Saturday, June 20, 2015

5 Tip Cepat Memasak di bulan Ramadhan untuk Ibu Bekerjaya @ Wanita Sibuk

Saya ada pengalaman ngeri berkenaan Bazar Ramadhan. Boleh baca disini. Dari itu, kami tidak lagi ke bazar Ramadhan.

Saya yakin ramai dikalangan wanita ada memasang niat untuk memasak untuk keluarga setiap hari. Ramai wanita yang yakin dengan jaminan kebersihan, keikhlasan, kesedapan dan sebagainya apabila ia disediakan sendiri. Walaupun tidak pandai mana, ianya tetap boleh dipelajari. Namun, dek kerana kesibukan bekerja dan keletihan, ramai yang terpaksa menggadaikan niat suci murni itu.

Baiklah apa yang boleh saya kongsikan. Beberapa tip panduan penyediaan cepat makanan di bulan Ramadhan terutamanya untuk Wanita Bekerjaya atau Ibu Sibuk.

1) RANCANG MENU

Dengan merancang menu , ia akan membantu mempercepatkan proses memasak. Kita tidak perlu lagi runsing memikirkan, “Apa yang nak dimasak hari ini?”, “Apa yang perlu dibeli?” dsb.


Contoh Bahan Perapan Ayam yang telah siap dibuat. Balik kerja, hanya keluarkan dan bakar. 



2) MENYEDIAKAN STOK BAHAN MASAKAN (CEPAT)

Stok bahan masakan, cotohnya cili kering yang telah siap dikisar dsb. Jadi untuk memasak, tidak perlu lagi melalui proses membasuh atau mengisar cili.


3) MENYEDIAKAN STOK PASTE (LEBIH CEPAT)

Menyediakan Stok Paste ini lebih cepat berbanding cara 2. Cotohnya, Kari ikan. Paste tersebut telah siap ditumis bawang dan rempah. Jadi proses memasak akan menjadi Lebih Cepat kerana tidak perlu melalui potongan bawang, tumisan bawang daun kari dan rempah lagi, hanya masukan ikan, santan dll. Contoh yang lain untuk Sambal Tumis atau Sos Sweet Sour. Hanya panaskan dan masukkan bahan basah atau sayuran.


4) MENYEDIAKAN STOK MASAKAN SIAP DIMASAK (PALING CEPAT)

Cara 3 ini Paling Cepat berbanding cara 2 & 3. Memasak terus makanan dan asingkn dalam 2 atau 3 bahagian. Apabila  tiba masa untuk makan hanya panaskan sahaja. Namun, cara ini seolah-olah “perangat makanan”, mungkin kurang fresh berbanding cara 2 & 3, tetapi sangat Cepat berbanding cara 2&3. Kalau anda dan keluarga  tidak kisah untuk menu masakan yang dipanaskan, maka boleh guna kaedah Cepat begini. Sama sahaja konsep makanan frozen yang dijual di pasaraya. Tapi, jaminan tiada bahan pengawet.

Cara 2 & 3 lebih fresh kerana bahan basah digunakan pada hari yang hendak dimakan.

Boleh pilih cara mana yang disukai dan tahap cepat yang diinginkan. Apa yang penting, InsyaAllah kita boleh tetap sediakan makanan dari air tangan sendiri. Tiada bahan pengawet. Tiada MSG.  Lebih jaminan kebersihan, khasiat, keikhlasan, dan lebih menjimatkan. Apa yang lebih penting, sambil memasak, kita boleh pasangkan al-Quran, sambil berzikir dan berdoa. Perencah spiritual ini, pasti sukar didapati di mana-mana bazar atau restoran.

P/S: Pastikan stok bahan kering & basah telah dibeli untuk 2 minggu / sebulan & siap diproses dan dibersihkan (sekali sahaja prosesnya, tidak perlu lagi nak siang, basuh setiap kali mahu memasak). Pembelian ini berdasarkan Rancang Menu tadi. Ia juga boleh mengelakkan pembaziran kerana kita membeli bahan yang akan digunakan sahaja. Detail Sistem Pengurusan Stok Bahan Kering & Basah serta Teknik Pantas Memasak di dapur seperti yang diterangkan di dalam sesi Seminar Coaching / Online Coaching (E-Coaching) untuk lebih Sistematik, Praktikal & Produktif.


Cadangan storage yang boleh digunakan untuk menyimpan stok bahan basah yang telah siap diproses dan basuh. Lebih menjimatkan ruang berbanding bekas bertutup. Masukkan dalam bekas yang diasing mengikut kategori.


5) ELAKKAN TV, FACEBOOK, WHATSAPP, INSTAGRAM DSB.

Ini sangat penting. Kalau nak cepat siapkan proses memasak, elakkanlah berborak dan update kita masak apa untuk berbuka hari ni dan seumpamanya. Sambil menonton TV dsb. Fokus. Ini juga antara punca kerja menjadi lambat, sekejap-sekejap tengok hp/tv. Hehe.. Sambil-sambil tunggu, boleh terus mengemas dan menyimpan. Dapur boleh cepat kemas dan kita juga excersise  secara tidak langsung. J

Kenapa Perlu Memasak dari Air Tangan Sendiri?

Kita selalu mendengar tentang air tangan isteri/ibu. Ya itulah intipati paling utama yang sukar dibeli dan dicari ganti. Air tangan isteri/ibu ini insyaAllah adalah Pengikat kasih sayang. Aura Doa, Zikir, dan al-Quran yang pastinya mempunyai aura positif itu insyaAllah membentuk dan mempengaruhi darah daging kita sekeluarga.

Dengan cara ini, insyaallah mudah-mudahan membantu para wanita untuk mengurangkan rasa letih kerana proses memasak menjadi lebih singkat. Mungkin hanya dalam 30 min atau 45 min. Ha masa inilah bolehlah berangan ala-ala Masterchef gitu! Kita kejar masa dengan siap boleh mengemas. Nak lagi best dan mencabar, letakkan timer! J

Dari situ juga, ia boleh memberikan masa yang lebih untuk isteri/ibu berehat dan menumpukan kepada ibadah yang lain. Jangan lupa juga niatkan bahawa keikhlasan kita menyediakan menu berbuka, menjamu orang yang berpuasa (walaupun kita berpuasa adalah sebahagian daripada ibadah. Allah pasti akan memberikan sebaik-baik ganjaran untuk kita kelak). Insyaallah mudah-mudahan ianya akan mendatangkan manfaat untuk dunia dan akhirat :)

Semoga Cara ini membantu!

Salam Hormat,
Mardiana Mat Ishak
Women’s Work-Life Balance Coach/ Trainer

Penulis Buku “Superwoman”

Ramadhan Kareem! 2015


Ramadhan Kareem buat semua pengunjung Blog ini!

Friday, March 20, 2015

Dahsyatnya Redha Suami

Dahsyatnya Redha Suami

Kalau sebelum ini saya menulis buku “Dahsyatnya Doa Isteri” (PTS), maka kali ini pula artikel berkenaan “Dahsyatnya Redha (Izin) Suami”. Ia sebenarnya rifleksi kepada apa yang dirasai dan sebagai ingatan buat diri. :p
Suatu hari yang Dahsyat.ana-muslim-cartoon-ana-solehah
Saya Ini kategori bukanlah seorang kaki shopping. Apatah lagi untuk mudah tergoda dengan pelbagai sales yang ditawarkan terutamanya aksesori atau pakaian muslimah. Namun hari itu, saya tewas juga akhirnya. Sales yang dibuat sehingga tengah malam itu di sebuah butik. Sudah lama saya terpikat dengan jubbah BF dan design tudung terbaharu.
Mahu sahaja tangan saya ini buat pembelian secara online. Semuanya dihujung jari. Beria-ia juga saya mahu ke butik bagi memiliki jubah dan tudung idaman itu. Apatah lagi mendapat pula duit komisyen dari hasil jualan kecil-kecilan.
Hati kecil berbisik. Antara baik dan buruk.  “Alah beli jelah, aku kan kerja dan ada duit sendiri. Duit ini hak aku”, “duit komisyen ini pun ada lagi tambahan untuk itu!”.
“tapi, tak baik pula kalau tak inform suami lagi, tanpa pengetahuannya.”
“Ish, tapi dia tak boleh nak kata apa sebab ni duit aku, aku kan kerja”. Kenapa tidak reward diri sendiri?”
Pelbagai “Ish” dan “tapi” bersilih ganti.
Akhirnya saya memilih untuk sms meminta keizinan bagi memiliki jubah BF yang sebelum ini pernah dinyatakan lama kepada beliau.
Jawapan yang sudah dijangka setiap kali jika meminta izin. Sememangnya beliau izinkan. Namun, keizinan itu untuk saya minta untuk jubah BF, saya RAHSIAKAN untuk tudung (bukan lagi rahsia..hehe). Sebab takut diperli “berapa banyak tudung daa..”. hehe… Biasalah perempuan..
Pengajaran Allah.
Sebaik mendapat izin. Apalagi, hati berbunga-bungalah. Bersemangat waja mahu ke butik kerana sales hanya sampai malam itu saja. Sejurus selepas kelas, ditemani 2 hero dan heroin ini, petang itu saya mahu bergegas juga ke butik. Semangat waja kot nak beli baju baru! Hehe..pulun…
Saya mahu transfer duit jualan supaya saya dapat gunakan duit komisyen supaya tidak “terguna” duit yang bukan duit saya. Tuptup…Mesin Cash Deposit ada masalah!. Aduh.. Duit ditelan, namun tiada resit yang keluar, duit pula tidak masuk!. Alamak.. sudahlah saya mahu bergegas ke butik!. Kebetulan ada pegawai Bank Islam disitu. Maka urusan membuat report dibuat. Mengambil masa juga.
Saya tetap mahu bergegas ke butik supaya tidak terlepas sales. Saya nekad. Berbekalkan duit yang dikeluarkan dari simpanan yang lain. Di persimpangan jalan antara jalan ke butik dan jalan ke rumah.
Tuptup, mendapat panggilan telefon dari encik suami. Alamak…macam tau-tau je…
“Hello Assalamualaikum”
“Walaikumussalam..ye..”
“sayang kat mana?”
“hehe..dan nak balik rumah, tapi…boleh tak nak singgah butik kejap. Sekejap je..”
“oh tak beli lagi ka, ingat dah beli.. tapi dah petang sangat ni, abang ada kuliah lagi ni, takut tak sempat”
“Ala bolehlah pusing sekejaaap je”..
“Jem kawasan tu, tak sempat nanti..”
“Ala…bolehlah…sat ja…”
“Tengok tu, tak nak dengar cakap suami”..
“hehe…oklah ni dah on da way.. abang dah kat mana?
“abang dah kat rumah ni.”
 “ok jumpa kat rumah i.allah”..
Segigih mana semangat manusia, kalau tanpa izin suami, maka tiada jualah izin Allah. Maka terkuburlah hasrat yang berkobar kobar tadi. Pasrah. Pengajaran kerana BERAHSIA dengan suami (rahsia nak beli tudung, sedangkan minta izin nak beli baju!). Hehe..
Itu hanya secebis kisah contoh. Ada lagi beberapa situasi yang berlaku menyebabkan saya akui bahawa redha dan izin suami itu adalah kunci segala-galanya. Pada saya itu hanya sedikit pengajaran yang Allah berikan dalam aspek kehidupan dunia. Apatah lagi perkara yang melibatkan dosa pahala dan akhirat sana.
Ambil Peduli Nasihat Suami.
Justeru sebagai isteri, segala nasihat suami, jadikan ia sebagai panduan. Lelaki berfikir selalunya atas dasar rasional. Wanita berfikir selalunya atas dasar emosi.
Contohnya, Kalau suami memberi nasihat untuk wanita menutup aurat dengan sempurna; tiada lagi pakaian atau seluar ketat, tiada lagi tudung yang menampakkan buah dada. Ambil peduli nasihat beliau. Kemungkinan kita akan berkata, “eh dulu sebelum kahwin ok je…tak kisah pun?, kalau nak sangat kenapa pilih aku?”. Ketahuilah bahawa tindakan suami itu adalah satu tindakan yang betul. Allah telah mimilih seorang lelaki yang tepat buat kita. Kemungkinan beliau baharu mengetahui bahawa isterinya adalah tanggungjawabnya dunia akhirat. Beliau ingin bersama-sama isteri dan keluarganya di syurga kelak.
Contoh yang lain. Jika sekiranya si isteri itu lebih sedikit dari suami. Suaminya mungkin tiada apa-apa. Dalam kerjaya atau pendidikan contohnya. Buangkan sikap ego. Berlapang dada dan merendah diri kepada suami. Situasi dimana si isteri mendapat tawaran pengajian di luar Negara. Pastinya semangat berkobar-kobar apatah lagi itulah saat yang dinanti-nanti. Satu “test” dari Allah antara “keegoan si isteri” dan “keredhaan si suami”. Si suami berfikir (atas dasar rasional), kerana situasi keadaan keluarga mereka yang tidak mengizinkan, maka adalah lebih baik si isteri menyambung pelajaran di dalam Negara sahaja. Si isteri (atas dasar emosi) menganggap bahawa tindakan suaminya itu sebagai “jealous” dan bagi menghalang cita-citanya yang tersemai sejak sekian lama. Dek kerana mementingkan diri sendiri, tanpa memikirkan nasihat suami, si isteri gembira kerana cita-citanya tercapai. Namun, sudah pastinya, kalau tanpa redha suami, segala perjalanannya menjadi sukar. Pastinya satu persatu “petunjuk” Allah berikan. Samada mahu menerimanya sebagai pengajaran atau sebaliknya.
Semoga hadis ini menjadi ingatan buat wanita:
Rasulullah saw bersabda, : “Dan sebaik-baik wanita ialah mereka yang boleh menggembirakan engkau apabila kamu melihatnya, yang mentaati kamu apabila kamu menyuruhnya, dia memelihara maruah dirinya dan harta engkau ketika ketiadaanmu.” (Direkodkan oleh Nasa’I, Baihaqi. Ahmad dan al-Hakim)
Redha Allah pada Redha Suami.
Pengajaran penting buat diri. Kalau sebelum berkahwin, redha Allah pada redha ibubapa. Apabila sudah berkahwin, ia beralih kepada suami. Redha dan izin suami adalah kunci segala-galanya. Kalau dalam situasi saya tadi. Memanglah kalau diikutkan dalam agama, suami tidak berhak pun untuk “kacau” duit isteri yang bekerja. Nafkah semuanya dari suami. Namun, Saya “terlupa” bahawa:
  1. Saya bekerja pun kerana izin suami. (lebih-lebih lagi ekonomi keluarga masih tidak mengizinkan  untuk suami bekerja seorang diri)
  2.  NIAT saya untuk bekerja adalah bagi MEMBANTU ekonomi keluarga. Ia telah disepakati diawal-awal tahun perkahwinan. Maksudnya untuk kami, tiada istilah “duit engkau duit engkau”, “duit aku, duit aku”. Ataupun “duit engkau, duit aku”, dan “duit aku, duit aku”.  Sebaliknya, “duit engkau, duit aku, “duit aku, duit engkau”. InsyaAllah susah senang bersama. Perkongsian juga bagi menyeleasaikan hutang yang tak perlu (sewaktu itu, hutang PTPTN saya-orang yang tak berapa “terer” macam saya ni kena guna PTPTN lah… :p – dan hutang Personal Loan suami-kami tersilap langkah sebenarnya mengikut nasihat seorang advisor unit trust untuk membuat pelaburan dengan membuat Personal Loan!. Tolong jangan tiru aksi ini!). Tapi Alhamdulillah kami sudah bebas dari hutang-hutang tak patut itu. Hanya hutang rumah dan kereta. Alhamdulillah atas nasihat suami juga supaya konsisten mambayar hutang dan berdoa agar Allah mempermudahkan jalan menyelesaikan hutang).
Pengajaran buat diri:
  1. Tiada rahsia antara suami isteri.
Kalau dalam urusan dunia pun Allah sudah menunjukkan keberkatannya disitu, apatah lagi perkara yang melibatkan dosa pahala. Usah berahsia kepada suami.
  1. Minta izin suami dalam apa jua situasi.
Contoh kisah saya tadi. Saya faham bahawa apa yang Allah mahukan adalah “Meminta Izin Suami” dan “Tidak berahsia dengan suami”, sekalipun pada pandangan kita “it’s ok”, “suami faham”. Ya memang suami faham, dan jawapan yang bakal diterima juga kita sudah boleh jangka. Suami yang faham agama, sudah pasti akan menilai sesuatu perkara atas dasar agama. Beliau faham bahawa suami tiada hak atas gaji si isteri. Namun, satu “key word”- “Minta Izin Suami”.
Itu sahaja. :)
Ultimate Goal.
Apa tujuan akhir hidup kita? Pastinya kita impikan syurga bukan? Untuk wanita, insyaAllah laluannya mudah, namun ia tidak semudah yang disangka.
عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : ( إذا صلت المرأة خمسها ، وصامت شهرها، وحصنت فرجها، وأطاعت زوجها، قيل لها: أدخلي الجنة من أي أبواب الجنة شئت )
“Apabila seorang wanita telah menunaikan solat lima waktu, mengerjakan puasa di bulan Ramadhan, memelihara diri dan kehormatannya, dan taat kepada suaminya, maka masuklah dia ke dalam syurga dari mana-mana pintu syurga yang dikendakinya” (Riwayat Ibn Hiban)
Mudah-mudahan kisah ini menjadi ingatan dan pengajaran buat diri dan bagi yang membaca. Semoga kita semua beroleh kebaikan di dunia dan akhirat. InsyaAllah..

Thursday, January 1, 2015

Basikal Impian Saya

Bismillahirrahmanirrahim.

Saja ummi nak abadikan kenangan ini. :) InsyaAllah mudah-mudahan ianya menjadi antara kenangan yang paling manis dan ada kebaikannya didunia dan akhirat. InsyaAllah

Sudah lama Uways minta untuk belikan basikal baharu. Iyalah basikal yang lama tu pun sudah kecil sangat. Memang bagi pada Umayr saja. Alhamdulillah Umayr pula menerima seadanya. Tidak pula meminta yang baru. Alhamdulillah dia pun faham basikal masih elok dan boleh digunakan. Tidak perlu membazir membeli yang baru.

Alkisahnya, 26 September 2014.

Uways menyebut lagi tentng basikal baru. Ummi berpesan untuk Uways berdoa agar Allah berikan rezeki untuk ummi abi belikan basikal.

Keyakinan 100% pada Doa

Sememangya tiada masalah untuk Abi Ummi belikan basikal baru untuk Uways, tetapi apa yang  lebih penting, Abi dan Ummi mahu Uways belajar bahawa doa itu adalah sumber kekuatan dan Allah akan mudahkan urusan apa jua yang kita minta. Allah akan memakbulkan apa yang kita minta sebagaimana firman Allah:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِين
Maksudnya: Dan Tuhanmu berfirman: “Mohonlah (mintalah) kamu kepadaku, pasti aku perkenankan (permintaan) kamu itu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombong diri dari menyembahku akan memasuki  neraka Jahannam dalam keadaan hina dina”, (Surah al-Ghafir:60)

Allah PASTI akan memakbulkan apa sahaja doa kita itu, tetapi kemungkinan:
1)      Allah akan berikannya segera
2)      Allah tangguhkan waktunya pada waktu yang lebih tepat dan sesuai
3)      Allah gantikannya dengan sesuatu yang lebih baik

Khamis selepas solat maghrib, usai mengangkat pakaian dijemuran untuk dilipat, tiba-tiba ummi terdengar Uways berdoa, “Ya Allah, bagilah Abi dan Ummi beli basikal baru HARI SABTU”. Banyak kali uways ulang. Memang bersungguh-sungguh berdoa. Siap sebut hari sabtu tu! :)

Bila Abi balik dan ummi ceritakan pada Abi, tahu tak apa yang berlaku? Abi kata, “patutlah sepanjang perjalanan balik dari office tadi Abi teringatkan Uways dan tergerak hati nak belikan uways basikal!”. Subhanallah, memang benar doa seorang anak kecil itu tiada hijab antara Tuhan dan seorang hamba yang tiada dosa!. Jadi, Abi pesan pada ummi, esok bawa Uways pergi tengok basikal mana yang dia berkenan dan tulis karangan tajuk, “Basikal Impian Saya”. Banyak betul “cabaran” untuk mendapatkan basikal baru ni ya!? :)

Jadi keesokannya selepas ummi ambil uways dari sekolah, ummi ambik jalan simpang ke Ong Tai Kim. Uways macam pelik. Biasanya kalau balik sekolah, tak lalu jalan ni. Ummi nak buat surprise ni.

“Kita nak pegi mana ni ummi?”
“adalah…ikut saja.Rahsia..”.
Bila dah masuk simpang kedai basikal…
“Oh Uways tau! Nak beli basikal??!!”
Ummi senyum. Mengangguk.
“tapi kita tak beli harini, kita tengok saja dulu, nanti i.allah hari sabtu kita datang dengan Abi beli, ok?”

Muka tersangatlah terharu. Menangis kegembiraan!Sayang anak ummi ni!
“terima kasih ummi!’’

Masuk kedai basikal, belek pi belek mai… Uways berkenan basikal ini…





Balik ke office ummi, Uways tulis karangan seperti yang diminta.. inilah karangan pertama budak darjah satu ni..hehe…Halalllah kan..Tahniah!




Alhamdulillah, Abi dan Ummi pesan, hadiah basikal ini bukan kerana hadiah harijadi 15/10/2014 Uways, tetapi Abi dan Ummi belikan hadiah basikal atas sebab:

1)      Uways tak tinggal solat
2)      Uways beri komitmen untuk hafaz al-Quran
3)      Uways selalu tolong ummi
4)      Uways tolong jaga adik

Untuk Umayr yang 4 tahun ni pula. Bersemangat waja mahu menunggang basikal abangnya. Sudah lama teringin. Cari punya cari roda tepi yang lama, tak jumpa pula dalam stor. Nak beli rasa membazir. Jadi, pada hari yang sama juga ummi “pulun ajaq” Umayr kayuh dan control handle. Fuh..memang jenuh jugak sampai sakit pingganglah dibuatnya! Tapi Alhamdulillah berbaloi! Hikmah roda tepi tak jumpa, tak beli baru, ummi pulun ajaq, Alhamdulillah boleh kayuh sendiri!

Video ini boleh menerangkan serba sedikit apa yang berlaku.. (Sebenarnya, ummi belajar try buat video sendiri ni). hehe..



Ok, semoga Uways, Umayr dan Sofieyya terus membesar menjadi anak soleh dan solehah insyaAllah. Semoga anak-anak semua faham apa yang Abi dan Ummi mahu sampaikan…

Salam sayang…