

Tuhanku ampunkanlah
Segala dosaku
Tuhanku maafkanlah
Kejahilan hambaMu

Bilakah diri ini kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagiku ingat petangku alpa
Begitulah silih berganti

c/o

Oh Tuhanku kau pimpinlah
Diri ini yang mendamba CintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu..

Ku sering berjanji depanMu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula..

Bilakah diri ini kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagiku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku kau pimpinlah
Diri ini yang mendamba CintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan darimu..

Kau Pengasih ..Kau Penyayang
Kau Pengampun kepada hamba-hambaMu..
Selangkah ku kepadaMu
Seribu langkah kau padaku

Tuhan diri ini
Tidak layak ke SyurgaMu
Tapi tidak pula
Aku sanggup ke NerakaMu..

Ku takut kepadaMu
Ku harap jua padaMu
Moga ku kan selamat dunia akhirat
Seperti Rasul dan Sahabat
Seperti Rasul dan Sahabat
Seperti Rasul dan Sahabat…

Oleh: Raihan
-------------------------------------------------------------------------


“We’ll always love You..
You’re the only One..
We’ll always love You..
You’re the Mighty One”..

Image hosted by Photobucket.com


For attractive lips, speak words of kindness
For beautiful eyes, seek out the good in other people
To lose weight, let go of stress and the need to control others
To improve your ears, listen to the word of Allah
Touch someone with your love
Rather than focus on the thorns of life, smell the roses and count your blessings
For poise, walk with knowledge and self-esteem
To strengthen your arms, hug at least 3 people a day
To strengthen your heart, forgive yourself and others
Don’t worry and hurry so much
Rather walk this earth lightly and yet leave your mark.

Syurga di mana??..

“Kadang-kadang kita sedar dan kadang-kadang itu juga kita buat-buat tak sedar. Banyak perkara yang berlaku disekeliling kita yang boleh diambil iktibar, yang boleh diambil manfaat. Banyak perkara yang Allah telah berikan kepada kita namun sedikit pun kita tidak menghargai. Sebab kita hanya nampak apa yang wujud dan zahir di depan mata kita sahaja…”


Syurga dimana??

Hampir 4 minggu dinaluzriq berada dirumah. Blog dinaluzriq ni pun dah tak terjaga. Bukannya tak surf internet. Ada juga. Cuma sekadar ‘berjalan-jalan’ sahaja. Itu pun kalau ada kelapangan. Sebenarnya bukan tidak ada masa langsung. Dinaluzriq juga bukan sengaja mencari alasan untuk tidak menggunakan masa sabaiknya. Tetapi masa yang bernilai dan sangat berharga itu, dinaluzriq gunakan untuk perkara-perkara yang lebih utama. Eemm..bukan setakat jadi ‘bibik’saja..siap jadi driver, cleaner dgn dayang sekali tu..!hehehe..

Anyway, mengurus keadaan di rumah lebih mengajar kita untuk memahami dan menghargai nilai pengorbanan seorang insan mulia yang bergelar ibu.

Dinaluzriq hanya melihat namun tidak merasai. Tetapi dengan hanya melihat dan sekadar membantu, dinaluzriq dapat merasai...

Betapa perit dan besarnya pengorbanan seorang ibu. Hargai ibu yang mengandungkan anda selama hampir sembilan bulan lamanya. Sayangi ibu anda yang sanggup bersengkang mata di satu pertiga malam semata-mata untuk menyusukan anda. Hargailah setiap pegorbanan yang diberikan olehnya.

The Messenger of God, upon whom be peace, said: "The parent is the central door of The Garden (al-Jannah), you may look after it or you may leave it.
"The above Hadith was related in Tirmidhi (Hadith No. 1900), and Ibn Majah (Hadith No. 3663). In another Hadith which has several narrations one of which says: "A man asked the Prophet, upon him be peace, who are the people most entitled to good companionship from me? The Prophet said: 'Your mother, then your mother, then your mother, then your father, then your nearest relatives and then the next nearest."
(See Riyad al-Salihin, p. 194).

Memang benar ‘seorang ibu sanggup menjaga sepuluh orang anaknya, dan susah untuk melihat sepuluh orang anak yang sanggup menjaga seorang ibu.

Kisah daripada slot Cerekarama tv3, “Syurga dimana “ patut dijadikan iktibar oleh mereka yang bergelar anak dan mereka yang akan menjadi ibu. Drama lakonan Wan Maimunah, Jasmin Hamid, Azizah Mahzan dll cukup menyentuh hati nurani. Allah akan membayar ‘cash’ terhadap apa yang dilakukan oleh anak ke atas ibubapa mereka.

Untuk seorang anak, ingatlah, menyayangi, menghormati dan berbakti kepada ibubapa adalah menjadi tanggungjawab seorang anak. Ingat bahawa suatu hari nanti kita akan menjadi ibu dan bapa. Apa yang kita lakukan terhadap ibu bapa sewaktu kita bergelar seorang anak, tidak mustahil perkara yang sama akan berulang ke atas diri kita kelak tika meniti usia tua. Samada baik mahupun buruk.

Untuk ibu dan bapa, sayangi anak dengan tidak memilih kasih serta tidak membezakan kasih sayang di antara anak-anak.. Kisah Iktibar yang selalu berlaku, bilamana anak yang paling dibenci itulah biasanya yang akan banyak berjasa pada ibu bapa hingga ke akhir hayat mereka..

Lagu istimewa dinaluzriq tujukan khas buat para ibu..


Belaian Ibu
Album : Damai
Munsyid : Hijjazhttp://liriknasyid.com

Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh.. ibu
Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan
Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan
Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena
Di wajah terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan
Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan
Tiada aku tanpa ibu
Hanya (kau) satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta
Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga
Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh.. Ibu
Lagu : Manis Helma (Hijjaz Records)
Lirik : Alif Lam Ra (Gurindam Entertainment)
Susunan Muzik : Along Exist, Isman Isam
Penerbit : Zahid, Isman Isam
Hakcipta : Hijjaz Records


P/s: Nantikan post-post dinaluzriq berkenaan : “Panduan buat bakal ayah, ibu, dan bakal-bakal suami & isteri”…

Eemm..banyak yang dinaluzriq ‘belajar’ dari maklong (bidan yang mengurut kakak dinaluzriq)..=).. Leh la lps ni ambik dinaluzriq jadik bidan pulak..hehehe..tapi kena tunggu dapat watikah perlantikan dan dapat tauliah dari maklong dulula.. ;)