Wanita lebih bernilai daripada sebutir permata. Kalau pun nak diibaratkan dengan sebutir permata bukanlah pada harganya tetapi pada cahayanya yang bergemerlapan. Kerana harga adalah nilai kebendaan yang boleh pasang surut, sedang cahaya tetap berseri-seri.
Permata terhasil melalui proses kimia yang memakan masa ribuan tahun di dalam kerak bumi. Begitulah wanita Muslimah sejati menjadi serikandi menerusi selok belok didikan murni Al-Quran, hadith, ibu bapa dan suasana yang terpelihara.
Wanita mesti sedar bahawa mereka bukan barangan tontonan, bukan barangan dagangan nafsu atau pelaris produk. Wanita dilihat oleh Islam pada cahaya hati mereka yang menyinari alam didikan keluarga. Raut wajah mereka yang tenang, bercahaya hasil daripada ibadah menceritakan kemampuan membesarkan anak supaya bertaqwa. Perasaan halus di jiwa mereka menghembuskan nafas iman untuk meluruskan akhlak anak-anak mukmin. Pada cahaya kecerdikan mereka tersedia gedung ilmu membekalkan anak dengan ilmu dan panduan hidup luhur dan suci.
Dengan itu, Islam mewartakan wanita wajib dimuliakan sejajar dengan tugas mendidik yang hebat ini. Keluarga ialah perkara penting dalam masyarakat manusia. Dalam keluarga, didikan adalah tujuan utama. Dalam didikan wanita yang bergelar ibu adalah teramat penting.
“Syurga Di Bawah Tapak Kaki Ibu”-maksud hadith-
Syurganya anak bergantung pada keteguhan agama ibu. Wanita wajib dipelihara daripada lahir hingga matinya.
Wanita wajib dipelihara ketulenan jiwa dan akal mereka agar sentiasa bersih dan bolah membersihkan akhlak, akal dan sikap anak-anak. Wanita tidak boleh dikasari seperti lelaki. Dilarang berpeleseran seperti lelaki sama ada atas nama kerja atau apa sekalipun. Ini kerana, mereka umpama permata, bakal rundung cahaya cerdik dan sucinya jika terkasar, tergeser, tercalar dan terdedah pada kancah kekotoran.Dipertanggungjawabkan ke atas ibu bapa supaya tidak mendedahkan anak perempuan bergaul bebas dengan lelaki atau menghadiri acara yang menghilangkan malunya.
Malu adalah warisan mulia wanita. Pergaulan bebas dan acara memansuhkan sifat malu menjatuhkan martabat wanita. Keperibadian wanita dibina dengan sembilan bahagian nafsu dan satu bahagian akal. Hanya sifat malu yang mencegahnya daripada bergelora liar dan mengaibkan.
Perjuangan wanita sudah dijayakan oleh Rasulullah s.a.w 1500 tahun yang lampau. Sebelum itu keadaan jahiliyyah meletakkan wanita semata-mata sebagai barangan sekadarnya dan barang dagangan. Amalan bersuami lebih daripada satu sudah cukup menggambarkan betapa anak yang lahir tidak diketahui keturunannya. Islam berjaya memuliakan wanita dengan mengharamkan pembunuhan anak perempuan, perhambaan dan pelacuran. Digantikan dengan perintah wajib diberi ilmu kepada mereka, wajib diberi nafkah, wajib disantuni, disegerakan nikah jika ada lamaran yang memenuhi syarat, adil dan wajib dilindungi janda dan anak yatim mereka.
Dengan terlaksananya keadilan terhadap wanita yang diperjuangkan oleh syariat Allah terhasillah para ilmuan wanita, ibu-ibu yang terpelajar, para hafizah yang menghayun buaian, terbit anak-anak cendiakawan ulung dan para imam mujtahidin daripada keluarga. Sedang masa itu Barat masih dalam kemelut perhambaan, sistem fendal dan wanita ditindas terkebelakang selama beberapa abad.
Oleh itu, perjuangan wanita sudah tergaris di dalam Al-Quran, iaitu perjuangan mendapat martabat Taqwa di sisi Allah, memelihara kehormatan diri, menyusu dan mendidik agar anak-anak terpelihara daripada api neraka, menutup tubuh agar dikenali sebagai orang mulia dan tidak mengumpat atau menjaga tepi kain orang lain.
Perjuangan wanita sebagai sayap kanan membantu suami dalam menegak kebenaran Islam, sebagai penenang gundah dan letih suami ketika pulang ke rumah dan sebagai penyampai ilmu pengetahuan sesama mereka. Apakah tidak cukup pengiktirafan Al-Quran kepada wanita mendapat pahala, gelaran bertaqwa serta balasan Syurga abadi dengan setiap amal baik mereka sama seperti lelaki?? Berlainan jantina tetapi sama hadiah dan ganjaran.
Perjuangan wanita jangan membalik ke belakang, mengajak sama rupa, sama bebas, sama liar, sama dedah, sama dadah dan sama jahil seperti wanita musyrik. Perjuangan wanita jangan mengorban diri.
Perjuangan wanita Barat merebut persamaan hak kabur kerana sehingga kini mereka tidak juga terbela dari segi kehormatan, cuma mendapat peluang berjawatan itu dan ini. Tidak lebih daripada perjuangan kebendaan...
So apakah yang anda fikirkan berkenaan perjuangan Dr. Amina Wadud itu??..
“TeRPaLiT SeGaRiS LuKa DaRi sATu sENyuMaN WaLaU DiBaLuTi KeMaNiSaNHaKiKi”..
Sumber : Dari Shbt dinaluzriq
Sumber : Dari Shbt dinaluzriq
No comments:
Post a Comment