Friday, February 11, 2005
Buat renungan bersama..Sahabat2 yg bergelar Muslimah..
Assalamualaikum w.b.t. dan salam ikhlas penuh ukhuwwah.
Pandanglah kata-kataku ini dengan pandangan kasihnya seorang saudara terhadap saudara yang lain. Renunglah dengan mata hatimu setulusnya. Janganlah dek kerana peribadi burukku, menghalang dirimu melakukan yang terbaik untuk dirimu sendiri dan demi keagungan agama
Allah. Ambillah mutiara kata yang baik buat teladan dan tinggalkan kata-kataku yang menyimpang daripada landasan kebenaran.
Sahabatku...
Bermula hari ini binalah sebuah kehidupan baru. Jadilah manusia berhati mulia dan tegakkanlah sinar keislaman dalam dirimu, semoga nur Ilahi akan membening seluruh perjalannan hidupmu.
Duhai sahabat muslimahku...
Keremajaanmu menyegarkan pandangan, dan melimpahkan nyaman pada malam. Dengan keremajaanmu, kau bisa sahaja menakluk dunia dalam lalai dan leka tanpa kesedaran. Ingatlah, kau bukan dilahirkan sebagai penggoda yang melekakan dunia. Kesegaran dan kejelitaanmu adalah fana belaka. Kelembutan yang menghiasi gerak langkah dan lentuk tubuhmu bakal
menyaksikan kau cepat terdedah kepada bahaya dan bahana maksiat.
Peliharalah keindahan yang kau miliki kerana Allah mengujimu dgn menerbitkan kau pada bentuk yang teramat indah, halus dan sempurna. Berhati-hatilah kerana sesungguhnya kaum Adam akan menilaimu dgn pandangan yang luar biasa.
Cahaya keriangan di wajahmu adalah kilauan senjata yang menawan. Madu yang menitiskan sarinya meresapkan manisnya dari bibir langsung ke hati adalah suara lembut sang gadis. Elokkanlah nada suaramu dan perlahankan gema bahasamu. Berhati-hatilah menggunakan lidahmu, jangan sampai bibirmu menutur bait-bait tajam yang akan menyakiti hati orang lain. Fikirlah dengan akalmu sebelum bersuara dan pandanglah teman bicara. Tertib dan sopanmu bagai hembusan angin yang menyamankan, yang bakal ditanggapi menyamai keindahan yang kau miliki setanding dengan ketulusan peribadimu
Sahabat muslimahku..
Jagalah matamu kerana pandangan mata akan mengalir ke hati dan terbiaslah sesuatu dari panahan syaitan durjana. Jangan sesekali kau memandang mata lelaki dengan sejenak renungan. Jangan biarkan mereka mentafsirkan makna yang bukan kau mahukan. Pandanglah
tanpa memberi sebarang makna. Jadikanlah ghadul basar sebagai hiasan matamu. Rebahkan pandanganmu, renunglah setiap inci bumi, nescaya kau berjaya menghindari dosa yang cuba merapati mu.
Ukhti yang dikasihi..
Sesekali, mendongaklah ke langit dan lihatlah kerdipan bintang-bintang, nescaya kau kan temui berjuta keagungan ciptaan Rabbul A`lamin. Betapa hidup ini berjalan di atas makna hikmah dan terselindung daunan pengertian. Hari-hari yang dilalui sebenarnya menyembunyikan banyak hakikat dan makrifat. Sedarlah, hidupmu ini hanyalah secebis dari erti kehidupan.
Selamilah dasar hatimu dan berbisiklah pada diri; Alangkah kosongnya jiwa, alangkah hinanya roh tanpa hiasan apa-apa. Salutilah tubuhmu dengan iman. Kerana ia sangat manis pada pandangan jua perhiasan. Bersihkanlah hatimu, kemanisan iman sukar dikecapi tanpa janji Tuhan.
Jadilah seorang muslimah yang gemar merenung kejadian yang berlaku dan memerhati hikmah dengan mata hati. Muslimah sejati adalah mereka yang selalu berhikmah dalam berkata-kata dan meletakkan perasaan rendah diri sebagai asas mencari ketaqwaan. Zuhud dalam pencarian dunia dengan meletakkan tasawuf ke akhirat sebagai pedoman serta melupakan sifat cintakan dunia yang berlebihan.
Serikandi muslimah sejati..
Alangkah baiknya di saat-saat kau dilanda tribulasi, kau tega mengutip akar-akar kemelaratan dan teguh mengukir senyum buat pengubat kerungsingan. Tatkala kau dalam dilema permasalahan yang meruncing serta kau berasa putus harap dengan dunia, maka sebutlah dan
zikirlah berkali-kali ke hadrat Ilahi moga-moga kau bakal bertemu kedamaian.
Sucikan wajahmu dengan air wuduk dan basahkan matamu dengan airmata keinsafan. Tundukkanlah sepenuh hatimu jua dahimu ke tikar sejadah beserta lafaz dan doa kau
hembuskan seikhlas jiwa, semurni sanubari memohon keampunan. Renunglah, resapkan kekaguman dan kuatkan keyakinan bahawa hayatmu setiap detik di bawah naungan Allah swt. Kecintaan Tuhan melimpah dan melaut di segenap penjuru alam, walaupun pada yang lupa erti
kehidupan. Dan, roh ketenangan akan mendakap dirimu hingga kau terasa tiada tabir yang menabiri setiap kali pertemuan kau dan Dia. Ketaqwaan hendaklah dipupuk agar matlamat dan cita-cita yang kau bawa akan tercapai suatu masa kelak dengan izinNya, Insya Allah..
Alkhirul kalam, ingatlah, walau setinggi manapun kedudukanmu di mata masyarakat, jangan sesekali menyombong diri. Sesungguhnya wanita itu lemah. Dan dijadikan ar-rijal sebagai pelindung buatmu. Carilah lelaki yang baik budinya dan teguh imannya. Inilah yang bakal mengukuhkan akar kebahagiaan rohani dan tunjang kecintaan kepada Ilahi, Insya Allah.
Dari Ibn Abbas r.a dari Rasulullah SAW yang meriwayatkan hadis ini daripada Tuhannya Tabaraka Wa Ta'ala, katanya : " Sesungguhnya Allah telah menetapkan yang baik dan yang jahat, dan telah menerangkan keduanya itu. Maka barangsiapa yang bercita kepada kebaikan, kemudian ia tidak mengerjakannya - Allah akan mencatit disisinya satu hasanah yang sempurna. Dan jika ia melaksanakan, nescaya Allah akan mencatitkan di sisiNya sepuluh hasanah hingga tujuh ratus kali lipat ganda dan hingga sampai beberapa kali ganda banyaknya. Dan jika ia bercita-cita mengerjakan sesuatu kejahatan kemudian tidak dilakukannya, Allah akan mencatitkan di sisiNya satu hasanah yang sempurna. Jika ia meneruskan cita-citanya yang jahat itu dan melakukannya, Allah akan mencatitkan baginya satu kejahatan sahaja.
Bukhari dan Muslim dalam kitab sahih keduanya.
Sender/owner : Unknown
Sunday, January 23, 2005
Senyuman itu..
Memikat hatiku
Mengheret daku
Menempuh onak dan duri
Di Taman Ilmu dan Budi..
Senyuman itu..
Mengajar daku
Menghargai kehidupan
Memahami erti pengorbanan
Memupuk kesetiaan
Mengikat persahabatan..
Kubersyukur Ya Ilahi..
Kerana senyuman itu..
Telah menemukan daku..
Cinta Agung yang Suci nan Abadi..
“Senyuman yang menawan, sukar untuk dilupakan..”
-sMile Alwayz because SMiLe is Sadaqah..-
-dinaluzriq-
Wednesday, January 19, 2005
ALLAH knows Best..
Akhir bulan 12 haritu..terbaca iklan Students Exchange Programme under International Students’ Office (ISO), IIUM (program pertukaran pelajar antara IIUM-University of Yarmouk, Jordan & University of Sharjah, UAE) selama 4 bulan..start bln februari ni sampai Mei..Mmg gembira sngt sbb dah lama tunggu peluang mcm ni.. rasa mcm peluang Allah nak bagi dan doa yg selama ini akan termakbul..Alhamdulillah..bila tengok diri memenuhi kriteria yg dikehendaki..so, terus pegi ambil borang,..isi form..dan buat partial transcript…next week lps tu..pegi interview.(of course dlm B.Arab).. mulanya rasa mcm susah saja nak dapat ..sbb ramai lagi org yg hebat2 mintak..dan pointer yg lebih bagus..tp try jugak..Alhamdulillah..masa interview..semuanya berjalan lancar.. ok..
Seminggu lps tu..saja pergi merisik dari Head Department Arabic Language..kot2 nama terlekat, Then ustaz cakap…insyallah rezeki kamu ada…masa tu gembira sngt2 sbb interview berjaya..daripada 12 org yg diinterview..nama yg akan dipilih hanya 4 org....tp masih tak yakin..sbb nama tak diendorse lg..nama 4 org tu, dari head department akan dihantar kepada ISO..
Utk Students’ Exchange Programme ni..kuota hanya 10 org ( 4 utk economics, 4 irk, dan 2 utk Arabic Language)..Tengok2..hanya 2 nama saja yg diorg ambik..nama dinaluzriq no 3,..utk direserve (kalau mana2 2 org tu tarik diri..so, baru nama dinaluzriq naik..) mmg rasa suasahla kalau mcm tu..sbb of course yg mintak tu nak pegi..
Ihik..ihik..SEDIH sngt2…mmg balik tu nangis jugakla..(hehehe…sedih woo..kichiwa (kecewa) yg teramat sngt....), rasa mcm kelakar bila tengok diri sendiri nangis..sbb dah lama tak nangis.. tp bila dah dilepaskan semuanya kat mak..rasa mcm lega sikit..dan dinaluzriq menerima hakikat bahawa ini yg terbaik yg Allah tetapkan..lagipun selama ni berdoa jugak..kalau itu yg terbaik..redha saja dgn ketentuan Allah..
Utk memuaskan hati..esok tu pegi ISO jumpa Dr. Yusouff..kot2 ada peluang lagi..tp dia kata programme ni merupakan satu perjanjian..percubaan utk 10 org dulu..ni baru permulaan…insyaAllah.. kalau ada lagi nanti..nama kamu akan diberi priority,,uuhh..mcm nak nangis saja depan ust..tp..kena coverla..oklah kalau mcm tu..Pujuk dinaluzriq…insyaAllah..kalau Allah kata ada rezeki nanti..pasti ada..Rezeki tu Allah letak dan atur utk kita mcm mana,.. kita tak tau..
dinaluzriq belajar utk menerima hakikat..pasrah dan redha dgn ketentuanNya..pasti ada hikmah disebaliknya…mungkin Allah nakkan dinaluzriq memberi tumpuan terhadap komitmen lain…Alhamdulillah..mungkin rezeki dinaluzriq bukan sekarang..InsyaAllah..Allah knows Best..
si camar ..
Usah jauh terbang tinggi..
Andai yang dekat lebih bermakna…"
Tuesday, January 18, 2005
Tsunami : Kombinasi yang tidak seberapa..
“Apabila langit terbelah* dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan* dan apabila lautan pecah bercampur baur* dan apabila qubur-qubur dibongkarkan*(setelah semuanya itu berlaku), mengatahuilah tiap-tiap diri akan apa yang telah dikerjakan dan ditinggalkan….dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu?*sekali lagi, apa jalannya engkau dapat mengetahui hari kedahsyatan itu?*(Hari itu ialah) hari seseorang tidak dapat memberikan pertolongan sedikit pun kepada orang lain, dan segala urusan pada hari itu tertentu bagi Allah” - ( Surah Al-Infithar)
Kedahsyatan tsunami amat menginsafkan kita. Bilangan angka kematian semakin meningkat. Hampir menjangkau 200,000. Mayat-mayat bergelimpangan. Kehancuran dan kerosakan harta benda, kehilangan sanak saudara. Semuanya Allah tarik dalam sekelip mata.
Jika kita meneliti peristiwa tragis ini, itu hanyalah kombinasi antara gempa bumi dan ombak besar sahaja yang Allah lemparkan. Namun, kesannya seperti yang dapat kita saksikan sekarang. Sesungguhnya kejadian tsunami merupaka satu peringatan Allah kepada kita. Peringatan buat insan yang masih leka dihanyut dan dibuai keasyikan dan tipu daya duniawi..
Tidak dapat dibayangkan seandainya kita yang ditakdirkan mengalami malapetaka tsunami. Pastinya kekalutan dan keadaan huru-hara yang terjadi seperti yang kita saksikan di kaca televisyen..Sungguh ngeri!..Pastinya pada tika itu, perkara yang kita fikirkan..”Ya Allah sudah kiamatkah dunia??!!”..
Marilah sama-sama kita renung dan mentadabbur sejenak..Keadaan Hari Kiamat yag Allah gambarkan didalam Al-Quran..sudah pastinya lagi Dahsyat..ALLAHUAKBAR!!..Sungguh hebat kuasaMU..Ampunilah diri kami..dan thabatkanlah diri kami di dalam AgamaMu..
“Innaddin’indallah al-Islam..”(Sesungguhnya agama disisi Allah adalah Agama Islam)
Kenapa manusia terlalu leka? Kenapa terlalu sukar untuk manusia menerima kebenaran? Kebenaran yang ternyata di depan mata..
- Bangunan masjid yang masih teguh berdiri walaupun keadaan disekilingya hancur musnah.-di Masjid Baiturrhaman di Banda Acheh, di Meulaboh, di Sri Lank..
- Seorang wanita yang terselamat di Batu Feringghi, Penang melihat ombak tidak menghempas “seseorang” yang tengah bersolat diatas batu.
- Gambar dari satelit menunjukkan pusaran air membentuk kalimah Allah di bandar Kalutara, Sri Lanka...
- Binatang sudah seminggu meninggalkan lokasi tsunami..kita dapat saksikan tiada satu bangkai binatang pun yang bergelimpangan selepas tsunami..(Semua binatang diwahyukan oleh Allah melalui malaikat).
Ini hanyalah sebahagian daripada kehebatan kuasa Allah yang Maha Esa...Sesungguhnya Allah mahukan kita sentiasa fikirkan akan kewujudan dan kebesaran Allah..The Creator of the Universe..Bagaimana kita sebagai manuasia menerima hakikat ini?..Tepuk dada..tanyalah IMAN..Wallahua’lam..
Monday, January 17, 2005
nur tsunami??!
Pagi tu dapat SMS dari seorg shbt mengatakan Gempa Bumi yg berpusat di Sumatera tlh mengorbankan banyk nyawa..di Malaysia (Penang, Kedah)..Acheh…PHUKET,THAILAND..and so on…
Bila dengar saja di Phuket, Thailand..dinaluzriq teringat kepada kakak dan abg ipar pegi honeymoon di situ..telefon rumah tanya diaorg balik bila..adik cakap sepatutnya dah balik..sbb dioarang kata nak pegi 2 hari saja..
Pagi tu bukak paper..then terbaca.. "…sepasang suami isteri warganegara Malaysia dipercayai terbunuh ketika bercuti di Phuket”..Sudah!..hati dinaluzriq risau sangt2..hanya berdoa saja moga2 kakak & husband & ’org ketiga’ terselamat..
Contact diaorg sepanjang hari pun tak dapat2…then esok tu, adik bagitau yg dioaorg hantar SMS..mengatakan bhw diaorg selamat..Alhamdulillah…Syukur sngt2..kalau tidak wallahua’lam rezeki untuk mendapat anak menakan (anak saudara) pertama mungkin agak mustahil..apapun..Syukur Alhamdulillah..InsyaAllah..nanti blh dapat gelaran Mak Lang diana..hehehe..bestnya..insyaAllah..nak letak nama apa tu?? Nurtsunami?? Cam best gak.kihkihkih..wallahua’lam
Thursday, December 9, 2004
Solat : Kunci Kemelut Masalah Sosial.
Mengikut laporan yang disediakan oleh Cif Inspektor Marina Hashim, Pegawai Siasatan Khas D9, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Kuala Lumpur pula, kaum Melayu mencatat bilangan tertinggi iaitu sebanyak 920 kes sejak tahun 2000 sehingga September 2004 yang melibatkan 665 orang dibawah usia 16 tahun.”- ( Kosmo- 7 Disember 2004)
Belia hari ini adalah penentu masa depan negara, nakhoda pengemudi bahtera Malaysia. Jika rosak generasi sekarang maka rosaklah generasi akan datang. Mengambil kata-kata seorang sarjana Islam “Jika ingin lihat masa depan sesebuah negara, lihatlah pada generasi muda mereka sekarang”. Untuk itu, perlu kita mengetahui punca sebenar kroniknya barah sosial dikalangan remaja dan belia pada hari ini.
Pada hemat saya, kemelut masalah sosial remaja pada hari ini sebenarnya berpunca dari solat. Solat: satu perkatan yang ringkas namun sangat mendalam pengertiannya. Seperti sabda Rasulullah SAW, “Yang pertama dihisab dari seorang hamba di hari kiamat adalah solatnya. Apabila solat itu baik, maka baiklah seluruh amalannya, tetapi jika solatnya rosak, maka rosaklah seluruh amalannya”.
Remaja masa kini menghadapi tekanan berbanding remaja zaman dahulu. Mereka kini lebih terdedah kepada pengaruh media massa yang membawa nilai asing dan pengaruhnya tersendiri. Maka disinilah bertitik tolaknya aspek dalaman atau spiritual yang menjadi benteng pertahanan dan antibiotik dari serangan penyakit sosial ini. Sememangnya Allah telah menekankan kepentingan solat didalam kehidupan seseorang dan mampu menjadi benteng pertahanan daripada melakukan perkara keji dan munkar. Sebagaimana firman Allah “Sesungguhnya solat itu dapat menghindarkan diri dari perbuatan keji dan munkar”( Al-Ankabut:95). Jika tidak penting masakan Allah telah mensyariatkan solat dengan apa cara sekalipun dan dalam keadaan mana sekalipun, hatta dikala waktu peperangan Allah tetap mewajibkan seorang Muslim untuk solat.
Solat juga merupakan tali pertautan hati antara seorang ‘abdi (hamba) dan khaliq (pencipta). Inilah sebenarnya benteng penghalang dan perisai keramat yang mampu menghalangi seseorang dari melakukan perkara-perkara yang menyalahi kehendak agama. Bilamana hati mayakini bahawa Allah yang menciptakan diri sentiasa mengawasi dan memperhatikan setiap gerak-gerinya, maka secara automatiknya akan lahirlah perasaan takut untuk melakukan sesuatu yang menyalahi kehendak agama. Malahan diri akan terasa sentiasa diawasi agar tidak melanggar batas-batas syariah yang telah ditetapkan.
Pengabaian terhadap solat adalah disebabkan tidak mengetahui hala tuju sebenar kehidupan sebagai seorang insan. Dari mana seseorang itu datang, dan kemana pula dia akan dikembalikan. Perlu dipahatkan diminda, dan disematkan dijiwa bahawa sesungguhnya daripada Allah kita datang dan kepada Allah jualah kita akan dikembalikan. Masih menyentuh persoalan solat, ia sebenarnya berlainan dengan sembahyang. Ini kerana semua agama menyuruh penganutnya bersembahyang: penganut agama Buddha bersembahyang, penganut agama Kristian bersembahyang, penganut agama Hindu bersembahyang dan begitu juga penganut Agama Islam. Namun, perlu diteliti disini, bagaimanakah cara : "sembah”-“yang” itu?. Bagi agama Buddha dan Hindu misalnya, mereka bersembahyang dihadapan tokong masing-masing. Namun dalam konteks seorang Muslim, “sembah”-“yang” Maha Esa, Yang Maha Pencipta; iaitu Allah, tuhan sekalian alam.
Solat itu merupakan doa dan senjata orang mukmin. Allah adalah tempat pergantungan dan tempat termakbulnya segala permintaan. Didalam surah A-Ghafir ayat 60, firman Allah Ta’ala yang bermaksud, “Berdoalah kepadaku nescaya akan aku perkenankan”. Apabila seseorang remaja atau belia itu sentiasa meletakkan pengharapan dan keyakinan yang tinggi dan utuh kepada Allah, pasti segala gerak geri dan pekerjaan akan sentiasa dipusatkan dan disasarkan kepada Allah. Sentiasa redha dengan Qada’ dan Qadar Allah. Malah sentiasa meyakini bahawa setiap perkara yang berlaku itu pasti ada hikmah disebaliknya.
Statistik jenayah dan kebejatan masalah sosial yang berlaku telah memperlihatkan peratusan remaja Melayu, Islam yang terlibat dalam masalah sosial melebihi kaum-kaum yang lain. Peratusan ini meningkat dari tahun ketahun. Peratusan menunjukkan, 69.38%(2000), 75.36%(2001), 76.25%(202), 78.53%(2003).Kenapa perkara ini boleh belaku?
Kita sebagai umat Islam, sejauh manakah kita menghayati ajaran agama kita sendiri? Sejauh manakah kita menjadikan Islam sebagai satu cara hidup kita?
Kita sering mendengar jawapan yang akan diberikan oleh saudara-saudara baru yang secara sukarela dan ikhlas mencari agama yang terbaik, rata-rata mereka akan mengatakan bahawa, “Islam telah mengubah cara hidup saya”, “Islam telah menjadikan hidup saya lebih berdisiplin dan sempurna”.Ya sememangnya Islam mempunyai peraturan hidup yang sempurna, dan Islam adalah satu cara hidup. Islam menjadikan diri individu yang menghayatinya supaya hidup lebih berdisiplin.”Sesungguhnya agama disisi Allah adalah agama Islam”.
Namun, kita tetap menyedari bahawa setiap negara sememangnya mempunyai pelbagai masalah sosial membabitkan golongan muda dan lazimnya fenomena ini tidak memilih kaum, jantina, dan anutan agama. Maka atas dasar inilah saya mengatakan bahawa semuanya bertitik tolak dari solat. Bagi bangsa, agama, dan kaum lain, mereka tidak mempunyai solat, maka sebab itulah mereka tidak mempunyai satu prinsip khusus didalam hidup mereka. Tiada satu pasakan dan ikatan terhadap agama. Namun bagi umat Islam pula, walaupun masih bersolat, perlu pula dilihat dari aspek penghayatan dalam solat. Solat yang sempurna hakikatnya mampu menjadi penghalang dari melakukan sebarang perkara yang menyalahi agama.
Jika dikatakan aspek agama yang menjadi keutaman, bagaimana pula kes pembunuhan yang melibatkan pelajar sekolah agama, Muhammad Farid yang heboh diperkatakan dulu? Kesemua mereka yang disabitkan kesalahan adalah pelajar Melayu beragama Islam. Maka disini, perlu dilihat dari segala aspek dan sudut, bukan dari sekolah yang menjadi punca, tetapi dari aspek penghayatan terhadap agama yang menjadi pokok persoalannya. Perkara ini bukan bergantung pada sekolah tempat dia belajar, tetapi bergantung pada individu itu sendiri, didikan sebagaimana yang diterimanya.
Justeru, tiada penghayatan terhadap agama merupakan antara pokok utama terjadinya masalah sosial. Pengalaman sebagai Fasilitator dalam satu program untuk remaja bermasalah telah membuka pekung yang selama ini tersembunyi. Kita dapat melihat bahawa inilah salah satu bukti pentingnya solat didalam kehidupan individu muslim. Batapa nilai agama, solat dan amal ibadat yang walaupun nampak kecil namun mampu memberi impak yang amat besar terhadap diri seorang.
Di dalam program tersebut, dalam salah satu slot bersama fasi, kami telah membuat “Survey” secara rawak didalam sebuah dewan. Program ini dihadiri oleh kira-kira seratus orang peserta pelajar tingkatan tiga dan lima. Dalam slot tersebut, para peserta diminta untuk mara kehadapan bagi : sesiapa yang tidak pernah meninggalkan solat setelah akil baligh, sesiapa yang tidak pernah meninggalkan solat subuh, dan begitulah seterusnya mengikut tertib setiap waktu solat. Apa yang menyedihkan saya pada waktu itu, bayangkan daripada lebih kurang 100 pelajar lalaki dan perempuan, bilangan perserta yang mampu sampai kegarisan hadapan boleh dikira dengan jari, tidak sampai sepuluh orang pun!
Kemudian sebahagian daripada mereka diminta membacakan bacaan dalam solat, memangambil wudhu’, membaca Al-Quran, dan memberi penerangan tentang mandi hadas. Perkara yang menambahkan kesedihan adalah, masih ada dikalangan mereka yang tidak tahu.
Maka di sini, ingin saya menyatakan sedikit perkaitan perkara ini dengan solat. Walaupun dikatakan pelajar-pelajar ini solat namun, dengan keadaan dan situasi yang sebegini adakah kita yakin bahawa solat itu sah dan sempurna?. Bermula dari aspek mandii wajib yang tidak tahu, mengambil wudhu’ yang hanya sekadar membasahi setiap anggota wudhu’ dan solat yanag hanya melakukan pergerakan ketika solat, seolah-olah sepert “burung belatuk”, maka bagaimana pula untuk melahirkan khusyu’ ketika solat. Ilmu fardhu ain mempunyai kaitan yang rapat antara satu sama lain. Jika tidak sempurna salah satu perkara yang wajib, maka perkara-perkara lain akan turut terbatal.
Maka atas faktor inilah tidak salah penilaian saya jika dikatakan aspek solat itulah yang sebenarnya menjadi punca masalah sosial dikalangan remaja dan belia hari ini. Ia adalah rentetan dan bertitik tolak dari faktor benih yang tidak elok. Ini baru dilihat dari sebahagian pelajar dari salah sebuah sekolah di Malaysia. Belum lagi dibuat bancian dari keseluruhan pelajar diseluruh Malaysia. Sekiranya inilah generasi harapan bangsa dan agama kita, bagaimana pula dengan generasi akan datang dan generasi seterusnya? Jika aspek penghayatan terhadap agama masih kosong, bagaimana persiapan mereka untuk mendidik generasi mereka yang akan datang? Tidak mustahil jika dikatakan kita akan melahirkan generasi yang “buta dan sifar agama”.
Dalam masyarakat Islam dewasa ini, solat itu telah diabaikan oleh kebanyakan individu muslim. Bukan sahaja solat, malah sumber rujukan utama kita, Al-Quran juga amat jarang dilazimi oleh sebahagian besar umat Islam. Menurut Sahibussamahah Dato’ Harussani Zakaria, menteri besar Perak dalam Forum MIHAD, Kolej kediaman pertama UM98, “Hanya 10-20% dari 13 juta Muslim tidak menunaikan solat 5 waktu, manakala bilangan yang tidak membayar zakat dan buta Al-Quran sentiasa bertambah” .
Disini, ingin saya tekankan perkaitannya dengan kebejatan masalah sosial dan kepincangan masalah moral dikalangan masyarakat. Kita lihat saja contoh menghadiri konsert-konsert hiburan tertentu.. Kita dapat menyaksikan ramai dikalangan mereka adalah golongan remaja Melayu, Islam. Persoalannya disini, adakah dapat diyakini bahawa solat mereka diberi keutaman? Masuk dewan bermula jam 6 atau 7 petang. Konsert akan bermula pada jam 8 atau 8.30 malam. Kemasukan awal penting untuk berada dibarisan hadapan supaya dapat bersalaman dan melihat artis-srtis kesayangan mereka beraksi secara lebih dekat. Bilakah waktu mereka luangkan untuk solat dan bilakah fikiran dan hati mereka akan dipusatkan kepada Allah? Sedangkan Allah sering berfirman supaya sentiasa ingat kepadaNya pada setiap waktu dan ketika. Mana waktu maghrib mereka dan mana waktu isyak mereka? Walaupun waktu isyak adalah lebih panjang, namun solat itu perlu dilakukan pada awal waktunya, jika tiada sebarang keuzuran dan masalah. Kita lihat pula remaja-remaja yang berpeleseran dan melepak. Bermula dari pagi sampai masuk waktu zohor dan kemudian sambung ke asar, dan seterusnya maghrib. Kebiasaanya mereka masih bergembira, kadang-kadang masih berada ditempat yang sama. Berborak-borak dengan rakan, tiada batasan antara lelaki dan perempuan. Persoalannya juga, bila waktu mereka luangkan untuk solat? Meskipun mereka solat namun adakah kita yakin solat mereka dilakukan dengan khusyu’?Sememangnya manusia tidak mampu menilai khusyu’ seseorang yang bersolat. Namun kita dapat menilai dari aspek perilaku sebelum dan selepas seseorang itu mengerjakan solat.
Justeru solat itu sebenarnya mampu menjadi penghalang dari sebarang kemungkaran. Bilamana setiap individu Muslim menghayati apa yang diucapkan dibibir dan apa yang dipasakkan didalam hati. Petikan dari nasyid kanak-kanak ini wajar kita renung sejenak, "Kemungkaran dapat dijaga, jika solat terpelihara, pahala pula bertambah, agama Allah dapat dibela”. Ikrar kita setiap waktu dihadapan Allah perlu kita hayati bersama;”Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matikau hanyalah untuk Allah tuhan semesta alam tiada sekutu baginya dan demikianlah akau diperintahkan dan aku adalah termasuk didalam golonagn orang-orang Islam”.
Dalam pada itu saranan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi bahawa kerajan akan memperkukuhkan dan menggabungkan pendidikan Islam dengan sistem pendidikan kebangsaan amat wajar disokong. Malah, cadangan perlaksanaan Pendidikan Jawi, Al-quran, Fardhu ‘ain, dan Bahasa Arab (J-QAF) diperingkat sekolah rendah yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan adalah amat perlu . Semoga dengan ini, usaha kita untuk melahirkan masyarakat dan generasi Islam yang serba boleh akan menjadi kenyataan. Ini lebih penting untuk menjayakan Islam Hadhari disetiap peringkat dan dari akar umbi.
Justeru adalah menjadi tanggungjawab kita bersama, seluruh entiti masyarakat baik pihak kerajaan, pihak swasta, NGO, pihak media massa dan masyarakat serta keluarga untuk sama-sama menggerak gempurkan kepentingan solat dalam kehidupan. Semoga dengan hasil kita memberi keutamaan kepada Allah, Allah akan memudahkan segala gerak kerja kita, dan menyelesaikan sebarang kemelut yang melanda. Maka dengan itu, akan lahirlah sebuah masyarakat Islam yang cemerlang, gemilang dan terbilang...Insyaallah...
Tuesday, December 7, 2004
Bercinta itu HALAL atau HARAM??
Pada cuti sekolah..cuti raya ni..pastinya semua gembira dapat berjumpa sanak saudara dan kawan2 ..Time berkumpul ramai2 mcm ni..taulah mcm2 cerita dan topic dibuka dan dikongsi bersama..lepas satu..satu..lepas satu..satu..Soalan ‘cepu mas’ yg selalu akan ditanya.. “ni ada ‘boipren’ dak gi ni?..kalau tak dak, mai nak tolong ‘rekemen’”..Adduhh mak cik..Tok cik..Susah nak jawab tu!....
ii) F.R.I.E.N.D.S..
Itu gathering di kampung..ni pulak gathering dgn kawan2 sekolah rendah…tapi sayang..tak semua yg dapat hadir..fadiah, kenduri abg dia di johor,..sakinah pulak sibuk nak kenduri kakak dia…Masa gathering SRI ABIM, kami ada bersembang dengan Sir Wan Jeffree Wan Sulaiman (known as cikgu wan ..kembar M.Nasir(gelaran yg kami beri) tp cikgu kata..M.Nasir yg tiru stail cikgu..hehehe..).. )..masa tu dgn Wazni n Nabilah…mcm2 topic yg dibuka..daripada kenangan kenakalan kami masa zaman kanak2 di SRI ABIM (al-maklumlah..batch perintis…=) ) sampailah ke isu perjuangan, nasional, antarabangsa dsb…cikgu wan sangat luas pengetahuannya dalam apa jua perkara…Sebelum balik UIA hari tu, saya ada pergi ambil dr cikgu kertas kerja2 yg dihasilkan hasil pembentangan di seminar2 yg yg dibuat..pasal al-Mawdoodi,..Saiid Nursi..Hassaan Al-Banna..and so on…
Then, balik UIA..ada buat gathering raya sikit dgn kawan2..perempuan ni..tak dak topic lain dah yg nak disembangkan..(ayat ni selalu dikatakan pada org perempuan)Tup..tap..tup tap..dalam diam2..ramai sudah kawan-kawan yg dah ber ‘status’...(advanced jugak kawan2 aku ni..dalam diam-diam tu..).ada yg dah berstatus tunangan org..ada yg berstatus bakal isteri org, ada yg berstatus bakal ibu org.dan tak terkecuali ada yg dah berstatus ibu org…tahniah!…Elokla tu..perkara yg baik.. tak elok dilewat-lewatkan..semoga berbahagia selamanya…
iii) Bercinta itu HALAL ataupun HARAM??..
Belek pi..belek mai kertas kerja2 cikgu wan..ada satu kolum pendek yg menarik minat saya … Hassan Al-Banna Menjawab Persoalan Cinta..Ada seorang pemuda datang bertemu dgn Hassan Al-Banna dan bertanya.. “Adakah bercinta itu halal ataupun haram?”..Jawapan Hassan Al-Banna simple saja..tapi cukup bermakna..Jawab Beliau “Cinta yg HALAL itu HALAL dan cinta yg HARAM itu HARAM”.. MasyaAllah..agaknya..mungkin itulah salah satu KEBERKATAN perjuangan Beliau…Then..helaian demi helaian kertas kerja yg dibelek..direnung dan ditafsir…cerita pasal seorang pejuang yg patut diteladani…
p/s: Pada saya, ‘Org yg bercinta’ itu sebenarnya yang akan menjadikan ‘Cinta’ itu salah ataupun tidak…but the ultimate love is just for Allah... “Ukhuwwah itu indah apabila bertemu dan berpisah hanya kerana Allah”..
Saturday, November 27, 2004
Rancangan yang tidak bermoral patut diharamkan.
Rancangan yang tidak bermoral patut diharamkan.
Masa saya balik cuti sem lps, memang seronok sangat sbb dapat jumpa family. Terubatla segala kerinduan dijiwa..Chewwah! Then satu mlm tu, sajala buka tv, around 10 pm. Mcm2 ada..dah lama tak tengok tv..so saja bukak..Kalau di kampus, manala sempat nak tengok tv semua ni..Bila fikir2 balik..Alhamdulillah lagi kalau di kampus (in another aspect),..rasanya mcm spiritual agak terjaga..kalau di bilik..alhamdulillah ada roommate yg bnyk ingatkan diri..esp bab nak jaga solat ni..thanks a lot my dear..
Berbalik pada rancangan tv..Terkejut juga masa tengok tu..Masa tu dgn mak saya..MasyaAllah..Na’uzubillah minzalik..Astaghfirullah..mcm2 sumpah seranah yg keluar dari mulut..
Rancangan tu ditayangkan di salah sebuah stesen televisyen swasta. Rancangan “Everage Joe” . Saya yakin orang yang bermoral dan berfikiran waras tidak dapat menerima rancangan yang seumpama ini ditayangkan. Kalau tak salah saya(sbb baru 1st time tengok, dan sambungan dr minggu yg sblmnya) rancangan ini berkonsepkan kepada cabaran dalam persaingan antara jejaka-jejaka untuk menambat hati seorang wanita. Wanita ini merupakan seorang wanita cantik dalam mencari “her perfect guy”. Pertandingan ini melibatkan persaingan diantara lebih kurang 16 org jejaka. Pelbagai cabaran yang terpaksa ditempuhi mereka termasuklah cabaran memperlihatkan kehebatan masing-masing dalam pelbagai aspek; ketahanan fizikal, keistimewaan masing-masing dan sebagainya termasuklah menunjukkan “kejantanan” masing-masing terhadap diri wanita tersebut ( antara adegan yang telah ditayangkan adalah aksi pasangan ini bercumbuan didalam kolam renang dan lelaki-lelaki tersebut mengurut anggota badan wanita itu yang berbaring dalam keadaan berbogel tetapi bertutup ). Sekiranya diantara jejaka-jejaka tersebut mampu menambat hati wanita itu yang dinilainya dalam aspek-aspek tersebut, maka dialah yang menjadi pilihannya sama ada menjadi kekasih ataupun terus kealam perkahwinan. Satu lagi rancangan yg lebih kurang mcm tu, “Joe Millionair”. Tetapi rancangan ini adalah sebaliknya dimana melibatkan ramai wanita dalam menambat hati seorang jejaka ( jejaka kacak dan kaya yang asalnya hanyalah jejaka miskin yang mempunyai fizikal yang mampu menambat hati seorang gadis). Turut disediakan wang sebanyak satu juta dolar Amerika kepada pasangan ini yang berjaya sampai ke penghujung cabaran; pasangan bagi jejaka tadi adalah seorang gadis yang tepilih dikalangan gadis-gadis itu yang menjadi pilihannya.
Bukanlah niat saya masa tengok tu mmg nak tengok..iisshh..Na’uzubillah..tp nak tengok mesej apa yg sebenarnya nak disampaikan tu..
Daripada rancangan tu, dapat disimpulkan bahawa betapa murahnya moral seorang gadis dan betapa pincangnya kehidupan masyarakat. Cuba kita renungkan bersama, adakah “hiburan” dari barat yang disajikan itu mampu memberikan mesej yang bermanfaat kepada masyarakat di Malaysia?.Amat malang sekali, langsung tidak bermoral!. Inikah peranan televisyen dalam melahirkan masyarakat yang berwawasan yang penuh dengan jatidiri dan moral yang tinggi? Apa manfaatnya masyarakat disajikan dengan rancangan yang seumpama ini?. Tidak mustahil saya katakan sekiranya perkara ini tidak dipandang serius oleh pihak stesen televisyen di Malaysia dan masyarakat keseluruhannya dan dibendung oleh pihak kementerian penerangan khasnya saya yakin, rancangan seumpama ini bakal diwujudkan disalah sebuah stesen televisyen yang lain, tetapi dalam versi Malaysia. Mungkin??!!Sbb tak mustahil.. Kalau kita tengok bnyk sngt rancangan yg diadaptasi dari barat dan disesuaikan dgn “Adab Ketimuran Malaysia”..contoh mudah “Who wants to be a millionair”. Tp rancangan mcm ni okla.. Tetapi amat malang sekali rancangan yang seumpama ini (“Average Joe”) langsung tidak bermoral saya katakan dan tidak sepatutnya ditayangkan di Malaysia yang masih berpegang kepada “adab ketimuran”. Ini turut bertentangan dgn agama, lebih-lebih lagi agama Islam malah didalam “Negara Islam” Malaysia.
Saya terfikir, apa rasionalnnya disajikan rancangan yg seumpama itu??..Langsung tak berfaedah! Saya terfikir jugak..stesyen tv ini antara slogannya”We’re different”..Saya tak taulah dimana dan apa “different”nya stesen tv itu jika nak dibandingkan dgn stesen tv yg lain..Sama saja pada saya..Hiburan..Hiburan..Hiburan yg berpanjangan…Rancangan yang disajikan kebanyakannya tidak bnyk membentuk peribadi masyarakat Malaysia secara keseluruhannya supaya lebih berakhlak dan bermoral, ttp lebih bnyk memincangkan lagi sosial masyarakat Malaysia. Sudahlah sekarang kita menghadapi masalah sosial yang kritikal dan stesen-stesen televisyen ini seolah-olah menggalakkannya lagi. Tidak payah menyalahkan dan membabitkan vcd lucah. Cukuplah rancangan yg seumpama itu…
Saya terfikir jgk, dimanakah fungsi Kementerian Penerangan Malaysia? Org2 didlmnya tak tengok tv ka? Tak rasa apa2kah bila tengok program tv skrg ni.. MACAM-MACAM ADA??!!!bkn setakat Astro saja yg ada mcm2..
Thursday, November 25, 2004

ni contoh khat karya Mohd 'Asim Zainol. Beliau merupakan tokoh khat Ma'had dan sekarang merupakan salah seorang tenaga pengajar di Ma'ahad Mahmud.
Friday, November 5, 2004
Maghfirah dipinta..Mardhatillah didamba (Ramadhan Kareem..)
RAMADHAN dalam sorotan zaman..
TARIKH PERISTIWA
17 Ramadhan
3 thn sebelum Hijrah (619 M) : Isteri Rasulullah SAW, Siti Khadijah (r.a) wafat dan
1 H (Mac 621 M) : Nabi SAW memerintahkan agar ‘Masjid Dirar’ dirobohkan yang
2 H (Mac 624 M) : Zakat fitrah dan zakat harta diwajibkan dan solat hari raya
17 Ramadhan 3 H
20 Ramadhan 8 H
11 H (Disember 632 M) : Siti Fatimah (r.a), anak baginda Rasulullah SAW wafat dan
58 H (Julai 678 M) : Isteri Nabi SAW, Siti Aisyah (r.a) wafat dan dikebumikan di
92 H (Julai 711 M) : Jeneral Tariq bin Ziyad bersama 12,000 tentera Islam
582 H (November 1186 M) : Jeneral Salahuddin al-Ayyubi mengusir tentera Salib Eropah
9 Ramadhan 1393 H
Wednesday, August 11, 2004
Cuba Try Test...
Tuesday, August 10, 2004
Tanbihul Ghafiliin : Lelaki kacak tuk didampingi..
Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi,bukan malaikat dan sebagainya".
Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah.
Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa "Apabila seseorang itu meninggal dunia
dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.
Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai termasuklah ahli-ahli keluarga dan kekasih kita akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat;Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.
Tetapi orang yang kacak itu akan berkata : "Dia adalah kawanku. Aku tidak akan
meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun. Jalankanlah tugas kamutetapi aku tidak akan meninggalkannya sehinggaaku membawanya masuk ke syurga!"
Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata: "Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat."
"Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi" Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat - malaikat dari syurga"
Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang
tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk
mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi. Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat.
Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagiyang akan menemani kita jauh sekali memberibantuan kecuali amalan - amalan kita sewaktu didunia. Allah telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar.
wallahua'lam
Sunday, August 8, 2004
Friday, August 6, 2004
NSF 2004
Friday, July 30, 2004
julai dan ogos yg istimewa..
2 bulan yg cukup istimewa...julai & ogos..bezday org yg tersayang..adik dhihah..9/7,..abg ijan..28/7..mak..31/7..and ogos ayah..10/8..insyaAllah...semoga diri sentiasa berada dibawah limpah rahmat Allah...
sekarang ni pulak kat iium sibuk dgn ummatic week 2004..then sambung convest 2004...hai..nak kata tak belajar..belajar..nak kata belajar..tak belajar??..eehh..tak jugak..ni mesti bnyk main ni...apala nak jadi dgn dinaluzriq ni hah??!!..
Wednesday, July 21, 2004
Tanbihul ghafiliin: Wasiat Abdullah Azam
Wahai kaum muslimin….
kehidupan adalah jihad , kemuliaan juga berasal dari jihad kewujudan di atas muka bumi ini, terikat dengan jihad….
agama Allah tidak akan tertegak tanpa jihad,tanpa peperangan ,tanpa darah dan airmata….
kejarlah “Kematian” kerana ia akan memberikan kehidupan yanghakiki..
hindarkanlah diri dari merasa hebat dengan jumlah kitab yangdibaca….
janganlah merasa megah dan mencukupi dengan solat-solat sunat yang telah dibiasakan itu….
Wahai para ulama….
majulah untuk memimpin generasi ini yang dahaga untuk kembalikepada tuhannya….
jangan terbelenggu atau cenderung kepada dunia….
jauhi janji manis pemberian dan sogokan serta hidangan pemerintah...sesungguhnya ia menggelapkan hati dan mematikan fikiran
Wahai muslimat...
jauhi kemewahan kerana ia musuh kepada jihad… ia pembinasa diri manusia…
janganlah menunjukkan sesuatu yang berlebihan….cukuplah seqadar keperluan sahaja….
didik dan latih anak-anak dengan kegagahan dan kejantanan sertakepahlawanan dan jihad….
jadikan rumah-rumah sebagai kandang-kandang singa ....bukan reban ayam yang menunggu gemuk untuk disembelih oleh toghut...
tanamkan ke dalam jiwa anak-anak kecintaan kepada jihad...keinginan kepada medan perang... lapangan yang penuh dengan keributan jihad….
Wahai anak-anak….
biasakanlah diri dengan “nyanyian” dan alunan letupan peluru..
dentuman senjata-senjata berat... gegak gempita jet-jet pejuang serta kereta-kereta kebal….
jauhilah nyanyian-nyanyian yang lembut dan muzik-muzik yang mengasyikkan serta hamparan permaidani merah..
sesungguhnya kalian tidak pernah bermesra dengan ayahmu melainkanhanya sebentar cuma ...
terlalu sedikit tarbiah yang sempat diberikan kepada kalian ....
Ya..ayahmu terlalu sibuk dengan urusan jihad ...!
Wahai para isteri….
lazimilah sifat zuhud , nescaya akan dikasihi Allah..
berzuhudlah terhadap apa yang ada pada manusia nescaya engkaudikasihi mereka….
Friday, July 9, 2004
Message 4 U: Happy Birthday!
adik Dhihah..
Selamat menyambut hari ulangtahun keputerian yg ke-15..9 Julai 2004..ingat sikit thn ni nak PMR!Jgn malas-malas!Doa kak ana sentiasa mengiringi dhihah.."Semoga pertambahan umur ni akan menambahkan lagi ketaqwaan diri pd Allah dan kasih sayang utk mak,ayah+family+guru2+kawan2+SEMUA.."
p/s: "Hidup tidak selalunya indah..langit tak selalu cerah.."
-thank you for being such a "good" sister..walaupun penat kak ana nak "berletiaq" kat hang!!jgn mare...Bye!
love,
kak ana.
Thursday, July 8, 2004
Bukan itu yang kucari..

Bukan itu yang kucari
(Dalam kehidupan seorang mahasiswi)
Bukan itu yang kucari..
Kejayaan tanpa keberkatan Ilahi..
Kejayaan tanpa jati diri yang tinggi
Kejayaan tanpa pimpinan Rabbul Izzati
Dalam menjalani kehidupan seorang siswi..
Bukan itu yang kucari..
Pujian demi pujian yang melambung tinggi..
Sanjungan demi sanjungan yang membalut diri..
Kadangkala akan memesongkan hati..
Dari memasakkan Ikhlas di dalam diri..
Bukan itu yang kucari..
Kasih seorang lelaki yang tak pasti,
Yang bisa melekakan hati..
Kadangkala boleh menghanyutkan diri..
Dari mengingati “dunia” yang abadi..
Namun yang kucari..
Hanyalah keredhaan dari Pencipta diri..
Maghfirah dan keampunan Ilahi..
Kejayaan bersama jati diri yang tinggi
serta keberkatan dari Rabbul Jalili..
Dalam mengharungi onak dan duri..
Yang sentiasa datang dan pergi..
Kuharapkan pimpinanmu Ya Ilahi..
Moga hidupku akan sentiasa diberkati..
Ya Allah..tetapkanlah hati ini,
Ampunilah diri ini..
Pimpinlah diri ini....
Menuju jalan yang kau redhai..
Wednesday, July 7, 2004
Budaya Mencari Ilmu
Sem ni alhamdulillah..ok sikit..hrpnya dpt buat yg terbaik insyaallah..sem ni pun bnyk sungguh program yg telah dan akan dibuat..i-meclah, I-festlah, e-festlah, Mc festlah.,..eem tp ..jgn “hampes” sudah…
Masa 1st day pegi kelas Ulurn Hadith hari tu,,(kelas Ust Fathuddin).,org Syria..best sngt...bnyk benda dan perkara yg ust briefing , dan jgk bg nasihat utk tullab wa-talibatihi..satu perkara yg saya cukup tak boleh lupa pesanan Ust..”Qala Imam Mujahid Rahimahullah (slh seorg tabiin) “La yata’llamu al-ilma mustahyin wala mustakbir” (jgn menuntut ilmu dgn keadaan malu dan takabbur / bangga diri),..mmg pun… dlm menuntut ilmu dan utk dptkn ilmu yg berkat ni, itu yg susah..kadang2 takut jgk kalau2 maksiat /dosa yg kita buat ini yg akan jadi hijab drpd nak dpt ilmu yg berkat ni..Na’uzubillahiminzalik..
Bercakap pasal menuntut ilmu ni..ada satu kuliah Fiqh as-Sunnah (belajar secara Talaqqi dgn ust Abu Laaith-menggunakan kitab Fiqh as-Sunnah karangan Syed Sabiq ), bg sesiapa yg berminat bolehla join kelas ni..tp hanya untuk sisters shj (eemm klu nak bg bunyi mcm baik sikit..muslimatlah.. )..tp dlm bahasa arab..it’s ok dlm bhs arab pun..kalau sapa2 yg dah ada at least sikit basic arab ni datanglah klu ada kelapangan waktu..setiap Isnin, Rabu, Jumaat pukul 12-1.15, ADM Tak rugi benda ni…untk kita jugak..paling kurang klu kita pi duduk dengar pun..malaikat rahmat payungi kita dah..dan kita berada di salah satu antara taman2 syurga..tak best ke tu?? Sebenarnya dlm nk menuntut ilmu ni pun bukanlah hanya pada lecture di kelas saja..ilmu ni kena kita yg pergi mencari, bukannya dia yg cari kita,, bnyk lagi sebenarnya kuliah2 yg ada di IIUM ni cuma bergantung pada kita saja nak menggunakan kesempatan dan peluang yg ada di depan mata ni mcm mana..time skrg nilah nak cari dan tambahkan ilmu sebnyk mungkin..sementara masih tak de komitmen besar2 lg ,,nnti bila dah ada bnyk komitmen..takut menyesal tak sudah pulak…nnti InsyaAllah saya akan listkan kuliah2 yg ada di IIUM (setakat yg saya tahu),..Jom sama-sama kita membudayakan Budaya Mencari Ilmu..Semoga hidup kita sentiasa terpimpin..InsyaAllah..
