Setiap tahun yang berlalu pergi pasti akan
meninggalkan suatu kenangan yang akan kekal terpahat di sanubari. Samada ia
akan meninggalkan satu perasaan suka mahupun duka dihati. Bagi meletakkannya
sebagai satu kenangan yang tidak mungkin dilupakan, segalanya ini menjadi
catatan…
Duka 2012
Vios accident
Lembaran
duka tahun baru bermula apabila kereta kami accident. Pada Raya tahun baru cina 23
januari 2012. Kereta vios hitam.
Alkisahnya
suami memberhentikan kereta di bahu jalan untuk mengambil tisu yang tertinggal
(bahu jalan yang jaraknya secara logik akal memang mustahil untuk kereta
menjulur kesitu, agak jauh dari jalan) di bawah jambatan selepas dari Hospital
Sultanah Bahiyah. Kami baru pulang menziarahi tok di Pokok Sena dan akan pulang ke KL pada hari
itu juga.
Suami
saya keluar mengambil tisu tersebut di bonet kereta. Sejurus bonet kereta
ditutup, “Dum”. Tidak sampai bebrapa saat ia diikuti satu lagi dentuman yang
begitu kuat, “Dum!”.
Allah!
Saya didalam kereta menjadi kaget, mencari-cari dan melihat suami di belakang. Selamatkah
dia? Uways dan Umayr pula terjatuh, terperosok dibahagian belakang kerusi
pemandu sambil menangis. Mereka bersama Acu Dhihah di bahagian tempat duduk
belakang.
Alhamdulillah
suami saya tidak apa-apa. Saya keluar melihat apa yang berlaku diuar. Mukanya
tercengang terkejut tanpa sebarang kata, melihat kereta kesayangannya remuk
dibahagian belakang tanpa diduga. Allahuakbar! Sekelip mata!.
Tiba-tiba
seorang doktor muda Melayu wanita keluar dari kereta Rush. Bahagian depan
keretanya rosak teruk. Kereta baru. Enjin pecah. Keluar dengan terpinga-pinga,
berdarah sedikit di dagu, sambil berkata, “Oh God, maaf2 saya tidak tidur 36
jam...Boleh bawak saya ke hospital?” (sambil memegang dagunya yang berdarah
mungkin terkena brooch).
Suami
saya pun berkata, “Allah nak buat macam mana benda dah nak jadi. Nak bawak pegi
hospital macam mana kereta kami ni pun teruk.”
Geram
dan marah pun ada. Kalau fikir dengan emosi, mahu sahaja “merepek” panjang
padanya. Walhal jarak dari Hospital Sultanah Bahiyah untuk ke bawah jambatan
itu tidaklah jauh mana, agak mustahil akan terlelap sebegitu cepat. Ada dua
kemungkinan yang dirasan. Mungkin memang mengantuk sangat hingga terlelap dalam
keadaan membawa kereta begitu laju, atau leka berSMS.
Tapi
qada’ qadar Allah telah tetapkan sebegitu. Ataupun mungkinkah perkara yang
tidak elok pula akan berlaku di pertengahan jalan ke KL?. Hikmahnya semua dalam
pengetahuan ilahi. Kami hanya redha.
Apa
yang pasti, saya bersyukur sangat, Alhamdulillah suami saya tidak apa-apa. “Kalau”lah
beliau terlambat sedikit selepas menutup bonet kereta, “Nau’zubillahiminzalik,
mungkin sudah arwah katanya”. Na’uzubillah, dan Alhamdulillah. Bersyukur juga
dengan adanya muatan beg dan barang yang penuh dibahagian belakang menjadikan
bonet tersebut tidak terperosok sehingga mencederakan anak-anak saya dan acu
dhihah dibahagian belakang. Syukur ya Allah.
Perginya
seorang Bidadari: Hasnah
3 Jun 2012, jam 4.29 petang.
Blognya yang akan menjadi kenangan: http://thenhfamily.blogspot.com/.
Saya
menerima berita ini ketika dalam perjalanan dari family day QLD di Johor/N9
(kalau tidak silap). Dimaklumkan arwah accident ketika sedang menyusukan
anaknya, arwah tunduk untuk melindungi anaknya di dalam pangkuan. Pendarahan teruk
dibahagian kepala. Agak terkilan tidak dapat menghadiri dan mengiringi jenazah
di Shah Alam. Dimaklumkan ramai jemaah yang bersembahyang jenazah.
Saya mengenali rapat dengan beliau. Segalanya bermula selepas
sama-sama mengikuti Bengkel/Kem Penulis Muda (Kemprit) di bawah asuhan Tn.
Fauzul Naim dan Pn. Ainon Ahmad di rumah Pn. Ainon di Janda Baik, diikuti
bersama-sama menjadi komiti Taaruf Week dibawah satu komiti yang sama. Adakalanya
arwah akan ke bilik saya dan kadang-kadang saya akan ke biliknya. Berkongsi
pelbagai cerita. Dakwah Kampus, penulisan
dsb. Dan saya juga selalu juga mengorek cerita tentang “sudahkah diri berpunya”..
(arwah disebelah kiri saya-kiri sekali)
Saya rindukan senyuman manisnya dan percakapannya. Kali terakhir
saya menghubunginya adalah ketika saya ingin mengetahui tentang brand pam susu
yang terbaik dan cara-caranya. Perkongsiannya sangat membantu saya yang
Alhamdulillah dapat cukupkan 2 tahun penyusuan susu ibu kepada anak kedua saya.
Sayu terasa apabila membaca post suaminya mengenai dua orang anaknya tentang ingatan mereka pada arwah. Semoga Allah memberi ketabahan dan akan mengumpulkan kemabli kita semua di syurga..
Perginya
seorang Bidadari: Nurulazani Ahmad Ludin
23
September kembalinya sahabat yang amat dikasihi Nurulazani menghadap Ilahi pada
usia 29 thn 4bln 3hari setelah 2thn 8 bln berjuang melawan penyakitnya kanser
usus. Say amenerima berita ini melalui ayah saya yang menelefon. Ketika itu
kami masih berada di Madinah.
Inilah
coretan saya yang telah dicatatkan ketika menunggu giliran untuk ke Raudhah di
Masjid Nabawi:
Innalillahiwainnailaihiraji’uun...23/9/12,
jam 2.00pm
Mendapat
berita pemergian sahabat tersayang Nurulazani Ahmad Ludin. Jam 10.26am waktu
Madinah dan 3.10 ptg waktu Malaysia. Semoga
Allah tempatkannya bersama para salihin dan muttaqin.
Pesanan
Makteh (mak azani) yang menelefon saya sebelum kami berangkat untuk doakan agar
azani sembuh dan lalu makan. Saya doakan itu setiap hari sepanjang berada di
Madinah dengan tambahan doa semoga Allah berikan yang terbaik untuknya. Seandainya
dengan keajaiban Allah azani boleh sembuh, sihat seperti biasa, Alhamdulillah,
itul yang terbaik, peluang kedua untuknya (memang ini yang diharapkan oleh
semua). Namun seandainya kematian yang Allah taqdirkan yang terbaik untuknya,
maka kami redha ya Allah (sekalipun pilihan ini tidak diinginkan).
Arwah
merupakan seorang sahabat yang baik, ceria , teman sekelas sejak di sekolah menengah
di tingkatan 4 & 5 sehingga di UIA, tempat berkongsi cerita, dan kami juga berikhtiar untuk menjodohkan
kakaknya dengan abang saya.
(sayalah juga selalu menjadi penunggang setia motosikal miliknya-kenangan ketika program Srikandi Week anjuran SRC tahun 2005 rasanya)
17
Januari 2013, cukup umur satu-satunya anak arwah yang juga anak susuan saya
Amni 3 tahun. Semoga dikau membesar menjadi anak solehah dan setabah ibunya...
ziarah 4 Jun 2010
Beginilah keadaannya kali terakhir saya berjumpa dengan arwah sebelum berangkat ke tanah suci
Kenangan dari suami arwah:
"Masih terkenang saat pemergian isteriku
Nurulazani, aku disampingnya membacakan surah yasin sambil tanganku
menggenggam erat tangannya.. sebaik selesai bacaan, aku melihat
wajahnya.. beliau menarik nafas dan melepaskannya dengan tenang.. aku
mengajarkannya kalimah agong keesaan ALLAH.. 2 kali beliau bernafas..
dan aku melihat bibirnya mulai pucat, wajahnya kekuningan merautkan seri
wajah shuhada'.. tidak ada kekejangan..
sungguh tenang dan mudah.. bagai insan bernafas dan menghentikannya..
ketika aku mencuci luka di belakangnya.. darah masih mengalir.. sungguh
mengharukan.. Terpampang di hadapanku keagongan dan Rahmat Allah bagi
insan yang memelihara solat dan agamanya di kala susah dan senang..
sihat dan sakit.. Yang sentiasa yakin dengan kasih sayang Allah dalam
kesakitan dan keperitan selama lebih 3 tahun (termasuk semasa
pregnent).. Perjalanannya menemui Ilahi berjalan lancar tanpa sebarang
masaalah dan halangan.. segalanya di permudahkan dlm tempoh 4 jam.. Di
kala manusia mulakan perjalanan menemui Allah di depan Kaabah, Beliau
dengan mudahnya menerima jemputan terus kesisi-NYA.. SELAMANYA.. Aku
redha, Isteri yang sangat taat dan mendorong semangat suami.. semasa
sihatnya beliau sentiasa mengiringiku kepintu ketika aku keluar bekerja,
menantiku dipintu ketika menyambutku pulang kerja, menemaniku ketika
aku makan dan minum.. segala urusannya dengan meminta izinku.. hatinya
sangat lembut dah mudah tersentuh.. sangat penyayang.. tidak jumpa jika
dicari kemarahannya.."
Pakndak Wan meninggal
Berita pemergian bapa saudara Pak ndak wan
pada 8 Disember 2012. Accident dalam perjalanan untuk berubat arwah. Van yang
dipandu fathi pecah dan kereta tidak dapat dikawal. Masing-masing tercampak
keluar kecuali arwah yang tidak dapat bergerak. Tidak disangka bahawa tahun
2012 merupakan tahun terakhir untuk berkumpul di dalam Family Gathering anak
cucu tokwan Lah.
Raya 24 Ogos 2012
Setiap yang hidup itu pasti akan menemui kematian...Bila? Dimana? Bagaimana? Semuanya dalam pengetahuan Allah.. Semoga kita semua akan mati di dalam Husnul Khatimah..Syurga pasti milikmu wahai insan yang disayang dan dikenang....
1 comment:
Al-Fatihah
Post a Comment