Sunday, April 26, 2009

Jalan-Jalan Hujung Minggu

Ahad (26/4/2009). hanya duduk di rumah sebab penat kelmarin seharian keluar.



Sabtu kelmarin (25/4/2009) sangat memenatkan. Seharian kami sekeluarga keluar. Dari pagi sampai malam. Saja berjalan-jalan setelah sekian lama abi uways “bekerja” dengan thesisnya.

Pagi

Kami keluar jam 9.00 pagi. Menuju ke Medan Selera Tanglin. Nak mencuba nasi lemak terkenal di sana. Nasi Lemak Tanglin. Area Taman Rama-rama, Balai Polis Bukit Aman. Saja nak cuba. NLT selalu sponsor dalam TV. Rasanya not bad. Sedap juga. Sebab ada satu lagi nasi lemak yang lebih sedap. Iaitu nasi lemak di Jalan Sg. Pusu. Warung kecil sahaja. Tapi nasi lemak mak cik tu memang sedap. Buka pagi sahaja. Kalau mak cik tu buat promosi besar-besaran. Mesti tak menang tangan punya!.

Balik semula ke bab Nasi Lemak Tanglin. Memang sangat ramai. Sampai kena beratur panjang. Hmm keseluruhannya saya bagi 9/10.







KLIBF 09.





Selepas makan, kami terus ke Pesta Buku Antarabangsa 09 di PWTC. Hajat dihati ingin mendengar wacana buku Ust. Hasrizal @ saifulislam. Tetapi keadaan Uways yang tidak berapa sihat tidak mengizinkan saya untuk mendengar.

Penat. Ramai sangat orang. Bergilir saya dan hubby dukung Uways. Kalau tunggu Uways jalan sendiri akibatnya esok pun tak habis. Mungkin juga terselit di celah orang ramai. Tetapi saya yang banyak dukung Uways. Sebab Uways nak ummi sahaja yang dukung. Masih terasa otot tangan dan kaki yang sakit. Macam usung beras la Uways..

Buku yang dicari tak jumpa, yang dibeli akhirnya hanya Majalah Impiana dari Karangkraf. Ummi dapat majalah kegemaran, Abi dapat t-shirt percuma, Uways dapat belon. Oklah tu. Buku-buku PTS pun saya memasang niat untuk mendapatkannya lepas Pesta Buku. Terlalu ramai orang di booth PTS. Agak sukar untuk membelek dan membeli. Dengan dukung Uways lagi.

Kiranya banyak berjalan-jalan sahaja. Terjumpa adik-adik Ma’ahad dulu. Ukhti Firdaus yang bekerja dengan PTS sekarang. Apa yang agak terkilan, saya berselisih dengan Ummu Saif, tapi tak tertegur pula. Banyak kali juga rasanya. Hati nak tegur tapi mulut berat nak keluarkan salam. Hanya senyuman. Sebab takut tersilap orang. Tengok dalam gambar dan yang berhadapan macam lain. Bila tengok balik dalam gambar di blog saifulislam, memang tidak syak lagi. Saya cam tudung dan baju yang dipakainya. insyaAllah ada kesempatan boleh kenal bersemuka.

Restoran Cina Muslim.

Balik dari PWTC, kami mencari-cari tempat makan yang ada kelainan. Perjalanan diteruskan lagi ke PJ. Restoran Cina Muslim Muhammad Chan Abdullah. Memang sedap. Berdekatan dengan Restoran Fend Ikan Bakar dan Ani Sup Utara. Kedainya bersih dari sesetengah kedai melayu kita. Tukang masak seorang cina muslim. Siap pakai kopiah lagi. Menu yang saya ingat namanya "ayam masak hong kong style".





nyum nyum...








Jamu mata

Lepas makan, singgah sekejap di kedai perabot. Survey mana yang berminat di hati dan berkenan dimata. Memang ada yang dah terpaut. Cuma niat terpaksa ditangguhkan. Tunggu dulu bila sudah masuk rumah baru. insyaAllah. :)

Petang sebelum balik, jalan-jalan pusing area rumah baru insyaAllah. Kalau tidak ada aral, dalam bulan 5. Di mana? Tunggu… secara rasminya akan dimaklumkan di blog..

Balik rumah sekejap. Mandi solat maghrib kemudian isyak. Kemudian keluar lagi. Ronda-ronda KL pada waktu malam. Pergi klinik, sebab abi Uways tidak berapa ok. Tak sihat pun boleh berjalan-jalan lagi tu. Singgah di Kampung Baru makan Keoteaw Goreng. Tapi Uways pula tak nak duduk diam. Main ais. Kalau ambil, menangis. Tak nak bagi sebab dia batuk. Akhirnya saya ambil gelas kosong dan straw. Biar main dengan gelas dan straw. Uways mula mengamuk bila dah mengantuk. Nasib baik dah selesai makan. Jam pukul 11 lebih. Naik kereta terus mata terlelap. Uways penat kot dah seharian berjalan-jalan.


Kami pusing-pusing kawasan Taman Tasik Titiwangsa. Tengok orang main kereta control. Best juga. Macam racing kereta betul. Cuma kecil dan comel sahaja. Uways tidur, jadi tak dapatlah dia tengok. Abi dan Ummi saja yang layan.

Yang sedihnya malam tu, dalam perjalanan pulang, terlihat pasangan anak-anak muda Melayu. Berpacaran. Lupa diri, lupa agama. Kalau nak kahwin, orang sekarang fikir nak kahwin itu susah. Duit tak cukup. Mak ayah tak bagi. Akhirnya lorong yang salah juga menjadi pilihan. Demi cinta relaku korbankan segalanya.

Keadaan malam itu tidak mengizinkan kami untuk menegur. Akhirnya kami terus balik. Dalam perjalanan kepala hanya memikirkan nasib dan masa depan anak-anak melayu kita. Hanya doa minta dijauhkan Allah untuk anak cucu dan generasi akan datang.


Badan Penat. Perut Kenyang. Mata Berat. Balik rumah tidur. zzzzzzzzzzz

Saturday, April 18, 2009

Musoddiq dalam kenangan…








17/4/2009 (Jumaat)

Ketika ini saya teringatkan arwah. Seorang anak kecil yang masih belum memahami apa-apa telah kembali menemui Pencipta dirinya yang berhak pada tanggal 14 / 4 /2009 (Selasa), jam 10.40 pagi. Ahli syurga ini baru belajar berjalan. Namun Allah lebih menyayanginya. Hari ini cukup 4 hari ahli syurga ini disemadikan.

Musoddiq. Anak kepada abang kandung saya (Marhaizan) dan kakak ipar/kakak kepada Azani (kak wahida). Baru berumur 1 tahun 2 bulan. Inilah anak sulung mereka. Bahkan hanya inilah satu-satunya permata yang ada buat masa ini. Cucu keempat disebelah saya dan cucu sulung di sebelah Azani. Uways belum sempat untuk mengenalinya, apatah lagi untuk ditinggalkan memori bersamanya...

Seperti tidak percaya. Ketika itu (selasa 14/4/2009) di dalam kelas. Saya menerima panggilan dari hubby jam 10.45pagi:

Hubby: sayang tau tak pasal musoddiq?
Saya: kenapa?
Hubby: Musoddiq dah tak ada.
Saya: Innalillahiwainna ilaihi raji’uun..Ya Allah!! Betul ka ni?
Hubby: baru tadi abg. Ijan telefon. Kata dia “tarik”. Jom kita balik.
Saya: ok, nak settlekan kelas ni, pastu Diana naik atas.

Allah. Lemah anggota badan saya. Saya cuba menghabiskan kelas secepat mungkin. Saya telah maklumkan pada mereka. Students saya perasan. Saya tidak boleh fokus dengan apa yang saya terangkan di dalam kelas. Terasa ingin segera sampai ke Alor Setar. Terbayang-bayang wajah bulat comel musoddiq. Bulu matanya yang melentik.

Terasa seperti baru semalam menerima berita gembira menyambut kedatangan orang baru. Terasa seperti baru semalam kami menziarahinya di Hospital Seberang Jaya Pulau Pinang. Namun taqdir telah menentukan. Di Hospital yang sama beliau dihentikan nadinya.

Baru semalam (Isnin 13/4/2009) saya bersembang dengan kak wahida:
Saya: sihat ka semua? Musoddiq pandai apa dah?
Kak wahida: Alhamdulillah sihat, boleh berjalan dah..tapi jalan cara diala..
Saya: tak sabaq nak balik, tp x tau la bila boleh balik, mungkin tunggu budak cuti semester kot..

Masih terngiang-ngiang dialog saya dan kak wahida sehari sebelum menerima berita sedih ini.

Kami bergegas pulang ke Alor Setar dari Kuala Lumpur. Memang laju hubby memandu, dengan harapan sempat bertemunya untuk kali terakhir. Tetapi tiada rezeki kami untuk menciumnya buat kali terakhir. Allah, kecewa saya. Kami sampai lewat petang. Beliau disemadikan jam 4.00 petang.

Punca kematian.

Doktor tidak dapat pastikan punca sebenar. Menurut cerita sebab “tarik”. Hari 14/4/209 (Selasa) tu kak wahida dapat panggilan dari pengasuh Musoddiq. Dia muntah keluar air yang banyak. Kak wahida bergegas dan terus membawanya ke klinik. Masa tu nadi semakin lemah. Lalu terus dihantar ke Hospital Seberang Jaya Pulau Pinang. Di sana, beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Ayah, mak serta adik saya mengambil mereka di sana. Membawa jenazah untuk disempurnakan di Alor Setar. Saya tidak dapat membayangkan keadaan abang saya yang memangku anaknya yang sudah tidak bernyawa sepanjang perjalanan dari Pulau Pinang ke Alor Setar. Sebak saya memikirkannya.

Saya didalam perjalanan, hanya melihat gambar terakhir bersamanya ketika mereka datang ke Kuala Lumpur. Kami pergi ke Melaka beramai-ramai. Bersama keluarga Pak Tam dan kak Niza. Itulah kali terakhir saya mencium dan bermain dengannya. Mereka tidur dirumah kami.

Sejurus sampai ke rumah kak wahida di Tanjung Bedil saya terus mendapatkannya. Sebak. Hanya ucapan sabar dan takziah atas pemergian anakanda tersayang. Saya masih ingat lagi kata-katanya ketika kami berpelukan, “Allah bagi pinjam sat saja…” (Allah bagi pinjam sekejap sahaja”). Benar Allah ambil kembali hakNya. Kita tidak mampu berbuat apa-apa.

Mak Teh dan Pak Teh (panggilan saya untuk ayah dan ibu mak kak wahida) ada menceritakan ketika dimandikan ada kesan lebam di bahagian belakang badan Musoddiq. Mungkin jatuh. 2-3 minggu sebelum pemergiannya, mak saya juga ada mengatakan badan Musoddiq susut. Musoddiq tidak lalu makan, tidur menonggeng. Mereka berubat cara cacing. Tidak disangka. Mungkin sebab lain.

Abang saya juga ada menceritakan Musoddiq manja dan inginkan belaian dan meminta untuk didukung, seolah-olah ingin mengatakan, “abi, Musoddiq dah nak pergi tinggalkan Abi dan Ummi ni..”. Abang saya pernah juga mengatakan kepadanya setelah mendapat berita insyaAllah untuk kehadiran adiknya, “Musoddiq kena duduk baik-baik, musoddiq dah nak jadi abang ni..”. Sedih saya teringatkan ceritanya. “Duduk baik-baik seperti ada maksud yang tersirat. Selamanya beliau akan “duduk baik-baik”. Sedihnya saya…

Jenazah dipakainkan jubah putih, berkopiah. Saya tidak sempat menyaksikan semua itu. Hanya doa untuk mereka.

Doakan mereka untuk TABAH dan KUAT

Apa yang saya harapkan dan doakan, mereka tabah dan kuat untuk menghadapi hari-hari mendatang. Kami sekeluarga teramat sedih atas pemergian Musoddiq. Apatah lagi ibu dan ayah kandungnya.

Tidak dapat saya bayangkan bagaimana mereka akan melalui kehidupan selepas ini untuk memulakan tugas semula selepas cuti kematian. Rumah yang sebelum ini ceria dengan ketawa dan tangisan akan hilang. Sunyi dan Sepi. Bagaimana keadaan mereka apabila melihat pakaiannya, susu yang masih berbaki, pampers yang masih ada, tilam yang menjadi tempat arwah bergolek dan bermain. Setiap sudut di dalam rumah pasti akan teringatkan mereka kepada Arwah. Ya Allah, berilah kekuatan dan ketabahan kepada mereka…insyaAllah Musoddiq akan menanti abi dan umminya di syurga…Amiin…







gambar-gambar terakhir ketika mereka berkunjung ke rumah kami. Gambar di rumah kak ina, sebelum bertolak ke Melaka.




p/s: permintaan saya agar sahabat-sahabat dapat sama-sama mendoakan mereka lebih lebih lagi kak wahida yang berbadan dua. Doakan agar semuanya selamat. Agar keceriaan dapat kembali mengisi kekosongan dan kesedihan.

Saturday, April 11, 2009

Pita Pizza “Ala Carte”..Jom cuba..!!!



Bulan lepas, saya berkesempatan membuat makanan kegemaran hubby “Pizza”. Resepinya saya ambil dari rancangan Ala-Carte yang disiarkan setiap Ahad, 5.00 ptg dalam siaran ntv7. hmm not bad..


Hubby kata rasa macam pizza hut. Chewwah..kembangla suami puji.. hehehe. Uways pun suka. Sampai botol sos masuk dalam bekas makanan dia. Main sos.
Resepinya mudah saja. Bahan pun senang cari. Tak perlu buat doh sendiri. Yang penting, Sedap!. Ok, saya nak kongsi resepi “Pita Pizza” ini. Saya tak ikut sebiji macam yang ala-carte, ada reka cipta sendiri juga. Yang asas, resepi ala-carte.
Bahan-bahan:

1. Roti Pita
2. Cili banggala (hijau, merah, kuning- kalau nak sikit saja, takut cili banggala ni kalau tak guna cepat mudah rosak, jadi beli sebiji yang hijau pun dah cukup).
3. Bawang besar (potong tak besar, tak kecik-potong saja ikut suka)
4. Nanas tin (potong nipis, kecil-kecil)
5. Tomato (potong nipis atau dadu –ikut suka)
6. Sosej (potong bulat-bulat)
7. Ayam (rebus letak garam dan lada sudah sikit lepas tu carik-carik)
8. Mozzarella cheese
9. Sos Prego
10. Olive Oil
11. Oregano

Cara buat:

1. Sapu olive oil atas roti pita, kemudian sos prego. Lepas tu susun saja semua bahan-bahan tadi, tak terlalu penuh dan tak sikit sangat . Yang nak makan pun kita juga.. (tomato, cili banggala, bawang, nanas, sosej, ayam, tabur sikit oregano)


2. tabur cheese. Bakar 10-15 minit dalam 180ºc.

3. lepas tu boleh makan.. yummy!!.. Selamat Mencuba!

New Semester Begins..Time to get to Work..

Agak lama saya tidak mengupdate blog. Awal semester ni macam-macam benda yang perlu dibuat. Walaupun dah masuk minggu ke-4.

Saya diamanahkan untuk membuat soalan mid-term LQM 1062. Dah selesai, Alhamdulillah.

Ada beberapa perkara lain yang perlu dibuat. Malas pun antara sebabnya juga.


Sem 3 08/09.




Maryam-pelajar Nigeria yang memakai baju kurung..




Semester ni saya mengajar 1 group sahaja. Satu subjek sahaja. LQM 1062, Group 1. Isnin (10.00-1.00), Selasa (11.00-1.00), Rabu (2.00-5.00), dan Khamis (10.00-1.00).




Semester ini agak berlainan dari yang sebelum-sebelum ni. Semester ni ada 2 orang pelajar international. Lelaki dari Sudan dan yang perempuan dari Nigeria. Berbanding semester lepas hanya seorang pelajar international, perempuan. Dari Tajekistan. Lawa. Hehehe..


Seronok mengajar mereka ini. Antara gambar yang saja diambil sebagai kenangan selepas menguji mereka dengan Crossword Puzzles yang kata mereka agak susah. Hmm Tapi saya rasa macam senang saja. :) Tapi lepas siap dan dapat jawapan. Senanglah pulak ye.