Alhamdulillah pada 28 April 2012, jam 2.00-2.30 petang bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) di PWTC baru-baru ini, suami diberi peluang oleh pihak PTS untuk memenuhi slot Formasi Buku di Gelanggang Penulis yang telah berlangsung di booth PTS.
Kami keluar lebih awal
untuk mengelak kesesakan kerana tarikh 28 April 2012 bertembung dengan BERSIH
3.0, ingatkan jam, tetapi jalan clear dan ok sahaja.
Selama 30 minit masa
diberikan untuk “bersembang” tentang buku terbaru “Motivasi Gaya Rasulullah”
yang telah dihoskan oleh Tn. Syarafuddin, editor yang bertanggungjawab ala-ala
bersembang di gelanggang bola sepak. Alhamdulillah dapat juga melihat hasil bukunya.
Sebelum ini risau juga kerana tidak mendapat apa-apa maklumat tentang buku,
samada sempat atau tidak ia diterbitkan pada PBAKL. Menurut Tn. Syarafuddin,
buku itu masih “panas” kerana baru siap dicetak pada sebelah malamnya.
Alhamdulillah..
Kesesakan pada ramainya
manusia yang hadir ke PBKL pada hari Sabtu, memandangkan ia adalah cuti hujung
minggu berbanding pada hari bekerja. Jenuh jugalah saya membawa dua hero ini
untuk bersesakan dengan orang ramai. Jadi saya hanya mencari sudut yang tidak
menganggu laluan orang ramai, dan menceritakan buku tentang syaitan yang dibeli
di booth Galeri Ilmu yang terletak bersebelahan dengan booth PTS.
Bermain semasa menunggu turn abi solat
Booth Galeri Ilmu
Saya berasa cukup
bertuah kerana berkesempatan bersembang dengan Tn. Haji Abu Hassan Morad yang
membahasakan diri beliau Tok Wan kepada Uways dan Umayr. Kena “gu”lah kiranya
kerana kami dari negeri yang sama, Kedah. Bertanya tentang cucu Ahmad Abu
Darda’ anak kepada Ummu Hani Abu Hassan. “Ummu tak kenal pun saya, tapi saya
kenal dia”. Bertanya juga tentang perkembangan drama yang sedang dalam
pengambaran dan sebagainya. Yang paling penting, saya mengambil kesempatan
untuk bertanya bagaimana pihak Galeri Ilmu menerima sesebuah manuskrip buku.
Beliau ada memberikan kad namanya. Hmm insyaAllah macam ada projek yang ingin
saya mencuba dibawah Galeri Ilmu ini pula..insyaAllah..
Di sebalik buku
Motivasi Gaya Rasulullah
Idea buku ini tercetus
setelah saya dan suami brainstorm tentang buku-buku yang ingin
diterbitkan. Beliau bersemangat setelah melihat buku saya. Ia bermula sebagai
sebuah thesis pada asalnya. Ya, pihak PTS sangat mengalu-alukan bagi sesiapa
yang berminat untuk menerbitkan buku dibawah PTS yang walaupun sekadar bermula
sebagai sebuah thesis. Tetapi, bukan 100% thesis, ia perlu dibuat olahan yang
pelbagai supaya ianya sesuai dengan konsep sebuah buku. Kalau saudara/i
mempunyai thesis yang sesuai, boleh diusahakan, insyaallah mempunyai buku
sendiri bakal menjadi satu realiti!
Berapa ramai orang awam
yang akan pergi “menelaah” thesis-thesis di Perpustakaan?
Berapa ramai orang awam
yang dapat mengambil manfaat daripada thesis-thesis tersebut?
Ya, mungkin tiada. Yang
akan pergi kemungkinan besar, hanya pelajar yang sedang membuat kajian tentang
sesuatu perkara untuk mencari idea, sumber rujukan dan sebagainya. Oleh itu,
pada saya, sehebat manapun thesis yang dihasilkan, ia akan lebih bermanfaat
jika sekiranya turut disampaikan kepada orang awam.
Niat menghasilkan buku
kerana Allah dan ia sebagai:
2 2) Mudah-mudahan
Penulis Menjadi “manusia yang bermanfaat untuk orang lain” dan bak kata pepatah
Melayu, “Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama”
Ayuh bagi mereka yang telah memasang niat, usah
biarkan niat hanya tinggal niat, tetapi sebaliknya tukarkan ia kepada satu
hakikat.. :)
Manuskrip Pertama
Cover Mana Pilihan
Hati?
Kami diberi 3 pilihan
cover yang kesemuanya nampak menarik. Apapun ia terpulang kepada editor/penerbit. Ia turut dilakukan survey oleh pihak PTS
sendiri. Yang menarik pilihan hati kami adalah B kerana cop mohor Muhammad.
Sedikit idea diberikan kepada editor dan hasilnya, Alhamdulillah…
Beli dari Penulis
Dikesempatan ini juga
saya ingin meuar-uarkan bagi sesiapa yang ingin membeli secara direct
dari penulis, boleh berbuat demikian dengan menghubungi P/A Penulis (siapa
lagi, sayalah tu..hehe) emel: dinaluzriq@gmail.com..
Sinopsis Buku:
“Sesungguhnya, pada
diri Rasulullah itu ada contoh yang baik untuk dijadikan ikutan oleh orang yang
sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan balasan baik daripada Allah pada hari
Akhirat…” (Surah al-Ahzab, ayat 21)
Kita ada mendengar perihal motivasi, namun
bagaimana pula motivasi gaya nabi? Mengapa pula motivasi itu mengikut gaya
Rasulullah? Mengapa tidak gaya yang lain?
Jelas daripada Quran dan Sunnah bahawa Muhamad
itu sebaik-baik contoh. Bahkan Micheal H. Hart dalam buku The 100: A Ranking of
the Most Inuential Persons in History meletakkan Nabi Muhammad sebagai manusia
paling berpengaruh dalam sejarah, mengatasi Jesus (Isa) mahupun saintis ulung, Isaac
Newton.
Motivasi Gaya Rasulullah menggali rahsia nabi
dalam memotivasi. Teknik motivasi nabi itu adalah begitu unik. Teknik motivasi
nabi mempunyai unsur ganjaran dan hukuman, namun melebihi sekadar kedua-duanya
sahaja. Motivasi Gaya Rasulullah menyelak lembaran sejarah, dan melihat kembali
kisah nabi. Melalui Motivasi Gaya Rasulullah, moga-moga kita dapat hidup dengan
cara nabi. Semoga kita semua mendapat bimbingan seolah-olah hidup bersama
Rasulullah. Insya-Allah.
*********
Sama-samalah kita
mencari bahan bacaan yang boleh meningkatkan akal dan menyuburkan iman. Kerana
seseorang manusia akan terbina jati dirinya dengan “Apa yang dibaca”.
Waspadalah dengan apa yang menjadi makanan akal dan pemikiran kita.
Wallahu’alam..
No comments:
Post a Comment