Friday, April 29, 2005

'Saham' Pelajar lelaki UIA bakal naik..


Sister A: “Eh..brother mana ni hah..’siqoh’nya”..
Sisiter B : “Manala brother yang pakai2 serban tu ha??!”..
Sister C : “Uuih..bagusla budak-budak lelaki uia ni, ramai yang pakai serban”..

Apakah situasi diatas bakal berlaku di uiam??hehehe…

Sebabnya..

“According to the Students’ Discipline Rules 2004, riding a motorcycle in the campus without wearing a helmet would lead to the maximum fine of RM50 to the offender. An official banner has been hanged up nearby the IIUM main roundabout. From an unofficial meeting with the Legal Unit, under the Office of the Rector, they explained that they have to enforce this regulation because IIUM has to comply with the Road Transports Act 1987 (Act 333). Thus commencing 1st June 2005, motorcyclists must wear helmet in the campus.”


Mmg jenuhla jugak..nak ke kolej kwn yg tak sampai 5 minit pun nak berhelmet helmet ni..Yala sbb masing2 malas nak mengusung helmet..pakai serban lagi senang..Lps ni dapat tengok pulak..yg pakai sport attire pun..siap berserban..
Tapi jgn nanti sister turut sama tak nak pakai helmet, tapi pi lilit kain atas kepala pulak..ini bukan kes nak menuntut hak kesamaan gender noo..tapi nanti jadi ‘Rambo’ la pulak..


Sorilah yer..kenyataan diatas hanyalah utk gurauan semata-mata..tidak ada kena mengena dgn yg hidup ataupun yg telah meninggal dunia..

p/s : - So lps ni bolehlah sapa2 nak buat kempen “Jom pakai Serban” pulak.. ;)

- dinaluzriq pernah pakai serban dulu..saja nak test..nak tengok mcm mana rupanya dinaluzriq pakai serban..Serban yg ayah dinaluzriq punya..hehehe..siap berjubah putih lagi tu!..Percaya tak??..tp kat rumahla..bukan masa pi ‘sembahyang jumaat’ dan 'jadi imam' kat masjid.. :)

Renungan Buatmu Wanita..

1.Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan(menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.
2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.
3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.
4. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.
5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.
6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.
7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.
8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami, dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala- galanya.
9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.
10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.
11. Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawapan dan sesudah kahwin, ia hafal seluruh pertanyaan.
12. Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.
13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.
14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.
15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu.
16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.
17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.
18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkahwin.
19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.
20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.
21. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.
22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.
23. Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.
24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.
25. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.
26. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.
27. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkahwinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkahwinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.
28. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.
29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.
30. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami adalah meringankan setengah beban kehidupan suaminya.
31. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.

Image hosted by Photobucket.com

Thursday, April 28, 2005

menarik untuk dikongsi bersama..

Ada satu kata-kata Inggeris berbunyi begini:

“Sometimes you might feel that you’ll be happier alone.. But it’s always nice to have someone to laze around with.. Someone to think about.. Someone to care about.. Someone to share your joy. So take a chance.. You’ll never know what you’ll get..until you have really tried. So if there’s somebody you miss.. Tell them that you do..Cause THERE’S SOMETHING THAT ONLY LOVE LOVE CAN DO…”

tambahan dari dinaluzriq :..

..but it definitely will be nicer if that ‘someone’ is somebody who always be with you and who always stands behind you.. but the most important thing is that ‘someone’ must be…someone who is called a husband or a wife..
-----------------------------------------------------------------------------------------------

Ibn Taimiyah berbicara tentang hakikat ‘isyq: “Al-Isyq (mabuk asmara) adalah rusaknya nalar, khayal dan pengetahuan seseorang. Sebab, orang yang dimabuk asmara akan selalu mengkhayalkan kekasih hatinya tidak sesuai dengan keadaan yang sebenarnya, hingga akhirnya penyakit ini menimpa dirinya.

Kalaulah dia tahu secara mendalam orang yang dikaguminya, ia tidak akan sampai dimabuk cinta, walaupun sudah terjalin rasa cinta dan hubungan dalam dirinya.

Ibnu Taimiyah melanjutkan: “Al-Isyq adalah cinta yang berlebihan hingga melebihi batas yang dibolehkan. Jika seseorang terjerumus ke dalamnya dia akan tercela dan binasa. Penyakit ini mampu merusak hati dan jasmani."

Banyak sekali perkataan ‘alim ulama, penyair, para pujangga dan orang-orang yang pernah menjadi korban penyakit ini yang menerangkan betapa besar bahayanya.

Di antara mereka ada yang berkata : “Jika seorang anak manusia mengarungi lautan asmara (al-isyq)) dia akan dipermainkan oleh derasnya gelombang ombak, dan hampir saja tidak bisa selamat dari gelombang tersebut”.

Para ahli hikmah berkata : “Gila memiliki beberapa jenis, salah satunya adalah mabuk asmara”.

Mereka juga berkata: Berapa banyak orang jatuh cinta yang akibatnya merusak harta, martabat diri, keluarga, maslahat agama dan dunianya.”

Mereka berkata: “Al-isyq adalah penyakit kronis yang akan merusak jiwa, menghilangkan ketenteraman, bahkan penyakit ini ibarat lautan berombak yang akan menenggelamkan sesiapapun yang tak bertepi. Hampir tidak ada seorangpun yang dapat selamat darinya.”

Seorang pujangga berkata :

“Mabuk asmara melenakan diri dari seluruh kebaikan

“Mabuk cinta menghilanglan kenikmatan”

Abu Tamam berkata :

Cinta adalah siksa yang mendera
Bila ia telah merasuki jiwa
Datanglah derita di atas derita.

Ibnu Abi Hushainah menerangkan dalam bait syairnya tentang bahaya mabuk cinta sambil memperingatkan orang yang belum terjerumus ke dalam jeratnya:

Mabuk cinta selalu menarik jiwa kepada kehancurannya

Betapa cemburunya aku kepada orang yang tak mengalaminya.

Abdul Muhsin As-Suri berkata:
Tiadalah cinta melainkan jalan yang penuh bahaya, sulit selamat darinya dan jalan yang licin.

Ada yang berkata : “Banyak kami saksikan orang yang terjerat dalam perangkap cinta, tak kuasa melepaskan diri darinya meskipun dia menginginkannya”.


Al-Khara’thi berkata : “Abu Ja’afar Al-‘Abdi pernah melantunkan syair padaku:

Jika allah menyelamatkan dari jeratan cinta, aku tidak akan mengulanginya.
Dan aku tidak akan menerima orang yang mencelaku karenanya.
Tapi siapakah yang dapat menyelamatkanku dari jeratan cinta?
Setelah panah asmara menjerat dengan jarinagnya??

Lihatlah kondisi orang-orang yang dilanda mabuk cinta, pasti akan engkau dapati seluruh yang aku katakan ada pada mereka. Setelah itu letakkan keadaan mereka dalam satu neraca timbangan, sedangkan keimanan maupun tauhid mereka dalam neraca timbangan lainnya, kemudian timbanglah keduanya dengan adil meurut apa yang diredhai Allah dan Rasulnya”.( al-jawaabul Kaafi-Ibnul Qayyim)

Ibnul Qayyim menerangkan bahaya yang ditimbulkan penyakit ‘isyq: “Ada yang berkata :Berapa banyak bencana kerana asmara telah menyungkurkan wajah-wajah manusia ke dalam jurang neraka jahannam, menggiring mereka kepada pedihnya siksa, dan tertuang kepada gelas-gelas mereka air mendidih di neraka yang menyala-nyala?

Berapa banyak mabuk cinta telah mengeluarkan orang-orang yang dikehendaki Allah dari ilmu dan agama yang mereka miliki seperti keluarnya bulu dari adunan tepung? Berapa banyak akibat penyakit ini kenikmatan berubah menjadi bencana?

Berapa banyak penyakit ini telah menurunkan darjat orang-orang mulia menjadi hina. Seseorang yang sebelumnya dikenal mulia dan berwibawa, akhirnya menjadi orang yang paling rendah kedudukannya?

Berapa banyak akibat penyakit ini tersingkap ‘aib (kejelekan) seseorang, mendatangkan ketakutan, meninggalkan kepedihan, lalu berganti menjadi penyesalan?

Dipetik dari bebarapa bahagian dari buku : “Bila hati dimabuk Cinta; hakikat, makna beserta terapinya menurut Al-Quran & Sunah ( Muhammad Ibrahim Al-Hamd)

------------------------------------------------------------------------------------------------

Pasti anda pernah terbaca didalam mastika keluaran march..satu pendedahan tentang sifat ‘kebinatangan’ sebilangan masyarakat kita sekarang..baik pelajar sekolah, pelajar IPT, suami orang, isteri orang, duda, janda, malah seorang hafiz..semuanya hanyut akibat gelodak mabuk asmara yang TIDAK TERJAGA DAN TERPIMPIN INI..

Sebenarnya jalan penyelesaian yang terbaik adalah melalui saluran pernikahan. Jadi berkahwinlah. Itulah satu-satunya tiket yang sah dan selamanya valid untuk diguna pakai dalam semua perkara. Nak usung pilah anak orang kemana pun....nak buat pilah apa pun..nak berdua-duaan ka..nak bergayut sampai seharianka...apa ka..orang dah tak kisah..orang dah tak hirau..sebab memang dah menjadi hak milik kekal..

Dinaluzriq amat bersetuju dengan kupasan dalam majalah I, keluaran April dalam fokus “Budaya Couple Antara Keinginan & Syariat”. Nak tahu mengenai apa, bacalah.. :)

So, marilah sama-sama kita baiki peribadi..jaga diri..jaga hati..(sesungguhnya syaitan ada dimana-mana..dan sentiasa menyucuk kita dengan panahannya yang tajam lagi berbisa..Na’uzubillahi min zalik..)

Bagi mereka yang telah mempunyai ‘seseorang’ dan yakin yang dia adalah his/her future wife/husband, jagalah perhubungan tersebut sebaik mungkin..kita pasti mengharapkan jangan sampai ada perkara-perkara yang boleh menyebabkan redha dan berkat Allah hilang samada secara sedar atau tidak.

Kata orang (bukan dinaluzriq yang kata) : Bila sayang pada seseorang itu, biarlah berpada-pada kerana mungkin suatu hari nanti kita akan benci padanya, dan kalau kita benci pada seseorang itu juga, biarlah berpada-pada kerana mungkin suatu hari nanti kita akan sayang padanya…

Pantun yang menarik juga untuk dikongsi bersama;

Kalau ada salahnya padamu maafkanlah,
Kalau ada bencimu padanya lupakanlah,
Tapi kalau ada sayangmu padanya simpankanlah,
Dan biarlah benci dan sayangmu kerana Allah..

p/s: akhi, sorilah pinjam pantun ni tanpa mintak permission terlebih dahulu..


Semoga Allah memelihara kita semua dari perkara-perkara yang dimurkaiNya..Amiin..

Tuesday, April 26, 2005

tamat jua akhirnya...

Alhamdulillah baru je lepas berpenat lelah menjadi committee utk taaruf week april intake..banyak pengalaman..banyak jugak dugaan…’Ala kulli hal....bnyk memori yg takkan dinaluzriq lupa esp..dgn geng2 DnI (ooppss..jgn marah..ni bukan masalah ‘asabiyah..)..I’ll post some pictures..insyaAllah..

Bila dah lepas post mortem biro..dinaluzriq rasa, kata-kata dinaluzriq (berdasarkan pemerhatian dinaluzriq pada fasa sebelum, semasa dan selepas ta’aruf week, ttp sebelum post mortem tu, dinaluzriq kena fikirkan semula..). dinaluzriq pernah sebut “MUNGKIN inilah the 1st and last jadi committee t.week..”. Kata-kata head comm., akh syarief, dinaluzriq akan ingat..

Thank you guys.. apa yang baik kita ambil.. apa yg tak baik kita tinggal..but the most important thing is.. “belajar dari kesilapan dan belajar dari pengalaman”..wallahua’alam..

Sunday, April 10, 2005

"Wanita lebih bernilai dari sebutir Permata"

Image hosted by Photobucket.com
(menjadi jugak lukisan dinaluzriq..;)..)
Wanita lebih bernilai daripada sebutir permata. Kalau pun nak diibaratkan dengan sebutir permata bukanlah pada harganya tetapi pada cahayanya yang bergemerlapan. Kerana harga adalah nilai kebendaan yang boleh pasang surut, sedang cahaya tetap berseri-seri.
Permata terhasil melalui proses kimia yang memakan masa ribuan tahun di dalam kerak bumi. Begitulah wanita Muslimah sejati menjadi serikandi menerusi selok belok didikan murni Al-Quran, hadith, ibu bapa dan suasana yang terpelihara.
Wanita mesti sedar bahawa mereka bukan barangan tontonan, bukan barangan dagangan nafsu atau pelaris produk. Wanita dilihat oleh Islam pada cahaya hati mereka yang menyinari alam didikan keluarga. Raut wajah mereka yang tenang, bercahaya hasil daripada ibadah menceritakan kemampuan membesarkan anak supaya bertaqwa. Perasaan halus di jiwa mereka menghembuskan nafas iman untuk meluruskan akhlak anak-anak mukmin. Pada cahaya kecerdikan mereka tersedia gedung ilmu membekalkan anak dengan ilmu dan panduan hidup luhur dan suci.
Dengan itu, Islam mewartakan wanita wajib dimuliakan sejajar dengan tugas mendidik yang hebat ini. Keluarga ialah perkara penting dalam masyarakat manusia. Dalam keluarga, didikan adalah tujuan utama. Dalam didikan wanita yang bergelar ibu adalah teramat penting.
“Syurga Di Bawah Tapak Kaki Ibu”-maksud hadith-
Syurganya anak bergantung pada keteguhan agama ibu. Wanita wajib dipelihara daripada lahir hingga matinya.
Wanita wajib dipelihara ketulenan jiwa dan akal mereka agar sentiasa bersih dan bolah membersihkan akhlak, akal dan sikap anak-anak. Wanita tidak boleh dikasari seperti lelaki. Dilarang berpeleseran seperti lelaki sama ada atas nama kerja atau apa sekalipun. Ini kerana, mereka umpama permata, bakal rundung cahaya cerdik dan sucinya jika terkasar, tergeser, tercalar dan terdedah pada kancah kekotoran.Dipertanggungjawabkan ke atas ibu bapa supaya tidak mendedahkan anak perempuan bergaul bebas dengan lelaki atau menghadiri acara yang menghilangkan malunya.
Malu adalah warisan mulia wanita. Pergaulan bebas dan acara memansuhkan sifat malu menjatuhkan martabat wanita. Keperibadian wanita dibina dengan sembilan bahagian nafsu dan satu bahagian akal. Hanya sifat malu yang mencegahnya daripada bergelora liar dan mengaibkan.
Perjuangan wanita sudah dijayakan oleh Rasulullah s.a.w 1500 tahun yang lampau. Sebelum itu keadaan jahiliyyah meletakkan wanita semata-mata sebagai barangan sekadarnya dan barang dagangan. Amalan bersuami lebih daripada satu sudah cukup menggambarkan betapa anak yang lahir tidak diketahui keturunannya. Islam berjaya memuliakan wanita dengan mengharamkan pembunuhan anak perempuan, perhambaan dan pelacuran. Digantikan dengan perintah wajib diberi ilmu kepada mereka, wajib diberi nafkah, wajib disantuni, disegerakan nikah jika ada lamaran yang memenuhi syarat, adil dan wajib dilindungi janda dan anak yatim mereka.
Dengan terlaksananya keadilan terhadap wanita yang diperjuangkan oleh syariat Allah terhasillah para ilmuan wanita, ibu-ibu yang terpelajar, para hafizah yang menghayun buaian, terbit anak-anak cendiakawan ulung dan para imam mujtahidin daripada keluarga. Sedang masa itu Barat masih dalam kemelut perhambaan, sistem fendal dan wanita ditindas terkebelakang selama beberapa abad.
Oleh itu, perjuangan wanita sudah tergaris di dalam Al-Quran, iaitu perjuangan mendapat martabat Taqwa di sisi Allah, memelihara kehormatan diri, menyusu dan mendidik agar anak-anak terpelihara daripada api neraka, menutup tubuh agar dikenali sebagai orang mulia dan tidak mengumpat atau menjaga tepi kain orang lain.
Perjuangan wanita sebagai sayap kanan membantu suami dalam menegak kebenaran Islam, sebagai penenang gundah dan letih suami ketika pulang ke rumah dan sebagai penyampai ilmu pengetahuan sesama mereka. Apakah tidak cukup pengiktirafan Al-Quran kepada wanita mendapat pahala, gelaran bertaqwa serta balasan Syurga abadi dengan setiap amal baik mereka sama seperti lelaki?? Berlainan jantina tetapi sama hadiah dan ganjaran.
Perjuangan wanita jangan membalik ke belakang, mengajak sama rupa, sama bebas, sama liar, sama dedah, sama dadah dan sama jahil seperti wanita musyrik. Perjuangan wanita jangan mengorban diri.
Perjuangan wanita Barat merebut persamaan hak kabur kerana sehingga kini mereka tidak juga terbela dari segi kehormatan, cuma mendapat peluang berjawatan itu dan ini. Tidak lebih daripada perjuangan kebendaan...
So apakah yang anda fikirkan berkenaan perjuangan Dr. Amina Wadud itu??..

“TeRPaLiT SeGaRiS LuKa DaRi sATu sENyuMaN WaLaU DiBaLuTi KeMaNiSaNHaKiKi”..

Sumber : Dari Shbt dinaluzriq

Saturday, April 9, 2005

Adakah semua lelaki ni agak particular??

Alhamdulillah sampai jugak akhirnya kerumah..setelah sekian lama tidak balik..

Balik ni abg dinaluzriq tak ada..tapi dinaluzriq teringat masa time sembang dengan dia watu cuti hari tu..

Sebab apa dinaluzriq kata macam tu (lelaki ni agak perticular)..Eemm berdasarkan pemerhatian kepada abang dinaluzriq yang seorang nila..itulah satu-satunya anak teruna yang ada dirumah ni..

Masa balik hari tu adala sembang-sembang sikit dengan dia..dia kata nak beli kereta..perbualan yg berlaku lebih kurang mcm nila..

dinaluzriq: La..nak beli kereta pulak..dah tu pulak nak hat mahai-mahai..beli yang murah-murah cukupla..
Abg dinaluzriq: Yala..kenala yg mahai-mahai..kalau setakat buatan m’sia ni..kena sikit kemek..tin milo..
dinaluzriq:..Amboi..eksyen..nak yg kuat beli lorilah senang..kena apa pun tak jadi apa..Org pakaila yg murah2 dulu..kereta m’sia pun apa salahnya..waja ka..wira ka..Simpan duit tu dulu..dok bela kereta pastu nanti nak bela anak org pulak mcm mana? Kereta ada tapi sapa pulak yg nak duduk kat sebelah tu..
Abg dinaluzriq:..Hang ni diana..mcm org tua2la..

(org bagi nasihat..last2 dinaluzriq yg kena..tak patut betulla..sbb tula yg dinaluzriq kata mcm tu..sbb dia ni kuat memilih jugak..dlm ‘banyk segi’ pulak tu..( hehehe…kutuk pila kat sini..bukannya dia tau pun..J..)

‘Ala kulli hal..Alhamdulillah..’Plan’ dinaluzriq pada dia hampir berjaya..setelah sekian lama mencari…Alhamdulillah..sbb bila dah sampai ke fasa seterusnya ni..insyaAllah la…semoga berkekalan hendaknya....

dinaluzriq: Abg kata la mcm ni..mcm ni..pastu buatla mcm ni..mcm ni..bla..bla..bla…
abg. dinaluzriq: baguih jugak no..ada adik perempuan ni..
dinaluzriq: well…Hehehe…

( tu la.. "Tanpa keberanian, Mimpi takkan menjadi kenyataan”..

Didoakan semoga ikatan akan membawa ke jinjang pelamin..insyaAllah..Aamiin..