Sunday, May 15, 2005

Alhamdulillah...

yea..yea..dah dapat anak menakan!!.. ;)

Alhamdulillah..13 mei 2005 lps, jam 2.30 am, kakak dinaluzriq (kak anis) selamat melahirkan seorg bayi lelaki di hospital Kangar, Perlis.. sekarang dah balik A/S.. Syukur segalanya berjalan lancar.. masa dpt msg dia, dinaluzriq kt iium..eemm..i was so excited!..Ya la..first anak menakan (anak saudara) la katakanla.. tak sabar nak tengok.. :)

Image hosted by Photobucket.com

dinaluzriq terpaksa drop dr ambik sem3 ni sbb nak jaga diorang ni la..kesian pulak kat mak dinaluzriq, takkan dah berpenat kat sekolah, lps tu nak jaga diaorg pulak..so, terpaksa berkorbanlah..walaupun banyak perkara yg perlu di settlekan di iium, Rasa serba salah tu ada jugak..Namun Aulawiyat dinaluzriq adalah dirumah.. (dinaluzriq mintak maaf bnyk2 kpd org2 yg berkenaan, sbb mungkin sbb dinaluzriq, ada org2 yg rasa terbeban..barakallahufikum..)..Anyway, tak pa..boleh la dinaluzriq belajar belajar skit apa2 yg patut kan.. :)

so, tak taulah 'rumah' dinaluzriq nie (my blog) akan sentiasa terjaga ataupun tidak..tengoklah keadaannya mcm mana nnti..


p/s: Shukran jazilan for the tazkirahs, comments..and everything.. see ya!..

Image hosted by Photobucket.com





Wednesday, May 11, 2005

relax..relax sket..

A Lesson from...

Somewhere in IIUM..

Situation 1(in one situation) :

Cik Tijah : A’kum, hi Cik Siti..how are u doing?? (with her hand touching Cik Siti’s hand)
Cik Siti :W’salam ..fine, tq..(she replied with a smile)..(as they touched their cheeks together and then disperse)
Cik Tijah : Oklah Cik Siti,..See you leter..i’ve to go..
Cik Siti : Ok, Cik Tijah..bye..bye.. see ya!


Suparjo : Hey you!..Where are u going?
Johan : Eh Suparjo..emm..as usual…taking and bringing back these things..so what are u doing here hah??..Ooo.. “u are cheating..aren’t you?”
Suparjo: Eh..nolah..i’m just looking around..if there is somebody who will disturb our peace… Ok Johan .. i’ve a lot of things to do..see you..A’kum..
Johan :eemm ok..see u!!


Situation 2:

dinaluzriq saw something on her desk…somewhere in a room in IIUM..

“Huh!! This is disgusting!!..Oohh no!!..They’ve come again…!!!”, shouted dinaluzriq oneday.
-without hesitation, she took a piece of salophantape, split it and then pressed it on the ants on the desk..

“Hah..that’s it! That is what u want..isn’t it?.. ‘Nah rasakan’!!..HaHaHa..i’m the cruelest person in this world..!! Hahaha…” she laughed out loudly…

“Run..!!!!!”…Suparjo shouted to his community… “Safe ur life!!…the giant is coming!..Hurry..!! Before she kills us..and do the same evil thing before..!!!Runnn..!!”

Suparjo : ( like an army leader) “U..! hide behind the wall ( the wall is actually a pencil case), and u, go under the roof ( a piece of paper), and I...I’ll pretend to die..so let’s carryout ‘our plan’...1..2..and..3..Chayyok..Chayyok!!..Go..!!


“Ouchh..!!..ishh..these small ants…how dare u..!!..u want me to do the same thing??..”, said dinaluzriq angrily as the troops of ants bit her hand on the desk….
Image hosted by Photobucket.com


……….TammaT……….

but…

Dinaluzriq somewhat tried to understand the life of the ants and she learnt something from them. Their togetherness and helpfulness that should be learnt by the human beings... ( A lesson from the ants)..

So don’t be like her…acknowledge the creatures around us..they also want to live..like we do..but “JUST IN CERTAIN CONDITION!”…


Surah An-Naml (Semut)

Surah An-Naml terdiri daripada 93 ayat, termasuk dalam kategori surah Makkiyyah dan diturunkaan selepas surah As-Syu’araa.

Dinamai dengan “An-Naml”, kerana pada ayat 18 dan 19 terdapat perkataan “An-Naml” (semut), dimana raja semut mengatakan kepada anak buahnya agar masuk ke dalam sarang masing-masing, Untuk mengelakkan diri mereka supaya tidak terpijak oleh Nabi Sulaiman a.s dan tenteranya yang akan lalu di tempat itu. Mendengar perintah raja semut kepada anak buahnya itu, Nabi Sulaiman tersenyum dan ta’jub atas keteraturan kerajaan semut itu dan beliau mengucapkan syukur kepada Tuhan Yang Maha Kuasa yang telah melimpahkan nikmat kepadanya. Kerajaan, kekayaan, dan memahami ucapan-ucapan binatang, mempunyai tentera yang terdiri atas jin, manusia, burung dan sebagainya. Nabi Sulaiman a.s yang telah diberi Allah nikmat itu tidak berasa takbur dan sombong. Sebagai hamba Allah, Nabi Sulaiman memohon agar Allah memasukkannya ke dalam golongan orang-orang yang soleh.

Allah s.w.t menyebut mengenai binatang, iaitu semut di dalam surah ini agar manusia mengambil pelajaran dari kehidupan semut itu. Semut adalah binatang yang hidup berkelompok di dalam tanah, membuat liang dan ruang yang bertingkat-tingkat sebagai rumah dan gudang tempat menyimpan makanan musim dingin. Kerapian dan kedisiplinan yang terdapat dalam kerajaan semut ini, dinyatakan Allah dalam ayat ini dengan bagaimana rakyat semut mencari perlindungan segera agar jangan terpijak oleh Nabi Sulaiman a.s dan tenteranya, setelah menerima peringatan dari rajanya.

“Hingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut: Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari”; (An-Naml:18)

“Maka tersenyum denagn tertawa kerana (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdo’a; “Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmatMu kedalam golongan hamba-hambaMu yang soleh:. (An-Naml: 19).


Secara tidak langsung, Allah mengingatkan juga kepada manusia agar dalam berusaha untuk mencukupkan keperluan seharian, Allah mementingkan kemaslahatan bersama dan sebagainya. Rakyat semut mempunyai organisasi dan kerjasama yang amat baik. Ini yang perlu diambil iktibar oleh manusia. Bukannya bercakaran sesama sendiri. Tidak pula berhasad dengki, jauh sekali untuk menjadi seperti “api dalam sekam” dan “duri dalam daging”.

Dengan mengisahkan kisah Nabi Sulaiman a.s dalam surah ini, Allah mengisyaratkan hari akan datang dan kebesaran nabi Muhammad s.a.w. Nabi Sulaiman a.s sebagai seorang nabi, rasul dan raja yang dianugerahi kekayaan yang melimpah ruah. Begitu juga Nabi Muhammad s.a.w. Baginda Rasulullah s.a.w sebagai seorang nabi, rasul dan ketua negara yang ‘ummi’ dan miskin telah berjaya membawa dan memimpin umatnya ke jalan Allah. Allahumma solli ‘ala saiidina Muhammad wa’ala aali saiidina Muhammad…Sollallahu’alaihi wasalam..

Thursday, May 5, 2005

"Jalan-jalan Cari Ilmu".. Jom!..

a) Laman Formula Cemerlang : Menggali Rahsia Kecemerlangan SejakBeribu Tahun
URL : http://www.formulacemerlang.com

Laman ini adalah laman hasil kerjasama di antara PTS Millenia Sdn Bhd dan Dr. Danial Zainal Abidin, seorang doktor perubatan dan tokoh pendakwah terkenal dari Utara Malaysia. Beliau merupakan seorang penceramah dan pendakwah yang tidak asing lagi bagi pendengar Radio Malaysia Pulau Pinang bagi sesi Mutiara Timur dan Rangsang Minda. Laman ini banyak memberikan input baru kecemerlangan daripada perspektif Al-Quran dan Sunah. Kesemuanya diberikan secara yang amat saintifik dan dikaitkan dengan sains. Input yang luar biasa ini jarang dikeluarkan oleh para penceramah yang lain. Para pelawat laman dapat berinteraksi secara rapat dengan Dr. Danial melalui ruangan forum yang disediakan. Beberapa segmen di dalam forum tersebut dapat dimanfaatkan antaranya adalah forum Islam & sains, kaunseling kesihatan, kaunselingagama, kaunseling keluarga, kaunseling umum, soal jawab agama dan sebagainya. Marilah kita sama-sama mendapat input baru daripada laman ini


b) Laman Dr. Cinta.Com
URL : http://www.drcinta.com

Laman ini disediakan khas bagi mengembalikan cinta di dalam diri manusia. Cinta di sini didefinisikan semuala, bukan sekadar cinta sesama manusia malahan cinta kepada ibu bapa, alam, rasul dan Tuhan. Para pelawat dapat berdiskusi dengan para pakar runding yang dibawa khas bagi menjawab persoalan dalam minda mengenai cinta. Antara pakar perunding yang terlibat dalam laman Dr. Cinta ini adalah Dr. IsmailThambi, Dr. Harlina Halizah Siraj, En. Ahmad Naim Jaafar dan lain-lain lagi. Manfaatkanlah ruangan forum diskusi cinta dan sayang yang disediakan bagi mengembalikan cinta dalam masyarakat kita. Manfaatkan ruangan ini untuk menambahkan ilmu kita bagi persiapan diri di dunia dan akhirat.


"Sesiapa yang mahukan dunia hanyalah dengan ilmu, sesiapa yang mahukanakhirat hanyalah dengan ilmu. Sesiapa yang mahukan kedua-duanyahanyalah dengan ilmu"

Wednesday, May 4, 2005

Panduan Penuntut Ilmu..

'Ilmu dan Hal-Hal yang Berkaitan Dengannya

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman: "Allah bersaksi bahwa tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia Yang Menegakkan Keadilan. Para Malaikat dan orang-orang berilmu (juga bersaksi atas yang demikian), tidak ada Tuhan Yang berhak disembah melainkan Dia Yang Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana". (Ali Imran: 18)
Ibnu Katsir dalam menafsirkan ayat ini berkata (yang terjemahannya) : Ini adalah kedudukan yang mengandung keistimewaan agung bagi ulama (orang-orang berilmu), sebab Allah mempersandingkan persaksian ulama dengan persaksian Allah dan para MalaikatNya terhadap suatu perkara yang sangat agung yaitu persaksian terhadap keesaan Allah Subhanahu wa Ta'ala .
>> baca penuh di blog Akh syarief<<
:: syarief ni my junior, head comm DnI masa Ta'aruf Week haritu..

Tuesday, May 3, 2005

Korban Cinta

Persoalan cinta dan kasih sayang adalah sesuatu yang sangat luas dan abstrak untuk diperkatakan. Setiap orang mempunyai persepsi dan pandangan yang tersendiri mengenai perkara ini.

Sebagai muqaddimah, saya cuma ingin memberikan satu situasi. Cuba bayangkan macam ni. Katakanlah si pemuda A memang bercinta bagai nak rak dengan si gadis B. Memang berkongsi sakanlah macam-macam. Dalam segala segi, dalam segala perkara. Tiba-tiba saja berkahwin dengan orang lain. Tak ke kesian dekat pasangan masing-masing. Berkongsi dah macam2 dengan orang lain. Lepas tu yang jadinya dengan orang lain. Satu, buang masa yang sebelum ni, satu lagi kena cerita lain la pulak dari A sampai ke Z..

Satu hakikat yang pasti, memang kita tidak boleh meramal dan menentukan jodoh. Sebab itulah bila ‘berkawan’ tu, biarlah berpada-pada. Mengikut landasan yang sepatutnya. ‘Landasan’ yang sebagaimana tu, tanyalah pada orang yang selayaknya, ustaz ka..atau orang yang lebih tua..(kang bila cakap lebih2 takut disalah tafsirkan pulak)..

Sebagai Muslim, kita ada Allah. Buatlah Solat Sunat Istikharah dalam membuat pilihan. Yakinlah dengan istikharah yang dibuat. Bila dah yakin dengan jodoh pilihan kita tu, berdoalah agar Allah permudahkan niat dalam perhubungan tersebut. Sekiranya kita hendakkan sesuatu, mintalah pada pemiliknya. Jadi, mintalah pada Allah. Cuma jagalah diri supaya tidak terjerumus kedalam perkara-perkara yang dimurkaiNya.

Kadang-kadang, kita dapat saksikan keadaan orang yang bercinta lebih mengalahkan orang yang sudah berkahwin. Rasanya tak perlu lah kot nak bergayut sampai 2, 3 pagi..soalan tu pulak tanya dah mandi ke belum..dah gosok gigi ke belum..bla..bla..bla..rasanya tak perlulah kot sampai macam tu sekali..Cuba kita fikirkan, apa beza, antara orang yang ‘berdating’ berdua-duaan di tempat sunyi, dengan bercakap telefon atau ber ‘sms’ berjauhan dalam keadaan masing-masing asyik melayan perasaan sendiri..? Bukankah situasi itu lebih kurang sama saja?.. Apakah hanya untuk memuaskan hati ‘si jantung hati’, manusia sanggup menggadaikan Cinta agung yang sepatutnya diutamakan?..

Dalam konteks seorang lelaki, memang perlu untuk dia memilih calon isterinya. Perempuan memang ramai. Namun, untuk mencari ‘permata’ yang bernilai diantara ‘kaca’ yang berharga bukanlah satu perkara yang mudah. Sekiranya sudah ada insan yang di ‘aim’ lama, ikutlah jalan yang sepatutnya, dan jagalah ia sebaik mungkin. Takut-takut nanti kalau terlambat, melepas pula ketangan orang lain..

Ingat dan yakin satu saja, “Perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Dan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik” –(An-Nur: 26)

Sebenarnya mujahadah diri (melawan hawa nafsu) yang perlu kuat. Apa-apa pun banyaknya bergantung pada perempuan. Namun tidak pula bermakna lelaki tidak memainkan peranan. Oleh sebab itu mujahadah diri bagi kedua-dua belah pihak amatlah penting. Tujuannya satu saja, untuk mendapat redha Ilahi.

‘Tinta buat bakal suamiku’ (lihat penuh dalam blog ana muslimah) ini rasanya wajar untuk difikirkan oleh insan-insan yang bergelar perempuan dan difahami oleh insan-insan yang bergelar lelaki. Sama-samalah kita fikirkan..

Saya agak kurang bersetuju dengan cinta halal in-team @ unic (sori ya dengan statement ni). Fahamlah kot maksudnya..?..Mungkin ada yang akan mengatakan “Alah,.. bercakap memang mudah..”. Apapun, terpulanglah pada diri sendiri… “Tepuk dada, tanyalah iman..”

“Pengalaman menunjukkan betapa pasangan suami isteri yang menjaga pergaulan mereka sebelum berkahwin, selalunya lebih bahagia, lebih kekal dan mendapat keberkatan dalam rumah tangga berbanding mereka yang mengabaikannya. Usia perkahwinan sampai ke anak cucu. Kalau ada pun yang bercerai, sangat sedikit bilangannya. Tetapi bagi yang tidak menjaga pergaulannya sebelum berkahwin, bukan setakat tak sampai ke anak cucu..kadangkala sebelum menjejaki gerbang perkahwinan pun sudah putus cinta, frust dan kecewa.” (Majalah I keluaran April)

Bak kata seorang teman, “Kalau seorang lelaki itu ikhlas mencintai seorang wanita, tentunya dia akan menghormati prinsip wanita tersebut”. Apapun, untuk menjamin kebahagian rumahtangga dan masa hadapan tentunya keberkatan dari Allah yang menjadi matlamat utama. Dalam mendapatkan cinta yang diredhai Allah, kita perlu memastikan bahawa step-step perhubungan cinta yang dilalui itu tidak melanggar laranganNya... Wallahu’allam..

“Tidak perlu mencari teman secantik Balqis jika diri tak seindah Sulaiman, mengapa mengharap teman setampan Yusoff jika kasih tak setulus Zulaikha, tak perlu diri menjadi seteguh Ibrahim jika diri tak sekuat Sarah dan Hajar, Jangan mengharap teman sebaik Fatimah jika diri tidak sehebat Ali, Mengapa mendamba teman seistimewa Khadijah jika diri tidak sesempurna Rasulullah…”- Renung-renungkanlah

By: Someone who is seeking Allah’s pleasure and blessing..

____________________________________________________________

MONOLOG PENCINTA ILAHI…

Di malam yang sepi ini
Diiringi bacaan al-Kahfi yang suci
Terasa kerdilnya diri
Berbanding diriMu oh! Ilahi Rabbi…

Tuhanku…
Ku rasakan diri ini jauh dariMu
Lantaran dosa hati yang lalai kepadaMu
Namun apalah daya diri
Untuk menolak fitrah insani..
Ingin dikasihi dan mengasihi

Ku ingin rijal yang sejati padaMu
Ku ingin dirinya teguh mencintaiMu
Ku ingin diriku dikasihi kerana cintaMu
Ku ingin mengasihinya jua kerana cintaMu
Ku ingin cintaMu menemukan ikatan mawaddah yang terbina

Ya Tuhanku..
Ku akui diri ini hamba yang lemah
Untuk mengingati dan mengasihiMu setiap saat dan ketika
Lantaran duniawi yang menduga
Ukhrawi terkesamping jua

Kini kusedari
Berkata tak semudah melakukannya
Ramai yang kecundang kerana cinta
Lantaran tercari-cari cinta
Yang kononnya mendekatkan jiwa pada Rabbnya
Tetapi tersungkur jua akhirnya…

Ku jua sedari
Cinta agungMu ini penuh duri
Yang sentiasa memugar nafsu duniawi
Kerana syurga itu sentiasa dipagari
Dek perkara yang kita benci
Dan neraka pula dipagari
Dek perkara yang melonjak gelora diri
Itulah sunnatullah yang hakiki
Itulah jua ujian yang telah ditempuhi
Oleh pencintaMu yang thabat meraih cintaMu
Lalu..
Mampukah aku
Menjadi Rabiatul Adawiyah generasi kontemporari

Dari itu
Ku pohon kekuatan dariMu
Untuk ku terus mengasihi dan mencintaiMu
Bersama orang yang mencintaiMu
Moga kami tidak lalai terhadapMu
Malah sentiasa tega mengharap keampunan dan ma’rifatMu
Dalam menagih janji mahligai abadi
Di bumi baqa’ nanti

by: Quranic generation_82 / 2.05am / 270105
(Senior dinaluzriq)
p/s:- Sebarang komen, penambahan, pengurangan atau panduan amat dialu-alukan..utk kebaikan bersama..