Seandainya kita diberikan oleh Allah peluang untuk hidup sehingga usia 40-an, perkara yang ingin saya kongsikan ini amat perlu untuk ditikberatkan dan sebagai persediaan di hari kemudian.
Life
begins at 40s…
Apakah benar "life begins at 40s"? Apabila
memasuki usia 40 tahun, pasti orang akan mengatakan kehidupan sebenar baru
bermula. Kita yang belum mencapai usia 40-an pasti belum jelas dengan apa yang
dimaksudkan sebenarnya. Namun, bagi mereka yang baru dan telah melepasi fasa
40-an, pasti mampu memberikan jawapannya. Jawapan itu sebenarnya menentukan dan
menggambarkan siapa dirinya.
Di
dalam al-Quran, Allah juga telah menyebut tentang usia 40-an ini. Allah berfirman,
“dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada
kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya Dengan menanggung susah payah dan
telah melahirkannya Dengan menanggung susah payah. sedang tempoh mengandungnya
beserta Dengan tempoh menceraikan susunya ialah Dalam masa tiga puluh bulan.
setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa Yang sempurna kekuatanNya dan
sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia Dengan
berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur
akan nikmatMu Yang Engkau kurniakan kepadaKu dan kepada ibu
bapaku, dan supaya Aku tetap mengerjakan amal solehYang
Engkau redai; dan Jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk
ke Dalam jiwa zuriat keturunanku.Sesungguhnya Aku bertaubat
kepadaMu, dan Sesungguhnya Aku dari orang-orang Islam (yang
tunduk patuh kepadaMu)". (al-Ahqaf:15)
Apabila
manusia mencapai umur 40, pasti akan timbul didalam hati mereka perkara-perkara
yang telah disebutkan Allah itu. Namun, Ia bukanlah dari semua manusia. Ia
hanyalah untuk mereka yang beriman dan telah melakukan amal soleh bahkan
kebaikan yang berterusan yang bermula sewaktu mereka masih muda.
Sepatutnya,
apabila seseorang itu telah melewati usia 40-an, Allah menyatakan, ada 5
perkara yang akan didoakan iaitu:
1)Berikan kita agar tetap bersyukur dengan
nikmatNya yang telah dikurniakan kepada kita
dan kepada kedua ibu bapa kita. Nikmat rezeki dan kehidupan yang telah kita
lalui sepanjang 40 tahun kehidupan sebelum ini.
2)Doakan
agar supaya kita tetap mengerjakan amal solehYang Allah redai, bukan
amal kebaikan yang Allah murkai dan tiada keberkatan ilahi .
3)Jadikanlah
sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunan kita. Ini
bermakna, berdoa agar perkara-perkara buruk dan negatif tidak akan masuk
kedalam jiwa mereka, namun jika sekalipun ia termasuk, tetapi ia tidak akan
melekat lama dan akan hilang.
4)Mohon untuk kita terus bertaubat kepadaNya.
Bertaubat dan terus bertaubat dalam menjadikan kita hamba yang disayangi Tuhan.
5)Akhirnya, berdoa agar kita sentiasa
ditempatkan dari kalangan orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadaNya).
Agar kita mati dalam Islam. Itulah jaminan dan kunci kecemerlangan dan
kebahagiaan.
Semaian
diwaktu muda itulah bekalan yang bakal dibawa ketika hari tua. Jika sewaktu
muda, kita hanya bergelumang dengan maksiat dan tidak bertaubat sebelum sampai
umur 40 tahun, itulah bekalan yang bakal diwarisi apabila usia menginjak 40-an
dan seterusnya.
Hidup akan terkapai-kapai tanpa arah tujuan dan matlamat hidup
dan mati yang jelas. Namun, jika sebaliknya jika semaian yang dituai dan
dibajak setiap hari dengan kebaikan dan taubat, insyaAllah bekalan itulah yang
dibawanya kelak. Mudah-mudahan insyaAllah kita akan mati dengan Husnul
Khatimah (penutup yang baik), insyaAllah.
Oleh
kerana itu, Allah telah menunjukkan contoh yang cukup jelas. Nabi saw menerima
wahyu pertama ketika baginda berusia 40 tahun. Tetapi sebelum itu, baginda
telah dididik dan dilatih oleh Allah sedari kecil dengan pelbagai dugaan,
cabaran, yang telah membentuk karakternya untuk menjadi seorang Nabi dan Rasul
terakhir.
Kerana
itulah, sewaktu muda ini, Input yang baik perlu dimasukkan agar ia sebati
dengan jiwa dan mesra dengan kehidupan. Bukan menanti untuk bertaubat pada usia
tua yang mungkin akan hilang dipertengahan jalan.
Mati tidak pernah mengenal
usia. Jika kita mati disaat diri bertaubat dan melakukan kebaikan,
mudah-mudahan Allah menerima itu sebagai penyesalan seorang hamba dan akan
dimasukkan kita kedalam syurga. Itulah yang kita harapkan dan impikan.
Namun,
jika kita mati tanpa sempat untuk bertaubat, nau’zubillahiminzalik, kita
takut jika sekiranya amalan kebaikan kita sangat kurang apatah lagi yang
melibatkan kewajipan sebagai seorang hamba dengan tuhannya. Bahkan maksiat yang
kita lakukan tanpa taubat, bakal mengheret kita ke neraka jahannam sebagai
balasan.
Semoga Allah sentiasa memberikan hidayahnya buat kita semua...
Alhamdulillah..tiada lafaz yang dapat diungkapkan tatkala mendapat berita bahawa kami berpeluang untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini. Ada yang bertanya kepada kami guna kuota apa-apakah? macam mana boleh dapat awal? jawapannya, Kuota Allah...hehe...
Ya, wallahi, perkara yang melibatkan apa sahaja hanya dengan izin Allah.
Pelbagai perkara yang dikongsi bersama buat tatapan sanubari, insyaallah akan dikongsi bersama, juga sebagai kenangan buat diri sendiri...
Subhanallah,
Alhamdulillah Allahuakbar! Itulah ucapan yang layak untuk diungkapkan tatkala
kembali mendapatnikmat mata yang telah
diambil sedikit oleh Allah ini. Satu peralihan yang sangat menakjubkan!.
Bagi mereka yang
mengalami masalah rabun yang tinggi serta mengalami masalah silau (astigmatism)
pasti tahu bagaimana rasanya apabila membuka cermin mata.
Sejarah pemakaian spec
Saya mula memakai spec
ketika berumur 12 tahun (1995).Puncanya
tidak lain dan tidak bukan, kerana membaca dekat, menonton tv dengan jarak yang
dekat dan penyebab yang utama, kerana memakai spec kakak dan abang. Waktu itu
secara diam-diam saya akan mencuri-curi memakai sambil menggayakan dihadapan
cermin. Perasaan yang perasan ketika itu, “Wah, macam budak pandai!. Wah Nampak
matured lah”. Walhal pandai itu bukn pada spec..(Padan muka sendiri!).
Ibu saya pula sudah
berkali-kali “berleter”, “jangan tengok tv dekat, nanti kena pakai spec macam
kakak dan abang”. Dalam hati, “wah, bestnya kalau dapat pakai spec”. Jauh
sekejap dari tv, bila mak tiada, kembali dekat. Nah, akhirnya, memang kena
pakai spec ketika darjah enam. Gembira hati tidak terkiralah waktu itu.
Hakikatnya, spec
membataskan banyak perkara. Tidak jelas melihat sesuatu apabila spec
ditanggalkan. Masalah juga apabila bersolat dimasjid, tidak dapat melihat
melainkan dengan spec. Apabila beriadah dan mempunyai aktiviti yang melibatkan air,
memang terhad.
Pemakaian Contact Lens
Saya pernah memakai
contact lens, tetapi, biasalah contact lens ini banyak juga masalahnya. Malah
ianya memerlukan penjagaan yang rapi. Mata terasa kering, kadang-kadang gatal
dan kurang selesa.
Sampai satu tahap, saya
tertidur dengan memakai contact lens. Apabila terjaga, kadang-kadang sedikit
melekat dimata. Ketika itu saya rasakan, alangkah bagusnya kalau ada alat atau
kanta yang boleh menjadikan kanta ini kekal….
Surgery Pisau
Saya pernah menonton
dahulu (kalau tidak salah dalam rancangan nona) ada membuat liputan tentang surgery
yang boleh menghilangkan rabun. Tetapi menggunakan pisau!. Sangat menakutkan
dan ianya juga berisiko.
Prof Dr. Muhaya Mohd
Sebenarnya saya pernah
berjumpa Prof. Dr. Muhaya pada tahun 2009. Ketika itu saya mengalami masalah
sakit kepala yang amat sangat bermula dari bahagian mata. Risau juga
kalau-kalau ada kaitan dengan mata. Alhamdulillah tiada masalah yang serius. Ketika
beliau memeriksa juga, katanya Alhamdulillah mata ni sesuai untuk dibuat lasik.
Beliau ada menceritakan serba sedikit tentang lasik dan sebagainya.
Kali keduaketik menemani kedua ibu ayah mertua saya
mendapatkan rawatan mata. Pada ketika itu, anak saya mengalami masalah sakit
mata, tetapi tidaklah sampai untuk membuat rawatan. Tetapi masyaallah, prof
yang sangat baik hati secara spontan (tidak dikenakan charge, risau juga sebab kami
berjumpa pakar mata untuk tujuan lain), meminta untuk dititikkan ubat khas
untuk sakit mata untuk anak kecil saya ini. Ubat itu tidak dijual dimana-mana
farmasi. Alhamdulillah dalam masa beberapa minit, dengan izin Allah, sakit mata
itu hilang. Semoga Allah memberkatinya.
Saya juga ada mencari
maklumat berkenaan lasik di Malaysia, namun tidak banyak. Saya ada terjumpa
berkenaan lasik dengan kos rawatan yang lebih murah, tetapi berlainan mesin dan
teknik yang digunakan, tetapi saya kurang berkeyakinan atas faktor-faktor
tertentu.
Selepas prof. bercerita
tentang lasik dan saya membaca sedikit sebanyak tentangnya, maka saya letakkan
azam dan target untuk itu.
Niat untuk Membuat
Lasik
Benarkah dakwaan yang
mengatakan bahawa lasik ini untuk tujuan kecantikan? Pada saya secara peribadi,
ianya bergantung pada individu itu sendiri, kalau niatnya untuk kecantikan,
maka itulah yang dia dapat (mungkin hanya persepsi pada si empunya badan
sahaja). Sedangkan wajah kita yang Allah jadikan inilah sejak azali lagi,
beginilah wajah kita.Contoh, kalau dah
namanya Mardiana Mat Ishak (Diana Ishak), mana mungkin selepas lasik berubah
menjadi Diana Danialle atau Diana Amir pulak kan…hehe..
Namun, jika sekiranya
niatnyakerana Allah, contohnya, untuk
memudahkan ibadahnya, semoga menjadi hamba Allah yang lebih bersyukur,maka
dapatlah pahala untuk itu. Islam itu sangat indah dan mudah. Setiap apa yang
kita lakukan apabila niatnya untuk Allah, ada pahalanya untuk itu.
Persetujuan untuk
membuat lasik diambil setelas berbincang dengan suami. Mengambil kira kos
cermin mata (rm700 lebih) dalam tempoh mungkin sepuluh tahun. Kos contact lens
untuk beberapa tahun dan sebagainya. Ini bermakna, kos lasik ini juga satu
pelaburan untuk jangka masa panjang, insyaallah.Tujuan saya membuat juga lasik ini sebenarnya
kerana “jihad” di bulan Zulhijjah nanti insyaAllah. Doakan ya.. Mudah-mudahan kerana nikmat
mata yang Allah kembalikan ini akan menjadikan saya seorang hamba Allah yang
sentiasa menghargai nikmatnya dan manjadi dikalangan hamba Allah yang soleh,
Amiin..Alhamdulillah, sangat bersyukur
dengan nikmat mata ini..
Bersama Prof. Dr. Muhaya Mohd selepas lasik surgery
Apa itu Lasik Surgery?
(Maklumat dari Prof. Dr. Muhaya Mohd)
Untuk mereka yang ingin bebas dari
kacamata untuk melihat. Kaedah tanpa pisau Visumax femtosecond laser kanta
lekap menyentuh mata pesakit hanya 30 saat. Memang tidak menyakitkan. Lasik
hanya untuk mata yang sihat. Umur 18 tahun hingga 67 tahun sesuai jika mata
sihat. Mata malas tidak sesuai. Pesakit kencing manis atau darah tinggi kalau
retina sihat juga boleh buat lasik.
Ini hanya untuk mereka yang rabun jauh atau silau atau rabun jauh dan dekat
bila umur lebih 40 tahun. Power paling tinggi 1400 dan paling rendah 75 telah
dirawat. Rabun silau hingga 500 telah dilakukan.
Wanita mengandung dan menyusu sebelum 6 bulan tidak sesuai. Sila sms saja hp
0122517796 atau 0163873282 ( panggilan tidak diterima) atau call 0321600332.
Jika power kurang dari 800 boleh terus datang buat full screening dan plan hari
apa nak buat prosidur.
Masa sms beri umur, power dan hari akan buat pemeriksaan penuh yang memakan masa
4 jam dan hari nak buat prosidur yang memakan masa 15 minit dan boleh pulang
terus atau rehat selama 2 jam. Boleh memandu selepas 4 jam. MC diberi pada hari
pemeriksaan dan hari prosidur.
Pemakai contact lens perlu off contact lens seminggu sebelum dtg buat
pemeriksaan. Harga 6990 premium lasik kedua mata ( umur bawah 40) dan 7990
laser blended vision untuk umur 40 keatas.
Pesakit sedar dan tidak merasa sakit langsung kerana ubat bius titik di letak.
Prosidur dimulakan dgn Alfatihah dan zikir terapi diri oleh Hafiz Hamidun
dipasang sentiasa memang menenangkan pesakit.
Maybank credit card ada 36 month interest free dan citibank 12 months interest
free lasik di prince court. EPF dan ansuran tidak boleh dilakukan
Proses Lasik Surgery
Baiklah, bagi mereka
yang ingin mendapatkan sedikit sebanyak maklumat berkenaan proses lasik surgery
ini, disini saya kongsikan sedikit. Mudah-mudahan ianya bermanfaat untuk
saudara/i yang membaca dan mendapat hasil yang sama, insyaallah.. :)
SEBELUM
Asas
pertama untuk membuat lasik, sebagai Muslim letakkan tujuannya kerana
Allah.
Buat
appointment tarikh dengan Lasik Centre di Prince Court Medical Centre (03-21600332-sambungkan
ke Lasik Center atau 016-3873282 atau 012-2517796). Ada sahaja mereka yang
bukan dari KL, Selangor.
2
tarikh akan diminta (satu untuk assessment) dan satu lagi untuk hari
surgery. Proses untuk kedua-dua hari tersebut memang boleh dikatakan
seharian juga kerana menunggu giliran. Biasanya setiap hari 10 patient
akan dirawat.
Sewaktu
assessment dibuat, lebih kurang 7 (kalau tidak salah) mesin untuk check
mata. Daripada saraf-saraf dalam mata sampailah check power, dititiskan
ubat mata dan berjumpa semula untuk check power , dan akhir sekali akan
berjumpa prof muhaya untuk penjelasan tentang mata kita. Ada masalah atau
tidak, boleh buat lasik atau tidak dan sebagainya. Patient akan dibekalkan
dengan ubat titis untuk dipakai dirumah sebagai mempersiapkan mata untuk
surgery keesokannya.
Ketika
check power, Dr. Yap, lelaki berbangsa cina ini memang pandai mengambil
hati patient. Saya tidak pasti, berapa banyak modul yang terpaksa beliau
fikirkan untuk menghibukan hati pesakit. Hahaha. Mungkin pusing modal yang
sama kot, sebab berjumpa orang yang berlainan. Sebab saya ada tanyakan
pada beliau, Dr. Yap tidak bosankah hari-hari menghadap patient dan
melakukan perkara yang sama?, Beliau menjawab dengan dialect cinanya,
“Saya kenabuat patient ketawa oo.
Kalau tidak, saya susah hati”. Ketika sesi check power dengan beliau,
perkara yang tidak boleh dilupakan adalah usia mata saya, nak tahu berapa?
Umur saya 28 tahun, namun usia mata saya adalah 35 tahun!..Aduh…Allahuakbar,
terkejut dibuatnya…
Hari
untuk surgery boleh dibuat keesokan harinya atau pada tarikh mana yang
kita boleh. Saya pilih keesokan harinya kerana ingin selesaikan urusan.
KETIKA
Saya yakin dan percaya
perasaan takut, risau, gementar itu pasti ada bagi mana-mana pesakit. Cuma,
samada kita yang mengawal perasaan dengan menguasai keadaan persekitaran
ataupun kita membiarkan keadaan persekitaran yang mempengaruhi dan mengawal kita.
Pesakit akan melalui
dua mesin. Insyallah dalam masa lebih kurang 15 minit sahaja, segalanya akan
berubah!.
Ketika proses
berlangsung, pesakit akan ditemani alunan zikrullah. Sangat membantu menenangkan
pesakit yang pastinya berada dalam kerisauan. Alhamdulillah, saya ingat pesan
suami untuk berzikir dan berselawat.
Saya sangat tersentuh dengan doa serta
kata-kata positif dari prof. “…anak yang solehah, isteri yang solehah, ibu yang
solehah, dikalangan orang-orang yang soleh”…Amiin…amiin..amiin… Saya yakin dan
percaya, prof menggunakan pendekatan sebagaimana yang beliau sering ucapkan di
radio. Seorang doktor yang bukan hanya merawat fizikal, tetapi turut merawat
spiritual. Moga Allah berkati beliau serta mereka disekelilingnya..
Terharu sangat dengan doa dan ayat positif beliau sebagai seorang doktor..Terima kasih Prof!
Alhamdulillah proses
laser berjalan lancar. Syukur Alhamdulillah, dengan izin Allah, rabun yang
dihadapi sejak 17 tahun yang lalu, kini sudah pulih, Alhamdulillah. Sebaik
selesai, prof. meminta saya melihat kepada suami yang ketika itu sedang mengambil
video saya diluar. Subhanallah! Jelas kelihatan wajah mulia seoarang suami
dalam jarak yang sebelum ini musathil untuk saya nampak. Saya melambai dan
melemparkan senyuman pada suami. Bersyukur.
Apa yang boleh saya
simpulkan, proses ini memang tidak menyakitkan. Terasa seperti hanya air sejuk
yang masuk kedalam mata. Gambaran “merobek” mata seperti dalam video itu
hanyalah gambar, tetapi tidak terasa. Lebih lembut dari kita membuang bulu mata
yang masuk kedalam mata.
SELEPAS
Sejurus selepas proses
surgery, pesakit akan diberikan cermin mata hitam (termasuk pakej rawatan).
Cermin mata ini hendaklah dipakai agar mata selesa daripada sinaran cahaya
diluar. Lebih kurang dalam tempoh 6 jam. Pada ketika ini, kesan ubat memang
membuatkan mata berat. Terasa ingin tidur.
Ubat titis mata diberikan untuk dibawa pulang
Memang dalam waktu
selepas surgery ini penglihatan mata jelas tetapi ada sedikit kabur. Sedikit
sahaja dan ianya insyaallah akan beransur-ansur baik.
Pesakit akan dibekalkan
ubat titis. 2 daripadanya untuk tempoh seminggu dan satu jenis lagi untuk
sebulan. Dalam tempoh ini, mata tidak boleh digosok, disentuh dan terkena air
lagi kerana flap kanta itu masih belum melekat kukuh lagi.
Beberapa FAQ tentang Lasik:
Boleh
rabun balik?
Ini
soalan lazim. Jawapan, Ya, sama seperti mata normal. Kalau tidak dijaga. Saya
ingat pesanan Dr. Yap supaya biasakan dengan bercakap pada diri untuk melihat
jauh. Banyak tengok jauh, dalam jarak 400meter. Pesanan Prof Muhayam apabilamelihat komputer diselang selikan dengan
melihat jauh. Perlu berfikir positif, jika kita fikirkan akan rabun, ianya akan
rabun, namun jika fikirkan tidak, disamping ikhtiar, insyaallah, tidak.
Berapa
kos?
Hmm..
Untuk sesuatu yang sngat bernilai, pasti ada harganya. Kosnya RM 6990.00 nett.
Ya untuk berapa juga power. Gulp!. Saya asalnya telan air liur juga. Tapi sudah fahamlah
kenapa ianya mahal, kerana pelaburan mereka untuk sesuatu yang sangat bermakna.
Kalau ada yang mengatakan ianya mahal dan hanya untuk orang yang berduit sahaja,
saya kira bukan masalah kaya atau tidak. Cumanya, kesungguhan dan ikhtiar untuk
membuat rawatan tersebut.
Letakkan
target, simpan duit. Itupun kalau bagi mereka yang tidak ingin berhutang.
Cukuplah sekadar hutang rumah dan kereta. Namun bagi mereka yang tidak kisah,
bolehlah dibuat pinjaman.
Takut,
Sakit tak?
Jangan
risau. Ianya tidak menyakitkan. Ibarat seperti “magic” insyaAllah dalam sekelip
mata segalanya akan berubah!.
Nombor
untuk dihubungi
Lasik
Centre di Prince Court Medical Centre (03-21600332-sambungkan ke Lasik Center
atau 016-3873282 atau 012-2517796). Prince Court Medical center terletak di
Jalan Ka Peng Kuala Lumpur.
Siapa
yang layak?
Ada
dua jenis, satu untuk mereka yang masih muda (bawah 40), dan satu untuk mereka
yang berusia (atas 40 tahun). Jadi harganya berbeza. Seperti penjelasan dari
Prof. Muahya diatas.
Boleh
dengar penjelasan Prof di radio Ikim. setiap Rabu jam 10-11pagi. Biasanya prof
akan berkongsi tentang lasik juga.
Hasil daripada lasik surgery, samada akan hadir bersamanya satu transformasi semata-mata fizikal atau hadir bersama kesedaran spiritual yang menjadi titik perubahan pada diri seseorang untuk menjadi hamba Allah yang soleh. Hamba yang hari ini lebih baik dari semalam. Mudah-mudahan, transformasi yang berlaku adalah kedua-duanya sekali insyaAllah...
Mudah-mudahan
perkongsian ini membantu. Semoga anda juga akan mendapat hasil yang sama.
Insyallah dan dapat menikmati semula nikmat Allah yang tidak ternilai ini… :)
Saya bukanlah seorang pakar untuk
bercakap dan berhujah dalam selok belok urusan mendidik anak. Namun perkongsian atas dasar pengalaman yang
sedikit sebagai seorang ibu, mudah-mudahan jika ada kebaikan yang boleh dikongsi
dan diambil panduan, serta kesilapan yang wajar dielakkan oleh pembaca budiman.
Manusia sering bermain dengan
pelbagai jenis alasan di dalam kehidupan seharian. Di dalam urusan rumahtangga,
urusan tempat kerja, hatta dalam urusan pendidikan anak-anak. Kali ini fokus
saya adalah dalam mendidik anak dengan al-Quran.
Diri bermain dengan Alasan
Saya adalah antara manusia yang
sebelum ini suka beralasan. Suka mencari perbandingan itu dan ini untuk tidak
melakukan apa yang sepatutnya saya lakukan. Namun, Alhamdulillah Allah telah
gerakkan hati saya untuk berhenti memberi alasan kepada mencari penyelesaian.
Dalam bab mendidik anak dengan
al-quran, memang niat dihati suami isteri ini sejak diawal mula kandungan
pertama ingin melahirkan anak-anak yang celik bahkan hafiz al-Quran. Besar
syafaatnya kelak dihari kiamat buat ibubapa. Namun ianya hanya tinggal niat
kerana tidak nampak caranya. Pandangan ketika itu, hantar apabila sudah besar
nanti.
Keratan akhbar yang disimpan sehingga kini sebagai inspirasi
Momentum pertama yang telah
mencetuskan sedikit kesedaran tersebut adalah selepas saya terbaca di dalam
akhbar metro bertarikh 15 Jun 2010 tentang adik Darwisya yang boleh membaca al-Quran seawal usia 3
tahun malah mampu menghafaz 30 surah pendek. Subhanallah! Tetapi amat malang
sekali, saya hanya melihat, membaca dan memuji dirinya serta ibunya. Hanya
setakat itu.
Alasan saya, “tidak mengapalah,
saya sibuk, tidak sempat”. Walhal, fakta yang tepat “Macamlah orang lain tidak
sibuk!”. Alasan lagi, “tak apalah, ibunnya bekerja sendiri, banyak masa”.
Walhal jawapannya, “Adakah dengan berhenti kerja dan bekerja sendiri untuk
saya, saya akan temui penyelesaiainnya?”, “Adakah dengan bekerja sendiri atau
menjadi surirumah juga mempunyai banyak masa?”.
Ibu adik Darwisya memulakannya
sejak bayi. Kadang-kadang terasa agak kecewa dan “cemburu”. Ibunya bukanlah
seorang ustazah. Kalau ustazah, mungkin alasan orang, “tak apalah, sebab dia
ustazah”. Hikmahnya besar. Wasilah Allah untuk memberi kesedaran kepada yang
lain melaluinya. Beliau telah membuktikan bahawa, ustazah atau tidak, berlatar
belakang agama atau tidak, yang penting kemahuan dan keinginan ibubapa untuk
mendidik generasi islam dengan bekalan al-quran. Itu yang lebih penting dan
utama.
Saya pula sebelum ini tidak
konsisten. Cuma bacaan al-quran setiap hari dan mengkhatamkan al-quran sebanyak
mungkin, yang berjaya adalah 2 kali khatam sewaktu mengandung yang sulung.
Apatah lagi dalam urusan membacakan buku dan cuba mengajarkan apa-apa yang
perlu sangat kurang waktu itu. Malah mungkin masa setiap malam hanya dihabiskan
dengan perkara lain yang saya sendiri tidak pasti kesibukan apa yang sebenarnya
disibukkan. Mungkin juga kerana masih belajar dan bekerja waktu itu, tetapi itu
bukanlah alasan. Kesedaran juga timbul, dengan menyatakan, “Apakah anak ini hanya
akan terus membesar dengan rutin yang tiada apa-apa diberikan untuknya setiap
hari?”. Sedangkan madrasah (sekolah) pertama bagi seorang anak adalah ibunya. Silibus apa
yang umi berikan?”.
Kalau difikirkan kembali, sewaktu
itu, usia anak saya yang sulung tidak jauh beza jarak umur dengan Darwisya.
Uways ketika itu 2 tahun 8 bulan (2010). “Kalau” (Elakkan kalau) saya
mulakannya awal, pasti sudah dapat hasilnya insyaallah sekarang.
Mulakan SEKARANG
Momentum kedua yang semakin tercetus adalah ketika
usia Uways hampir mencecah 4 tahun. Pada waktu itulah, kesedaran kedua mula
timbul. Betapa ruginya masa saya sejak 2010 sehinggalah 2011 saya tiada
tindakan yang konsisten. Saya katakan, tak apalah kalau anak orang lain dapat
mulakannya sejak bayi, yang penting kita mulakannya sekarang. Daripada saya
menyesal kemudian hari kerana anak membesar hanya sekali. Tiada istilah
terlambat, yang penting sebagai hamba Allah, kita mengakui kesilapan dan
kelemahan di hadapan Allah dan memohon agar Allah berikan petunjuk terbaik buat
kita.
Nota untuk anak umi: Sepanjang
uways sebelum empat tahun, maafkan umi, umi sangat kurang pengetahuan dalam bab
mendidik anak-anak. Malah juga kurang membaca berkenaan parenting skills. Umi
sebenarnya agak menyesal, tetapi Alhamdulillah Allah telah sedarkan umi bahawa
umi masih belum terlambat.
Namun setelah usia uways 4 tahun,
umi memang berazam untuk memulakannya. Kerana umi yakin, umi masih belum terlambat!!Insyaallah..jika
ibu adik Darwisya yang memulakannya seawal anaknya masih bayi, dan hasilnya
adalah pada anaknya berusia 3-4 tahun (dalam tempoh 3-4 tahun), insyaallah,
jika ummi mulakannya pada Uways yang berusia 4 tahun maka hasilnya insyaallah,
pada usia 6-7 tahun. Dan adik Umayr insyaallah hasilnya pada 4-6 tahun. InsyaAllah. Itulah fasa yang
sangat mencabar untuk mendidik dengan akhlak dan bekalan ilmu yang sepatutnya,
Al-Quran 1st. Insyaallah, umi cuba lakukan yang terbaik. Ya Allah bantulah
hambamu ini…
Setakat ini yang berjaya umi
lakukan:
1)Setiap hari sebelum kesekolah didalam kereta, umi wajibkan
dipasangkan cd al-Quran. Umi mulakannya dengan cd juzuk Amma.
-Yang terdetiknya untuk umi
lakukan ini, dahulu setiap hari, cd Maher Zain sahaja yang akan dibuka atas
permintaan Uways. Sehinggakan boleh dikatakan keseluruhan lagu itu sudah hafal.
Pernah terdetik didalam hati, “daripada dengar dan hafal lagu, lebih baik hafal
al-Quran. Hendak dijadikan cerita, pada masa yang sama juga, abi juga
memikirkan perkara yang sama “cuba sayang pasangkan cd quran pula, muda-mudahan
dia akan hafal, daripada dia hafal lagu Maher Zain, lebih baik dia hafal
al-quran”. Ya betul, daripada uways dan
umayr berterusan menghafal lagu, walaupun lagu yang baik, tetapi adalah lebih
baik untuk hafal al-quran. Jadi, umi dan abi mengambil langkah drastic, menyembunyikan
cd yang lain. Yang ada di dalam kereta umi hanyalah cd al-quran. Tetapi umi
pasti, naluri manusia juga inginkan hiburan lagu yang lain, jadi setiap kali
menaiki kereta, kita akan pasangkan dahulu cd al-quran, kemudian baru boleh
dibuka cd yang lain.
Didalam kereta perjalanan ke sekolah...hmm tapi yang bab suka sakat adik sebagai seorang abang tu memanglah tak tau nak kata macam mana dah...:)
2)Untuk bacaan al-quran, umi mulakan dengan buku iqra biasa.
Alhamdulillah cepat sahaja uways boleh tangkap. Tetapi penggunaan buku iqra itu
macam agak lambat, jadi umi gunakan pula buku al-barqi. Lagipun buku iqra’
sudah digunakan oleh cikgu Uways dan dirumah hanya memantau apa yang dibaca di
sekolah.
3)Setiap malam, kita akan “bermain tiket-tiket”. Sebenarnya waktu
ini, kita sedang menghafaz dan membaca al-quran. Dengan sword mainan yang ada,
umi buat macam palang halangan, siapa yang akan lalu perlu bacakan dahulu apa
yang umi tunjukkan (flashcard dari buku al-barqi). Alhamdulilla Uways boleh.
Umayr pula hanya mengikut apa yang umi tunjukkan. Hebat betul anak-anak umi ni!
Ada kalanya umi akan meminta hafalkan surah-surah yang telah dihafal. Kalau dah
boleh hafal, baru boleh jalan. Seperti sudah difahami, setiap malam uways dan
umayr akan meminta untuk bermain “tiket-tiket”. Kita bermain di bilik library.
Library tempat yang kita selalu main
4)Sedar atau tidak, setakat ini, Alhamdulillah Uways 4 tahun 7 bulan sudah boleh
menghafal beberapa surah pendek (ada yang lancar, ada yang tersekat-sekat, tak mengapa,
yang penting melekat dikepala dan hati insyaallah. Pada masa yang sama juga uways dan umayr tahu
untuk sambung)
Umi pun tidak pasti bagaimana Uways
menghafal tetapi umi yakin dengan memperdengarkan bacaan al-Quran selalu. Uways
dan Umayr juga jarang minta cd lain. Cuma kadang-kadang sahaja minta cd yang lain, dan
kita dengar selepas dengar cd al-Quran. Setakat hafazan yang boleh itu juga,
umi yakin kerana bantuan di sekolah juga. Alhamdulillah terasa berbaloi
dipindahkan ke sekolah yang baru ini.
5)Ada juga waktu malam, umi akan pasangkan al-Quran sewaktu Uways
dan Umayr bermain. Biarkan sahaja alunan itu masuk kedalam telinga dan jiwa.
Perasan atau tidak, kadang-kadang bacaan tersebut diikut dan disambung sedang
asyik leka bermain. Yang masih belum berjaya dengan konsisten dilakukan adalah
untuk memperdengarkan ketika waktu tidur. Kerana uways dan umayr tidur dibilik
umi, 2 plug yang berdekatan itu rosak. Itu sahaja plug yang ada. Insyaallah
akan diusahakan.
Tiada alasan bagi Ibu Mithali
Imam Syafie lahir di Gaza
(Palestin). Ibunya Fatimah binti Ubaidillah yang kematian suami ketika si anak masih
kecil terpaksa membesarkan dan mendidik anak seorang diri. Ibunya berkorban dan
mengambil inisiatif untuk berhijrah ke Makkah untuk mencari guru terbaik buat
dirinya serta mencari jaminan suasana yang baik untuk si anak. Kalaulah si ibu
tunggal ini memberi alasan, “tak apalah, saya ibu tunggal terpaksa besarkan
anak seorang diri, susah nak merantau jauh seorang diri..”, maka, saya yakin
tiadalah Imam Syafie yang hebat ini.
Kalaulah ibu Imam Bukhari, pengumpul
hadith sahih terkenal dengan Kitab Sahih Bukhari ini tidak mengambil tindakan
dan tidak melupakan segala kepenatan untuk membacakan hadith kepadanya sejak
kecil, maka tiadalah pengumpul hadith yang hebat ini. Semuanya dari inisiatif
dan pengorbanan besar dari si ibu.
Ayuh para ibu, hentikan alasan
kita dan bertukar kepada mencari penyelesaian. Mudah-mudahan ada kebaikannya
insyaallah untuk dunia dan akhirat. Jangan sampai satu tahap, apabila anak
sudah besar panjang, waktu itu baru kita menyesal kerana kita tidak bertindak dan
mulakannya dahulu. Berikan didikan al-Quran dan beri didikan yang terbaik, yang
selebih itu, kita bertawakkal kepada Allah mudah-mudahan Allahlah yang akan
menjaganya kelak dan mengelakkan mereka dari terjebak kedalam perkara yang
tidak elok, na’uzubillahiminzalik.
Apakah didikan hanya pada ibu,
tidak pada bapa?
Pesanan kepada ibu ini bukanlah
menafikan peranan dan tanggungjawab bagi si bapa. Tidak sama sekali. Dalam
urusan mendidik, kedua-duanya memainkan peranan yang sama penting. Namun, bagi
ibu, kerana fitrah kelembutan yang Allah berikan itu menjadikan si ibu lebih
bertanggungjawab untuk mendidik mereka.
Mungkin juga kita meraikan
kesibukan bapa dalam mencari nafkah, walaupun zaman sekarang ibu juga turut sama keluar membantu mencari nafkah. Kita lakukan yang terbaik, dan hanya
mengharapkan redha Allah. Yakin dan percaya dengan “the power of desire”.
Kepenatan akan hilang jika kebaikan darinya yang kita harapkan. Moga Allah
hitung titik peluh yang membasahi dahi sebagai salah satu kebaikan yang akan
melayakkan kita ke syurganya. Amiin. Ayuh kita merebut pahala mudah yang Allah
ingin berikan kepada kita duhai wanita...
P/S : Untuk maklumat lanjut tentang cara didikan ibu adik Darwisya, boleh layari blognya..
Saya juga mengalu-alukan bagi mereka yang ingin berkongsi apa sahaja berupa pandangan, info, atau untuk mendapatkan maklumat berkenaan Wanita, Rumahtangga dan Kerjaya boleh like Sukses Multi-Kerjaya- Superwomen, Superwife, Supermom..
Mudah-mudahan bermanfaat untuk kita semua insyaallah..
Kami adik beradik
berada didalam kategori bertuah, Alhamdulillah. Masakan tidak, setiap kali cuti
sekolah, ayah dan emak juga akan turut bercuti, kerana mereka adalah guru.
Memang sangat seronok apabila cuti, dapat bersama. Pasti saudara/i juga merasainya.
Saya yakin dengan
pendidikan dan fokus ibubapa terhadap perkembangan Emosi, Intelektual, Fizikal
dan Spiritual anak-anak yang bermula dari rumah. Malah setiap hari yang dilalui
itu merupakan latihan tanpa sedar yang akan disedari kemudian hari.
Latihan Menulis
Berjalan, melihat dan mengambil
pengajaran disebalik setiap ciptaan Allah.
Setiap kali cuti
sekolah, ayah dan emak akan membawa kami adik beradik bercuti. Memang sejak
dari kecil pusingan dari satu negeri ke satu negeri telah kami jelajahi kecuali
Sabah dan Sarawak. Perkara penting yang
masih segar didalam kotak ingatan saya adalah,
setiap kali menziarahi mana-mana tempat, pasti emak akan berpesan, “Balik
nanti tulis karangan!”.
Ya, mahu atau tidak,
kerana “terpaksa”, karangan itu perlu siap ditulis untuk disemak oleh Cikgu
Siti Rohani Abdullah. Habis sahaja karangan ditulis, terus saya mendapatkan
emak yang sedang membaca akhbar, atau kadang-kadang selalu sahaja menjawab
Peraduan Teka Silang Kata di dalam Berita Harian.
Saya fikir kerana
tindakan “paksaan” emak yang menyuruh saya menulis telah menimbulkan minat saya
untuk menulis, dan Alhamdulillah boleh bergelar seorang penulis. Walaupun
setelah beberapa tahun lamanya, buku pertama ini baru dihasilkan, “Bahagianya
Menjadi Pengantin Sepanjang Masa”. Tindakan ibu dahulu hasilnya baru sekarang.
Latihan Matematik
Hari cuti hujung minggu
terutamanya, apabila telah selesai melakukan kerja-kerja rumah. Emak akan kata,
“ni ayah dah ada, ambil matematik buat, Tanya apa yang tak tau”. Dalam keadaan
terpaksa juga, latihan demi latihan akan dibuat. Pelbagai jenis buku latihan
emak belikan. Kerja perlu diselesaikan terlebih dahulu, kemudian baru boleh
menonton TV.
Hasilnya,
Alhamdulillah, matematik skor A. Pelajaran yang lain, dengan bantuan guru-guru,
hadiri tuisyen, dan usaha sendiri, Alhamdulillah juga, walaupun ada juga yang
tidak cemerlang..Huhu..
Latihan Ilmu Agama
Alhamdulillah emak dan
ayah memang tidak pernah silap menghantar saya bersekolah beraliran agama.
Sejak dari tadika (bermula di Taski Abim Jalan Pegawai kemudian berpindah ke
Taman Berjaya), bersambung pula ke Sek. Ren. Islam Abim kemudian ke Maktab
Mahmud Alor Setar. Banyak perkara yang saya pelajari yang telah menjadikan saya
bersyukur dengan nikmat kehidupan yang diberikan. Ada perkara yang dipelajari
ketika di Taski masih segar dalam ingatan
Emak bawa mengaji dari
kecil
Saya sering dibawa oleh
emak yang gemar mengaji kitab di Pondok Derang. Bermula sejak usia 5 tahun
sehinggalah sekolah menengah. Maka, daripada itu timbul minat untuk belajar dan
terus belajar.
Aspek solat juga sangat
dititikberatkan. Ada masanya ketika bersekolah rendah emak menyuruh untuk solat
dihadapan emak dengan bacaan saya yang kuat. Emak mengajar apa yang betul dan
apa yang salah didalam pergerakan dan juga bacaan. Gabungan pendidikan Islam
yang diterapkan di sekolah serta berkesinambungan pula di rumah adalah suatu
didikan yang sangat indah mudah-mudahan akan beroleh barakah.
Kemahiran Kehidupan
“mak bapak dah bagi
pelajaran, makan pakai dari kecil, apa lagi yang tak cukup?”. Rungut si bapa
kepada anak yang “membuat” sesuatu yang tidak disukainya.
Ya ternyata, makan
pakai serba serbi bukanlah jaminan untuk si anak untuk membesar dan terus hidup
sebagai seorang manusia yang berguna.
Pemberian ibubapa bukan
hanya terhenti setakat memberi pakaian, tempat tinggal, hantar ke sekolah namun
lebih dari itu. Perkara yang sering terlepas pandang oleh kebanyakan ibubapa
adalah perhatian. Saya teringat nasihat dan pesanan pakar serta penulis buku
parenting, Pn . Jamilah Samian, “Anak-anak ini membuat masalah kerana inginkan
perhatian, mereka kekurangan perhatian”. Dengan membuat pelbagai masalah,
mereka mendapat perhatian ibubapa. Itu perkiraan mereka.
Ilmu Asas seorang
Wanita; Memasak dan Mengemas
Kalau dahulu ketika
remaja, saya tidak suka masuk dapur, tetapi masuk dapur kerana “terpaksa”.
Suka saja mengelat.
Emak: Diana buat sotong
cabai (sotong masak merah).
Saya: Tak gheti (tak
pandai) la mak, mak buat la diana tengok na
Emak: Ha, sebab tak
gheti tula yang mak nak ajaq ni..
Saya: Dalam hati (hmm
kena jugak…)
Jangan harap boleh
mengelat. Haha.. Ya, belajar bukan hanya dengan melihat, tetapi lebih berkesan
dengan membuatnya sendiri.
Mengemas pun suka
mengelat juga, samada tolak kepada adik atau kakak.
Konklusinya,disebabkan segala
“keterpaksaan” itulah telah menjadikan saya sukakan dapur dan mengemas.
Nah, ternyata, Latihan
dari si ibu merupakan satu training untuk si anak. Ibu adalah madrasah
(sekolah) pertama anak-anak. WasilahNya adalah pada dia si ibu.. Selamat Hari Ibu buat semua para
ibu, dan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga guru!! Terima kasih kerana
membantu kami menjadi seperti kami sekarang..Semoga Allah membalasnya dengan
Syurganya amiin…
Syawal 1432-2011
Besar harapan Ummi
serta para ibu diluar sana, menyimpan azam dan niat, insyaAllah untuk
mempraktikkan kemahiran kehidupan yang sesuai untuk kehidupan masa hadapan
anak-anak, insyaallah. Semoga Allah memberi kekuatan dan kesabaran dalam
membantu kita menggalas amanah besar ini. Ya Allah jadikan anak-anak zuriat
keturunan kami manusia yang bermanfaat dalam menggalas amanah sebagai
khalifahMu di muka bumi…