Sunday, September 21, 2014

Sembang-sembang Keibubapaan

Program: Sembang-sembang Keibubapaan

Tempat: Auditorium A, Kuliyyah of Engineering, UIAM

Speaker: Tn. Fakhri Hamzah & Pn. Jamilah Samian (Cool Mum Super Dad).



Alhamdulillah saya dapat hadirkan diri ke program “sembang-sembang keibubapaan” bersama pengasas Cool Mum Super Dad, Tn. Fakhri Hamzah dan Pn. Jamilah Samian. Melihat kejayaan anak-anak mereka serta perkongsian mereka itu sangat menginspirasikan!.

Sungguh!. Skill keibubapaan bukanlah ia berlaku secara semulajadi dan berdasarkan apa yang kita terima dari ibubapa kita, sebaliknya ia perlu dipelajari dan sentiasa dipelajari. Malah tidak sepatutnya ia  menjadi “unplanned parenting”. Mesti ada perancangan dari awal, walaupun sejak belum berumahtangga, apatah lagi apabila sudah berumahtangga. Lebih-lebih lagi teori tidak sama dengan realiti.

Saya suka membaca dan mendengar perkongsian dari mereka yang “terlebih dahulu makan garam” dalam selok belok urusan keibubapaan, rumahtangga dan sebagainya. Kerana asas itu jugalah saya kongsikan banyak perkara juga apa yang diperolehi dari mereka didalam buku saya “Super Woman” (terbitan PTS 2013).

Baiklah saya kongsikan poin-poin utama yang dikongsi bersama di dalam program tersebut. Mudah-mudahan ada kebaikannya bersama untuk dunia dan akhirat kita insyaAllah.
KITA IBUBAPA GENERASI MANA?

Kita perlu jelas kita dan anak-anak kita berada di dalam generasi yang mana? Supaya kita jelas apa yang perlu kita lakukan.

1.       Sebelum 1946 : Veteran (70an)
2.       1946- 1964: Baby boomer (50an-60an)
3.       1965-1980: (Gen X (30an-40an)
4.       1981-1994 : (Gen Y (18-20an)
5.       1995-2009 : (Gen Z (3-17 thn)
6.       Selepas 2010 : (Gen Alpha (< 2)


i-Gen: (Y,Z, Alpha). Gen Y boleh dibahagi kepada zaman sebelum internet (tua) dan zaman selepas internet (muda).

Peredaran zaman telah menjadi sesuatu yang menghilangkan nilai kerana suasana yang kita lalui telah berubah. Tapi pada saya jika tidak diasingkan mengikut tahun itu pun peredaran zaman tetap berlaku dan perubahan tetap juga terjadi.

SOALAN UNTUK DIFIKIRKAN



1) Adakah anak-anak era millennia berbeza dari era lain? Bagaimana?

Adakah sikap dan tingkah laku manusia berubah mengikut era?. Ada kajian mengatakan perkembangan global menyebabkan perubahan pada sikap dan tingkah laku.
Jadi, jawapan terhadap persoalan tadi: Serupa, tetapi tidak sama.

2) Apakah matlamat mendidik anak sudah berubah sebelum dan selepas era millennia?

Jawapan: Sama. Matlamat sama, namun kaedahnya yang berbeza. Kita sebagai Muslim, pastinya inginkan syurga alfirdaus al’ala. Ganjaran dari Allah dalam mendidik amanah Allah. Menuju redha Allah.
Sebagai ibubapa, kita perlu jelas dan tahu apa yang serupa dan apa yang tidak serupa. Supaya kita tahu apa yang perlu dilakukan.

Kenali sikap iGen

1-      Ganjaran segera: “nak sekarang juga”
2-      Keberhakan : “ saya berhak”
3-      Multitasking : tetapi boleh jadi kurang efektif

“If you are able to state the situation, you are closer to the destination”

Kalau kita tahu ciri-ciri igen, perubahan tingkah laku pada umur anak, kita akan tahu apa yang perlu dilakukan. Oleh yang demikian, pembacaan, belajar dan sebagainya insyaallah dapat membantu.

Semua tempat diseluruh dunia mengalami perubahan yang sama.

3) Bagaimana untuk kita nak disiplinkan diri kita dalam mendisiplinkan diri mereka?
Iaitu melalui action kita.

1.       SABAR

Perlu didik dengan sabar 1st. Kajian menunjukkan anak-anak atau manusia yang mempunyai sikap sabar lebih berjaya dan cemerlang. Mustahil berlaku sesuatu kecuali dengan izin Allah jua.

Kita sendiri perlu sabar. Sekiranya mereka buat salah, jangan over react. Mereka akan lihat dan merakam.

Apakah Motivasi untuk sabar?. Untuk sesuatu itu, jangan relate salah pada “orang tengok”, tetapi relate pada “Allah tengok”. Contoh, “ish malu macam ni, nanti orang tengok”.
Isu yang sering menjadi kerisauan ibubapa berkenaan “virus” luaran, site lucah dan sebagainya, nau’zubillahiminzalik, kuncinya satu sahaja. Sejak dari awal, apa jua situasi, benar atau salah, biasakan untuk kaitkan dengan Allah, bukan dengan manusia. Daripada perkataan, “nanti orang kata/tengok”, tukar kepada “nanti apa Allah kata/tengok”. insyaAllah jika dibelakang kita, ingatan “Allah” itu yang menjadi antivirus. Wallahu’alam.

Rotan masih relevan, tetapi tidak boleh setiap masa. Sehingga anak-anak jadi sanggup dipikul kerana hanya mahukan perhatian.

Untuk melatih sifat sabar, perlu lihat pada situasi. Contoh, bab makan,perlu tunggu semua. Ada kalanya, kita perlu ubah sedikit tetapi konsisten. Insya Allah akan ada kesan besar pada masa akan datang.

Pergi ke sekolah sebab nak pandai? Jawapan tidak relevan untuk zaman kini, kerana ingin pandai tidak semestinya ke sekolah. Ibubapa perlu cari jawapan yang sesuai dengan mereka.

Anakku Sazali: tidak ada internet pun, tetapi telah menjadi Gangster no 1 Singapura. Di mana silapnya?Ini kerana dimanjakan untuk duit, dididik dengan “dapat segera”, bukan Sabar untuk dapatkan sesuatu. Keadaan ini menyebabkan mereka tidak faham dan tidak hargai.

2.       PROACTIVE

Ibubapa zaman kini perlu lebih proaktif. Anak-anak hanya inginkan “connection”. ApabiIa “connection” mereka kuat dengan parents, insyaAllah mereka tidak perlu lagi gajet atau internet. Jadikan diri kita sebagai Wifi connection dengan anak-anak.
Perlu proaktif bila-bila masa.

Contohnya, “Dating” dengan setiap anak walaupun anak perempuan. Raikan sifatnya. Give time to her. Jadikan bapa sebagai 1st man, 1st love yang dia kenal.

3.       GOOD CONNECTION

Maintain connection dengan anak-anak pada bila-bila masa.

Ada special date dengan setip anak, bukan jumpa hanya marah sahaja. Mereka inginkan perhatian yang istimewa hanya untuk dirinya daripada ibubapa, walaupun tanpa adik-beradik yang lain.

Waktu solat berjemaah. Selepas solat, mendengar ceramah youtube 15 minit bersama. Anak lelaki dilatih menjadi imam. Ia adalah Part of leadership.

Makan bersama. Masa makan adalah family time. Masa yang sepatutnya digunakan untuk bersembang, berbincang, bermesra dan sebagainya. Jadi adalah tidak patut untuk family makan di hadapan tv, makan di luar tetapi masing-masing asyik memegang hp, Di rumah pula, apabila bersama family, tetapi ibubapa masing-masing dengan hp.
Suasana kekeluargaan semakin renggang dengan smartphone.

Fahami mereka, dekati mereka.

Berbincang di dalam urusan rumah. Contohnya, jika tidak ada bibik, supaya ibu tidak menjadi bibik, apa yang boleh dilakukan? . Contohnya, semua sekali sama-sama sorting dan lipat baju. Manakala Ibu jangan terlalu perfectionist. Mereka buat sudah ok.

4.       PERANAN BAPA


Nakhoda yang dapat membantu dalam mengembeleng tenaga agar family dapat bersama.
Bapa perlu menjadi role-model. Jika bapa tidak menjadi role model kepada anak-anak, mereka akan mencari orang lain sebagai role model.
Dialog dalam AQ banyak antara bapa dan anak lelaki.

Cth:
Surah Luqman. Nasihat bapa kepada anak lelaki.
Surah Ibrahim.
Surah Yusuf: nabi ya’qub bersabar dengan kerenah anak-anak.








Penutup: Jika kita perbaiki hubungan kita dengan Allah, insyaallah Allah akan perbaiki hubungan kita dengan orang lain.


p/s: Mohon maaf ayat tidak berapa tersusun dan jika tidak difahami, boleh beli buku dari cool mum super dad. Banyak perkara di kongsi. Sekiranya saya mempunyai masa dan rajin lagi, insyaallah saya update entry ini. :) Mohon maaf kalau ada poin penting yang tertinggal.

Tip Urus Baju untuk Wanita Sibuk

Adakah mengurus pakaian sering merunsingkan anda?



Tip urus baju untuk Wanita sibuk? Wanita berkerjaya? Suri rumahtangga (CEO Rumahtangga)? Semua wanita rasanya adalah sibuk dengan urusan mereka yang tersendiri.


Mengurus baju/pakaian adalah salah satu perkara yang sering menjadi “kepeningan” kebanyakan wanita. Ada yang tidak kisah, namun, ada juga yang kisah dan merunsingkan kepala andai melihat baju yang bertimbun di dalam bakul atau mungkin juga diatas katil. Sehingga satu tahap satu keluarga terpaksa menjadi ibarat “kucing  menggali tanah” kerana mencari-cari baju yang ingin dipakai tidak ditemui.


Anda mungkin dikalangan mereka yang sibuk ini juga. Biasanya wanita akan menguruskan pakaian suami dan anak-anak dalam pelbagai cara, antaranya:

1) Kumpul (biarkan semua baju,  basuh (BEBERAPA ROUND) dan kemudian proses melipat SENDIRI dihujung minggu.

2) Kumpul (biarkan semua baju) dan basuh sendiri dihujung minggu kemudian MENGUPAH ORANG untuk melipat.

3) Kumpul (biarkan semua baju) basuh SENDIRI dan biarkan sahaja di dalam bakul (kerana nanti baju tersebut akan dipakai juga) :) . Senang cerita :) 

4) Pembantu Rumah sepenuhnya

5) Membasuh SENDIRI dan menggunakan SERVIS LIPAT KAIN

6) Dobi

Baik, apapun cara yang digunakan, mungkin cara atau tip dibawah sudah biasa anda amalkan ataupun belum dibuat. Untuk mereka yang “terpaksa” melakukannya seorang diri atau dengan bantuan ahli keluarga (suami ). 

Dalam isu ini, pepatah "sikit-sikit lama-lama jadi bukit" sangatlah tidak sesuai.. :) Lama-lama kepala sakit! :)

Dengan mengikuti tip ini, insyaAllah, anda tidak perlu lagi runsing dengan baju yang bertimbun di dalam bakul dan pada masa yang sama boleh menjimatkan kos (cuba kira berapa kos yang diperlukan untuk mengupah untuk seminggu, sebulan, setahun) :)

 Tip Super Woman: Tip Urus Baju untuk wanita sibuk:

  1. Basuh setiap hari, elakkan simpan
-          Samada basuh pada malam hari dan disidai (dibawah tempat yang berbumbung).

-          Di awal pagi sebelum ketempat kerja. Jadikan rutin untuk bangun sebelum subuh sebagai kebiasaan, insyaAllah ia akan dipenuhi keberkatan dan hari yang dimulakan dengan solat sunat amat berbeza dengan hari yang tidak. Sebelum subuh, sebelum anda membersihkan diri dan solat sunat tahajud/apa-apa solat sunat, putarkan mesin basuh. Sebaik anda selesai, baju juga sudah siap untuk disidai. 


(mungkin idea untuk dibuat ampaian yang transparen sangat praktikal, kerana boleh disidai pada bila-bila masa, tak perlu keluar rumah, tidak perlu memakai tudung @ menutup aurat dan tidak perlu risau waktu hujan :) )

-          Biasanya baju ini untuk sekali putaran tidak mempunyai terlalu banyak baju jika dibandingkan dengan baju yang disimpan selama 2-3 hari atau seminggu.

  1. Lipat terus, usah dibiarkan
Baik, baju yang dibasuh sekali putaran tadi, apabila anda balik dari tempat kerja, insyaAllah sudah kering. Anda hanya perlukan masa lebih kurang dalam 5-15 minit sahaja untuk terus melipatnya. Mungkin sebelum anda masuk tidur.

  1. Gantung baju yang perlu diseterika
-          Baju yang dibasuh tadi juga jika mengandungi pakaian yang perlu diseterika, gantungkan sahaja didalam almari tanpa diseterika. Ini bagi mengelakkan kain itu berkedut jika disimpan lama didalam bakul. Anda juga tidak perlu runsing melihat baju yang “disimpan” didalam bakul.

-          Bagi yang “bermazhab” perlu seterika juga, maka bolehlah seterika terus. Tapi memandangkan kita ini adalah wanita yang sibuk, jadi, mahu mencari masa pada hari bekerja untuk “mengadap” baju yang perlu diiron itu sangat mengambil masa. Penat, memang penat! 

-     ataupun gantung sahaja baju-baju yang ada!

  1. Seterika untuk seminggu
-          Baju yang diseterika pada hujung minggu untuk dipakai pada minggu hari bekerja dapat menjimatkan masa anda pada waktu pagi. Kita akan jadi kelam kabut andai apabila bangun pagi, terkejar-kejar masa untuk membasuh dan menyidai lagi, menyeterika lagi, menyediakan breakfast lagi, menyiapkan barangan anak lagi..oh tidak! banyaknya!!! Tension kan? Jadi satu perkara sudah dapat dikurangkan pada awal pagi kerana tidak perlu menggunakan masa untuk menyeterika. Barangan anak juga disiapkan pada malam hari.

-          Jadi waktu pagi tersebut, masa telah dapat dijimatkan. Kuranglah sedikit tension. Kuranglah sedikit penat di hujung minggu.

Walau apapun, ini hanya sekadar cadangan, jika diri kita sesuai dengan cara ini, ok, namun jika diri tidak sesuai, lakukanlah apa yang anda selesa :). Kita adalah kita dan tidak perlu meletakkan diri kita di tempat orang lain, kerana situasi kita berbeza.

Semoga tip ini membantu mereka yang ingin menjimatkan kos untuk mengupah dan perlu lakukannya sendiri :)


Info Ringkasan dari buku Super Woman. Dapatkan lebih banyak tip praktikal didalam buku Super Woman atau boleh terus layari blog Super Women

Saturday, September 20, 2014

2 Langkah untuk rumah kemas dan “NAMPAK” bersih

Anda suka melihat dekorasi dan susun atur di IKEA?

Apakah perasaan anda apabila melangkah masuk ke sebuah bilik HOTEL?
Apakah perasaan anda apabila memasuki rumah “showroom” “showhouse”  dimana-mana?


Best kan? Rasa tenang, seronok, gembira dan rasa seperti tak mahu keluar!


Sebenarnya, rumah kita yang kita huni sekarang. Baik rumah sewa, rumah baru, rumah lama, banglo, teres, apartment, apa sahaja boleh dijadikan umpama “showroom” itu. Guna apa yang ada. Simple sahaja. Saya akan kongsikan step mudah itu.


Saya letakkan tajuk rumah kemas dan “Nampak” bersih. Nampak je.. tapi kalau scan, guna sensor, mesti ada juga habuk yang entah dari mana datangnya itu.

Rumah Sumber Ketenangan



Rumah kemas, cantik dan  bersih pastinya menjadi harapan setiap individu. Ia adalah fitrah. Salah satu sumber ketenangan. Sepatutnya rumah kita, apabila kita pulang dari tempat kerja, ia akan mengembalikan ketenangan, bukanNYA menambahkan lagi keserabutan. Inilah antara nikmat yang Allah telah anugerahkan kepada kita.

Sebagaimana firman Allah di dalam surah an-Nahl ayat 80,

وَاللَّهُ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ بُيُوتِكُمْ سَكَنًا

“Dan Allah jadikan bagimu rumah-rumah sebagai tempat tinggal (tempat ketenangan)”

Nabi SAW juga suka apabila melihat sesebuah rumah itu luas, dan baginda menganggap perkara itu termasuk kebahagiaan duniawi. Seperti sabdanya:

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : أَرْبَعَةٌ مِنَ السَّعَادَةِ : الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ وَالْمَسْكَنُ الْوَاسِعُ وَالْجَارُ الصَّالِحُ وَالْمَرْكَبُ الْهَنِئُ، وَأَرْبَعَةٌ مِنَ الشَّقَاءِ : الْمَرْأَةُ السُّوءُ وَالْجَارُ السُّوءُ وَالْمَسْكَنُ الضَّيِّقُ وَالْمَرْكَبُ السُّوءُ

“Empat perkara daripada tanda kebahagiaan ialah perempuan yang solehah, tempat tinggal yang lapang dan jiran yang baik SERTA memiliki kenderaan yang selesa dan empat tanda daripada keburukkan (kesusahan atau derita) ialah memiliki jiran yang jahat, isteri yang tidak baik, serta tempat tinggal yang sempit dan kenderaan yang buruk” (hadith riwayat Ibn Hibban,no. 4032( 

1 syarat  utama untuk rumah kemas dan NAMPAK bersih

Ada 1 syarat  utama untuk rumah kemas dan NAMPAK bersih J. Iaitu ia perlu melibatkan semua ahli keluarga (termasuk isteri, suami dan anak-anak). Kerjasama semua pihak.



Kalau ini boleh dipraktikkan, insyaallah mungkin khidmat bibik pun tidak diperlukan.

Kalau mereka yang mempunyai pembantu rumah pun belum tentu dapat dipastikan seperti mana keadaan rumah yang kita harapkan. Kemas dan bersih sentiasa. Iyalah bibik pun tak menang tangan dia dengan kerja-kerja rumah yang lain. Adakalanya mungkin kita dapati, ada bibik juga seperti tiada. Mengambil bibik dengan harapan, rumah sentiasa bersih dan kemas, namun sebaliknya pula yang berlaku.

Baik, samada mempunyai bibik atau tidak, langkah ini simple sahaja, insyaAllah akan mendatangkan kebaikan untuk semua.

Apatah lagi bagi mereka yang kedua-dua suami isteri bekerja dan tidak mempunyai pembantu rumah. Namun, insyaallah dengan mengikuti langkah ini, kita lebih berpuas hati.

3 Langkah untuk rumah kemas dan NAMPAK bersih:

Kita memahami situasi kita suami isteri yang bekerja, sibuk dengan urusan tersendiri. Langkah ini juga boleh dipraktikkan bagi surirumah, WAHM dan lain-lain.

Konsepnya mudah. Tidak perlu setiap hari menyapu / vacuum / mop lantai SETIAP HARI. (jenuh juga, rasanya tidak cukup masa dan banyak lagi perkara yang perlu diberi keutamaan apabila pulang ke rumah, iaitu anak-anak). RUMAH KEMAS DAN BERSIH perlu diutamakan, namun janganlah sampai mengabaikan keutamaan yang lebih utama yang lain. Ia boleh dilakukan juga secara tidak langsung dan tanpa perlu meluangkan masa dengan begitu lama.

Ok, untuk memulakan langkah tersebut, boleh mulakan dengan 1 projek besar-besaran.

LANGKAH 1: PROJEK PEMBERSIHAN BESAR-BESARAN




Katakanlah sekarang, anda sudah lama tidak “memproses” rumah. Ia boleh dimulakan sekarang. Ia mungkin melibatkan susun atur perabot, barang-barang atau kotak yang bersusun-susun di atas lantai,bilik air yang sejak sekian lama tidak dicuci, barangan di almari yang tidak tersusun, kesan lipas, tahi cicak dan sebagainya. Cuba susun semula, pasti akan ada ruang yang masih boleh disusun barang di dalamnya, pasti akan ada barang yang tidak digunakan lagi.

 Jadi, ambil satu hari dihujung minggu untuk memproses rumah habis-habisan, A-Z, mungkin juga berfasa yang kita berpuas hati. Libatkan semua ahli keluarga walaupun anak-anak kecil. insyaAllah ia mampu memberikan mood dan semangat yang baharu. Sayang pada rumah kita.

Tadi sudah selesai proses besar-besaran. Baik, sekarang, apa yang perlu dilakukan hanyalah 2 STEP MUDAH. Iaitu “Kemas” dan  “Maintain” .




LANGKAH 2: IKUTI 2 STEP MUDAH

STEP 1: KEMAS

-          Libatkan semua ahli keluarga. Termasuk suami, anak-anak. Bermain adalah hak mereka. Namun, boleh dilatih untuk mengemas selepas bermain.  Pada saya, kanak-kanak yang dilatih seawal mungkin dengan kebersihan dan kekemasan, akan menjadi habit insyaallah sehingga besar. 

      Walaupun mereka adalah kanak-kanak lelaki. Ilmu kehidupan yang sangat simple untuk sebagai bekal dikemudian hari insyaallah. InsyaAllah jika mereka berada di asrama mungkin. Jika sudah berkeluarga kelak, insyaallah mudahlah juga kerja isteri mereka. Untuk mengatakan, “alah tidak apa, budak-budak lagi”. Jika dibiarkan dan tidak dilatih dari awal, mereka akan terbiasa dengan keadaan bersepah dan tidak berkemas. Bukankah melentur buluh biarlah dari rebungnya?. Jika sudah besar baru hendak disuruh itu dan ini, mungkin agak liat. Wallahu’alam.


Tip untuk melatih kanak-kanak dengan kebersihan dan kekemasan:

1-      Untuk kanak-kanak dibawah usia 3 tahun, jangan DISURUH kemas, tetapi DIAJAK untuk mengemas. Tunjukkan bagaimana caranya. Mungkin boleh buat pertandingan siapa cepat kemas dahulu dia menang. Usia 4 tahun ke atas baru boleh disuruh. Dan mungkin ibu akan gembira, jika selepas bermain, secara automatic, mereka akan kemas semula!. Kadang-kadang mereka perlu diingatkan juga berulang kali.

2- Menceritakan bahawa betapa syaitan amat sukakan bilik dan tempat yang kotor. Jadi, kita perlu pastikan rumah dan bilik kemas dan bersih supaya syaitan tidak berminat.

3- Pasti kanak-kanak ini sukakan HOTEL, jadi boleh pancing minat mereka untuk hiaskan, bersihkan dan kemaskan bilik umpama hotel!

Mungkin tip ini berjaya dan mungkin juga tidak untuk yang lain. Tetapi boleh dicuba. Setakat ini, cara ini saya gunakan untuk mereka, dan Alhamdulillah saya nampak kesannya. (Harapnya sampai bila-bilalah hehee..insyaallah)

Si adik lelaki yang 4 tahun ini, saya perhatikan, dia akan kemaskan katilnya terlebih dahulu sejurus bangun daripada tidur, tanpa disuruh. Alhamdulillah. Si ibu pula janganlah terlalu perfectionist. Mereka sudah lakukan itupun sudah cukup baik bagi melatih mereka sedari kecil. Mungkin juga kerana kanak-kanak ini melihat cara ibubapa mereka dan meniru apa yang mereka lakukan. Kalau kita tidak kisah, mereka juga akan membesar dalam suasana yang tidak kisah. Wallahu’alam. Saya masih ingat pesan ibu saya suatu ketika dahulu, “selepas bangun dari tidur, kemaskan katil terlebih dahulu, jangan dibiarkan seperti tempat kucing beranak!”.

Si abang pula, pernah mengajukan soalan, “kenapa perlu kemaskan katil? Kan nanti kita nak tidur lagi?”. Ha betul juga kan. J Saya jelaskan ia adalah disiplin, Nabi dan Allah juga sukakan kebersihan dan kekemasan. Kata nak bilik macam HOTEL?

STEP 2: MAINTAIN


Untuk maintain sepanjang minggu, hanya dari pembersihan biasa dihujung minggu sahaja. Kuranglah sedikit penat. Cari masa hujung minggu yang kita tidak kemana-mana untuk proses pembersihan rumah yang biasa-biasa sahaja. Mungkin hanya melibatkan mengemas-mengemas sedikit/vacuum/menyapu/ mop lantai sahaja.

Untuk Maintain

-          Dalam tempoh seminggu itu (hari-hari bekerja), apa yang perlu dilakukan hanyalah MAINTAIN dengan keadaan rumah yang telah dikemas itu.

-          Jika ada ternampak rambut-rambut atau sedikit sampah atau habuk, ambil (gunakan penyapu kecil) untuk hilangkan dikawasan itu sahaja. Tidak perlu sehingga satu rumah di “samak”. Hehe..  Ibarat “kerana nyamuk seekor, habis kelambu dibakar”. Jadi, rumah sedikit sebanyak akan “Nampak” bersih dalam tempoh seminggu hari bekerja. Masalah utama habuk atau sampah didalam rumah ini kerana rambut, jadi, botakkanlah rambut. Eh, lain pulak.. hehe..sebaiknya sediakan sikat di dalam bilik air dan sikat rambut di bilik air. Sekurang-kurangnya ia membantu untuk “mengurangkan” habuk dan sampah di dalam bilik atau di dalam kawasan rumah. Jika di tandas, hanya perlu membuang rambut yang terkumpul itu sahaja.



-    Setiap anggota keluarga perlu memastikan barangan mereka tidak berada di tempat yang tidak sepatutnya. Contohnya, beg apabila pulang, tidak diletakkan di ruang tamu. Sebaliknya, terus disimpan ditempat yang sepatutnya. Iron board simpan/sorokkan di dalam almari atau di celah sudut yang tidak kelihatan, pakaian digantung ditempat yang tidak kelihatan, baju yang sudah dipakai, tidak dilonggokan begitu sahaja sebaliknya, diletakkan di dalam bakul.Elakkan diletakkan di dalam bilik, kerana ia akan menyebabkan bilik berbau tidak enak , buku yang dibaca diletakkan semula ditempatnya, dan lain-lain.


Ilusi dan 3 Kunci


Sebenarnya, kalau kita perhatikan, “showhouse”, rumah contoh, HOTEL dan sebagainya, kerana kemas itulah yang menampakkan cantik dan bersih. Tapi kalau discan lantai dan sudut-sudut yang ada, pasti ada juga habuk yang melekat. Kuncinya, tidak ada barang yang tidak sepatutnya berada disitu. Senang sahaja apabila ternampak sesuatu barang, tanyakan pada diri, “barang ini perlu berada disini atau sepatutnya dimana ia diletakkan?”.  

Untuk rumah kemas dan “nampak” bersih ini bukannya hanya apabila ada tetamu yang akan hadir sahaja. Alasannya kerana malu dan segan. Pedulikan kata orang. Yang penting apa yang kita lakukan itu bukannya untuk orang lain, sebaliknya untuk kita sekeluarga juga.

Kesimpulannya, ingat 3 perkara:

1.       Kemas
2.       Maintain
3.       Tidak ada barang yang tidak sepatutnya berada disitu.

p/s: Gambar diatas bukan rumah saya. Salah satu "showhouse" yang kami lawati. Cuba perhatikan dalam gambar, atau majalah Impiana, bukankah nampak bersih dan kemas kerana tidak ada barang yang tidak sepatutnya di situ? :)

Walau apapun, ini hanya sekadar cadangan, jika diri kita sesuai dengan cara ini, ok, namun jika diri tidak sesuai, lakukanlah apa yang anda selesa J. Kita adalah kita dan tidak perlu meletakkan diri kita di tempat orang lain, kerana situasi kita berbeza.

Semoga tip ini membantu mereka yang ingin menjimatkan kos untuk mengupah dan perlu lakukannya sendiri J


Ringkasan dari buku Super Woman. Dapatkan lebih banyak tip dan panduan di dalam buku Super Woman.